BAB 48

Romance Series 53070

BAB 48

Tengku Ethan yang baru keluar dari bilik air itu terus duduk di sisi isterinya. Juliana yang perasan dari tadi lagi Tengku Ethan asyik tersenyum-senyum seorang diri.

"Hubby kenapa asyik senyum sorang-sorang ni ada apa-apa yang sayang tak tahu ke." Tanya Juliana dengan berkerut dahinya.

"Tak, tak ada apa hubby cuma teringatkan wajah angah bila balik dari butik tadi saja." Balas Tengku Ethan sambil memandang wajah Juliana.

"Kenapa dengan wajah angah." Soal Juliana yang tidak mengerti apa yang Tengku Ethan cuba sampaikan.

"Ye la wajah angah, sayang tak tengok ke wajah angah tadi masa balik dari butik asyik senyum saja macam ada perkara yang bahagia saja yang terjadi tapi hubby tak tahu apa bendanya." Jawab Tengku Ethan sambil melihat wajah isterinya itu.

"Oh yeke." Kata Juliana dengan ringkas sambil berfikir perkara apa yang membuatkan adik iparnya itu bersikap seperti itu.

Sedang mereka berfikir tiba-tiba ada seseorang mengetuk pintu bilik mereka. Tengku Ethan terus bangun dan membuka pintu bilik itu dan melihat Tengku Ethar sedang ada di hadapan bilik mereka.

"Ha kau nak apa ni malam-malam datang bilik aku ni." Tanya Tengku Ethan dengan tegas.

"Along aku nak jumpa dengan kak long boleh tak kejap saja." Balas Tengku Ethar dengan gugup.

"Ha okey kejap kau tunggu sini." Kata Tengku Ethan dan menutup pintu bilik itu kembali.

Setelah beberapa minit Tengku Ethan membuka pintu bilik itu dengan Juliana di belakangnya. Tengku Ethar yang sedang duduk bersila dihadapan bilik itu terus bangun.

"Ye ada apa angah nak jumpa kak long." Tanya Juliana yang sepertinya dapat mengagak apa yang adik iparnya itu mahukan.

"Em.. Sebenarnya angah nak..." Kata-kata Tengku Ethar dipotong oleh Juliana.

"Angah nak inikan." Ujur Juliana sambil mengulurkan sehelai kertas kepada Tengku Ethar.

"Mana Kak long tahu." Soal Tengku Ethar sambil menyambut huluran itu.

"Angah ingat kak long tak tahu yang tadi angah ada minta nombor fon Dian tapi DIan tak mahu bagikan sebab itu memang sifat Dian kalau dengan orang yang baru dia kenal." Jawab Juliana dengan senyuman.

"Thanks kak long ni yang buat angah makin sayang pada kak long ni. Nanti kalau dah berjaya angah bagi kak long hadiah okey." Ujur Tengku Ethar dan terus berlalu ke biliknya.

"Habis aku macam mana." Tanya Tengku Ethan kepada kembarnya itu.

"Kau pun ada jangan risau." Kata Tengku Ethar sambil membuka pintu biliknya.

Setelah Tengku Ethar masuk kedalam biliknya Tengku Ethan dan Juliana juga terut masuk ke dalam bilik mereka. Tengku Ethan memandang Juliana dengan hairan tak mengerti.

"Macam mana sayang tahu itu yang angah nak minta." Tanya Tengku Ethan sambil baring diatas katil.

"Dari sini." Balas Juliana sambil menunjuk ke skrin telefonnya.

Setelah selesai melihat rakaman itu Tengku Ethan terus memeluk Juliana dan meletakkan telefon Juliana di tepi telefonnya.

"Hubby tak sangka yang sayang ni memang betul-betul nak jodohkan diorang sampai macam ni sekali ye. Apa-apa pun hubby nak ucapkan thanks sebab tolong adik kembar hubby tu." Ucap Tengku Ethan sambil memeluk Juliana dengan erat sekali.

"Sama-sama hubby adik hubby adik sayang juga. Yang penting sekarang ni adalah kita doakan yang terbaik untuk angah ye hubby." Balas Juliana sambil membalas pelukan Tengku Ethan itu.

Lama mereka dalan keadaan berpelukan itu sehingga mereka tertidur. Tengku Ethar pula setelah mendapat nombor telefon Dian dari Juliana tadi terus menelefon Dian tapi Dian langsung tak menjawab panggilan itu.

"Baik aku tidur dulu esok aku try lagi coll dia." Gumum Tengku Ethar dan terus baring diatas katilnya.

Allahu Akbar
Allahu Akbar

Suara azan itu membangunkan Tengku Ethan yang sedang tidur memeluk isterinya. Tengku Ethan membangunkan Juliana dan terus masuk kedalam bilik air. Setelah menyiapkan membentangkan sejadah untuknya dan Tengku Ethan, Juliana terus mengambil tuala yang disidai dan duduk disofa yang ada di dalam bilik itu.

"Sayang masuklah mandi tapi hati-hati tau lantai tu licin." Pesan Tengku Ethan yang baru keluar dari bilik air itu.

"Baik hubby." Jawab Juliana dan terus masuk kedalam bilik air dan membersihkan dirinya.

Setelah 15 minit membersihkan diri Juliana keluar dan terus memakai baju kurung dan telekung terus saja Juliana menghampiri Tengku Ethan yang sedang membaca Al-Quran itu.

"Hubby jom." Kata Juliana sambil duduk di atas kerusi.

"Jom pergi mana sayang solat pun belum lagi sayang oi." Balas Tengku Ethan sambil menutup Al-Quran itu.

"Sayang ajak solat la hubby oi hubby fikir sayang ajak pergi mana." Ujur Juliana sambil melihat kearah Tengku Ethan.

"Oh yaka ingat sayang ajak hubby keluar pergi mana tadi." Ucap Tengku Ethan dan mengimamkan solat mereka.

Setelah solat Tengku Ethan dan Juliana bersiap untuk ke tempat kerja mereka. Setelah bersiap mereka turun ke bawah tapi tiba-tiba Juliana terus berhenti sehingga Tengku Ethan terus memandang wajah Juliana yang berkerut itu.

"Sayang okey ke ni." Tanya Tengku Ethan sambil memegang perut Juliana.

"Okey tapi kenapa babies tendang kuat sangat sampai sakit pinggang sayang." Balas Juliana sambil menahan rasa sakit itu sehingga airmatanya mengalir.

"Kita pergi Hospital lah ye hubby takut la nanti apa-apa jadi pada sayang macam mana." Ujur Tengku Ethan dengan risau dan cemas.

"Tak ada apa la hubby babies tendang saja ni lagi pun lagi 2 minggu kan due sayang." Kata Juliana sambil menghapus airmatanya.

"Betul ni hubby risau la sayang mana dengan sayang nak pergi butik lagi." Ucap Tengku Ethan dengan risau.

"Tak ada apa-apa la hubby nanti kalau apa-apa sayang cepat-cepat coll hubby ye hari ni sayang kena juga pergi butik sebab nak kena tengok lakaran yang Dian buat tu okey ke tak sebab nak kena hantar pada kilang hari ini juga." Jawab Juliana dengan senyuman bila rasa sakitnya mula berkurang.

"Okey kalau macam tu tapi sayang kena janji yang sayang takkan buat kerja berat, jangan stress dan kalau sakit lagi terus coll hubby dengan cepat hubby akan sampai butik sayang tau." Pesan Tengku Ethan sambil memimpin tangan Juliana turun ke ruang makan.

"Ye baik hubby sayang janji hubby jangan risau ye." Balas Juliana sambil melangkah dengan berhati-hati.

"Ha yela." Kata Tengku Ethan ringkas.

Mereka duduk di meja makan dan bersarapan bersama-sama. Selepas makan Tengku Ethan dan Juliana terus bersalam dengan Tengku El-Amin dan Tengku Enara dan terus masuk kedalam kereta.

"Sayang ingat ye pesan hubby." Kata Tengku Ethan sambil mengenggam tangan Juliana dengan erat sekali.

"Ye hubby sayang ingat hubby jangan risau la." Jawab Juliana sambil membalas genggaman tangan Tengku Ethan itu.

"Mahunya tak risau isteri hubby sedang sarat bawa anak-anak hubby pergi tempat kerja pula tu." Ujur Tengku Ethan sambil memandu.

Setelah sampai di hadapan butik Juliana, Tengku Ethan turun dan memimpin tangan Juliana sampai masuk ke dalam butik itu. Dian yang melihat boss kesayangannya datng terus menghampiri Juliana dan Tengku Ethan.

"Selamat datang kembali Puan Lia rindunya saya pada Puan Lia." Ucap Dian dengan senyuman yang manis.

"Terima kasih Dian. Oh ya mana pekerja yang lain." Tanya Juliana sambil duduk di sofa yang ada di butiknya.

" Diorang pergi beli barang untuk pantry. Kejap lagi balik lah tu. Puan Lia , Tengku nak air saya buatkan." Ujur Dian sambil berdiri di hadapan Juliana.

"Tak apa saya baru lepas sarapan awak dah sarapan ke." Soal Juliana.

"Su.." kata-kata Dian terhenti apabila telefonnya berbunyi.

Dian terus memandang kearah telefonnya yang ada di atas meja dan terus mengambil telefonnya dan berlalu ke kuanter. Juliana terus memandang ke arah Tengku Ethan yang asyik memandang ke arah Dian saja.

"Hubby kenapa pandang Dian macam tu hubby suka ke dengan Dian." Soal Juliana.

"Mana ada la sayang hubby tengok Dian sebab nombor yang Coll dia tadi tu macam hubby kenal la." Balas Tengku Ethan sambil melangkah duduk di sebelah Juliana.

"Nombor siapa hubby." Tanya Juliana sambil memusingkan badannya kearah Tengku Ethan yang sedang berfikir.

"Ha baru hubby ingat nombor tu kalau tak salah tu nombor angah jap hubby check dulu." Jawab Tengku Ethan dan terus memeriksa telefonnya.

"Ha betul la sayang tu nombor angah awal gila dia coll si Dian tu angah tak masuk offices lagi ke pagi ni dia ada meeting." Sambung Tengku Ethan sambil menyimpan telefonnya kedalam kotnya.

"Kalau macam tu biar saja la hubby memang itu pun yang kita nakkan. Ni hubby tak masuk offices ke." Kata Juliana sambil mengusap perutnya.

"Ya Allah sayang, hubby lupa la okey la hubby pergi dululah ya." Ucap Tengku Ethan dan terus menghulurkan tangannya kepada Juliana dan Juliana terus bersalam dengan Tengku Ethan.

Setelah bersalam dengan Juliana, Tengku Ethan terus keluar dari butik Juliana itu. Setelah 1jam Juliana memeriksa lakaran yang dibuat tiba-tiba merasa sakit di bahagian pinggangnya dan perutnya juga mengeras.

"Dian.. Dian.." panggil Juliana dengan kuat sehingga Dahlia dan Nasha juga turut datang mendekati Juliana.

"Ye Puan." Jawab Dian sambil berlari ke arah Juliana.

"Ya Allah Puan kenapa ni." Tanya Dian yang baru sampai.

"Tolong Coll suami saya sekarang perut saya sakit sangat ni cepat." Balas Juliana dengan gagap.

"Baik Puan." Kata Dian dan terus menelefon Tengku Ethan.

"Hello assalamualaikum Tengku. Perut Puan Lia sedang sakit saya rasa dah sampai masa dah ni Tengku." Ucap Dian dan terus menutup panggilan telefon itu.

"Ya Allah. Ha yela saya datang sekarang." Balas Tengku Ethan dan terus ke meja Jenny.

Setelah memberitahu Jenny, Tengku Ethan terus berlari ke keretanya. Selepas menamatkan panggilan itu Dian terus menghampiri Juliana yang sedang menahan sakit itu.

"Tahan Puan Lia Tengku dalam perjalanan Puan Lia tarik nafas lepastu hembus." Kata Dian sambil memegang tangan Juliana.

Juliana yang sedang menahan sakit itu terus lakukan apa yang disuruh oleh Dian. Setelah 10 minit menunggu akhirnya Tengku Ethan sampai di butik Juliana dengan wajah yang cemas.

"Dian awak tolong bawa handbeg isteri saya dan yang lain jaga butik ya." Ujur Tengku Ethan sambil mencempung Juliana masuk ke dalam keretanya.

"Baik Tengku." Jawab mereka serentak. Dian juga turut ikut ke Hospital bersama Tengku Ethan dan Juliana.

Selepas meletakkan Juliana di kerusi penumpang di depan Tengku Ethan terus memandu kereta dengan laju semua kereta yang ada di atas jalan itu dia potong. 15 minit kemudian mereka sampai di Hospital milik kawannya langsung dia mencempung Juliana ke wad kecemasan.

"Dian awak tunggu sini saya nak pergi daftar kejap." Ujur Tengku Ethan dan terus berlalu ke kaunter pendaftaran.

Dian duduk di kerusi yang disediakan terus menghantar chat kepada Dahlia dan Nasha. Baru saja hendak menyimpan telefonnya tiba-tiba telefonnya berbunyi dan yang menelefonnya adalah Tengku Ethar.

"Hello assalamualaikum awak saya ada di Hospital ni tadi Puan Lia sakit perut." Kata Dian.

"Ha okey saya ada di wad kecemasan lagi ni." Balas Dian.

"Ha yela saya send location saya sekarang awak hati-hati drive tu." Pesan Dian dengan senyuman.

Tengku Ethan yang baru selesai mendaftar terus menghampiri Dian yang sedang duduk di kerusi itu. Tengku Ethan terus mengambil telefonnya dan terus menelefon keluarganya dan keluarga mertuanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience