Bab 36

Romance Series 59219

Aku melihat wajah di cermin. Pipi aku masih merah. Masih berbekas kesan tamparan Bella.

"Iris, are you okay?"

Nampak aku macam tengah okay ke?

"Tak okay."

Aku menjeling tajam ke arah Mr. Penyibuk ni.

Dia tersengih.

"Nasib saya datang di waktu yang tepat. Kalau tidak, adegan tarik rambut la nampaknya."

Kening aku terjongket.

"Excuse me, saya bukan perampas."

"Tak cakap pun macam tu."

Aku menyapu minyak di pipi. Ada kesan calar di pipi kanan. Minah ni kuku dia panjang. Tercalar sikit pipi aku.

"Bak sini saya tampalkan plaster tu."

Dahlah kuat perli, sejenis sinis. Lepastu nak tolong aku.

"Macam mana awak tahu Bella ke sini? Awak follow dia eh?"

Dia ni... Selalu jadi penyelamat aku.

"Ikut gerak hati."

Ayat hiperbola sangat. Tak kelakar okay.

"Gerak hati la sangat. Kalau Bella bunuh saya, awak akan datang selamatkan saya jugak?"

Matanya mencari anak mata aku.

Aku mahu dengar jawapan dia.

"Iya. Whatever happens, I'll be there."

Gulp.

"Apa-apa la. Malas saya nak layan awak. Hati tengah sakit."

Aku penat nak hadap kehilangan. Seorang demi seorang pergi tinggalkan aku jauh.

"Iris, awak balik rumah. Packing semua baju. Kita lari dari sini. Lagipun awak takkan selamat dekat sini."

Apa maksud kata-katanya?

"Saya tak tahu nak buat apa sekarang."

Aku menunduk.

Mencintai atau melupakan?

"Leave him. Lupakan dia."

Macam mana? Hati aku... Masih berlegar di tempat yang sama.

"Dah terang, jelas dan nyata. He doesn't love you. Buat apa masih mengharap? Awak akan sakitkan hati awak sendiri."

Aku masih mengharap?

Tapi... Hati aku...

"Dengar cakap saya, biarpun awak tak kenal siapa saya, tapi saya masih hulurkan tangan. Saya bukan pengecut macam Rayqal."

Aku memejamkan mata. Menahan air mata jatuh dari kelopak.

"Jangan sebut nama dia lagi. Panggil je dia Encik. Bukan nama dia."

Aku mengenggam tangan yang menggeletar.

Aku benci Rayqal Farish. Benci teramat.

"Sampai bila saya nak kena lari?"

Aku memandangnya lemah.

"Sampai hati awak benar-benar pulih. Sampai awak lupakan dia, Iris."

"Kenapa awak care sangat dengan saya? Kita tak kenal satu sama lain."

Dia menguntumkan senyuman.

"Sebab saya penyelamat awak. Kita dah lama kenal, Iris Nadia. Saya akan jadi penyelamat awak sampai bila-bila."

Parut di kening dia. Mengingatkan aku pada sesuatu. Sesuatu yang mendamaikan.
. .
. Bella berpeluk tubuh. Wajahnya masam mencuka.

Dari hari pertama perkahwinan, Rayqal membiarkan dia macam tu je.

"Mama, please do something. Anak kesayangan Mama tu dah melampau."

Puan Sri Zalia masih membelek majalah di tangan dengan tenang.

"You already married him. Why you still ask me?"

Malas mahu melayan menantunya yang kuat merungut.

"He's your son!"

Suara Bella agak sedikit meninggi. Peduli apa dia, mak mertua je pun.

"Watch your tone. I'm your mother in law, Bella Ariana."

Huh. Eleh. Mak dengan anak sama je. Ego. Dasar orang kaya.

"Sorry. Tapi Bella rasa tak adil."

Puan Sri Zalia menutup majalah dan mencampakkan ke atas meja.

"What do you want me to do?"

"Bawa anak kesayangan Mama tu balik. Tunaikan nafkah pada Bella."

Terletus ketawa dari mulut Puan Sri Zalia.

"Mama dah tunaikan apa yang Bella nak. Kenapa tanya Mama kalau Rayqal taknak dekat Bella?"

Eeiii orang tua ni. Taknak membantu aku langsung.

"Mama... Sampai hati Mama. Tak kesian ke dekat menantu Mama ni? Cucu Mama."

Mata Puan Sri Zalia melekap di perut Bella.

"My cucu? Are you sure?"

Dia memandang senget pada perut Bella. Macamlah dia tak kenal perangai Bella.

Bella menjeling geram.

Takpe. Sekarang ni kau taknak tolong aku, tunggu aku kaut semua harta kau anak beranak.

"Lagipun kan, Mama rasa walaupun Bella trying hard, he still doesn't love you. Part tu Mama taknak masuk campur."

Celaka betul orang tua ni. Bukan nak membantu aku.

Puan Sri Zalia berjalan menuju ke tangga.

"Get some rest, Bella. Rayqal takkan pulang ke rumah ni. I know him."

"Rayqal Farish!"

Bella menjerit sehingga bergema seisi rumah.

Aku takkan biarkan kau dengan Iris Nadia. Takkan.
. .
. Aku sedang menantikan kehadiran Aiman Radzi. Tanpa berfikir panjang, aku nekad nak tinggalkan semua ni. Mahu lari sejauh yang mungkin.

Dua buah luggage besar aku jeling. Entah kenapa aku begitu percayakan Aiman. Tidak takutkah kau pada dia, Iris?

Aku yakin dengan gerak hati. Kalau aku masih di sini, hati aku akan terluka.

Sampai bila aku nak biarkan diri aku disakiti lagi?

Aku... Bukan lagi Iris Nadia yang dulu. Mungkin Rayqal boleh permainkan hati aku. Tapi, dia tak boleh paksa aku ikut rentak dia. Kau suami orang, Rayqal.

Ada sebuah kereta berhenti di depan aku. Seseorang itu keluar dari perut kereta. Rayqal. Macam mana dia tahu aku di sini?

"Kenapa dengan awak ni? Cukup-cukuplah tu follow saya?"

"Iris... Please. Bagi saya peluang untuk betulkan keadaan."

Aku memandang dia. Tanpa perasaan. Tahan, Iris. Tahan air mata kau di depan dia. Jangan nangis.

Jangan tunjukkan kelemahan kau di hadapan dia.

"Iris, tolong maafkan saya."

Rayqal. Wajahnya seakan mahu menangis. Masih lagi tagih kemaafan daripada aku.

Aku menghela nafas. Berat.

Saya cintakan awak, Rayqal. Tapi itu dulu. Awak bukan Mr. Dia saya.

Mr. Dia saya cuma Adam Zarieyl seorang. Iya. Hanya dia.

Maafkan dia? Mungkin boleh. Tapi, untuk lupakan sesuatu yang aku sendiri tak mampu nak lupakan, ianya tak mungkin.

"Iris... Please, say something."

Kali ketiga dia memanggil nama aku.

Aku memandangnya tajam. Cukup, jangan panggil aku Iris.

Aku menekup kedua telinga.

"Cukup. Aku taknak dengar apa-apa lagi. Pergi!"

"Kau dah mati dalam hidup aku. Jangan nak merayu lagi. Pergi Rayqal. Pergi mati..."

Aku menghalaunya. Menepis bayangan dia dari pandangan.

Ada air mata bertakung di tubir matanya.

Jangan cuba tagih simpati lagi, Rayqal. Takkan ada peluang kedua untuk lelaki seperti kau.

"Saya rindukan awak, Iris Nadia."

Pergi mati dengan rindu kau. Aku tak perlukan kau dalam hidup aku.

Tiba-tiba lengan aku ditarik. Dia mahu bawa aku ke mana?

"Lepaskan aku la!"

Aku membentak. Lelaki ini. Cuba berkasar dengan aku.

"Iris, ikut saya. Kalau awak tak ikut saya, saya seret dan bawak awak lari dari sini."

Aku terdiam. Rayqal ni lain sikit perangai dia. Suka memaksa. Dia tak macam Adam Zarieyl.

Aku takut. Rayqal makin kurang siuman.

"Kita nak pergi mana? Tolonglah. Jangan macam ni."

Aku mahu menangis. Cuba menarik balik tangan. Cengkaman dia lagi kuat dari yang aku sangka. Tenaga lelaki. Mana bisa aku samakan dengan kekuatan aku.

"Lepaskan Iris Nadia, Rayqal."

Aiman Radzi muncul secara tiba-tiba...

"Kau siapa? Ni Iris aku. Jangan nak masuk campur. Kau takde kena mengena dalam urusan kami."

Aku memandang Aiman sayu.

Aiman melangkah makin dekat. Tanpa aku sangka, Rayqal mengeluarkan pisau. Mengacukan ke leher aku.

"Kalau kau dekat ke arah kami, aku bunuh dia."

Benar seperti aku jangka. Rayqal makin kurang siuman. Serabut dan tidak sedar. Nyawa aku di tangan dia.

Aku memejamkan mata. Ada rintis air mata mengalir.

"Tolong... Jangan apa-apakan, Iris."

Rayqal memandang aku dan dia.

"Kau siapa? Boyfriend baru dia? Seriously, Iris?"

Aku menggelengkan kepala.

"Habistu kenapa dia risaukan kau?"

"Tolong... Jangan buat macam ni. Saya tahu awak tengah tertekan. Lepaskan saya."

Dia ketawa. Persis orang gila.

"Memang. Aku dah tak waras. Hanya disebabkan kau."

Kau yang salah. Bukan aku. Kau yang kahwin dulu. Kau langgar semua janji kau. Kenapa mesti aku yang dipersalahkan?

"Bertenang. Lepaskan dia. Dan, kita bincang baik-baik."

Setapak Aiman melangkah ke depan.

Pisau yang diacukan makin menyesakkan jiwa. Aku makin berpeluh. Ketakutan.

"Awak memang nak saya mati ke, Rayqal?"

"Ye sayang. Kita boleh mati sama-sama. Sweet kan macam tu?"

Dia tersenyum sumbing.

Aiman memberi isyarat untuk aku larikan diri. Tetapi, aku risau. Takut.

Aku terpaksa ikut Rayqal. Risau dia makin bertindak agresif.

"Okay. Okay. Saya ikut awak, Rayqal."

"Betul?"

Dia berbisik di telinga aku. Aku cuma mengangguk.

"Okay, jom. Kita lari dari sini. Tinggalkan semua ni. Lari jauh. Ikut saya."

Aku cuba bermain dengan psikologi. Rayqal makin kurang siuman. Stress barangkali.

"Okay."

Aiman membulatkan mata. Terkejut dengan keputusan aku.

Aku akan cari jalan untuk lari daripada Rayqal. Bukan kerana aku masih sayangkan dia, tapi... Kerana Bella. Kerana Adam. Aku mahu menyedarkan Rayqal. Aku sudah tidak lagi menjadi sebahagian dalam hidup dia.

"Kau dengar kan? Dia nak ikut aku. Ke tepi. Jangan halang laluan kami."

"Iris, awak dah gila ke? Kenapa nak ikut Rayqal?"

Aku memandang Aiman lama. Mahu dia faham dengan tindakan aku. Biarpun nampak kurang cerdik. Tapi... Aku harus sedarkan Rayqal. Jadi aku tahu dengan apa yang aku lakukan sekarang.

"Jangan masuk campur. Biar saya selesaikan semua ni dengan dia."

Aiman menayang reaksi kurang percaya dengan tindakan aku.

Rayqal menarik aku pergi dan memaksa aku masuk ke dalam keretantya. Dua buah luggage aku dia masukkan ke dalam bonet. Aku memandang Aiman dari kejauhan.

I know what I am doing. Percayakan saya, Aiman. Semua ni harus berakhir. Rayqal takkan apa-apakan saya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience