BAB 17

Romance Series 53070

BAB 17

Sudah kali kelima Juliana ulang alik ke bilik air. Dian juga risau dengan keadaan Juliana. Juliana keluar dari bilik air dan terus duduk diatas sofa.

“Puan Lia okey tak ni kita pergi klinik ye.” Tanya Dian sambil duduk dihadapan Juliana.

“Entah la saya pun tak tahu dah seminggu saya macam ni dekat rumah tak pula macam ni.” Balas Juliana sambil mengusap dadanya.

“Kita pergi klinik jom risau pula saya.” Ujur Dian dengan keadaan risau.

“Kejap lagi la time lunch kita pergi ye.” Jawab Juliana sambil memicit kepalanya.

“Yela tapi Puan Lia rehat dulu ye jangan buat kerja biar saya saja yang buat.” Pesan Dian kepada bosnya itu.

“Yela kalau macam tu saya masuk balik ye.” Ujur Juliana dan terus masuk ke pejabatnya.

Juliana masuk ke dalam biliknya dan terus baring atas sofa. Dian meneruskan kerjanya yang tertangguh tadi. Tengku Ethan juga asyik ulang alik ke tandas Tengku Ethar yang ada didalam bilik itu juga pelik melihat keadaan Tengku Ethan itu.

“Wey along kau okey tak ni risau pula aku tengok kau macam ni.” Tanya Tengku Ethar dengan risau.

“Aku pun tak tahu la dah lebih 2 minggu aku macam ni kalau nak kata salah makan tak rasanya.” Balas Tengku Ethan sambil menghidu balsom cap harimau.

“Kau tak pergi check ke risau la aku bila tengok twins aku macam ni.” Ujur Tengku Ethar kepada Tengku Ethan.

“Dah aku dah pergi check dekat Doktor Ziyyad dan Doktor Ziyyad kata tak ada apa pun. Aku pun pelik.” Jawab Tengku Ethan sambil memejamkan matanya.

“Kau dah tanya kak long mungkin kak long ada jawapannya.” Kata Tengku Ethar dengan senyuman kepada Tengku Ethan.

“Apa maksud kau aku tak faham la.” Ujur Tengku Ethan kurang faham.

“La belajar tinggi-tinggi tapi macam ni pun tak faham. Dah la aku balik bilik aku dulu.” Ucap Tengku Ethar dan terus bangun dari kerusi itu dan terus berlalu keluar dari bilik kerja Tengku Ethan.

“Ha yela.” Balas Tengku Ethan.

“Jenny masuk kejap.” Ujur Tengku Ethan di intercom.

“Baik Tengku.” Balas Jenny

Tok.. Tok..

“Masuk.” Laung Tengku Ethan dari dalam biliknya.

“Ye Tengku ada apa-apa yang boleh saya bantu.” Tanya Jenny setiausahanya itu dengan senyuman.

“Awak tolong pergi beli asam ke jeruk ke untuk saya baki awak ambil je.” Balas Tengku Ethan sambil menghulurkan 2 keping Not 100 kepada Jenny.

“Banyak sangat ni Tengku.” Ujur Jenny sambil menunjuk kearah duit yang ada di tangan Tengku Ethan.

“Awak beli asam RM20, jeruk manga RM30 dan jus nanas 1 baki tu awak simpan.” Balas Tengku Ethan dengan tegas kepada Setiausahanya itu.

“Baik Tengku.” Ucap Jenny dan berlalu keluar dari bilik Tengku Ethan.

“Puan.. Puan Lia bangun dah pukul 1.05 ni tadi kata nak pergi klinik.” Kata Dian sambil mengejutkan Juliana yang sedang tidur..

“Hurm.. Ya-ya kejap saya nak solat dulu nanti lepas solat kita pergi ye.” Balas Juliana dan terus melangkah ke bilik air.

Selepas mengambil wuduk Juliana terus masuk ke surau mini yang ada di butiknya. Selesai solat Juliana bersiap untuk klinik. Dian sudah menunggu disofa.

“Dian jom saya dah siap.” Ujur Juliana.

“Okey jom.” Balas Dian.

Mereka berjalan ke klinik sebab butik Juliana dekat saja dengan klinik itu. Juliana masuk dan terus daftar setelah mendaftar Juliana dan Dian pergi makan di kedai sebelah klinik itu.

“Puan Lia nak makan apa saya ambilkan.” Tanya Dian sambil berdiri di sisi Juliana.

“Tak apa la saya boleh ambil sendiri lagi pun saya dah okey sikit ni.” Balas Juliana dan terus ke kaunter.

“Kak saya nak tomyam 1 ye dan orange jus 1.” Juliana memesan makanan dan minuman.

“Tu saja ke.” Soal Staf di kaunter itu. Juliana hanya membalas dengan menganggukkan kepalanya sahaja.

“Baik cik.” Balas Staf itu dengan senyuman.

Setelah makan Juliana dan Dian kembali ke klinik dan duduk di Kerusi itu. Setelah 30 minit menunggu nama Juliana pun dipanggil. Juliana masuk kedalam bilik rawatan dengan senyuman.

“Ye boleh saya bantu.” Tanya Juliana kepada doktor yang bernama Fatihi itu.

“Macam ni Doktor saya dah seminggu dah asyik muntah dan pening itu yang saya datang nak periksa mana tahu ada penyakit yang serius ke apa ke.” Jawab Juliana kepada doktor itu.

“Okey sebelum itu saya nak tanya cik ni dah kahwin belum.” Soal Doktor Fatihi dengan senyuman.

“Sudah Doktor.” Balas Juliana bersahaja.

“Okey kalau macam itu Puan kita buat urine test dulu ya lepas tu kalau dah dapat keputusan saya panggil puan ye.” Ujur Doktor Fatihi sambil menghulurkan sebuah bekas kepada Juliana.

Setelah siap Juliana menyerahkan bekas itu kepada nurse yang ada di kaunter itu. Juliana duduk di sebelah Dian. 10 minit menunggu nama Juliana dipanggil sekali lagi.

“Sila duduk Puan.” Kata Doktor Fatihi dengan senyuman yang manis.

“Macam mana Doktor.” Tanya Juliana dengan risau.

“Tahniah Puan mengandung tapi belum sure lagi berapa minggu so sekarang mari kita scan dulu ye Puan.” Jawab Doktor Fatihi. Juliana hanya mengangguk.

Seorang nurse datang menyuruh Juliana baring diatas katil yang ada didalam bilik Doktor itu. Doktor Fatihi memulakan tugasnya dan apa yang Doktor itu bagitahu Juliana itu sangat mengejutkan Juliana.

Cuba komen apa perasaan korang tentang novel sis ni..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience