BAB 27

Romance Series 53070

BAB 27

Pin.. Pin….

“Ini Puan Juliana ke.” Tanya seorang lelaki berbadan sasa sambil memegang sebuah kotak besar.

“Ye saya kenapa ye.” Balas Juliana dengan berkerut dahinya.

“Ini ada seorang lelaki suruh bagi pada Puan.” Ujur lelaki itu sambil menghulurkan kotak itu pada Juliana.

“Oh ye ke. Kalau macam tu awak tolong hantar kat rumah tu boleh. Sebab saya lama lagi nak balik.” Kata Juliana sambil menunjuk ke arah rumah Puan Hanis.

“Ha boleh nanti Puan buka ye.” Ujur lelaki itu lagi dan terus ke rumah Puan Hanis.

Selepas lelaki itu pergi Juliana menyambung melukis semula. Setelah menghantar kotak itu di rumah Puan Hanis lelaki itu terus coll seseorang.

“Hello the biggest boss semua settle. Tapi Puan Juliana masih ada di sawah padi tu lagi.” Kata lelaki itu.

“Dia buat apa di sawah padi tu.” Tanya Tengku Ethan kepada anak buahnya.

“Puan Juliana sedang melukis the biggest boss.” Balas lelaki itu.

“Okey kau terus awasi dia jangan sampai jadi apa-apa pada dia faham.” Ujur Tengku Ethan dengan tegas.

“Baik the biggest boss.” Ucap lelaki itu dan terus menyimpan telefonnya ke dalam poket seluarnya.

Setelah selesai melukis Juliana bangun untuk pulang ke rumah Puan Hanis. Setelah sampai Juliana terus mencari Puan Hanis.

“Ibu ada tak seorang lelaki hantar kotak tadi.” Tanya Juliana kepada ibunya itu.

“Ada, kotak itu ibu dah letak dalam bilik Lia.” Balas Puan Hanis.

“Okey Terima kasih ibu. Lia naik dulu ye.” Kata Juliana dan terus berlalu ke biliknya.

“Sama-sama Lia.” Jawab Puan Hanis sambil memotong sayur itu.

Juliana masuk ke dalam biliknya daan terus tutup pintu. Juliana mendekati kotak itu dan ada sekeping kad diatas kotak itu.

‘nanti tidur peluk bantai ini ye sayang. Yang benar suamimu TENGKU ETHAN ADRIAN.’ Tulisan yang ada di kad itu. Terbentang matanya tidak percaya.

Selepas membaca kad itu Juliana terus membuka kotak itu. Tersenyum Juliana bila melihat benda yang ada dalam kotak itu.

“Aww… Handsomenya tapi macam mana dia boleh tahu di mana aku berada. ” Gumum Juliana sendiri.

Tiba-tiba ada panggilan masuk di telefonnya. Juliana terus angkat panggilan itu.

‘Sayang dah buka hadiah tu.’ Soal Tengku Ethan.

‘Dah tapi macam mana awak tahu saya dimana.’ Soal Juliana pula.

'Itu sayang tak perlu tahu yang penting sekarang ni sayang suka tak hadiah tu.’ Tanya Tengku Ethan di talian.

‘Suka thanks .’ Ucap Juliana sambil mencium bantai itu.

‘Sama-sama sayang malam ni tidur nyenyak tau. Mimpi yang indah-indah ye sayang.’ Ujur Tengku Ethan dengan senyuman.

‘Tengoklah macam mana. Okey la saya nak pergi mandi dulu.’ Balas Juliana.

‘Okey bye sayang assalammualaikum.’ Kata Tengku Ethan.

‘Bye wa’alaikummussalam.’ Jawab Juliana.

Setelah menamatkan panggilan Juliana terus ke bilik air untuk membersihkan dirinya. Setelah 30 minit membersihkan diri Juliana keluar dari bilik air dan terus memakai baju dan turun ke dapur.

“Ada apa-apa yang Lia boleh tolong tak ibu.” Tanya Juliana kepada Puan Hanis.

“Tak ada apa dah Lia semua dah siap. Lia rehat saja ibu risau la dengan keadaan Lia ni sekarang kandungan itu pun dah masuk 5 bulan dah kan.” Balas Puan Hanis.

“Baik ibu tapi kalau ibu nak minta tolong ibu bagitahu je Lia ye.” Ujur Juliana.

“Ye anak ibu yang cantik.” Jawab Puan Hanis dengan senyuman.

Juliana duduk di kerusi yang ada di dapur itu sambil chat dengan Tengku Ethan. Puan Hanis melihat Juliana dengan senyuman.

“Lia tadi kotak apa yang besar sangat tu.” Tanya Puan Hanis.

“Oh yang tu bantai Ethan yang hantar ibu. Dia kata dapat alamat Lia dari kawan dia.” Balas Juliana.

“Kawan dia macam mana kawan dia boleh tahu alamat rumah ibu.” Soal Puan Hanis dengan kerutan di dahinya.

“Lia pun tak tahu ibu tadi Lia ada tanya tapi dia tak jawab pun.” Jawab Juliana.

“Ooo.. Tak apalah tapi bantal apa yang Ethan bagi tu nak juga ibu tengok.” Ujur Puan Hanis dengan senyuman.

“kejap lagi Lia tunjuk kat ibu ye. Sekarang Lia lapar la ibu.” Ucap Juliana.

“Ha ye la dah jom makan kejap ibu ambilkan nasi untuk Lia ye.” Kata Puan Hanis.

Juliana dan Puan Hanis makan tengahari sambil berbual dan gelak tawa. Setelah selesai Juliana bangun dan membasuh pinggan dan cawan yang dia gunakan tadi.

“Ibu Lia nak naik kejap ye.” Ujur Juliana.

“Ha yela Lia jangan nak buat kerja berat-berat ye kalau ibu tahu siap Lia.” Pesan Puan Hanis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience