BAB 29

Romance Series 53070

BAB 29

Setelah seharian ada di Pulau Perhentian kini tiba masa untuk pulang ke rumah Puan Hanis. Mereka duduk dijeti sambil menunggu bot sampai.

"Abang pukul berapa bot nak sampai." Tanya Juliana kepada Hairul.

"Kejap lagi sampai la tu kenapa Lia." Jawab Hairul.

"Lia letih la abang seharian ni asyik duduk dan berjalan saja." Ujur Juliana sambil melihat kearah laut.

"Tak apa nanti bila sudah sampai di kereta Lia tidur la muka Lia pun pucat saja abang tengok." Kata Hairul dengan nada risau.

"Ye Lia ibu pun perasan nanti Lia tidur saje ye." Ucap Puan Hanis kepada Juliana.

"Baik ibu." Jawab Juliana dengan ringkas.

Setelah 15 minit menunggu akhirnya bot yang ditunggu telah pun sampai. Mereka menaiki bot dengan berhati-hati, Juliana duduk disisi Syifa dan juliana terus terlelap dibahu Syifa.

"Letih sangat ni bot tak sempat jalan lagi dia sudah tertidur ibu." Ujur Syifa sambil memeluk bahu sahabatnya itu.

"Tak apa biar la dia nanti kalau sudah sampai kita kejutkan dia." Balas Puan Hanis sambil melihat kearah Syifa dan Juliana.

"Baik ibu." Ucap Syifa ringkas.

Setelah penumpang penuh bot itu pun mula berjalan. Juliana sudah nyenyak tertidur dibahu Syifa. Setelah sampai di jeti Puan Hanis mengejutkan Juliana tak lama kemudian Juliana bangun dari tidurnya.

"Sorry Fa aku tertidur di bahu kau." Ucap Juliana sambil membetulkan tudungnya.

"Tak apa bukannya lama pun dan jom sambung tidur di dalam kereta pula." Kata Syifa sambil memimpin tangan Juliana ke kereta.

"Okey jom." Balas Juliana dengan ceria.

Juliana dan Syifa masuk ke dalam kereta dibahagian belakang baru saja menyandarkan kepala di atas kerusi Juliana sudah terlelap kembali. Hairul yang baru masuk ke dalam kereta hanya menggeleng bila melihat Juliana yang tertidur dari cermin kereta.

"Hai baru saja naik kereta dah sambung tidur lagi penat sangat tu." Kata Hairul.

"Biar la Arul kena faham Lia tu berbadan dua nanti Syifa pun akan jadi macam tu juga." Balas Puan Hanis sambil melihat kearah Hairul dan Syifa silih ganti.

"Ha ye la ibu dah la jom la balik Arul pun dah penat ni." Ujur Hairul sambil menghidupkan enjin keretanya.

"Ha jom tapi nanti singgah mini market kejap ibu nak beli susu untuk Lia." Jawab Puan Hanis sambil memakai tali pinggang keselamatan.

"Okey baik ibu." Ucap Hairul dan mula memandu.

Mereka bertolak pulang dan bila sampai di mini market Puan hanis turun dan masuk ke dalam mini market itu. Syifa dan Hairul tunggu di kereta sambil berbual-bual. Tak lama kemudian Puan Hanis datang dengan sebuah beg plastik besar.

"Okey sudah jom." Ujur Puan Hanis yang baru masuk ke dalam kereta.

"Okey jom ada nak singgah mana-mana lagi tak." Tanya Hairul.

"Kita singgah beli makan malam la nanti tak perlu la ibu nak masak dah kesian ibu penat." Balas Syifa sambil memegang kepala Juliana yang ada diatas bahunya.

"Ha okey juga tu okey kita beli kat kedai Pak Mahmud saja la ye." Ujur Hairul dan dia mula memandu kereta.

"Ibu ikut saja Syifa macam mana." Jawab Puan Hanis.

"Syifa pun okey saja ibu yang penting ada makanan." Kata Syifa kepada bakal ibu mertuanya itu

"Okey la kalau macam itu kita ke kedai pak Mahmud sekarang." Ujur Hairul.

Setelah sampai di kedai Pak Mahmud, Hairul keluar dari kereta dan selepas memesan makanan Hairul kembali ke kereta semula. Juliana masih tidur dengan nyenyak sekali. Setelah 15 minit menunggu seorang datang mengetuk tingkap kereta.

"Berapa adik." Tanya Hairul sambil menyambut huluran dari seorang budak berumur 13 tahun itu melalui tingkap.

"RM43 saja abang." Balas budak lelaki itu.

"Okey ni duitnya baki simpan ye dik." Ujur Hairul sambil menghulurkan duit not 50 kepada budak lelaki itu.

"Terima kasih abang." Ucap budak itu lagi dengan senyuman.

"Sama." Jawab Hairul sambil membalas senyuman dari budak lelaki itu.

Hairul terus memandu untuk pulang. Setelah sampai di rumah Syifa terus mengejutkan Juliana yang masih tidur. Juliana bangun sambil membetulkan tudungnya.

"Dah sampai ke ibu." Tanya Juliana dalam keadaannya masih mamai.

"Ye dah sampai. Jom masuk mandi lepas tu solat." Balas Puan Hanis.

"Baik ibu." Jawab Hairul, Juliana dan Syifa serentak.

Mereka masuk ke dalam rumah. Juliana terus masuk ke dalam biliknya dan terus masuk ke dalam bilik air yang ada di dalam biliknya.

"Aduh pening pula." Gumum Juliana sendiri sambil berdiri di muka pintu bilik air.

Juliana membersihkan diri dan mengambil wudhuk baru saja dia nak melangkah keluar dari bilik air kepalanya berdenyut kembali. Tiba-tiba semua gelap dari pandangannya dan Juliana terus tak sedarkan diri sebelum pengsan Juliana sempat memanggil Syifa dengan kuat.

"Wey apa hal kau panggil aku macam tu." Tanya Syifa sambil membuka pintu.

"Eh.. tak ada pula. Lia.. mana kau lia.." panggil Syifa sambil matanya mencari keberadaan Juliana.

Syifa melangkah masuk ke dalam bilik Juliana. Bila sampai di depan pintu bilik air Syifa melihat Juliana sudah terbaring di atas lantai bilik air.

"Astaghfirullah Lia.. bangun Lia.. Ibu tolong ibu." Jerit Syifa dengan kuat sekali.

"Kenapa Syifa." Tanya Puan Hanis dengan cemas.

"Ibu tolong ibu Lia ibu. Lia pengsan ni." Balas Syifa dengan cemas.

"Astaghfirullah halazim. Macam mana boleh jadi macam ni." Soal Puan Hanis sambil duduk di sisi Syifa.

"Tak tahu ibu tadi Syifa dengar Lia panggil Syifa bila Syifa dah sampai je Lia dah terbaring kat sini dah dan tu ibu kaki Lia ada darah." Terang Syifa lalu menunjuk ke arah kaki Juliana.

"Ya Allah Syifa kamu pergi panggil Arul ke sini cepat. Kita kena bawa Lia ke Hospital sekarang." Ujur Puan Hanis dengan cemas bila melihat darah banyak keluar dari kaki Juliana.

"Baik ibu." Jawab Syifa dan berlalu untuk memanggil Hairul.

Hairul dan Syifa datang ke bilik Juliana. Puan Hanis segera menyuruh Hairul mengangkat Juliana dan dimasukkan ke dalam kereta. Mereka segera bertolak ke hospital.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience