BAB 57

Romance Series 53070

BAB 57

Setelah seminggu pulang dari Pulau Langkawi Tengku Ethan sibuk dengan urusan pejabat. Juliana juga sedang sibuk menyiapkan lakaran design baru untuk koleksi baju baru di butiknya. Puan Sri Tengku Enara mendekati Juliana yang sedang duduk di atas buai sambil melukis.

"Lia buat apa tu." Tanya Puan Sri Tengku Enara sambil duduk di kerusi yang ada dihadapan Juliana.

"Lia sedang buat design baru mummy. Lusa dah nak kena hantar pada kilang mummy." Balas Juliana sambil tangannya masih melukis pada drawing booknya.

"Oh yaka kerja-kerja juga tapi Lia jangan lupa Lia kan tengah sarat jangan terlalu penat ya." Kata Puan Sri Tengku Enara dengan senyuman.

"Baik mummy." Ujur Juliana sambil memandang wajah ibu mertuanya.

Setelah 30 minit berbual-bual ada sebuah kereta masuk ke halaman rumah. Juliana dan Puan Sri Tengku Enara melihat kearah kereta itu dengan senyuman. Tengku Ethan keluar dari kereta dengan beg kerjanya dan terus berjalan kearah mummy dan isterinya sambil menanggalkan baju kotnya.

"Awal pula along balik hari ni." Tanya Puan Sri Tengku Enara sambil bangun berdiri.

"Tula sekarang baru pukul 3 lebih." Jawab Juliana sambil bangun untuk berdiri.

"Auch aduh-aduh.." Mengaduh Juliana sambil memegang perutnya dan kembali duduk diatas buaian.

"Ya Allah kenapa Lia." Tanya Puan Sri Tengku Enara dengan cemas.

"Sayang, sayang sakit jom pergi hospital ya." Kata Tengku Ethan sambil melutut dihadapan Juliana.

"Okey cuma perut mengeras sikit. Tak perlulah pergi hospital kejap lagi okey la ni." Ujur Juliana sambil mengusap perutnya.

"Betul ke ni sayang. Hubby risau la kalau macam ni masuk ni dah banyak kali perut sayang jadi macam ni." Balas Tengku Ethan dengan nada risau.

"Betul hubby dulu masa sayang pregnant triples pun macam ni juga lagi-lagi dah nak dekat due date. Betul tak mummy." Ujur Juliana sambil bersandar di buaian.

"Betul tu along tapi kalau dah kerap jadi macam ni along dengan Lia kenapa hati-hati sebab bila-bila saja Lia dah boleh bersalin. Faham along." Ucap Puan Sri Tengku Enara.

"Faham mummy." Jawab Tengku Ethan sambil duduk disisi Juliana.

"Sayang ni buat hubby cemas saja la nanti kalau sakit terus bagitahu hubby jangan tunggu lama-lama ye." Sambung Tengku Ethan sambil mengusap perut Juliana.

"Baik hubby tapi sayang ada satu permintaan boleh." Soal Juliana sambil menyandarkan kepalanya di bahu Tengku Ethan.

"Apa sayang bagitahu Insyaallah hubby akan tunaikan." Jawab Tengku Ethan sambil memeluk bahu Juliana.

"Sayang nak satu bodyguard aka driver boleh." Kata Juliana sambil mendongak melihat wajah Tengku Ethan.

"Boleh nanti petang sikit dia akan mula kerja. Lagi ada apa-apa lagi yang sayang nak." Soal Tengku Ethan sambil mengusap bahu Juliana.

"Tak ada yang itu saja. Nanti kalau sayang nak sayang akan bagitahu hubby okey." Balas Juliana sambil menepuk peha suaminya.

"Sayang tangan tu jangan nakal nanti ada yang tak boleh bangun makan malam nanti ni." Kata Tengku Ethan dengan nada suara yang nakal.

"Hubby jangan mengada-ngada ye sayang dah sarat dah ni." Ujur Juliana sambil menegakkan badannya.

"Hubby gurau saja sayang. Tapi kalau nak tunggu sayang habis pantang nanti lama sayang hubby kena puasa kalau hubby minta buat bekal untuk puasa nanti bolehkan." Ucap Tengku Ethan sambil menaikkan keningnya.

"Tengok la nanti macam mana dah la sayang nak naik dulu nak rehat." Balas Juliana dan terus masuk naik ke bilik mereka.

Tengku Ethan terus mengikut langkah Juliana dari belakang dan dia terus masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Tengku Ethan keluar dari bilik air dan terus berehat disisi Juliana yang sudah tertidur. Juliana terbangun dan terus melihat jam yang ada di dinding bilik itu sudah menunjukkan pukul 5.50 Juliana terus membangunkan Tengku Ethan.

"Hubby bangun dah pukul 5.50 ni hubby dah solat asar belum." Tanya Juliana sambil mengoyangkan bahu Tengku Ethan.

"Belum, sayang pergi ambil wuduk dulu tapi hati-hati takut lantai licin pula. Hubby bentangkan sejadah dulu." Jawab Tengku Ethan dan terus ke penyidai sejadah dan terus bentangkan sejadah.

Setelah Juliana keluar dari bilik air Tengku Ethan pula masuk untuk mengambil wuduk. Setelah itu Tengku Ethan terus mengimamkan solat mereka. Selepas solat Juliana memakai tudungnya dan terus ingin keluar dari bilik itu tapi di cegah oleh Tengku Ethan.

"Sayang nak pergi mana tu laju saja hubby tengok." Tanya Tengku Ethan yang sedang melipat sejadah.

"Sayang nak pergi tengok anak-anak la entah apalah yang mereka tengah buat tu." Jawab Juliana sambil ingin meneruskan langkahnya tapi dihalang lagi.

"Kejap sayang kita pergi sekali. Hubby pun nak tengok juga Triples tu buat apa. Okey Jom." Ujur Tengku Ethan sambil menutup pintu bilik mereka.

Mereka berjalan sambil Tengku Ethan meminpin tangan Juliana. Setelah sampai di bilik anak-anak mereka Tengku Ethan terus membuka pintu bilik itu. Tapi seorang pun tak ada di dalam bilik itu kecuali seorang pengasuh anak-anak mereka yang bernama Fina.

"Fina mana triples." Tanya Juliana.

"Oh Tengku muda semua ada di bawah sedang main dengan Tan Sri, Puan, The biggest boss." Jawab Fina sambil menundukkan kepala.

"Okey thanks ya." Ucap Juliana dan terus berlalu pergi.

"Sama-sama Puan." Jawab Fina sambil mengemas barang mainan anak-anak majikannya.

Juliana dan Tengku Ethan turun ke bawah dan mendengar suara anak-anak mereka yang memenuhi ruang tamu itu. Setelah melihat mummy dan baba mereka, mereka pun terus merangkak mendekati dan terus memeluk mummy dan baba mereka dengan erat sekali.

"Anak-anak mummy main apa ni kuat mummy dengar suara kamu semua." Soal Juliana sambil mencium setiap anak-anaknya.

Anak-anaknya hanya ketawa bila Juliana menanyakan soalan. Tengku Ethan mengendong Jaclyn dan Jesslyn dan Zarul terus menggambil Edward dan terus ke arah Puan Sri Tengku Enara dan Tengku Elly yang sedang duduk di sofa ruang tamu itu.

"Acik dengan Zarul dah lama sampai." Tanya Juliana sambil duduk disisi Tengku Ethan.

"Baru saja kak long, acik datang sini sebab teringin nak makan kerabu kaki ayam yang mummy buat tadi acik dah pesan kat mummy tak tahu lah dah siap ke belum." Balas Tengku Elly sambil mengusap perutnya yang semakin besar itu.

“Wow sedapnya Lia pun nak mummy boleh." Soal Juliana dengan senyuman yang manis.

"Boleh kamu duduk la dulu di sini mummy nak pergi tengok bahan-bahan tadi mummy sudah suruh Din tolong belikan sorry along mummy guna khidmat driver kamu sekejap ye." Jawab Puan Sri Tengku Enata sambil berdiri.

"Tak apa mummy suruh saja diorang tu dari dulu kat meja tu sambil berbual-bual kosong tak pun main telefon saja baik tolong mummy beli barang." Kata Tengku Ethan sambil membalas chat dari seseorang.

"Okey la mummy pergi dapur dulu." Ucap Puan Sri Tengku Enara dan terus berlalu pergi ke dapur.

"Assalammualaikum." Seseorang memberi salam.

"Waalaikummussalam. Masuk Felix." Jawab Tengku Ethan dengan kuat.

"Ye The biggest boss ada apa-apa yang saya boleh bantu." Tanya Felix sambil berdiri di sisi Tengku Ethan.

"Okey aku nak kau dengar arahan aku ni baik-baik mulai dari saat ini aku nak kau jadi bodyguard dan driver untuk isteri aku Faham. Kalau kau langgar arahan dari aku ni maka kau akan berdepan dengan hukuman yang sangat berat faham. Aku nak kau mula bekerja sekarang juga nanti kau datang bawa barang-barang kau dan duduk dengan Din aku sudah bagitahu Din tadi dah kau boleh pergi sekarang." Ucap Tengku Ethan dengan tegas sambil berdiri dihadapan Felix salah seorang anak buahnya.

“Baik The biggest boss." Jawab Felix dan terus keluar dari rumah itu.

"Dah sayang permintaan sayang, hubby dah tunaikan dan malam nanti hubby bagitahu permintaan hubby pula just wait and see sayang." Kata Tengku Ethan sambil duduk disisi Juliana.

Juliana yang memdengar hanya mengelengkan kepala sahaja. Tengku Elly dan Zarul juga hanya tersenyum-senyum bila melihat kemasraan Tengku Ethan dan Juliana. Setelah itu mereka berbual-bual dan bergelak ketawa mereka. Puan Sri Tengku Enara yang mendengar hanya tersenyum melihat gelagat anak dan menantunya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience