Bab 33

Romance Series 59219

Dia membawa aku ke... Panggung wayang?

"Saya tahu awak tengah rasa sedih, Iris."

Mata dia menatap aku dengan pandangan yang aku kurang mengerti.

"Saya tiada mood mahu menonton wayang."

"Siapa kata kita akan tonton wayang?"

Erk? Habis tu?

Dia senyum. Keningnya yang berparut aku tatap lagi.

Aduh, mata ni. Ke situ pula mahu memandang.

"Jom. Saya dah book tiket."

Peninglah aku dengan dia ni. Kejap macam ni, kejap macam tu.

Langkah tetap membuntuti dia.

Setiba di dalam hall, aku terus melabuhkan punggung. Memandang skrin di hadapan.

"Cik Iris, tujuan saya bawa awak ke sini..."

Kata-katanya tergantung. Dia menyambung bisik lagi di tepi telinga aku.

"Untuk biarkan awak menangis. Hamburkan tangisan awak. Tiada siapa akan lihat. Hall ni gelap. Saya cuma nak awak menangis di sisi saya."

Memang. Aku mahu menangis. Tanpa sesiapa melihat. Tanpa sesiapa mendengar.

Aku mengerdipkan mata. Cuba tahan rasa. Aku malu. Tidak mahu sesiapa tahu apa yang aku rasakan sekarang.

"Just cry. Kalau itu yang buatkan awak rasa lega."

Sebaik saja dia menuturkan kata begitu, aku terus menghamburkan tangisan yang sekian lama aku pendam.

Menangis tanpa bunyi suara. Itu adalah tangisan yang paling perit sekali. Tiada siapa akan faham.

Hati aku berderai hancur satu persatu. Skrin sudah menayang cerita. Dan, Mr. Aiman Radzi hanya memandang aku dari tepi.

Mahu memujuk aku, tetapi dia tiada pertalian denganku.

Dia sudah lihat sisi aku yang duka. Hati Iris Nadia sudah hancur. Tiada siapa yang dapat cantumkan semula kepingan itu.

Dua jam. Cerita pun tamat. Lampu panggung dibuka. Dia masih melihat mata aku yang penuh sarat dengan air mata.

"Iris..."

"Lepaskan dia."

Aku diminta untuk melepaskan seseorang yang aku sayang. Sakit.

Meninggalkan sakit. Ditinggalkan juga sakit. Aku sedang berada di posisi kedua-duanya.

Orang ramai mula berpusu gerak keluar dari hall panggung wayang.

"Iris Nadia, pandang saya."

Suara dia... Sangat meruntun hati.

"Hidup ni bukan kita yang minta suka-suka jadi itu dan ini. Hidup ini terlalu luas untuk kita teroka. Beri hati awak sedikit waktu untuk dia, Iris."

"Saya dah penat nak hadap semua ini. Banyak kali saya ditinggalkan."

"Ye. Saya faham. Saya tahu apa yang awak hadap."

Aku memandangnya keliru.

Sapu tangan dihulurkan. Aku hanya memandang tanpa mahu menyambut.

"Nah. Kesat air mata awak. Hidup ini terlalu singkat untuk meratapi hati awak yang terluka."

Aku menyambutnya dan mengesat air mata yang jatuh berjuraian di pipi.

Setelah merasa lega dengan kata-kata dia, aku menghadiahkan senyuman.

Senyuman yang aku rasa ikhlas padanya buat pertama kali.

"Senyuman awak manis. Secantik orangnya. Tak berbaloi untuk bersedih dengan lelaki seperti itu. You deserve someone better."

Deserve someone better?

Ala, ayat tu cuma nak sedapkan hati je.

Aku yang tidak layak untuk hidup di sisi dia. Mungkin kerana aku menjadikan dia pengganti kepada Adam Zarieryl. Tetapi, aku benar-benar jatuh cinta padanya.

Dia yang telah mengisi kekosongan hati aku. Dia yang telah memberi semangat kepada aku. Dia yang telah mewujudkan senyuman di bibir aku.
Dia yang telah melukakan hati aku tanpa sengaja.

Iya. Dialah Rayqal Farish. Mr. Dia yang aku anggap akan jadi Mr. Dia aku untuk selamanya.

Semuanya berantakan. Hancur. Tanpa alasan.
. .
. Aku menyusuri anak sungai di tepi jambatan. Waktu pertama kali aku menjejakkan kaki ke sini, aku merasa sangat takut.

Gusar. Mencari Rayqal di sini.

Lebih-lebih lagi bila aku melihat dia berdua dengan Bella. Banyak perkara yang aku tahu tanpa Rayqal tahu. Aku tahu Rayqal pernah sayangkan Bella, walaupun Bella tak pernah menghargai dia.

Nak dibandingkan dengan aku? Aku cuma mengenali Rayqal hanya untuk beberapa bulan sahaja.

Tidak sepenuhnya mendalami hati dia.

Dagu ditongkatkan di bucu pemegang jambatan.

"Iris, saya taknak awak menangis disebabkan saya tau. Jangan nangis lagi. Awak kena belajar untuk terima kenyataan. Apa yang pergi, awak kena lepaskan."

Rayqal senyum menuturkan kata.

"Apapun yang jadi, saya ada. Saya tetap bagi sokongan pada awak biarpun dia telah tiada."

Kata-kata Rayqal setelah pemergian Adam buatkan aku bertambah sedih.

Seminggu aku di sini, tetapi dia tidak mencari aku.

Mungkin kau tengah menganyam bahagia dengan dia, Rayqal. Dan aku, dibiarkan tanpa kepastian. Selfish. Kejam.

Angin malam menerpa aku ke dalam kedinginan.

Aiman sudah pulang ke Malaysia malam tadi. Aku masih perlukan ruang di sini. Pulang dengan hati yang kosong.

Kerana aku cuba untuk lepaskan dia.

Telefon berdering. Kila.

Lama aku biarkan deringan, lama kelamaan aku mengangkat panggilan.

"Hello."

"Wei, hello. Kau kena balik sini segera."

Suara Kila kedengaran cemas di sana.

"Kenapa?"

"Balik sini baru kau tahu, Iris."

Apa pulak yang jadi di sana? Galeri ke? Atau Rayqal?

Hati aku berdegup kencang tidak semena. Perasaan yang kurang enak.

Janganlah apa-apa jadi pada Rayqal. Aku sayangkan dia. Jangan ambil dia dariku, ya Allah.

Langit yang gelap membukat aku tatap lama.

Apapun yang jadi, aku harus bersedia untuk hadapinya.

Hidup ini cuma la pinjaman. Allah yang pegang hati kami. Allah juga menarik semula hati yang dipinjamkan.
. .
. Aku pulang ke Malaysia.

Hal yang aku paling takuti, terjadi juga. Naluri aku betul. Bad feeling aku pun tepat.

Jiwa aku jadi punah membaca ayat tulisan dan nama yang tertera di sekeping kad undangan.

Rayqal Farish bin Tan Sri Rafiqi.

dan
Bella Ariana binti Dato' Amiruddin.

Memandang sepi kad undangan perkahwinan yang bercorak cantik.

Bella yang menghantar undangan. Akhirnya dia jadi milik kau, Bella.

"Kau okay?"

Aku diam. Mata melirik ke arah kad undangan perkahwinan di atas meja.

"Aku taknak ada kaitan dengan dia dan Bella."

Kila memandang aku sayu.

"Aku penat nak menangis lagi. Aku dan air mata sudah menjadi sahabat. Teman baik..."

"Aku tahu kau tengah sedih."

"Tak. Aku gembira. Menerima undangan dari orang yang aku cintai."

"Rayqal kejam."

Kila membaca semula kad undangan tersebut.

"Itu yang terbaik untuk dia. Dia tahu apa yang dia mahukan. Dan aku, cuma la sebahagian yang takde beri kesan langsung dalam hidup dia."

Hati aku... Sudah penat menanggung perit. Mungkin dia, bukan Mr. Dia aku.

"Takkan kau nak mengalah?"

Aku pandang Kila dengan mata yang berbalam. Tahan nangis.

"Kau nak tengok aku menangis teruk ke? Atau tergelak macam orang gila?"

"Talk to him. Ask him again."

Aku senyum senget. Untuk apa?

"Itu jawapannya."

Aku pandang kad undangan itu dari jauh.

"Aku terpaksa tahan hati. Kau tak tahu apa aku rasa, Kila. Sakit. Bila jiwa aku tengah retak teruk tapi terpaksa untuk senyum. Bukan aku yang dipilih."

Kila memandang aku lama. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, Kila.

"So, apa plan kau lepasni?"

"Buat tak tahu. Aku nak cari siapa pembunuh Mama dan Papa aku."

"Kau yakin ke kemalangan tu dirancang?"

Iya. Aku yakin. Naluri aku kata begitu. Kemalangan yang menjadikan aku anak yatim piatu.

"Buatlah apa yang kau boleh rasa lega. Aku sendiri terkelu dengan tindakan Rayqal. Aku kawan kau. Kawan dia juga. Aku tahu kau dan dia masih simpan rasa yang sama."

Tak. Rayqal sudah melupakan aku. Dia pilih Bella. Atas alasan yang aku sendiri tidak ketahui.

Tahniah. Selamat Pengantin Baru.

Mungkin lepas apa yang terjadi ini, aku boleh move on. Memulangkan semula hati ini kepada dia.

Terima kasih untuk segalanya, Rayqal. Saya doakan awak dan dia bahagia. Awak bukan Mr. Dia yang saya cari selama ini.

Kisah kita sudah berakhir.

Share this novel

Lisa Halik
2019-09-02 16:52:49 

pening ni baca ni cerita,sapa aiman,rayqal ni di hati iris...tp update

Lisa Halik
2019-09-02 16:52:49 

pening ni baca ni cerita,sapa aiman,rayqal ni di hati iris...tp update

Lisa Halik
2019-09-02 16:52:49 

pening ni baca ni cerita,sapa aiman,rayqal ni di hati iris...tp update


NovelPlus Premium

The best ads free experience