BAB 25
Tengku Ethan yang baru habis meeting terus menelefon Tengku Danny Dan Tengku Reza. Selepas panggilan ditamatkan Tengku Ethan terus masuk kedalam bilik kerjanya.
“Jenny nanti kalau Danny dan Reza dah sampai you suruh je diorang masuk saya nak rehat kejap ye.” Ujur Ethan sambil duduk disofa yang ada di dalam biliknya.
“Baik Tengku ada apa-apa lagi ke Tengku kalau tak ada apa-apa I keluar dulu ye.” Balas Jenny. Tengku Ethan hanya membalas dengan gelenggan dan Jenny terus keluar dari bilik itu.
Setelah Jenny keluar dari bilik kerjanya Tengku Ethan terus baring diatas sofa sambil memikirkan tentang Juliana. Tengku Danny dan Tengku Reza sudah sampai di pejabat Tengku Ethan dan Jenny terus menyuruh mereka masuk kedalam bilik Tengku Ethan.
Tok.. Tok..
“Masuk.” Laung Tengku Ethan sambil bangun duduk diatas sofa.
“Ha korang duduk la.” Tengku Ethan menyuruh Tengku Danny dan Tengku Reza duduk disofa sebelahnya.
“Apa hal” soal Tengku Danny sambil membuka sarung tangannya.
“Wey aku rindukan dia.” Jawab Tengku Ethan.
“Dah kalau rindu pergi la jumpa dia yang kau masih ada kat sini buat apa.” Ujur Tengku Reza pula.
“Masalahnya kerja aku belum habis lagi la.” Kata Tengku Ethan sambil menunjuk kearah fail hitam diatas meja kerjanya itu.
“Kalau tunggu kerja kau tu sampai mati pun takkan habis. Apa salahnya kau tinggalkan kejap kat adik kau dan kau pergi lepaskan rindu kau tu pada isteri kau tu.” Ujur Tengku Danny pula.
“Memang la kerja sampai mati tak habis tapi sekarang ni projek besar pula baru masuk ni pun baru habis meeting projek tu.” Ucap Tengku Ethan sambil menungkat dagunya.
“Habis kau nak buat apa sekarang.” Tanya Tengku Reza dengan berkerut dahinya.
“Sebab tu aku coll korang aku nak kau Reza hantar 2 orang budak-budak kita untuk pantau semua kegiatan isteri aku. Dan kau Danny cari alamat tempat isteri aku tinggal lepas tu bagi pada Reza.” Terang Tengku Ethan kepada sahabat-sahabatnya itu.
“Okey boleh.” Balas Tengku Reza dan Tengku Danny serentak.
Tengku Danny terus mencari tahu dimana lokasi Juliana menggunakan laptopnya. Tengku Reza dan Tengku Ethan berbual-bual kosong sambil menunggu Tengku Danny mendapatkan lokasi Juliana. Setelah mendapat lokasi Juliana, TengkuDanny terus memberikannya kepada Tengku Reza.
“Ni Reza alamat Juliana tinggal sekarang.” Ujur Tengku Danny sambil menghulurkan sekeping keratan kertas kepada Tengku Reza.
“Baik aku akan suruh diorang gerak sekarang ke lokasi itu sekarang.” Ucap Tengku Reza sambil menghantar chat kepada anak buah mereka.
“Baik apa-apa kau bagitahu aku terus.” Kata Tengku Ethan.
“Dan aku dah suruh diorang hantar segala maklumat tentang Juliana pada kau.” Balas Tengku Reza kepada Tengku Ethan
“Bagus. Kalau tak ada apa-apa jom aku belanja korang makan.” Ujur Tengku Ethan sambil bangun berlalu ke pintu bilik kerjanya dan diikuti oleh kedua sahabatnya itu.
Keesokan harinya Tengku Ethan memdapat chat dari seseorang. Tengku Ethan terus membuka dan membaca chat itu. Lega hatinya bila melihat gambar Juliana dan seorang perempuan yang seumur dengan mummynya.
‘Korang terus pantau semua aktiviti isteri aku faham.’- The biggest boss.
‘Baik boss.’- Taufiq.
Setelah membaca Tengku Ethan meletak telefonnya diatas meja dan menyambung kerjanya semula. Jenny masuk ke dalam bilik kerja Tengku Ethan dengan sebuah buku berwarna hitam dan beberapa fail.
“Tengku ni fail yang Tengku perlu sign dan pukul 10 nanti Tengku ada meeting dengan Mentari SDN BHD di Alexis café.” Ujur Jenny.
“Baik Thank you dan saya nak you ikut saya pergi sekali.” Ucap Tengku Ethan sambil sign fail yang diberi oleh Jenny tadi.
“Baik Tengku.” Jawab Jenny.
“Okey ni saya dah sign you tolong ambilkan air mineral sejuk 1 kat pantri pastu hantar kat saya ye.” Kata Tengku Ethan sambil menaip sesuatu di laptopnya.
“Baik Tengku ada apa-apa lagi Tengku kalau tak ada saya keluar dulu.” Ujur Jenny dengan senyuman.
“Tak ada yang tu saja.” Ucap Tengku Ethan. Jenny mengangguk dan terus keluar dari bilik kerja Tengku Ethan.
Sedang Tengku Ethan menaip di komputernya tiba-tiba telefonnya berbunyi. Tengku Ethan terus mengangkat telefon itu tanpa melihat nama si penanggil.
“Hello Assalammualaikum.” Tengku Ethan memberi salam terlebih dahulu.
“Wa’alaikummussalam Tengku Ethan Adrian malam ni mummy nak jumpa kamu di rumah mummy lepas makan malam tak ada bantahan.” Ujur Tengku Enara dengan tegas.
“Baik mummy.” Jawab Tengku Ethan dengan ringkas.
“Baik jumpa malam ni assalammualaikum.” Ucap Tengku Enara.
“Wa’alaikummussalam mummy.” Jawab Tengku Ethan dan panggilan ditamatkan oleh Tengku Enara.
“Kenapa mummy nak jumpa malam ni ye dari suara mummy tadi macam marah saja ada apa-apa yang terjadi ke baik aku tanya angah.” Gumum Tengku Ethan sendiri. Tengku Ethan terus memanggil Tengku Ethar melalui interkom.
“Angah aku nak jumpa kau sekarang di bilik aku.” Ujur Tengku Ethan.
“Baik on the way.” Jawab Tengku Ethar.
Tok.. Tok..
“Masuk.” Laung Tengku Ethan.
“Apa hal along.” Tanya Tengku Ethar.
“Tadi mummy coll aku dan dia kata nak jumpa aku malam ni. Ada apa-apa ke yang aku tak tahu.” Soal Tengku Ethan kepada kembarnya itu.
“Sebenarnya aku bagitahu acik yang kak long hilang dan kau tahu-tahu la mulut acik tu macam mana tambah pula aku bagitahu dia masa di ruang tamu masa tu semua ada di situ so mummy dah tahu yang kak long hilang.” Terang Tengku Ethar.
“Yang kau bagitahu acik tu kenapa. Habis la aku malam ni kena peluru bazooka dari mummy.” Kata Tengku Ethan sambil meraup wajahnya.
“Okey la kau boleh balik bilik kau.” Sambung Tengku Ethan lagi.
Share this novel