Bab 35

Romance Series 59219

Aku bangun tidur dengan hati yang berat. Bantal yang dibasahi air mata yang telah kering aku tolak ke tepi.

Aku memandang jam digital di tepi lampu tidur. 6.30 pagi. Subuh makin tenggelam.

Tanpa berlengah lagi, segera aku mengerjakan solat subuh. Meminta agar Allah menyembuhkan luka di hati aku. Meminta agar Allah usir perasaan cinta yang tidak tahu mahu ke mana lagi.

Sebaik saja aku melangkah keluar dari majlis dia semalam, aku terus pulang ke rumah dan tidur.

Mana janji dia pada Adam Zarieyl untuk jaga aku? Sudah lupakah dia? Mudah saja aku dicampak ke tepi.

Kali ini, hati aku terluka teruk. Luka yang paling dalam.

Hubungan yang tiada nama hanya berkait dengan perasaan. Sakit.

Rayqal sudah menjadi suami orang. Aku tidak boleh berhubungan dengannya lagi. Aku kena belajar terima kenyataan. Kena sedar diri.

Aku taknak dipersalahkan jika apa-apa berlaku pada rumahtangganya. Sebuah perkahwinan yang suci berlandaskan kepercayaan, jika runtuh rasa cinta dan percaya, maka runtuhlah nakhoda yang terbina.

Aku pasti Rayqal masih cintakan Bella. Oleh sebab itu dia memilih Bella. Dia yang kau pilih.

Pergilah perasaan. Aku tak perlukan kau di hati ini lagi.

Usai solat, aku membersihkan diri. Mahu menenangkan hati ke suatu tempat. Semalam puas aku menangis.

Rayqal Farish hanya wujud dalam mimpi aku. Mimpi aku jadi nyata. Dia bernikah dengan Bella. Mimpi yang aku tidak sangka jadi kenyataan. Itu bukan impressed. Itu adalah membunuh hati namanya. Patutkah aku berasa gembira dengan kebahagiaan dia? Sedangkan aku rasa... Terluka.

Perasaan ini tidak sepatutnya ada untuk dia. Mencintai tidak semestinya memiliki. Yang paling penting kebahagiaan dia. Aku mahu lihat dia tersenyum.

Kebahagiaan dia adalah dia. Bukan aku. Maaf Rayqal, kita tak patut kenal dari awal.

Rayqal, cinta saya pada awak tak perlu dibuktikan. Saya kena belajar terima hakikat. Walauapapun yang jadi, awak sudah menjadi milik dia. Saya yang kena pergi. Bukan saya yang meninggalkan awak, tetapi saya yang telah ditinggalkan hanya kerana sikap awak yang pentingkan diri sendiri.

Langkah kaki dipercepatkan ke luar rumah, aku mahu mencari ketenangan. Belajar melupakan dia.

Move on. It's the chapter in the past. Don't close the book, just turn the page.
. .
. Aku memandang awan yang berkepul. Cuaca begitu indah sekali.

Walau hati rasa sedih aku tetap perlu gembirakan diri sendiri.

"Iris Nadia."

Suara itu. Seperti suara Rayqal.

Aku berpaling. Melihat dia.

Macam mana dia tahu aku di sini?

"Please... Don't call my name again and again. Anggap saja aku dah mati dalam hidup kau. Kau yang bunuh jiwa aku. Aku tak pernah kenal kau, Rayqal."

Rayqal tersentak.

Padan muka dia. Biar dia tahu apa yang aku rasakan. Sakit.

Terlalu sakit. Go Die, Rayqal. Aku taknak hadap muka kau lagi.

Pergi dan jangan berani muncul lagi.

"Iris... I'm sorry..."

Rayqal menunduk. Wajahnya jelas tunjuk riak bersalah.

"Maafkan saya, Iris."

Maaf?

Berjuta kali aku dengar dia meminta maaf. Bukan dia yang terluka tapi aku. Sampai hati awak buat saya macam ni, Rayqal.

Aku memalingkan muka. Benci melihat wajah lakonan dia.

"Aku tak kenal kau. Kau boleh pergi dan jangan muncul dalam hidup aku lagi. You are the worst guy that I ever met, Encik Rayqal Farish."

Dia tinggalkan aku tanpa alasan. Tanpa isyarat. Hati siapa yang sedang terluka? Hati aku, Rayqal.

"Iris... Tolong jangan hukum saya macam ni. Maafkan saya."

Air mata aku jatuh lagi. Kali ini di depan dia. Tanpa sempat aku tahan.

"Apa perasaan kau lepas kahwin? Happy? Best hadap malam pertama dengan Bella?"

Sengaja aku lemparkan ayat sakit hati. Sengaja mahu membakar hati sendiri.

Allah. Kenapa aku jadi begini? Aku tak patut berkata begitu.

Rayqal mengesat air mata.

"Kenapa cakap macam tu? Saya... Saya tak minta perkahwinan ini terjadi. Saya cintakan awak lebih dari segalanya, Iris."

"Cukup. Jangan mainkan hati aku lagi. Semua tu lakonan kau je kan?"

"Saya terpaksa, Iris. Terpaksa kahwin dengan dia. Tolonglah fahami saya."

Apa semua ni?

"Kalau awak tak percaya, awak boleh tanya dekat Kila. Dia tahu semuanya. Saya terpaksa mengahwini Bella. Dia perangkap saya. Tolong percayakan saya, Iris."

"Baliklah, Rayqal. Bella tengah tunggu tu. Kau... Jangan cari aku lagi."

"Iris..."

Dia masih menyebut nama aku. Apa yang dia mahukan lagi? Dia dah dapat apa yang dia mahukan selama ini. Aku je yang terlalu percayakan dia.

"Saya takkan lepaskan awak macam tu je, Iris. Awak milik saya."

Aku terasa jelik dengan ayat dia.

"Suka hati kaulah. Malas aku nak layan."

Aku malas nak berlama di depan tasik ini. Rasa sakit hati masih tidak hilang.

Dan aku meninggalkan dia... Dengan hati yang berbekas. Dia yang sudah menjadi milik orang tidak sepatutnya wujud lagi dalam hidup aku.

Kerana aku... Masih mencintai dia.
. .
. Pintu bilik aku ditolak kasar dari luar.
Bella merempuh pejabat aku dengan berani.

"Woi, perempuan! Mana kau sorokkan Rayqal?"

Rayqal? Aku tak tahu apa-apa. Tiba-tiba je kena serang.

"Sabar Bella. Bertenang. Apa awak cakap ni?"

Belum sempat aku habiskan bicara, dia menerpa ke arah aku.

Pang!!!

Pipi aku ditampar sekuat hati. Ouchh. Sakitnya, ya Allah.

Aku memegang pipi kanan. Merah.

Seseorang muncul. Aiman melangkah masuk ke dalam bilik aku. Dia selalu muncul di saat aku perlukan bantuan.

"Bella! Apa kau buat kat sini? Kenapa kau serang Iris Nadia? Rayqal takde kat sini."

Bella menolak semua barang di atas meja aku ke lantai. Termasuk frame gambar Adam Zarieyl.

Gambar Adam. Jatuh terhempas atas lantai.

Aku tahan air mata.

"Kau diam. Kau siapa? Ini antara aku dengan Iris."

"Bella, saya memang tak tau apa-apa. Tolong jangan buat kecoh kat sini."

Aku malu kalau orang luar tahu hal kami.

"Perempuan murahan. Kau tau tak, dah tiga hari Rayqal tak balik rumah. Dia hak aku. Suami aku."

Aku dituduh perempuan murahan? Aku sendiri tak perlukan Rayqal dalam hidup aku.

"Saya tak tahu. Jangan tanya saya."

"Tipu. Rayqal mesti ada datang cari kau. Dia masih tak dapat lupakan kau, Iris. Kalau kau nak tahu, Rayqal tak pernah cintakan kau. Dia cuma pergunakan kau dari awal. Aku tahu sebab dia yang ceritakan dekat aku. Dia cuma nak balas dendam kat kau sebab kau jual mahal sangat. Dia sengaja buat kau jatuh hati pada dia. Tapi tengoklah... Akhirnya, dia pilih aku. Kalau dia sayangkan kau, mesti dia akan pilih kau. Kau cuma pilihan kedua, Iris Nadia."

Iya. Aku tak pernah jadi pilihan dia. Sebelum aku, telah wujudnya Bella.

"Ini semua kerana janji pada Adam Zarieyl. Dia terpaksa. Sejak kau muncul dalam hidup dia, aku dilupakan. Tolong, jangan ganggu rumahtangga kami."

Bella meluahkan segalanya.

Tak pasti siapa yang berkata jujur sekarang. Bella dan Rayqal, kedua-duanya menyakitkan hati.

Hati aku... Benar-benar rasa hancur. Inikah kebenarannya? Kebenaran. Sangat menyakitkan.

Kenapa aku juga yang dipersalahkan? Kenapa aku juga yang teraniaya?

Rayqal jahat. Aku benci dia.

"Bella, stop it. Baik kau balik! Jangan ganggu hidup Iris lagi."

Aiman menengking Bella.

Aku memegang bucu meja. Rasa ingin rebah.

Betul ke selama ini aku cuma dipergunakan? Hanya kerana ingin balas dendam disebabkan aku tak pernah layan dia masa mula-mula kenal dia?

Tolonglah, Bella dan Rayqal. Jangan masuk dalam hidup aku lagi. Aku taknak tahu kisah korang. Tolong blah.

"Hei, perempuan! Kau ingat eh, jangan ganggu hidup kami. Kalau tak, siap kau. Aku bagi kau amaran ni."

Aku tak perlukan Rayqal lagi. Sungguh. I can take care of myself.

"Jangan risau, saya takkan pernah ganggu hidup awak dan dia. Dan awak berdua, tolong jangan ganggu hidup saya lagi."

Aku memejamkan mata. Mencari kekuatan. Tamparan tadi sangat sakit.

Rasa sakit hati lagi pedih dari tamparan di depan mata.

Bella keluar dari bilik dengan wajah yang bengis. Pintu bilik aku dihempas kasar.

Aiman mendekati aku.

"Iris, are you okay?"

Aku menggelengkan kepala.

I'm not okay.

Dia mengambil tisu lalu mengelapkan air mata di tubir mata aku. Sama seperti Adam Zarieyl lakukan sewaktu aku tengah bersedih.

Tolong jangan remindkan aku tentang Adam.

"I told you. Lupakan Rayqal secepat mungkin."

Aku memandang wajah Aiman lama.

"Aiman Radzi. Tolong saya. Bawa saya lari jauh dari sini. Jauh dari semua ini. Tolong buat saya lupakan dia."

Air mata aku berjuraian.

Aku duduk terhenyak di sofa.

Rayqal. Selama ini aku tertipu. Sampai hati awak.

"Don't trust Bella. She just want to hurting you."

"Saya akan bawa awak lari dari sini. Tell me, where do you want to go?"

Aku terdiam kaku.

Sejauh yang mungkin. Lari jauh dari sini.

Share this novel

Norzalina
2019-09-10 23:44:20 

skrg ni bab berapa ya


NovelPlus Premium

The best ads free experience