Bab 11.
Hari ini Juliana banyak termenung. Dian juga pelik melihat Juliana hari ini. Dian terus menghampiri Juliana yang ada di sofa itu.
“Cik Lia okey tak ni.” Tanya Dian sambil duduk dihadapan Juliana.
“Entah la saya pun tak tahu la Dian. Serebut la kepala saya Dian.” Balas Juliana sambil memicit dahinya.
“Kalau Cik Lia ada masalah Cik Lia boleh kongsi dengan saya mana tahu saya boleh bagi pendapat.” Ujur Dian kepada bosnya itu.
“Kemarin kakak saya kena tangkap khalwat dan kena kahwin dengan lelaki tu dan mama, papa saya coll bakal besan diorang untuk batalkan perkahwinan itu tapi bakal mertua kakak saya bagi cadangan supaya saya mengantikan kakak saya tapi saya tak nak sebab saya tak kenal langsung dengan bakal abang ipar saya tu dan sekarang bakal jadi suami saya pula tu.” Terang Juliana kepada Dian sambil memicit kepalanya.
“Kalau macam tu apa kata Cik Lia buat solat istikharah dan selalunya jodoh yang ditetapkan oleh orang tua ni berkekalan.” Ujur Dian dengan senyuman kepada Juliana.
“Saya sudah lakukan solat istikharah tapi masih belum ada jawapan apa pun tak apa la saya masuk bilik saya dulu ya.” Ucap Juliana dan berlalu ke bilik kerjanya.
Baru saja Juliana masuk ke dalam bilik kerjanya ada seorang lelaki masuk ke dalam butik Juliana. Dian terus datang menghampiri lelaki itu.
“Ye Encik boleh saya bantu.” Tanya Dian dengan ramah.
“Saya nak jumpa dengan Cik Nur Juliana dia ada tak.” Balas lelaki itu dengan nada yang tegas.
“Ada tapi sekarang Cik Lia kurang sihat sikit kalau nak jumpa juga kejap saya pergi panggilkan.” Ujur Dian dengan ramah kepada lelaki itu.
“Boleh juga cakap Ethan nak jumpa dia.” Kata Tengku Ethan sambil memasukkan tangan kanannya kedalam poket seluarnya.
“Baik Encik sila duduk dulu ye.” Ucap Dian lembut dan mempersilakan Tengku Ethan duduk di sofa.
Tok… Tok…
“Masuk.” Laung Juliana perlahan. Dian membuka pintu itu dan terus masuk selepas mendapat kebenaran dari Juliana.
“Maaf Cik lia di luar ada Encik Ethan nak jumpa Cik lia.” Kata Dian kepada Juliana.
“Dia datang sini nak apa pula.” Gumum Juliana perlahan.
“Apa Cik Lia.” Soal Dian apabila kurang mendengar apa yang dikatakan oleh bosnya itu.
“Tak ada apa kejap lagi saya keluar suruh dia tunggu kejap.” Balas Juliana kepada Dian dengan senyuman.
Tak lama selepas Dian keluar Juliana pun keluar untuk berjumpa dengan Tengku Ethan. Juliana duduk dihadapan Tengku Ethan.
“Ada apa Tengku nak jumpa saya.” Tanya Juliana kepada Tengku Ethan.
“Aku datang ni sebab mummy yang suruh aku ajak kau pergi kedai cincin. Semua persiapan sudah siap tinggal cincin saja yang aku dan Julia belum beli lagi.” Balas Tengku Ethan tanpa memandang wajah Juliana.
“Tak apa la nanti saya pergi beli sendiri. Dan nanti saya bagi saja cincin tu pada auntie Ara.” Ujur Juliana sambil memicit dahinya yang semakin berdenyut kuat itu.
“Kau jangan nak mengada-ngada ya. Sudah sekarang jom ikut aku full stop.” Ucap Tengku Ethan dengan tegas.
“Yela kejap la saya ambil handbeg kejap.” Kata Juliana sambil berlalu masuk ke dalam bilik kerjanya.
“Ye la cepat sikit.” Ucap Tengku Ethan dengan sedikit kuat.
Setelah mengambil handbegnya tiba-tiba kepalanya berdenyut Kembali. 5 minit sudah berlalu tapi Juliana masih belum keluar dari bilik kerjanya.
“Cik boleh tolong saya tak.” Tanya Tengku Ethan kepada Dian.
“Boleh Encik apa yang Encik nak saya tolong tu.” Soal Dian balik kepada Tengku Ethan.
“Dah 5 minit saya tunggu tapi Juliana tak muncul-muncul juga. Awak boleh tolong tengokkan tak.” Ujur Tengku Ethan yang masih duduk disifatkan itu.
“Boleh kejap ya.” Balas Dian dan berlalu ke bilik kerja Juliana.
Dian mengetuk pintu bilik itu tapi Juliana tak menjawab. Dian mengambil keputusan untuk membuka pintu bilik itu. Setelah membuka terbuntang matanya bila melihat Juliana sudah terbaring di atas lantai.
“Ya allah Cik Lia.” Jerit Dian dengan kuat. Tengku Ethan yang mendengar terus berlari ke arah bilik kerja Juliana.
“Kenapa ni.” Tanya Tengku Ethan setelah sampai di depan bilik kerja Juliana.
“Tak tahu Encik masa saya masuk tadi Cik Lia sudah terbaring atas lantai ni.” Balas Dian dan cemas.
“Tak apa biar saya bawa dia pergi hospital dulu ye.” Ujur Tengku Ethan sambil mengendong Juliana.
“Baik Encik dan ni handbeg Cik Lia.” Ucap Dian sambil menghulurkan handbeg Juliana kepada Tengku Ethan.
Tengku Ethan meletakkan Juliana di sebelah kerusi penumpang. Setelah masuk kedalam kereta Tengku Ethan terus coll Datin Jasmina.
“Assalammualaikum auntie.” Tengku Ethan memberi salam.
'Wa’alaikummussalam ya Ethan ada apa coll auntie ni.' Tanya Datin Jasmina dengan senyuman kepada Tengku Ethan.
“Ethan nak bagitahu yang Juliana pengsan di butik kebetulan saya ada disana jadi sekarang saya dah on the way hantar Juliana ke hospital KPJ Selangor.” Balas Tengku Ethan sambil memandu.
“Ya allah anak aku. Ha yela Ethan nanti auntie datang dengan uncle ya. Ethan tunggu auntie ya.” Ujur Datin Jasmina dengan cemas.
“Baik auntie Assalammualaikum.” Ucap Tengku Ethan dan terus menamatkan panggilan itu.
Setelah sampai dihospital Tengku Ethan terus memanggil nurse. Juliana diangkat dan diletakkan diatas katil pesakit.
“Encik sila tunggu di luar ya.” Ujur nurse itu kepada Tengku Ethan.
15 minit berlalu Dato Jonatan dan Datin Jasmina sampai dan terus menghampiri Tengku Ethan yang ada disitu. Tengku Ethan yang melihat bakal mertuanya datang terus bangun dari duduk yang dan terus menyalami mereka.
“Ethan, Juliana macam mana.” Tanya Datin Jasmina. Belum sempat Ethan menjawab seorang doktor menghampiri mereka.
“Maaf siapa waris Nur Juliana ya.” Soal doktor yang Bernama Marlia.
“Ya saya ayah dia macam mana keadaan anak saya doktor.” Tanya Dato Jonatan.
“Anak Encik stabil dia cuma stress saja. Boleh saya tahu anak Encik ada masalah apa-apa ke.” Ujur Doktor Marlia kepada Dato Jonatan.
“Saya tak tahu pula doctor.” Balas Dato Jonatan dengan pura-pura tidak tahu.
“Kalau macam tu saya harap Encik dan Puan jangan bagi dia terlampau strees sangat saya takut ini akan membahayakan kesihatannya.” Ucap Doktor Marlia dengan senyuman kepada Dato Jonatan dan Datin Jasmina.
“Baik Doktor terima kasih.” Ucap Datin Jasmina dengan senyuman.
“Baik kalau macam itu saya minta diri dulu ya.” Ujur Doktor Marlia dan terus berlalu pergi.
“Ya allah, Lia mesti sedang fikirkan tentang perkahwinan itukan abang.” Kata Datin Jasmina. Dato Jonatan hanya menganggukkan kepala sahaja.
‘Sampai macam tu sekali kau fikirkan tentang perkahwinan ni. Kesian pula aku tengok kau Juliana.’ Gumum Tengku Ethan dalam hati.
Dato Jonatan dan Datin Jasmina masuk ke dalam bilik rawatan Juliana. Tak lama selepas itu Juliana pun sedar dari pengsannya.
“Lia, Lia dah sedar.” Ujur Datin Jasmina kepada anaknya itu.
“Mama, Lia ada dimana.” Tanya Juliana sambil bangun dan duduk bersandar dikepala katil.
“Lia tadi Lia pengsan dan Ethan yang bawa Lia ke hospital tadi Doktor kata Lia terlampau stress. Apa Lia masih berfikir tentang perkahwinan itu lagi ke.” Soal Datin Jasmina sambil mengusap kepala anaknya itu.
“Ye mama Lia masih berfikir tentang itu.” Balas Juliana sambil memejamkan matanya.
“Sekarang Lia jangan fikir lagi mama tak nak Lia jadi macam ni lagi.” Ujur Datin Jasmina.
“Tadi memang Lia fikirkan tentang itu tapi tadi masa Lia pengsan Lia dah dapat jawapan dari solat istikharah Lia mama.” Jawab Juliana dengan lembut kepada mamanya itu.
“Apa jawapan yang Lia dapat.” Tanya Datin Jasmina ingin tahu.
“Jawapannya adalah sama macam dalam mimpi Lia sebelum ini dan sekarang wajah lelaki tu sudah jelas mama orang itu adalah.” Balas Juliana sambil memandang ke arah Tengku Ethan yang ada di sisi Dato Jonatan.
“Baik mama faham jadi sekarang mama tak nak Lia stress lagi sebab mama tak nak anak mama ni sakit.” Ujur Datin Jasmina dengan senyuman sambil mengusap pipi Juliana dengan lembut.
“Baik mama. Oh ya mama bila Lia boleh balik.” Soal Juliana kepada Datin Jasmina.
“Kejap lagi Doktor datang mama tanya ya.” Balas Datin Jasmina dengan senyuman.
“Baik mama.” Ujur Juliana sambil melirik kearah Tengku Ethan kemudian kearah Dato Jonatan.
“Papa.” Panggil Juliana. Dato Jonatan terus memandang ke arah Juliana.
“Ye Lia ada apa.” Tanya Dato Jonatan.
“I'm hungry and I want my favorite bread. can papa please buy it for me.” Balas Juliana dengan nada manja.
“Yeah sure dear. Tunggu ya papa pergi beli kejap ya.” Ujur Dato Jonatan dan Juliana hanya mengangguk.
5 minit kemudian Dato Jonatan Kembali dengan 2 bungkus roti sambal ikan bilis dan 2 botol air mineral. Dato Jonatan menghulurkan kepada Juliana. Juliana menyambut dengan senyuman dan mula menikmati roti itu dengan berselera sekali. Tengku Ethan yang melihat hanya tersenyum.
Share this novel