Sebaik saja lagu tamat, terdengar tepukan yang gemuruh dari audiens. Suara aku yang melirih membuatkan Rayqal hanya menunduk dari tadi.
Aku menahan air mata yang bertakung dan segera menuju ke tandas. Mahu menghamburkan rasa. Kalau aku ikut cadangan dia, adakah semuanya akan menjadi seperti yang dirancang?
Bella takkan benarkan kami bahagia.
Baru saja mahu memulas tombol pintu tandas, langkah aku dihalang.
Aiman Radzi.
"How are you feeling right now?"
Dia memandang aku tenang.
"Miserable. Saya buntu. Saya tak tahu nak buat apa."
"Just follow your heart."
Kata hati aku... Masih mencintai dia. Mahu hidup dengan dia.
"Hati saya akan rasa sakit kalau berterusan mencintai dia."
"Kalau macam tu lepaskan."
"Saya... Saya..."
Aku tak tahu.
"Mohonlah petunjuk daripada Allah."
Aku memandang Aiman lama. Kenapa dia selalu ada saat aku perlukan seseorang untuk menenangkan hati aku yang luka?
"Sejujurnya, saya pun sukakan awak, Cik Iris Nadia."
Aku terkedu.
"Ini bukan masa yang tepat untuk kita persoalkan perasaan awak pada saya."
"Ya. Saya tahu. Saya cuma nak tengok awak happy."
"Ikut kata hati mati, ikut rasa binasa. Which path I must follow?"
"Dengar kata instinct awak. Naluri manusia tak pernah salah, Iris."
Aku menyeka air mata di birai mata.
"Go wash your face. Nanti Rayqal pelik awak lama sangat."
Aiman senyum pada aku.
"Thanks."
Aku membalas senyuman dia dan masuk ke dalam tandas. Mahu segera mencuci wajah yang bersisa air mata.
Aku kembali ke meja setelah 10 minit menenangkan diri.
Rayqal sudah tiada di meja makan.
Ke mana dia pergi? Tinggalkan aku begitu sahaja?
Ada sekeping nota di atas meja.
'Saya tunggu kat dalam kereta.' - Rayqal
Aku menghela nafas. Pelik dengan tindakan Rayqal yang tidak berkelakuan seperti lelaki normal.
Nampaknya, cinta telah membutakan hatinya.
Aku menuju ke kereta. Melangkah masuk ke dalam perut kereta.
Wajahnya agak tenang.
"Kita balik resort. Packing semua baju. Saya hantar awak balik."
Nada suaranya agak tegang. Rayqal marahkan aku ke?
Suasana hanya sepi. Dia meneruskan pemanduan dengan tenang.
"Awak, pasal tadi tu..."
Kata-kata aku tersekat apabila dia menaikkan volume radio.
"Rayqal..."
Dia tidak menghiraukan aku.
"Saya takde mood nak bercakap pasal tu."
Ya Allah... Dia ni. Sabar, Iris. Kau kena banyak bersabar.
"Okay."
Dan aku kembali mengunci bicara sehingga kami tiba di perkarangan resort milik dia.
.
.
.
Rayqal menghantar aku pulang sehingga di depan rumah.
Dia tidak banyak berbicara. Lebih suka mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Riak wajahnya nampak begitu sedih.
"Rayqal... Awak okay?"
Dia berdehem.
"Ya. Saya okay."
Dia tidak mahu menatap anak mata aku.
"Saya ada buat salah ke? Pasal lagu tu?"
Aku jadi risau melihat keadaannya yang tidak banyak bicara.
"Dah. Masuklah dalam."
Aku seperti dihalau. Aku tahu sepanjang aku 'dilarikan' oleh dia, aku terlalu banyak berkasar.
Tanpa membalas kata-katanya, aku terus keluar dari kereta dia.
Mungkin... Rayqal terasa hati dengan aku.
Maafkan saya, Rayqal. Tapi kita berdua kena terima hakikat yang kita tidak ditakdirkan.
Aku melihat kereta dia berderum laju meninggalkan aku di malam yang sunyi.
.
.
.
Kila datang menemani aku malam ini.
"Kau pergi mana, Iris? Puas aku cari kau. Aku risaukan kau tahu tak?"
Kila menepuk paha aku lembut.
Aku tidak tahu samaada aku perlu menjawabnya atau tidak. Mata aku masih terhala ke arah cerita yang ditayang di televisyen.
"Iris..."
"Kalau aku bagitahu, bukan kau percaya pun."
"Eh asal cakap macam tu, kitakan kawan."
Aku memandang tepat ke arah Kila.
"Aku dilarikan Rayqal. Dia culik aku. Puas hati?"
Kila ternganga. Seakan kurang percaya dengan kata-kata aku.
"Wei seriuslah?"
"Iya. Dan kalau kau nak tahu, mamat mental tu hampir nak menodai aku. Sebab aku tolak untuk berkahwin dengan dia."
Terbuntang mata Kila.
"Kurang ajar la Rayqal tu. Macam mana kau boleh balik sini?"
"Dia hantar aku balik. Sebenarnya, dia tengah tertekan. Sebab tu dia tak bertindak rasional."
"Kau taknak report polis?"
"Kalau aku report pun tiada guna. Dia dah hantar aku pulang ke sini dengan selamat."
"But still dia dah larikan kau. Kalau kau nak buat report polis, aku temankan kau. Aku berada di side kau, Iris."
Aku terdiam.
"Takpela. Biar jela."
Fikiran aku melayang. Kenapa Rayqal berubah jadi pendiam?
"Dia ingat dia tu anak Tan Sri, dia boleh perlakukan kau macam tu."
Kila merungut marah.
"Rayqal nak ceraikan Bella."
Kila terus terdiam.
"Dan aku... Akan menjadi punca keretakan rumahtangga dia. Itu yang aku paling takutkan."
"Bella yang perangkap dia."
Kila menjawab dengan tenang.
"Kau tahu?"
"Aku tahu. Rayqal bagitahu aku semuanya. Masa kau lari bawa hati kau yang terluka tu, Rayqal datang cari aku. He told me every single things."
Maknanya Rayqal terpaksa menikahi Bella.
"Aku takut. Bella takkan benarkan kami bahagia. Dia akan jatuhkan aku, Kila. Dia pasti akan malukan aku."
Kila mengenggam tangan aku.
"Percayakan Rayqal. Dia pasti akan lindungi kau."
"Mama dia... Aku takut nak berdepan dengan Mama dia. Pasti aku akan dituduh yang bukan-bukan."
"Berdoa banyak-banyak. Semoga segalanya dipermudahkan."
Aku dan dia... Ada jurang yang menjarakkan. Dan aku pasti, segalanya tidak semudah yang aku sangka.
.
.
.
Rayqal berdiri di hadapan rumahnya yang tersergam indah.
Malas mahu berdepan dengan semua orang. Langkah kaki diatur malas. Pintu dibuka perlahan.
Sebaik saja memasuki ruang tamu, dia disapa oleh Mamanya.
"Rayqal Farish! Where have you been? I contact you macam orang bodoh. Tak sayang dekat Mama ke?"
Suara Mamanya mula bertempik kuat.
"Rayqal penat. Esok jela kita borak."
"No. Listen here. Seminggu you menghilang. Tak sedar ke diri tu dah kahwin?"
Rayqal menghadiahkan senyuman sinis.
"Kahwin? Mama yang paksa. I don't love her."
"Cinta ataupun tidak, Bella dah jadi tanggungjawab Rayqal sekarang."
"Tak. Rayqal nak berpisah dengan Bella. I'll divorce her."
"Rayqal Farish!"
Suara Mama bertempik sekali lagi.
"Watch your mouth. You baru kahwin beberapa hari. Mama tak pernah ajar anak Mama jadi lelaki tak guna."
"Rayqal memang tak guna. Rayqal bernikah dengan orang yang paling Rayqal tak cinta dan sakitkan hati orang yang sayangkan Rayqal."
"Siapa perempuan tu?"
"Mama nak tahu siapa dia? Iris Nadia. I love her so much. I want to marry her."
Puan Sri Zalia mencebik.
"Layak ke dia jadi menantu Mama?"
"I'll introduce her to you. Mama jangan risau, Iris perempuan yang paling baik."
"Okay. Bawa dia datang ke sini. Tapi dengan satu syarat, dia perlu bermadu dengan Bella. Jadi isteri nombor dua."
Rahang Rayqal jatuh.
"No, Ma. Rayqal tak sudi hidup dengan Bella. Mama tak faham ke? Itu bukan baby Rayqal. Penat nak jadi kambing hitam."
"Itu syarat Mama. Kalau tak suka, jangan kahwin dengan Iris."
Lutut Rayqal jadi lemah.
Mana mungkin dia menjadikan Iris isteri keduanya.
Mama meletakkan syarat yang paling sukar diterima akal.
Iris... Saya akan selesaikan semua ni secepat mungkin. Tolong percaya dengan cinta saya.
Share this novel