Bab 26

Romance Series 59219

Rayqal memandang lama rumah Iris dari dalam kereta. Sejak petang tadi dia menunggu Iris pulang dari hospital. Namun masih tiada bayang.

Iris tak balik rumah ke?

Rayqal mengeluh kehampaan di dalam kereta. Pasti Iris bermalam di rumah Kila.

Nampaknya, tiada ruang untuk aku lagi.

Sekali hati Iris Nadia terluka, agak berat untuk dia rawat.

Rayqal tahu Iris sejenis yang tidak termakan dengan pujukan. Kalau A, A la jawapannya. Tiada talian hayat atau multiple choice B, C dan D.

Sayang... Maafkan saya.

Jam sudah menginjak ke pukul 9 malam. Tidak sedar terlalu lama Rayqal menunggu Iris.

Dia segera menghidupkan enjin kereta. Mahu beredar dari kawasan perumahan ini.

I miss you so much, Iris.

Rindu... Kadangkala, tidak bisa diatur.

Setibanya di kondominium miliknya, dia terus merebahkan diri ke atas katil. Dia rasa letih. Letih dengan hati sendiri.

Kenapa kisah dia dan Iris selalu saja ada salah faham?

Mungkin dia tidak sesuai untuk menjadi pasangan Iris, tetapi cinta dia terlalu tulus. Inilah apa yang dimaksudkan oleh sepupunya, Adam.

Teringat saat seminggu sebelum Adam meinggalkan dia dan Iris.

"She's very special. Bila kau dilamun cinta, kau akan faham rasa yang kau sendiri tak mengerti."

Waktu itu dia hanya mampu tergelak.

"Apa yang kau cakap ni, bro?"

Adam cuma tersenyum nipis.

"Iris Nadia. Kau tahukan yang aku sayangkan dia. Terlalu."

"Oh, that girl."

"Aku nak kau kahwin dengan dia. Jaga dia untuk aku. Janji?"

Rayqal mengerutkan dahi. Tidak dapat menghadam maksud Adam yang sebenarnya.

"Wait, kau nak pergi mana? Kenapa aku pulak nak kena jaga dia? Aku ada Bella. Dan Bella lagi hot daripada Iris yang aku tak kenal ni."

Kahwin dengan Iris? Ridiculous. Iris pun tak kenal aku siapa.

Adam memandang Rayqal lama.

"It's a request from me. Kalau aku tiada nanti..."

"Woah, wait... Kau ni da makin merepek la, bro."

Adam cuma tersenyum.

"Aku taknaklah."

"Takpe. Kau tak faham erti cinta yang sebenar. Nanti kau tahulah."

Benar. Kata-kata Adam menjadi kenyataan. Kini, dia termakan kata-kata sendiri. Tanpa Iris, hidup dia terasa sunyi. Memikirkan Iris di waktu jaga, juga dalam mimpi.

Rayqal mengesat kelopak matanya yang membasah di tubir mata.

Dia menangis kerana Iris. Hatinya rasa bergelodak. Jiwanya rasa terseksa.

Kisah hati dia takkan pernah surut. Mencintai satu wanita yang bisa membuatkan dia jadi rapuh.

Maafkan saya, Iris. Saya patut percayakan awak.

Mengejar Iris terlalu sukar. Meninggalkan Iris umpama dia harus menyiat hatinya sendiri. Jiwa yang dicarik. Dibelah kepada kepingan yang kecil.
. .
. Telefon Rayqal berdering kuat. Dia menggosok kelopak matanya.

Pukul 11 malam. Dia melihat skrin telefon. Puan Sri Zalia.

Apa yang Mama nak ni?

"Hello, Ma."

"Rayqal Farish, I want you come back home."

"Ma, esok jela. Lepas balik kerja. I penat ni."

"I don't care. Neither you like it or not. This is an order."

Talian terus dimatikan.

Eh, mama ni da kenapa? Suara berhangin tak tentu pasal.

Memang aku dah lama tak jenguk Mama tapi takkanlah tu pun nak melenting. Macam tiada hari esok.

Hmmm. Esok jela. Mengantuk.

Dia kembali menyambung tidurnya yang terganggu.
. .
. Aku terjaga. Mimpi yang sama...

Rayqal muncul dalam mimpi aku. Sekali lagi. Menganggu lena yang panjang.

Kali ini, aku terlihat seseorang di sisi dia. Tidak pasti siapa. Tapi bukan aku.

Aku mencapai telefon bimbit. Tiada SMS. Tiada panggilan. Aku mahu dipujuk. Aku masih sayangkan dia. Cuma, ego yang menghalang.

Rayqal...

Kenapa sukar nak padamkan wajah awak? Apa yang ada pada awak sehinggakan saya semakin melupakan Adam?

Cinta saya pada Adam masih tidak surut lagi tetapi telah pudar. Mungkin kerana saya telah ditinggalkan.

Rayqal, kisah kita ini bagaimana?

Aku menolak selimut ke tepi. Aku bangkit. Menuju ke balkoni. Angin malam menampar lembut wajah aku ketika ini.

Aku meliarkan pandangan. Namun, mata tertancap pada sesuatu.

Dia... Dia memandang aku. Kami menentang sepasang mata.

Apa yang dia buat kat sini? Dia memandang aku dari luar pagar.

He's crazy.

Sekarang sudah pukul 3 pagi. Wajah dia mendung. Aku mahu lihat senyuman manis dia.

Aku yang sudah semakin gila. Dia sudah sakitkan hati kau, Iris. Mahu beri dia peluang lagi?

Tapi dia cuma salah faham. Maafkan dia, Iris.

Tidak. Dia panggil aku perempuan jalang. Sampai mati aku akan kenang.

Hati semakin melawan. Fikiran pula mahu memberi peluang.

Arghhhh. Aku benci rasa yang ada.

Tanpa rasa, aku terus masuk ke dalam bilik. Menjeling dia.

Pergilah balik.

Telefon berdering. Sah dia yang menelefon.

Aku mengangkat kerana bunyi deringan yang terlalu kuat memaksa aku menjawab.

"Iris..."

"Ya."

"Saya nak ajak awak keluar. Jom."

Aku menahan nafas.

"Dah pukul 3 pagi. Awak tak tengok jam ke?"

"Siang atau malam sama saja pada saya. I just want to see you."

"Saya penat. Saya kan baru balik dari hospital. Lagipun dah lewat pagi."

"Tapi... Saya rindu."

Suaranya bergetar. Aku memegang dada. Terasa mahu menangis.

Aku juga rindukan dia. Tetapi aku terpaksa tahan. Cuba menepis rindu yang tidak tahu ke mana.

"Iris... Kenapa diam?"

Aku menekup mulut. Tidak mahu dia terkesan dengan nada suara aku.

"Saya... Saya mengantuk."

Aku menggantikan alasan.

"Kenapa awak tak mengaku awak rindukan saya? Kita sedang menanggung rindu yang sama. Just admit it."

Lidah aku jadi kelu.

Tanpa sedar aku terus matikan talian.

Rindu kita sama. Tapi, hati kita tidak mungkin seiring.
. .
. Rayqal melangkah malas masuk ke dalam rumah.

Puan Sri Zalia sedang menonton televisyen. Dia menyalami tangan Mamanya. Punggung dilabuhkan ke atas sofa.

Riak wajah Mamanya beku. Apa yang dah berlaku?

"Ada apa suruh Rayqal balik?"

Mata Mamanya masih terpaku menatap kaca televisyen. Tidak mengendahkan pertanyaan anak bujangnya.

"Mama..."

"Apa yang you dah buat?"

"Meaning?"

Mama beri jelingan maut seakan mahu membunuh dia.

"I want you to be a responsible man. For what you have done."

Apa ni? Aku jadi tak faham.

"What do you mean?"

Sekeping gambar hitam putih dilemparkan ke arahnya.

Dia memegang gambar itu. Inikan... Macam gambar janin bayi.

"That's your baby."

Hah? Rahang aku sudah jatuh. Air liur diteguk kasar.

"Apa semua ni?"

"Come on, my son. Buat-buat tak faham pulak. You dah buat Bella pregnant. Sekarang masanya untuk bertanggungjawab."

What the hell? Bila masa aku buat Bella pregnant. Sentuh perempuan gila tu pun tidak.

"No. It's a ridiculous. Ni bukan kerja Rayqal. Ni bukan anak kami."

"Jadi lelaki yang bertanggungjawab. Jangan jatuhkan maruah keluarga. Aku ni pegang status Puan Sri."

Mama menghamburkan kemarahan. Masalahnya, aku jadi mangsa keadaan.

Tak guna punya Bella. Kau perangkap aku. Untuk dapatkan aku, kau tuduh aku bukan-bukan. Tidur dengan kau pun tak pernah. Entah anak kau dengan jantan mana entah.

"I can't believe this. Mama lagi percayakan Bella dari anak kandung sendiri."

"Bella datang bagitahu Mama. Takkanlah dia nak tipu. Ini soal maruah."

"So what? I'm not guilty. Suruh dia kahwin dengan orang yang dah rosakkan dia. Not me."

Punggung Rayqal semakin panas. Dia mahu keluar dari rumah ni.

"Baby..."

Suara seseorang mencelah.

Bella menghampiri aku.

"Ni anak kita. Sampai hati you."

Dia mengusap perutnya perlahan. Damn.

Aku taknak jadi pak sanggup.

"Apa kau mengarut ni? Aku bukan bodoh nak percayakan kau."

"Sampai hati you... I dah serahkan semuanya dekat you. I pregnant anak you. Anak kita, Rayqal."

"Kau cakap sekali lagi aku tampar muka kau!"

Rayqal sudah tidak mampu menahan sabar. Dia semakin berang.

Bella menangis teresak. Menyandarkan kepala di bahu Puan Sri Zalia.

"No. Bukan anak I. Kita tak pernah terlanjur. I pun ada maruah. Jangan nak jadikan I mangsa keadaan."

"Rayqal Farish! Mama tak pernah ajar anak Mama jadi sebiadap ini. Marry her..."

Tak. Aku cuma nak kahwin dengan Iris Nadia. Bukan dengan Bella.

Tanpa banyak bicara, aku terus meninggalkan rumah.

"Rayqal... Sampai hati you..."

Arghhh... Bella jahat. Aku tak bersalah.

Kalau Iris tahu, pasti aku semakin dibenci. Ya Allah, bantu aku. Lindungilah aku dari manusia durjana seperti Bella.

Kereta berderum laju membawa hati yang semakin kepanasan.

Hal dia dan Iris masih tidak selesai, masalah lain pula timbul.

Tak guna kau, Bella.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience