BAB 32

Romance Series 53070

BAB 32

Seperti yang dijanjikan Juliana dan Hairul bertolak ke Kuala Lumpur selepas bermacam-macam pesanan yang harus mereka dengar dari Puan Hanis. Sudah 2 jam mereka didalam perjalanan akhirnya mereka berhenti di sebuah restoran dan mereka masuk ke dalam restoran itu.

"Lia nak makan apa." Tanya Hairul sambil berdiri.

"Apa-apa saja la abang Lia okey saja." Jawab Juliana duduk di kerusi.

"Okey kalau macam tu abang ambil sama dengan abang la ye." Ujur Hairul. Juliana hanya menjawab dengan anggukan.

Setelah mengambil makanan Hairul datang dengan dua pinggan nasi campur dan air yang dipesan oleh Hairul tadi juga sudah sampai. Mereka menikmati makanan itu sambil berbual-bual.

"Lia nanti lepas hantar Lia di butik abang terus pergi meeting ye nanti lepas habis meeting abang ambil Lia okey." Kata Hairul sambil menyuap nasi ke dalam mulutnya.

"Lia okey saja tapi abang jangan lupa ambil Lia tau." Balas juliana dengan muncung itiknya.

"Ye mana boleh abang lupa adik abang yang sorang ni. Sudah habiskan cepat nanti lambat pula abang nak masuk meeting tu." Ujur Hairul sambil mengambil sehelai tisu.

"Ye la." Balas Juliana ringkas.

Setelah selesai Hairul pergi membayar bil makanan mereka dan terus menghampiri Juliana. Juliana bangun dan terus berlalu keluar dari restoran itu. Mereka menyambung perjalanan mereka ke Kuala Lumpur.

"Okey dah sampai jom abang hantar Lia ke dalam dulu." Ujur Hairul sambil membuka seatbeltnya. Juliana hanya mengangguk saja.

Hairul keluar dari kereta dan berlalu ke bahagian penumpang. Juliana memegang tangan Hairul untuk keluar dari kereta. Mereka berjalan masuk ke dalam butik Juliana itu. Tanpa mereka sedari ada yang sedang merekam gerak geri mereka.

"Kau hantar video tu pada the biggest boss sekarang." Ucap Don. Din hanya menganggukkan kepala sahaja.

Ting...

Tengku Ethan yang mendengar telefonnya berbunyi terus membuka. Terbuntang matanya bila melihat Juliana berpegang tangan dengan seorang lelaki. Tanpa menunggu lama Tengku Ethan terus keluar dari officenya dan terus memecut laju ke butik Juliana.

"Okey Lia abang pergi dulu nanti kalau ada apa-apa cepat-cepat Coll abang ye." Pesan Hairul.

"Okey abang hati-hati tau bawa kereta tu." Pesan Juliana pula pada Hairul.

"Yela okey bye assalamualaikum." Ucap Hairul.

"Waalaikumussalam." Jawab Juliana dan Dian serentak.

"Puan Lia apa khabar sihat ke Ya Allah dah nampak baby bump. Sudah berapa bulan Puan Lia." Tanya Dian dengan teruja.

"Saya sihat alhamdulillah. Sudah masuk 6 bulan dah pun." Balas Juliana sambil mengusap perutnya.

"Wow tak sabarnya nak jumpa anak buah auntie Dian ni." Kata Diam dengan ceria.

"Insyaallah tak lama lagi keluar la diorang ni." Ujur Juliana dengan senyuman.

"Oh ye Dian ni lakaran baru untuk bulan depan saya saja la nak datang hantar sendiri sambil tu nak tengok macam mana butik saya ni." Sambung Juliana lagi.

"Okey baik esok saya hantar pada Haziq ye." Balas Dian sambil mengambil fail diatas meja itu.

"Macam mana Dian ramai tak yang datang masa saya tak ada." Tanya Juliana.

"Ramai Puan Lia tapi Puan Lia boleh tak saya nak bagi cadangan." Balas Dian.

"Awak nak bagi cadangan apa tu Dian." Soal Juliana dengan kerut di dahi.

"Saya nak cadangkan Puan Lia tambah pekerja boleh tak saya tak larat la Puan Lia nak handle butik ni sorang-sorang." Jawab Dian sambil menundukkan kepalanya.

"Awak jangan risau saya dah uruskan dah pun kejap lagi diorang datang la. Sekarang pun saya tengah tunggu.." belum habis Juliana cakap ada dua orang wanita memberi salam.

"Waalaikumussalam jumput masuk." Ujur Dian sambil berdiri.

"Terima kasih. Kami datang nak jumpa Puan Lia tadi Puan Lia ada chat nak jumpa kami." Ucap salah seorang wanita itu.

"Ye betul silakan duduk." Juliana memperlawa mereka duduk dihadapannya.

"Okey Dian ini Dahlia dan yang ini Nasha. Mereka ini lah yang saya bagitahu tadi." Ujur Juliana sambil memperkenalkan pekerja baru itu pada Dian.

"Oh okey Puan Lia." Jawab Dian.

"Okey saya nak korang saling bantu membantu ya." Ucap Juliana sambil bangun berdiri.

"Baik Puan Lia." Jawab Dian, Dahlia dan Nasha serentak.

"Kalau macam tu saya masuk bilik dulu ye. Dian nanti kalau abang Arul datang suruh dia masuk dalam bilik kerja saya ye." Pesan Juliana dan terus berlalu ke bilik kerjanya.

"Em.. kak Dian bila kami boleh mula kerja." Tanya Dahlia dengan senyuman.

"Dahlia umur berapa dan Nasha pula umur berapa." Soal Dian balik.

"Umur kami sama kak Dian 20 tahun." Jawab Dahlia.

"Okey kalo mcm tu panggil Dian je lagi pun saya tua 3 tahun saja dari korang." Ujur Dian sambil duduk di sofa.

"Baik Dian. Jadi apa yang boleh kami buat sekarang." Tanya Nasha.

"Sekarang kita tunggu pelanggan la. Dah tak payah la nak berdiri sangat meh duduk bual-bual dulu nanti ada pelanggan kita sambung kerja." Balas Dian sambil menggeluarkan telefonnya dari poket seluarnya.

Setelah 30 minit mereka berbual-bual Hairul masuk ke butik itu dengan senyuman yang manis. Dahlia dan Nasha memberi isyarat mata pada Dian dan Dian terus memandang belakang.

"Ye Abang Arul cari Puan Lia ke." Tanya Dian sambil bangun berdiri.

"Ya Lia mana Dian." Balas Hairul sambil mencari keberadaan adiknya itu.

"Puan Lia ada di dalam bilik kerja dia abang Arul masuk la sebab tadi Puan Lia ada pesan kalau abang Arul datang suruh masuk bilik kerja." Ujur Dian menunjuk ke arah bilik Juliana.

"Okey thanks Dian." Ucap Hairul. Dian hanya mengangguk.

Hairul terus berlalu ke bilik kerja Juliana dengan senyuman tak lekang dari bibirnya. Dian menoleh melihat Dahlia dan Nasha seperti dipukau selepas melihat Hairul.

"Wey sudah-sudah lah tu abang Arul tu tunang orang la tak payah nak tengok sangat." Kata Dian sambil duduk kembali diatas sofa.

"Siapa tu Dian." Tanya Nasha sambil duduk di tempatnya tadi.

"Itu Encik Hairul tapi saya biasa panggil abang Arul saja dia tu abang susuan Puan Lia." Balas Dian.

"Oh ingat suami Puan Lia tadi." Kata Dahlia pula.

"Tak suami.." kata-kata Dian terhenti apabila pintu butik dibuka secara kasar oleh seseorang.

"Dian saya nak jumpa Juliana." Ujur Tengku Ethan dengan tegas.

"Boleh Puan lia ada dalam bilik kerja dia dengan abang Arul." Jawab Dian sambil menunjuk kearah bilik kerja Juliana.

"Baik thanks Dian." Ucap Tengku Ethan dan terus berlalu ke bilik kerja Juliana.

"Ha itu siapa pula." Tanya Nasha.

"Ha yang itu baru suami Puan Lia. Tengku Ethan Adrian." Jawab Dian sambil duduk kembali di atas sofa.

"Wow bertuah Puan Lia ada suami dan abang handsome-handsome." Ujur Dahlia pula.

Dian yang mendengar hanya menggelengkan kepala sahaja. Mereka duduk berbual-bual seperti tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience