BAB 3

Romance Series 53070

BAB 3

Hari ini Tengku Enara dan Tengku Elly akan pergi ke shopping mall. Tengku Enara sedang menunggu Tengku Elly di ruang tamu. Tengku Elly turun ke ruang tamu dengan senyuman.

“Mummy jom acik dah siap.” Ujur Tengku Elly dengan senyuman.

“Jom.” Jawab Tengku Enara ringkas.

Mereka bertolak ke shopping mall dengan gembira. Setelah sampai saja di shopping mall Tengku Enara dan Tengku Elly turun dari kereta dan masuk ke dalam shopping mall itu.

“Mummy nak beli apa.” Tanya Tengku Elly kepada Tengku Enara.

“Mummy ingat nak beli jam untuk daddy.” Balas Tengku Enara dengan senyuman.

“Okey jom.” Ujur Tengku Elly.

Mereka pergi ke sebuah kedai jam rolex dan mereka masuk ke dalam kedai dan melihat bermacam bentuk jam tangan di dalam kedai itu. Setelah memilih jam tangan untuk Tengku El Amin mereka terus membayar dan terus mereka keluar dari kedai itu.

“Acik tak nak beli apa-apa ke.” Tanya Tengku Enara kepada anak daranya itu.

“Acik nak beli cream malam la mummy sebab cream malam acik dah habis la mummy.” Balas Tengku Elly dengan senyuman yang manis.

“Okey jom.” Ujur Tengku Enara.

Mereka terus menuju ke kedai IfaIna Kosmetik. Setelah sampai Tengku Elly terus masuk kedalam kedai itu dengan ceria. Salah seorang staf terus menghampiri Tengku Elly.

“Ye Cik boleh saya bantu.” Tanya staf itu kepada Tengku Elly

“Oh ya saya nak cari cream malam ada.” Balas Tengku Elly dengan senyuman manisnya.

“Ada dan sekarang kedai kami sedang ada promosi produk baru.” Ujur staf itu lagi dengan ramah.

“Oh ya produk apa itu.” Soal Tengku Elly ingin tahu.

“Ini dalam set ni ada cream siang,cream malam dan penyegar harga sebenarnya RM150 tapi sekarang masa promosi hanya RM100 sahaja.” Jawab staf itu sambil menunjukkan sebuah kotak berwarna pink itu.

“Oh ya boleh saya ambil yang ni saja la ye.” Ujur Tengku Elly sambil menunjuk kearah kotak pink itu.

“Okey sekejap ye.” Ucap staf itu dan berlalu ke kaunter dengan barang yang dikehendaki oleh Tengku Elly tadi.

Setelah membayar Tengku Elly menghampiri Tengku Enara yang sedang melihat beberapa jenis alat kosmetik itu. Mereka keluar dari kedai dan menuju kearah food court.

“Mummy nak makan apa.” Tanya Tengku Elly kepada Tengku Enara.

“Em.. mummy nak makan chicken chop je la.” Balas Tengku Enara sambil melihat buku menu itu.

“Sama la mummy. Mummy nak minum apa.” Soal Tengku Elly sambil melihat mummynya itu.

“Fresh orange je la.” Jawab Tengku Enara sambil menutup buku menu itu.

“Okey mummy tunggu ye.” Ujur Tengku Elly dan terus bangun dari tempat duduknya.

Tengku Elly pergi memesan makanan setelah memesan Tengku Elly Kembali duduk dihadapan Tengku Enara. 5 minit menunggu makanan yang di pesan pun sampai dan mereka menikmati sambil berbual.

“Lepas ni mummy nak pergi mana pula.” Tanya Tengku Elly sambil bangun untuk keluar dari food court itu.

“Kita pergi kedai..” Kata-kata Tengku Enara terhenti apabila melihat sesuatu.

“Kedai,Kedai apa mummy cuba cakap terus jangan setengah-setengah.” Ujur Tengku Elly kepada Tengku Enara.

“Tu cuba acik tengok siapa di depan kita tu.” Kata Tengku Enara sambil menunjuk kearah depan mereka.

“Tu.. Tu bukan Julia ke mummy tapi siapa disebelah dia tu siap pegang tangan lagi tu.” Ujur Tengku Elly.

“Entah la mummy pun tak tahu Elly. Dia bertunang dengan Along kamu tapi keluar dengan lelaki lain siap berpegang tangan lagi.” Ucap Tengku Enara dengan perasaan marah.

“Dia ni serius ke tak dengan along mummy.” Tanya Tengku Elly sambil menangkap gambar Julia dengan lelaki lain untuk dibuat bukti.

“Entah la dah la jom balik hilang terus mood mummy nak shopping hari ni.” Balas Tengku Enara dan terus melangkah ke pintu utama.

“Jom.” Ujur Tengku Elly dan mengikuti Langkah ibunya.

Masuk kedalam kereta dan Tengku Enara terus mengarahkan Hakim untuk pulang ke rumah. Hakim hanya mengangguk dan memandu pulang. Setelah sampai Tengku Enara dan Tengku Elly terus keluar dari kereta dan masuk kedalam rumah lalu duduk di ruang tamu.

“Awal mummy balik dah habis shopping ke.” Tanya Tengku Ethan yang baru turun .

“Belum tapi mood mummy hilang sebab melihat sesuatu yang mummy tak nak tengok.” Balas Tengku Enara yang masih dalam keadaan marah.

“Apa yang membuatkan mood mummy hilang.” Soal Tengku Ethan sambil menghadap laptopnya.

“Ini yang membuat mood mummy hilang.” Jawab Tengku Elly sambil menghulurkan telefonnya kepada Tengku Ethan.

“Apa ni.” Tanya Ethan sambil melihat ke arah adiknya itu.

“Along buka dan tengok sendiri.” Balas Tengku Elly sambil meletakkan telefonnya disisi laptop abangnya itu.

Tengku Ethan membuka telefon itu dan melihat gambar yang di tangkap oleh Tengku Elly kejap tadi. Terbuntang matanya bila melihat gambar itu.

“Bila acik tangkap gambar ni.” Tanya Tengku Ethan dengan wajah yang sudah merah.

“Tadi masa di mall dan disebabkan itu juga mood mummy untuk shopping hilang.” Balas Tengku Elly kepada Tengku Ethan

“Sial la.” Ujur Tengku Ethan dengan kuat dan terus berlalu ke biliknya.

Tengku Enara dan Tengku Elly melihat Tengku Ethan dengan berkerut dahi. Selepas Tengku Ethan masuk ke biliknya Tengku Elly bertanya kepada ibunya.

“Lepas ni apa along nak buat mummy acik takut along buat sesuatu yang berbahaya mummy.” Ujur Tengku Elly.

“Mummy pun tak tahu tapi kalau along nak putuskan pertunangan dia dengan Julia mummy sokong sebab dari mula lagi mummy memang tak suka pada Julia tu mummy lebih suka Juliana jadi menantu mummy.” Ucap Tengku Enara dengan senyuman yang manis.

“Acik pun suka kak Juliana jadi kakak ipar acik mummy.” Kata Tengku Elly dengan gembira.

“Wah cita rasa kita sama la acik tak apa sekarang kita berdoakan yang terbaik untuk along.” Ujur Tengku Enara sambil melihat kearah anak daranya itu.

Tak lama kemudian Tengku Ethan turun dan terus keluar dari rumah dalam keadaan marah. Tengku Enara dan Tengku Elly melihat terus menggelengkan kepala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience