BAB 50
Tengku Ethan yang baru keluar dari bilik air terus mendekati Juliana yang sedang di check oleh doctor. Setelah selesai check Juliana doctor itu terus menulis sesuatu di sebuah buku dan terus memberi buku itu pada nurse yang ada di sisinya.
"Baik Tengku, Puan semua okey tak ada masalah jadi Puan sudah boleh pulang nanti Puan datang ikut tarikh temujanji yang saya berikan ye. Nanti nurse akan siapkan surat-surat dan diserahkan pada Tengku dan selepas itu Puan sudah boleh pulang dengan babies ye. Kalau tak apa-apa lagi saya keluar dulu ye." Ujur Doktor yang Bernama Najihah itu.
"Baik doktor terima kasih." Ucap Tengku Ethan dan Juliana serentak.
Setelah doktor Najihah keluar Tengku Ethan terus mengucup bibir Juliana dengan penuh rasa kasih. Juliana juga membalas ciuman Tengku Ethan itu. Sedang mereka dalam keadaan begitu Tengku Elly dan Zarul masuk kedalam bilik itu.
"Wow free show la biy." Kata Tengku Elly kepada Zarul yang ada disisinya. Tengku Ethan terus melepaskan pautan bibir mereka.
"Tula tak apa nanti kita pun boleh buat macam itu honey tapi kena tunggu lepas kahwin nanti ye." Balas Zarul. Tengku Ethan dan Juliana sudah merah wajah bila mendengar kata-kata Tengku Elly dan Zarul tadi.
"Kenapa masuk tak ketuk pintu tangan dah hilang ke korang nak aku potong tangan korang berdua." Kata Tengku Ethan dengan nada yang tegas.
"Sorry along ni acik datang ni nak tengok anak-anak buah acik ni." Ujur Tengku Elly sambil mendekati crandle baby.
"Ala kalau acik tak datang pun boleh tengok sebab kejap lagi Kak long dah boleh balik dah sekarang cuma tunggu nurse bagi surat-surat saja lepastu bayar bil dan dah boleh balik. Eh elok juga acik datang ni boleh tolong along kemas barang babies ni boleh tak." Ucap Tengku Ethan kepada Tengku Elly.
"Boleh je. Meh acik tolong kemas sekarang." Kata Tengku Elly sambil mengambil beg pakaian baby yang ada di hujung kaki Juliana.
"Oh ya Zarul kau datang dengan apa." Soal Tengku Ethan kepada Zarul yang sedang tolong Tengku Elly mengemas barang-barang babies.
"Tadi saya datang dengan kereta along." Jawab Zarul.
"Oh okey la tu aku tak perlulah nak coll Din untuk datang sini ambil kitorang. Kita balik sekali saja la nanti boleh." Ujur Tengku Ethan sambil mengemas barang-barang Juliana.
"Boleh je. Lagipun lepasni kitorang tak ada nak pergi mana-mana pun." Balas Zarul lalu menyambung tugasnya tadi.
"Okey kalau macam tu kejap lagi kalau dah siap kemas tolong masukkan semua barang dalam kereta ya." Kata Tengku Ethan.
"Okey baik along." Jawab Zarul.
Setelah TengkuEthan siap kemas barang Juliana dia terus duduk di kerusi yang ada di sebelah katil Juliana. Juliana yang baru selesai menyusu terus bangun dari baring dan menurunkan kakinya dari katilnya. Tengku Ethan yang melihat terus menahan Juliana.
"Sayang nak pergi mana ni." Tanya Tengku Ethan sambil memegang tangan Juliana.
“Hubby, sayang nak pergi bilik air saja. Sayang rasa 'P' dah penuh la hubby tolong boleh." Balas Juliana sambil mengambil sesuatu didalam beg tangannya.
"Oh yeke kalau macam tu jom." Kata Tengku Ethan dan terus mencempung Juliana ke bilik air. Tengku Elly yang melihat terus tersenyum manis.
"Honey P tu apa." Soal Zarul yang kurang faham.
"P?? oh P yang kak long cakap tadi tu maksudnya tuala wanita faham tak." Jawab Tengku Elly dengan sedikit berbisik-bisik.
"Oo yang tu ke hehe sorry biy kurang faham. Eh okey la biy pergi letak barang dalam kereta dulu ye nanti biy naik balik." Ujur Zarul sambil mengambil semua barang-barang Juliana dan babies.
Tok.. Tok..
"Maaf menganggu Tengku ini surat-surat yang diberitahu oleh doktor tadi. Kalau macam tu saya minta diri dulu ye." Ujur Nurse itu.
"Baik terima kasih ye." Ucap Tengku Ethan. Selepas itu nurse itu terus berlalu pergi.
"Acik tolong tengokkan kak long dengan babies ye nanti kalau ada apa-apa coll along sekarang along pergi bayar bil dulu ye." Pesan Tengku Ethan kepada Tengku Elly.
"Okey baik along." Jawab Tengku Elly sambil duduk di sofa yang ada di dalam bilik itu.
Selepas mendengar jawapan dari Tengku Elly, Tengku Ethan terus keluar dari bilik itu dan menuju ke kaunter pembayaran. Setelah membersihkan diri Juliana terus membuka pintu bilik air dan terus melangkah keluar. Tengku Elly yang melihat Juliana terus mendekati Juliana dan memimpin Juliana ke katil.
"Along mana Acik." Tanya Juliana sambil memakai stokin.
"Along pergi bayar bil hospital kak long kejap lagi datang la tu." Balas Tengku Elly sambil duduk di kerusi yang ada disisi katil.
"Ooo Okey. Acik dengan Zarul macam mana." Soal Juliana kepada Tengku Elly.
"Kami okey saja kak long lagi pun Majlis kami semakin dekat Acik harap semua berjalan dengan lancar." Ujur Tengku Elly.
"Amin. Kak long pun doakan untuk adik kak long yang cantik ni." Ucap Juliana sambil memegang tangan Tengku Elly dengan Erat.
"Thanks kak long." Balas Tengku Elly dan terus memeluk Juliana. Juliana pun membalas pelukan adik iparnya itu.
Setelah membayar bil hospital Tengku Ethan terus kembali ke bilik rawatan Juliana. Setelah semua siap mereka terus keluar dari bilik itu Tengku Ethan menolak Juliana menggunakan kerusi roda. Tengku Elly mengendong salah seorang anak buahnya manakala lagi dua orang Juliana mengendong sambil duduk di kerusi roda.
"Zarul jom." Ucap Tengku Ethan setelah masuk kedalam kereta dan Zarul hanya menjawab dengan anggukkan.
"Hubby, hubby dah bagitahu mummy dengan mama yang sayang dengan babies dah boleh balik nanti diorang datang hospital kita tak ada pula." Tanya Juliana sambil menyusu anaknya.
"Sudah tadi masa hubby pergi bayar bil sayang mummy coll jadi hubby bagitahu saja la." Balas Tengku Ethan sambil melihat iPadnya.
"Okey." Ucap Juliana ringkas.
Setelah 45 minit perjalanan akhirnya mereka sampai di rumah Tan Sri Tengku El-Amin. Zarul terus mengambil kerusi roda Juliana dan terus membantu mengendong baby yang Tengku Ethan gendong tadi.
"Zarul kau gendong anak aku masuk kejap lagi aku suruh Din yang bawa barang semua tu masuk." Ujur Tengku Ethan sambil menolak Juliana masuk kedalam rumah.
"Ha dah sampai pun anak menantu dan cucu-cucu mummy ni. Mummy ingat lama lagi ni balik dengan siapa." Ujur Puan Sri Tengku Enara sambil menuju kearah Juliana dan terus mengambil cucunya yang digendong oleh Juliana.
"Amboi sayang bukan main lagi ye bila cucu dah balik jangan nanti lupa pada abang pula." Ucap Tan Sri Tengku El-Amin sambil melipat surat khabar yang ada di tangannya.
"Mana ada takkan sayang nak lupa abang pula merepek saja la abang ni." Kata Puan Sri Tengku Enara. Semua yang ada di ruangtamu itu tersenyum melihat Tan Sri Tengku El-Amin dan Puan Sri Tengku Enara.
"Mummy, angah mana." Tanya Tengku Ethan.
"Tak tahu la pagi-pagi lagi dah keluar. Mummy hairan la sejak dua menjak ni angah selalu jarang ada di rumah nak kata meeting pakai baju t-shirt biasa saja." Balas Puan Sri Tengku Enara.
"Oo tak apa la mummy kita doakan yang terbaik saja untuk angah ye." Ujur Juliana dengan senyuman yang manis.
"Ha yela. Amin." Ucap Puan Sri Tengku Enara. Tengku Ethan yang melihat senyuman Juliana itu terus berbisik sesuatu.
"Sayang ada rahsiakan sesuatu dari hubby ke." Tanya Tengku Ethan dalam bisik-bisik.
"Hubby tak perasan ke kalau Dian datang hospital mesti ada angah itu apa maknanya." Balas Juliana juga dalam keadaan bisik-bisik.
"Ye tak ye juga haih angah dalam diam kau buat kerja ye." Kata Tengku Ethan perlahan-lahan.
Mereka berbual-bual dan bergelak ketawa dengan riuh rendah. Setelah masuk waktu Zohor mereka semua naik ke bilik masing-masing dan Zarul juga minta diri untuk pulang ke rumahnya. Tengku Ethan mula menunaikan solat dan Juliana berbaring diatas katil mereka sambil bermain telefonnya. Anak-anak mereka juga sudah tidur selepas menyusu tadi.
sorry lama tak update harap semua yg membaca berpuas hati dan jangan lupa komen ya
Share this novel