Bab 41
Tengku Reza dan Tengku Danny yang baru sampai terus menghampiri Tengku Ethan yang sedang menunggu di tepi keretanya. Dari raut wajah Tengku Ethan jelas kelihatan kemarahannya yang sedang kemuncak.
"Jom kita masuk sekarang perempuan tu pun dah sampai dan perang akan dimulai sekarang." Kata Tengku Ethan sambil berjalan masuk ke dalam rumah itu.
"Assalamualaikum papa, mama dan Kakak Iparku." Tengku Ethan memberi salam dan langsung duduk di sisi Dato Jonatan.
"Waalaikumussalam. Ha Ethan sihat ke lama tak dengar khabar kamu." Tanya Datin Jasmina kepada Tengku Ethan.
"Alhamdulillah sihat mama. Sekarang ni Ethan sibuk sikit. Ni pun Ethan baru balik outstation dari Terengganu." Jawab Tengku Ethan tanpa senyuman di wajahnya.
"Oh yeke." Kata Datin Jasmina ringkas dan gugup.
"Oh ya ada apa Ethan suruh papa panggil Julia datang sini." Soal Dato Jonatan kepada Tengku Ethan.
"Pasal benda ini papa." Balas Tengku Ethan sambil menunjuk sebuah gambar kepada Dato Jonatan.
"Astaghfirullah. what is this thing Julia." Tanya Dato Jonatan dengan kuat sekali.
"Tak papa ini fitnah. Ini mesti ada orang yang nak fitnah Jue, papa jangan percayakan benda ni." Dalih Julia dengan wajah pura-pura tak bersalah.
"Kau jangan nak tipu la Julia aku tahu ni kerja kau. Aku dapat benda ni pun dari Ana dia yang hantar pada aku. So sekarang aku nak tanya kau apa motif kau sebenarnya." Soal Tengku Ethan sambil berpeluk tubuh.
"No itu bukan I, Lia sengaja nak fitnah I." Dalih Julia lagi sambil berdiri.
"Baik kalau macam tu apa motif Ana nak fitnah kau cuba kau bagitahu aku." Tanya Tengku Ethan dengan berkerut dahinya.
"Mungkin dia dah jumpa orang yang dia cintai sebab tu dia buat semua ni." Balas Julia dengan gugup.
"Kau jangan nak tipu la. Aku tahu isteri aku macam mana pagi tadi elok saja dia jawab coll aku dia balas chat aku. Tapi lepas saja dia dapat gambar ni dia terus off telefon dia and dia cakap dia tunggu surat cerai dari aku. So nampak sangat disebabkan gambar ni lah dia jadi macam ni." Ujur Tengku Ethan dengan panjang lebar.
"So you nak tunggu apa lagi cerai sajalah entah-entah dia curang belakang you, you je yang bodoh percayakan dia." Kata Julia tanpa berfikir panjang.
"Apa lagi yang Jue tak puas hati dengan Lia ni." Tanya Datin Jasmina kepada anaknya itu.
"Jue tak puas selagi Jue tak ambil balik apa yang sepatutnya menjadi milik Jue." Balas Julia dengan nada suara yang tinggi.
"Apa yang sepatutnya menjadi milik Jue cuba bagitahu papa." Soal Dato Jonatan pula.
"Papa lupa ke Lia dah rampas Ethan dari Jue. Selagi Jue tak dapat Ethan selagi tu Jue tak puas hati." Jawab Julia dengan nada suara sedikit tinggi dari tadi.
"Astaghfirullah Jue istighfar Jue. Jue dah lupa ke yang Jue dah ada suami dan Ethan ni adalah suami orang suami dari adik Jue sendiri Jue lupa ke." Ujur Dato Jonatan.
"Sebab tu la Jue nak dapatkan balik apa yang sepatutnya menjadi milik Jue. Jue tak kira apa pun caranya." Kata Julia dengan kuat.
"Eh.. aku tak ingin la nak jadikan kau isteri aku. Kalau pun jodoh aku dengan Ana tak panjang aku takkan pernah kahwin dengan kau la." Ucap Tengku Ethan.
"I cinta pertama you tak mungkin you boleh lupakan I dengan sekelip mata saja." Ujur Julia kepada Tengku Ethan.
"Yes memang kau cinta pertama aku tapi sekarang Ana adalah cinta terakhir aku dan aku tak nak ingat lagi masa lalu kita yang dulu." Ucap Tengku Ethan.
"I rasa ini semua rancangan dia untuk pisahkan kita dulu. Dan sekarang dia dah dapatkan you. Masa I ada dirumah Zack mesti dia yang report pada pejabat agama and I pun kena kahwin dengan Zack dan dia dapat kahwin dengan you. I tahu ini semua rancangan dia dasar perempuan tak sedar diri." Kata Julia dengan panjang lebar.
PANG..
Terteleng kepala Julia akibat tamparan dari Dato Jonatan. Semua yang ada di situ turut tergamam melihat tindakan Dato Jonatan.
"Papa, sampai hati papa tampar Jue." Ujur Julia sambil memegang pipinya yang ditampar oleh Dato Jonatan.
"Yes papa tampar kamu sebab kamu tuduh Lia macam tu padahal dia tak tahu apa-apa pun tentang hal tu sedangkan apartment Zack pun Lia tak tahu macam mana Lia nak buat report sedangkan dia sendiri tak tahu alamat apartment tu. Untuk pengetahuan kamu papa yang laporkan kamu kepada pejabat agama sebab mama bagitahu papa alasan kamu mahu kahwin dengan Ethan dan papa juga yang suruh pegawai pejabat agama tu nikahkan kamu dengan Zack saat itu juga. Tapi papa tak sangka kamu sanggup nak hancurkan rumahtangga adik kamu sendiri kamu dah melampau Jue kamu tak fikir ke perasaan Zack." Terang Dato Jonatan panjang lebar.
"Dia memang takkan faham perasaan saya papa. Yang dia tahu dia akan dapatkan balik apa yang sepatutnya menjadi hak milik dia. Saya pun tak sangka dia akan buat sampai macam ni sekali pada Juliana adik kembar dia sendiri." Kata Zack yang sedang berdiri di hadapan pintu utama rumah Dato Jonatan.
"You, you buat apa di sini." Tanya Julia kepada Zack.
"I datang nak tunjuk bukti ini pada semua yang ada disini." Balas Zack sambil meletakkan beberapa keping gambar diatas meja di ruang tamu.
"So betul la kau yang buat semua ni. kau dengar sini ye kalau apa-apa jadi pada Juliana dengan anak aku, aku takkan teragak-agak untuk buat sesuatu yang kau sendiri tak jangka aku akan lakukan itu." Ujur Tengku Ethan sambil menunjuk tepat kearah wajah Julia.
"Anak?? Apa maksud kamu Ethan." Tanya Datin Jasmina kepada Tengku Ethan.
"Yes mama, Ana pregnant sekarang kandungan dia dah masuk 7 bulan. Siapa pun tak tahu kecuali Ibu, Arul, Kawan-kawan dia dan Dian, saya pun baru tahu 2 bulan yang lepas dan sekarang semua dah tahu cuma keluarga saya saja lagi yang belum tahu." Terang Tengku Ethan.
"Masyaallah abang sekejap lagi kita nak jadi grandma dan grandpa dah tak sabarnya." Kata Datin Jasmina dengan gembira sekali.
"Entah-entah anak tu anak Arul bukan anak you. You jangan percaya sangat perempuan macam Lia tu." Ujur Julia lagi kepada Tengku Ethan.
PANG..
"Jue kamu jangan melampau perempuan yang kamu kata itu adik kembar kamu sendiri tau. Dari kecil sampailah sekarang ada saja yang Jue tak puas hati dengan Lia. Kenapa Jue tak pernah nak berbaik dengan Lia." Kata Datin Jasmina dengan kuat.
"Selama ni apa yang Lia nak dia dapat sedangkan Jue kalau minta belum tentu dapat lagi. Mama dengan papa selalu pilih kasih. Jue rasa Jue ni macam bukan anak mama, papa saja." Ucap Julia dengan linangan air mata.
"Kamu jangan nak mengarut ye mama dengan papa tak pernah pilih kasih antara kamu dengan Lia. Kalau kamu minta yang berfaedah mama dengan papa boleh tunaikan ni tak minta duit bagitahu nak buat bisnes tapi apa kamu buat. Kamu buat benda yang tak berfaedah langsung. Lia minta duit untuk dia buka bisnes papa bagi modal tapi tiap bulan dia bayar balik pada papa." Ucap Dato' Jonatan.
"Sudah la kalau anak kesayangan mama dengan papa tu semua betul Jue je yang salah." Kata Julia sambil duduk diatas sofa.
Zack yang melihat hanya menggelengkan kepalanya saja. Tengku Ethan terus menghampiri Dato Jonatan dan Datin Jasmina.
"Papa, mama, Ethan balik dulu nak packing barang lepas tu Ethan nak pergi Terengganu. Dari tadi Ana off telefon dia saya risau terjadi apa-apa." Ujur Tengku Ethan sambil menyalami tangan ibubapa mertuanya.
"Ha ye la hati-hati memandu tu." Pesan Dato' Jonatan.
"Baik papa." Jawab Tengku Ethan ringkas
“Dan kau, ini last warning aku pada kau kalau kau kacau lagi isteri aku, kau akan tahu akibatnya aku tak main-main kali ini.” Tengku Ethan memberi amaran pada Julia dengan nada yang sangat tegas.
Tengku Ethan terus keluar dari rumah itu di ikuti oleh Tengku Reza, Tengku Danny dan Jenny. Zack mendekati Julia yang sedang duduk di sofa ruang tamu.
"You kita balik jom." Ujur Zack sambil ingin menyentuh tangan Julia tapi Julia dengan pantas menarik tangannya.
"Kalau you nak balik, you pergi balik seorang. I nak pergi jumpa Ethan." Jawab Julia sambil bangun berdiri.
"Papa tak izinkan Jue pergi jumpa Ethan. Kalau Jue pergi jumpa Ethan juga Jue akan tahu apa yang papa akan buat pada kamu." Ucap Dato' Jonatan dan terus naik ke biliknya.
"Arghh.. siallah." Kata Julia sambil menghentakkan kakinya.
"Sudah la mama naik dulu. Zack kamu nasihat la isteri kamu ni jangan sampai papa ambil tindakan." Ujur Datin Jasmina dan terus berlalu ke biliknya.
"Baik mama." Jawab Zack.
Setelah Datin Jasmina naik ke biliknya Zack berpaling menghadap Julia. Julia yang sedang menahan marah terus membalas pandangan Zack.
"You, you sekarang ni you dah ada suami dan Ethan juga sudah mempunyai isteri dan sekejap lagi diorang akan dapat baby dah pun. Kalau you dah tak cintakan I, I rela lepaskan you tapi sebelum I lepaskan you I harap you jangan ganggu lagi rumahtangga Ethan dengan Juliana. Baiklah I balik rumah mama, papa I malam ni you tak perlu risaulah. Okeylah I gerak dulu. Nanti kalau you dah buat keputusan sama ada nak teruskan atau pun tidak you bagitahu I. Okey bye assalamualaikum." Ujur Zack dengan panjang lebar.
"You tunggu I.." belum sempat Julia menghabiskan kata-katanya Zack memotong.
"You tak perlu cakap apa-apa you fikir je dulu. Apa-apa pun keputusan you nanti I sahaja akan terima. I pergi dulu ye." Ucap Zack dan terus berlalu keluar dari rumah Dato Jonatan.
Selepas Zack keluar dari rumah Dato Jonatan. Airmata Julia terus mengalir ke pipinya. Dato Jonatan yang terdengar perbualan anak dan menantunya itu terus turun mendekati Julia.
"Jue sekarang ni Jue fikir la baik-baik. Zack tu ikhlas mencintai Jue papa boleh nampak dari dalam matanya. Jue jangan sia-siakan orang yang sangat mencintai Jue demi mengejar orang yang sudah melupakan Jue. Ingat Jue fikir masak-masak sebelum buat keputusan." Pesan Dato Jonatan sambil duduk disisi Julia.
"Papa Jue betul-betul cintakan Zack papa. Jue tak nak kehilangan dia papa. Jue menyesal papa." Kata Julia sambil menangis dalam pelukan papanya itu.
"Kalau Jue cintakan dia Jue tunjukkan yang Jue sayang dan cintakan dia." Balas Dato' Jonatan sambil membelai rambut anaknya itu.
"Tapi papa Zack dah balik rumah mama,papa dia. Macam mana Jue nak buktikan yang Jue cintakan dia papa." Ujur Julia.
"Jue pergi la rumah mama, papa Zack lepastu minta maaf dengan Zack." Balas Dato Jonatan.
"Baik papa thanks papa. Jue pergi dulu ye bye." Ucap Julia dan terus berlalu keluar dari rumah Dato Jonatan.
Julia terus berlari ke keretanya. Setelah menghidupkan enjin kereta Julia terus memandu keluar dari halaman rumah Dato Jonatan. Dato Jonatan hanya menggelengkan kepalanya sahaja.
Share this novel