Bab 46

Romance Series 59219

Tiga tahun kemudian...

Aku senyum memandang langit. Doa aku telah dimakbulkan Allah. Jawapan yang aku perlukan sebelum ini sudah terjawab.

"Iris... Kau ni kuat berangan la."

Kila mematikan angan aku. Seorang anak kecil berlari mengelilingi dia.

"Raf, Mama penat la. Pergi la kejar Auntie Iris pulak."

Aku menjegilkan mata.

"I told you. Suruh dia panggil aku kakak okay."

Kila mencebik.

"Raf sayang. Meh sini dekat kakak meh."

Raf datang memeluk kaki aku. Aku menundukkan badan. Mula mendukungnya.

"Raf ni dah makin besar, tapi aku masih maintain jadi 'kakak'. Hahahaha."

Aku tergelak besar.

"Eleh, kau tu yang menolak tuah. Ramai je yang nak kenal dengan kau, tapi kau tolak mentah-mentah."

Aku masih tak bersedia nak terima sesiapa dalam hidup aku.

"Aku lagi suka macam ni."

"Cepat-cepatlah kahwin. Kau tu bukan muda lagi. Abang Aiman Radzi kan ada?"

Kila mula mengusik.

Yup. Aiman Radzi tu cuma Encik Penyelamat aku. Tidak lebih dari itu.

"Oh eksyen kau eh. Mentang-mentang dah jadi isteri Dr. Fuad."

Kila sudah selamat mendirikan rumahtangga dengan Dr. Fuad yang kuat mengenyit mata tu.

Dia kata Dr. Fuad yang duda tu kacak bagai. Pandai ambil hati. Uwek. Nak muntah aku.

"Jadilah macam aku. Berjodoh dengan orang yang aku kuat bergaduh."

Nasib kau tak sama macam nasib aku Kila. Takdir aku tak indah.

Aku banyak menangis dalam diam. Sehinggakan aku tutup hati aku untuk mana-mana lelaki. Hati aku penat.

"Mana la tau kau memang berjodoh dengan Rayqal."

Aku senyum nipis.

"Dahlah Kila. Jangan ungkit kisah lama."

Sejujurnya, hati aku masih mengingati dia. Malah perasaan ini masih kuat untuk dia daripada cinta aku kepada Adam Zarieyl.

"Aku tengok kau makin matang. Dan makin kuat."

Tak jugak. Aku kena teruskan hidup. Dan, aku kena bertahan untuk jadi lagi kuat.

"Assalamualaikum."

Ada suara menerjah kami.

"Cik Iris, kenapa wajah tu jadi murung?"

Aku mendongak.

"Lambat Abang sampai harini?"

Aku memuncungkan bibir. Suka sangat mungkir janji.

Dia melabuhkan punggung di hadapan aku. Mengusap rambut Raf.

"Sorry. Abang banyak kerja dekat ofis."

"Girls ni semua sembang pasal apa? Layu je muka masing-masing."

Aku pandang Kila. Kila pandang aku. Berharap Kila tak beritahu hal sebenar.

"Pasal Rayqal."

Oh my god. Minah ni memang mulut kepoh.

Aiman memandang aku tenang.

"Patutlah..."

Aku menunduk.

"Iris tak teringin nak jumpa dia ke?"

Nak ke dia bertemu dengan aku?

Aku diam membisu. Semua mata memandang aku. Termasuk Raf yang kecil.

Biarlah. Biar takdir yang menemukan.

Kami meninggalkan perkarangan Taman Jaya setelah melihat langit yang gelap mahu memuntahkan hujan.
. .
. Galeri aku makin berkembang maju.

Terima kasih juga kepada Aiman dan Cindy, tanpa mereka aku takkan berjaya sampai ke tahap ini.

Hari ini merupakan ulang tahun galeri yang ke 5 tahun. Jadi, aku menjemput ke semua pelukis yang pernah menyumbang karya di galeri IrisNa untuk hadir sebagai tanda penghargaan.

"Cindy, jangan lupa double check semua lukisan baru yang I paparkan tu okay."

Cindy mengangguk.

"You nampak penat la, Iris. Cuba duduk dan take a deep breath. Dari tadi I tengok you ke sana sini."

Masakan aku boleh goyang kaki. Hari ini sangat penting dan bermakna untuk aku.

"I okay je ni. You tahukan I ni jenis sukakan kesempurnaan. I taknak ada visitors yang complain itu ini. Dan, I nak bagi keselesaan kepada pelukis kita."

Cindy senyum.

"Yeah, you're right."

Aku memerhatikan keadaan sekeliling. Tinggal lagi satu jam sebelum majlis bermula.

"Lukisan terbaru yang I suruh you gantung tu, dah gantung kat tempat sepatutnya belum?"

Ada satu lukisan yang aku mahu paparkan untuk tatapan orang ramai. Lukisan dari aku kepada seseorang.

"Dah. Are you sure nak I paparkan?"

Aku mengangguk yakin.

Dari aku simpan dalam almari, lebih baik aku paparkan untuk orang ramai. Sekurangnya, penat lelah karya aku berbaloi.

"Just hang it to the wall, Cindy."

"Okay, bos."

Hari ini aku tidak mahu ada sebarang kesilapan. Sudah lama aku menantikan saat ini.

"Iris..."

Aiman menghampiri aku dengan gayanya yang macho.

Aku akui. Dia punyai aura. Dia misteri. Punyai pakej lengkap yang mampu buatkan hati wanita yang keras bak iceberg kutub utara boleh mencair.

Tetapi, hati aku... Belum mampu menerima dia sebagai orang teristimewa dalam hidup aku.

"Abang..."

"Cuba chill kejap. Komited yang melebih sangat abang perhatikan Iris ni."

Aku mengesat peluh di dahi. Dada aku jadi berdebar kencang.

Terus aku melabuhkan punggung di bean chair di situ.

"Kenapa pulak ni?"

Aku memegang dada. Debaran laju yang semakin tidak terkawal.

"Entahlah bang. Iris berdebar teruk ni. Risau la kalau semuanya tak berjalan lancar."

Aiman memerhatikan wajah aku lama.

"Maybe Iris penat sangat."

Iya ke?

"Dah, jangan overthinking sangat."

Dia senyum. Mahu beri aku semangat untuk usir rasa kurang senang dalam hati.

"Lepas habis event, abang belanja makan. Untuk semua staf kat sini, deal?"

Aku kembali senyum.

"Okay. Deal. Sayang abang."

Ternyata Aiman memang pandai ambil hati aku.

"Yes. Macam tu la Iris yang abang sayang."

Kami tergelak bersama.

Kalau orang tak kenal kami, mesti diorang ingat Aiman Radzi ni suami aku. Caring sangat. Gentleman.

Tetapi, untuk meletakkan rasa cinta pada dia sangat mustahil.

Kerana hati aku... Masih menunggu seseorang. Apa khabar agaknya dia di sana?
. .
. Aku berjalan meninjau ke ruang galeri. Ramai yang pengunjung yang datang. Segelintir juga berpusu-pusu mahu membeli lukisan yang terpapar.

Lukisan aku banyak juga yang terjual. Selebihnya lukisan pelukis di bawah naungan galeri aku. Dan yang paling laris ialah lukisan Mr. Anonymous.

Karya seninya sangat halus dan mendalam. Kadang-kadang aku juga tertanya maksud lukisannya.

"Iris..."

Cindy mencuit bahu aku.

"Kenapa?"

"Ada orang nak beli lukisan you."

Oh itu je ke?

"Okay. Bagi jela dia beli."

Wajah Cindy seperti serba salah mahu menyatakan sesuatu.

"But, that paintings is very special for you."

Lukisan yang mana satu?

Oh, akal aku mula berputar laju. Is that a special one?

"And that person wants to meet you. Personal."

Fuh. Kenapa hati aku rasa berdebar? Siapa pula yang mahu beli lukisan itu?

"Lelaki ke perempuan?"

"I rasa better you pergi jumpa dia sendiri."

"Dia kat mana?"

Cindy menunjukkan ke satu arah.

"Dekat ruang sana. Ruang khas yang you suruh I gantungkan tu."

"I sayang la nak jual lukisan tu. You tahukan kenapa, Cindy?"

Cindy mengangguk tanda faham.

"I taknak la jual."

"Better you cakap sendiri dengan orang tu. Sebab dia berkeras mahu beli juga. Walau dengan harga tinggi sekalipun."

Kayanya orang tu. Kalau aku jual satu juta ringgit, dia nak beli juga ke?

"Alright. Thanks, Cindy."

Perlahan aku melangkah ke ruang sana. Tudung aku betulkan di kepala.

Seseorang sedang membelakangi aku. Melihat lukisan dengan penuh minat.

Aku memerhatikan saja susuk tubuhnya.

"Assalamualaikum. Hai."

Seseorang yang aku sapa itu adalah lelaki. Dia masih memandang lukisan itu dengan penuh fokus.

"Encik..."

Dia masih tidak mengendahkan aku.

"Saya tak jual lukisan ini."

Seberapa banyak dia meletakkan harga, aku takkan benarkan dia membelinya.

"Tapi, saya tetap nak beli juga, Iris Nadia."

Suara dia... Aku menelan sebanyak mana air liur sekarang ini.

Dia memusingkan badan. Kedua tangannya masih di dalam kocek. Masih berkarisma seperti dahulu.

Aku perlu berhadapan dengan dia. Aku tak boleh lari lagi.

Dia menguntumkan senyuman manis.

"Awak apa khabar? Masih sama seperti dahulu. Cantik. Matang. Dan semakin manis dengan bertudung."

Dia yang di hadapan aku ini ialah Rayqal Farish. Lelaki yang pernah aku cinta satu ketika dahulu.

Setapak aku mengundur ke belakang. Cuba mengambil nafas kerana nafas yang ada semakin tersekat.

"Alhamdulillah. Saya sihat, Encik Rayqal Farish."

"Awak nampak 'hidup' tanpa saya."

Aku tahu kata-kata dia menyindir aku. Sejak peristiwa aku tinggalkan rumah dia, sekalipun dia tidak menghubungi aku. Mungkin dia malu. Kerana dosa keluarganya pada aku.

"Saya kena teruskan hidup. Untuk diri sendiri."

"Berapa harga lukisan ni? I will buy."

Sekilas aku memandang lukisan itu. Aku tak berniat mahu menjualnya.

"Lukisan tu sangat berharga untuk saya. Saya takkan jual."

"Kenapa pula?"

Dia mengerutkan dahi.

Nak cakap ke tak payah cakap? Ah cakap jela. Buat apa kau nak sorokkan semua.

"Sebab lukisan ni... Yang buat saya masih 'hidup.' Orang di dalam lukisan itu yang membuatkan saya terus bernafas."

Aku menentang anak matanya dengan berani.

Dia tergelak perlahan.

"Awak ni masih sama macam dulu, Iris. Selalu buat saya terhibur. Orang yang di dalam lukisan tu adalah saya."

Aku menunduk.

"Kalau Encik nak jugak, saya takkan jual. Saya akan bagi percuma je. Ambiklah. Encik lagi berhak."

Mungkin... Aku patut pulangkan saja lukisan itu kepadanya. Kerana itu adalah hak miliknya. Kau tak berhak menyimpannya lagi, Iris Nadia.

"Why sound so serious?"

Kerana aku tidak sepatutnya mengenali dia lagi.

"Awak boleh melukis lukisan baru."

"Okay. Kalau nak beli silakan."

"Iris... Awak masih marahkan saya?"

Saya masih cintakan awak.

"Awak sudah membenci saya?"

Saya masih sukakan awak.

"Awak mahu buang saya jauh dari hidup awak?"

Saya masih menyimpan awak di dalam hati.

"Iris..."

Suaranya yang lunak masih menyebut nama aku.

"Saya cintakan awak."

Tanpa sengaja, aku terlepas kata. Bukan itu yang mahu aku katakan, tetapi hati aku yang bersuara untuk meluahkan kata.

Aku menampar bibir perlahan. Ya Allah, apa yang aku buat ni?

"Iris?"

Dia nampak terkejut.

Aku mengusap dada. Mungkin aku patut meluahkan semuanya.

"Saya minta maaf. Saya patut buang semua perasaan saya, Encik Rayqal. Awak pasti sudah bahagia hidup berdua dengan Bella."

"Mama saya ada di ruang orang ramai."

Puan Sri Zalia.

"Encik Rayqal, pasal apa yang jadi antara kita dengan dendam Mama awak, saya dah maafkan. Saya dah lupakan semuanya."

Aku senyum.

Aku redha dengan apa yang terjadi.

"So, anak Encik sekarang dah berapa orang? Bella mana?"

Aku memang seharusnya menggunakan panggilan formal kepadanya.

"Jom. Jumpa Mama. Dia nak sangat jumpa dengan awak."

Aku mengangguk. Kami berjalan menuju ke ruang orang ramai.

Puan Sri Zalia bersama cucunya. Anak Bella agaknya.

"Iris..."

Aku menghulurkan salam. Aku masih hormatkan dia kerana dia Mama Rayqal. Kerana dia kawan kepada arwah Mama. Dan juga aku telah memaafkannya dengan ikhlas.

"Auntie Lia..."

Anak Bella memeluk kaki aku. Entah mengapa budak kecil suka sangat memeluk kaki aku.

"Comelnya."

"Ni anak Bella."

Aku sudah menjangka.

"Mana Bella?"

Wajah Puan Sri Zalia menunduk.

"Bella dah lama tiada, Iris."

Hah? Kenapa aku tidak tahu menahu langsung?

Sekeping surat dihulurkan kepada aku.

"Surat ni, Bella yang tulis. Khas untuk Iris."

"Betul ke dia dah tiada? Apa yang dah jadi?"

Aku mahu tahu.

"Rayqal, boleh tak bawa Raisya pergi tempat lain? Mama ada hal nak sembang dengan Iris."

Rayqal mengangguk dan menarik tangan Raisya.

"Iris..."

Tangan aku digenggam.

"Pertama sekali, Auntie betul-betul kesal dengan apa yang dah jadi. Auntie dah bertaubat. Dan, Auntie mohon kemaafan dari diri yang hina kepada Iris. Auntie dah rampas kebahagiaan Iris. Maafkan Bella juga. Dia tersasar. Sama seperti Auntie."

Aku senyum.

"Saya dah maafkan. Saya tak marah lagi."

"Bella... Dia dah meninggal setahun yang lalu. Dia menghidap barah rahim. Dan sebelum dia pergi, dia nak sangat jumpa Iris. Sebab banyak lukakan hati Iris. Rampas Rayqal dari tangan Iris. Tapi, Iris menghilang. Kami tak tahu macam mana nak cari Iris. Semua orang tak beritahu Iris berada di mana."

Setahun yang lalu, aku mengendalikan galeri di Australia. Aku buka satu cawangan baru dengan menggunakan nama galeri IrisNa. Agak sibuk di sana.

"Saya sudah maafkan Bella juga."

Aku harap dia ditempatkan di dalam kalangan orang beriman.

"Iris masih sayangkan Rayqal?"

Aku memandang Rayqal dari jauh.

"Saya tak layak jadi menantu Auntie."

Puan Sri Zalia memandang aku. Seperti mengharap aku menerima anaknya.

"Rayqal tidak pernah berhenti mencintai Iris."

"Buat masa sekarang, saya mahu fokus kepada kerjaya saya."

Puan Sri Zalia menunduk.

"Takpe. Auntie faham."

Hati aku sudah tawar. Dengan takdir yang selalu mempermainkan aku.

Biarlah, waktu yang menyembuhkan. Beri kisah kita sedikit waktu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience