"Mama tak kira, suka ataupun tidak Rayqal kena kahwin jugak dengan Bella!"
Rayqal jadi tidak senang duduk. Dia tahu Bella akan menjerat diri dia.
"No, Rayqal takkan kahwin dengan Bella."
Puan Sri Zalia memandang Rayqal tajam.
"Apa kurangnya Bella? Cantik. Padan dengan Rayqal. She still loves you."
"Mama nak jaga air muka. Rayqal dah malukan family kita. Malukan keturunan kita."
Mama memang takkan pernah faham.
"I love someone else."
"Siapa?"
"Nanti Mama akan tahu."
Puan Sri Zalia mencekak pinggang.
"Mama takkan terima orang lain jadi menantu selain Bella."
Fikiran Rayqal makin bertambah serabut.
"My son, you satu-satunya pewaris Rifqi Holdings. Mama nak you yang kendalikan syarikat kita. Kita boleh expand bisnes kita dengan bantuan Bella."
Rayqal mencebik. Tak habis-habis dengan Bella. Perangai Mama sama je macam Bella. Suka mempergunakan. Ni sebabnya dia tak rapat dengan mamanya.
"Sebelum Mama pergunakan dia, terlebih dahulu kita akan dipergunakan."
"Ala, tu cuma alasan you je. Mama kenal Bella, dia takkan buat macam tu kat kita. Dan you, dah buat dia pregnant. So, kena la bertanggungjawab."
Masalahnya sekarang, aku takde buat dia mengandung pun. Sentuh pun tak pernah.
"No. Rayqal takkan kahwin dengan Bella. Titik."
Siapa Rayqal mahu pertikaikan takdir? Tetapi dia paling benci jika dipaksa sesuatu yang dia kurang suka.
"Siapa nama perempuan yang Rayqal suka tu?"
Rayqal terdiam. Menghela nafas sebelum menjawab pertanyaan Mama.
"Iris... Iris Nadia."
"Iris?"
Mama membuat riak wajah meluat sebaik mendengar nama Iris Nadia.
Sepertinya, Iris takkan diterima untuk dijadikan menantu.
.
.
.
Aku merenung jauh ke arah tasik di hadapan aku.
Entah mengapa hati makin berdebar teruk. Rasa seperti ditusuk sesuatu yang menyakitkan.
Dalam dunia aku, aku cuma ada Kila dan Rayqal. Kehilangan bukan sesuatu yang cukup ringan. Berat. Aku kehilangan tempat bergantung harap ketika usia aku menginjak 13 tahun.
Kemalangan berlaku di hadapan mata aku. Ketika itu aku bersama Mama dan Papa ingin menghadiri majlis kenduri kahwin kenalan mereka. Kami ditimpa kemalangan kereta, namun aku telah diselamatkan oleh seseorang.
Seseorang yang aku tidak mampu mengingati siapa dia.
Kereta yang kami naiki terbabas di tepi jalan. Lalu, kereta terbakar di kawasan kejadian. Aku berjaya ditarik keluar oleh seseorang itu.
Cuma ada sesuatu yang aku ingati sampai sekarang iaitu senyuman dia.
Senyuman dia. Suara dia yang seakan memujuk.
15 tahun lalu...
"Awak, sambut tangan ni."
"Mama... Papa... Bangunlah... Iris takut."
Aku lihat mereka sudah pengsan kerana terhantuk di kepala. Darah sudah membuak mengalir keluar.
"Awak.... Cepatlah. Pegang tangan ni."
Aku jadi teragak-agak namun dengan ketakutan yang menyeluruh aku terus menyambut huluran tangan dia.
Aku berjaya keluar dari kereta itu. Beberapa detik kemudian, kereta itu terus meletup.
"Mama! Papa!"
Tangisan aku makin berhamburan kedengaran.
Aku memandang wajah orang itu.
"Sshh... Awak, sabar. Bawak mengucap."
"I don't have anyone else. Mama papa saya dah tiada."
Air mata aku berterusan mengalir.
"Awak ada saya. Listen to me, mulai saat ini... I'll be your guardian."
Guardian?
Dia ini siapa? Tiba-tiba saja mahu menjadi penjaga aku.
Air mata aku diseka oleh tangan dia.
"Ingat nama saya..."
Bibirnya terkumat kamit menyatakan sesuatu. Namun, fikiran aku tidak mampu mengingatinya.
Aku terus tidak sedarkan diri kerana terlalu terkejut.
"Awak!"
Sebaik saja sedarkan diri, aku telah berada di wad hospital.
Dan aku terus tidak bertemunya lagi semenjak hari itu.
"Cik Iris..."
Suara seseorang menyapa. Lamunan aku terhenti. Aku mendongak.
"Macam mana awak tahu saya di sini?"
"Ikut gerak hati."
Ceh. Ayat nak hiperbola sangat.
Dia terus melabuhkan punggung.
"Jom balik."
"Kejap lagi saya balik."
"Cik Iris, saya maksudkan 'balik'. Balik ke negara kita."
Aku menunduk.
"Saya takkan balik."
Dia tergelak.
"Yakin?"
Aku diam.
"Kita balik sama-sama."
"Mr. Aiman Radzi, saya tahu bila masanya jika mahu pulang sendiri. Jangan nak menyibuk."
"Okay. But, I just want to remind you. Better awak pulang."
Riak wajah aku sudah kemerahan.
Hati terasa sakit. Siapa dia mahu memaksa aku pulang ketika aku masih perlukan ketenangan jiwa di sini?
"I will. But, not now."
Degil. Aku sememangnya degil.
"Okay. Just do whatever you want, Iris Nadia."
Kata-kata dia bersahaja. Namun, agak menikam ke jantung.
Dia bangun. Mahu pergi. Tinggalkan aku keseorangan sama seperti tadi.
"Siapa awak yang sebenarnya?"
Aku terasa seperti dia menyembunyikan identitinya.
"Nanti saja saya beritahu."
Dia senyum lagi. Namun, senyuman dia tidak semanis Rayqal. Tidak mampu menembusi ruang-ruang yang ada.
.
.
.
Apa maksud kata-kata mamat tu?
"Better awak pulang."
Mengapa aku perlu pulang sedangkan hati aku masih tidak lagi bersedia?
Masih terasa hati ini berat. Jika aku pulang, hati aku masih tidak mampu untuk bergerak ke mana.
Hati yang masih tidak menjumpai jalan untuk pulang. Masih berlegar di tempat yang sama.
Aku tidak sanggup. Menyaksikan dia yang akan menjadi milik orang lain. Hati ini... Perlu dipulangkan segera.
Mengawal hati... Bukan perkara yang mudah. Berdepan dengan sesuatu yang sulit, sebenarnya akan menguatkan hati kita.
Tet. Tet.
You have received an email.
Mata aku tertancap pada email yang masuk menjengah.
Ada satu image berformat PNG.
Gambar lukisan seorang perempuan di atas rumput yang sedang tersenyum menghadap langit.
Perempuan dalam lukisan itu adalah aku. Iris Nadia.
'Satu kehadiran yang tidak dihargai akan menjadi satu pemergian yang bakal dirindui.'- Mr. Anonymous
Kenapa mamat ni suka ganggu hidup aku? Mr. Anonymous konon. Identiti kau sudah terdedah.
Dia fikir dia siapa? Suka hati je mahu lukis wajah aku.
Aku tidak mengendahkan dia. Tiada rasa mahu membalas.
Tet. Tet.
'Cik Iris... Jumpa saya di depan Tasik Hillier, jam 6 petang.'
Mata aku tertancap pada bait-bait kata yang tertera.
Apa Mr. Aiman Radzi ni nak?
'Ada perkara yang mahu saya katakan. Urgent. Please.'
Urgent? Please?
Haih, tak fahamlah dengan mamat ni.
'Okay.'
Aku menghantar butang submit. Jari ke sana ke mari menekan butang di paparan email.
Nak pergi ke tak pergi?
Hmm.
.
.
.
Aku memandang jauh ke arah tasik di depan mata.
Tasik pink. Keunikan tasik ini ialah airnya yang berwarna pink. Air di tasik ini kekal berwarna pink untuk selama-lamanya. Tasik ini dianggap bertukar menjadi pink kerana kehadiran alga Dunaliella salina. Kawasan tasik ini dilitupi oleh garam.
Subhanallah. Ciptaan Allah yang paling agung.
"Cik Iris..."
Aiman Radzi muncul tiba-tiba di belakang aku.
Aku memandang dia sekilas.
"Ada apa awak nak jumpa saya?"
"Saja."
Saja? Aku tak boleh terima alasan dia.
"Cakaplah betul-betul awak nak apa?"
Suara aku mula meninggi.
"Saya nak tengok awak happy. Itu je."
Mamat ni menatap mata aku dalam-dalam. Aku meneguk air liur.
"Takde kaitan dengan awak, Mr. Aiman Radzi."
"Ada. Ada kaitan."
Aku diam. Malas mahu membalas kata-katanya yang aku anggap tiada makna.
"Okay. Actually, saya suruh awak datang sini bukan nak ajak berkayak. Bukan juga nak ajak main layang-layang."
"Jom. Ikut saya."
Nak ke mana pulak?
"Saya nak bawa Cik Iris ke satu tempat."
Kening aku mula berkerut. Hmm. Peliklah dia ni.
"Shall we go?"
Aku masih mematungkan diri.
"Jom. Saya takkan buat apa-apa dekat awak pun."
Suka atau tidak aku hanya mengekorinya. Aku melangkah masuk ke dalam keretanya.
"Can you smile for me?"
Rasa sesak di hati tidak mampu untuk mengukir senyuman pada dia.
Hati saya terluka teruk, Aiman.
"Iris..."
Mata aku sudah berkaca.
"Tahan. Don't cry. Kalau nak nangis jugak, tunggu saya bawa awak ke satu tempat."
Aku menunduk kepala.
Dia faham apa yang aku rasa. Sesak. Lemas. Sarat.
Kereta meluncur pergi meninggalkan Tasik Hillier dan menuju ke satu destinasi yang aku sendiri tidak ketahui.
Share this novel