BAB 54

Romance Series 53070

BAB 54

5 Bulan Kemudian

Sudah seminggu Tengku Ethan pergi outstation dan Juliana kesihatannya juga turut menurun. Puan Sri Tengku Enara juga semakin risau dengan keadaan Juliana sekarang sudah macam-macam cara mereka lakukan tapi tetap tiada berhasil dan kini Juliana ada di hospital.

“Macam mana sayang keadaan Lia sekarang." Tanya Tan Sri Tengku El-Amin yang baru masuk kedalam bilik rawatan Juliana.

"Macam itu juga abang, sayang takut jadi apa-apa pada Lia dan bakal cucu kita saja abang. Along bila nak balik dari Jerman abang." Soal Puan Sri Tengku Enara sambil mendekati suaminya itu.

"Tadi along bagitahu yang dia sekarang on the way balik Malaysia dan abang dah arahkan angah gantikan tempat along di Jerman. Malam nanti sampai la along tu dan abang pun dah bagi alamat hospital ini pada along dan along kata nanti dia akan terus ke sini." Balas Tan Sri Tengku El-Amin.

"Ha yela. Oh ya abang tadi abang datang abang ada jumpa dengan Jas dengan Joe tak." Tanya Puan Sri Tengku Enara.

"Tak pula kenapa." Kata Tan Sri El-Amin.

"Tak tadi diorang cakap nak datang sebab tu sayang tanya manalah tahu abang ada serempak dengan diorang ke." Balas Puan Sri Tengku Enara sambil bermain telefonnya.

"Oh abang ingat apalah tadi." Ujur Tan Sri Tengku El-Amin.

"Sayang dah makan ke." Sambung Tan Sri Tengku El-Amin.

"Sudah tadi acik dengan Zarul datang bawakan makanan dari rumah." Jawab Puan Sri Tengku Enara sambil bersandar dibahu suaminya.

“Oh ha ye la. Acik macam mana lama juga dia tak balik rumah kita." Ujur Tan Sri Tengku El-Amin.

"Lama apanya minggu lepaskan diorang baru balik masa along nak pergi Jerman tu abang lupa ke." Ucap Puan Sri Tengku Enara sambil menatap wajah suaminya.

"Itu minggu lepas minggu ni abang tak jumpa lagi dengan anak perempuan abang tu abang rindu kat dia." Kata Tan Sri Tengku El-Amin dengan membalas pandangan isterinya.

“Kenapa abang tak coll saja acik tanya khabar dia." Balas Puan Sri Tengku Enara.

"Nanti la abang coll acik sekarang kita tumpukan pada Lia dengan bakal cucu kita ni." Ucap Tan Sri Tengku El-Amin. Puan Sri Tengku Enara hanya menganggukkan kepalanya saja.

Tak lama kemudian Dato Jonatan dan Datin Jasmina datang dan Juliana juga membuka matanya. Datin Jasmina menghampiri Juliana yang masih terbaring.

"Lia, Lia nak makan tak." Tanya Datin Jasmina sambil mengusap kepala Juliana. Juliana hanya menjawab dengan menggelengkan kepalanya.

"Lia, Lia makan la sikit nanti lagi sakit." Pujuk Datin Jasmina kepada anaknya itu.

“Tak nak mama Lia tak ada selera." Jawab Juliana dengan lemah tak bermaya.

"Makan sikit saja Lia untuk baby Lia ya please." Kata Dato Jonatan sambil mengenggam tangan Juliana.

"Baiklah Lia akan makan tapi Lia nak roti kegemaran Lia boleh." Ujur Juliana dengan senyuman yang hambar.

"Boleh saja kejap papa pergi belikan untuk anak kesayangan papa ni." Balas Dato Jonatan dan terus berlalu pergi diikuti oleh Tan Sri Tengku El-Amin.

"Mummy Ethan ada coll tak." Tanya Juliana sambil memandang kearah Puan Sri Tengku Enara.

"Ada tadi daddy bagitahu along akan sampai malam ni nanti kalau dah sampai dia akan terus ke sini." Jawab Puan Sri Tengku Enara dengan senyuman.

"Betul ke mummy. Kalau macam tu mama tolong ambilkan telefon Lia dalam handbag Lia kejap." Ujur Juliana dengan senyuman yang manis.

"Ha yela kejap mama ambilkan tapi Lia nak buat apa." Soal Datin Jasmina sambil membuka sebuah laci.

"Lia nak coll papa." Balas Juliana sambil engambil telefonnya dari tangan mamanya dan terus menelefon Dato Jonatan.

"Hello papa, papa boleh tolong Lia tak." Tanya Juliana dengan gembira.

"Ye untuk anak papa ni papa akan tunaikan Lia nak minta tolong apa." Soal Dato Jonatan Kembali.

"Papa tolong belikan Roti canai telur 2, Pizza tuna 2, Air milo 2 bungkus boleh papa." Jawab Juliana dengan senyuman. Terbuntang mata Puan Sri Tengku Enara dan Datin Jasmina bila mendengar apa yang Juliana pesan pada Dato Jonatan.

"Boleh Lia, okey papa dengan daddy pergi beli dulu ye Lia tunggu tau." Kata Dato Jonatan dan terus menamatkan panggilan.

"Okey sudah nanti papa belikan tak sabarnya." Ujur Juliana dengan ceria.

"Banyaknya Lia suruh papa belikan makanan Lia boleh habiskan ke." Tanya Datin Jasmina dengan berkerut dahi.

"Insyaallah boleh mama lagipun Lia makan untuk dua orangkan." Jawab Juliana sambil bangun dan bersandar dikepala katil.

Tergeleng-geleng kepala Datin Jasmina melihat Juliana. Puan Sri Tengku Enara tersenyum melihat keadaan menantunya yang kelihatan lebih sihat dari sebelumnya.

'Dengar saja along nak balik terus baik nampak sangat yang Lia rindukan along.' Gumum Puan Sri Tengku Enara didalam hati.

Setelah membeli apa yang dipesan oleh Juliana tadi Dato Jonetan dan Tan Sri Tengku EL-Amin pulang ke hospital semula. Mereka masuk dengan bungkusan makanan yang dipesan Juliana, Juliana yang melihat Dato Jonatan dan Tan Sri Tengku El-Amin terus tersenyum lebar.

"Pesanan dah sampai." Ucap Dato Jonatan sambil mengangkat plastic yang ada ditangannya.

Dato Jonatan terus membuka semua yang dibelinya tadi dihadapan Juliana. Selepas membaca doa makan Juliana terus makan dengan lahap sekali. Tergeleng-geleng kepala ibubapanya dan ibubapa mertuanya.

"Makan tu pelahan-lahan nanti tersedak Lia." Pesan Datin Jasmina sambil membelai rambut anaknya itu.

"Lia lapar mama. Mama, papa, mummy dengan daddy nak." Tanya Juliana sambil mengangkat Pizza yang ada ditangannya.

"Tak apalah kamu sajalah yang makan kitorang dah makan tadi. Kamu tu dah 2 hari tak makan." Jawab Tan Sri Tengku El-Amin kepada menantunya.

"Kenapa Lia gembira sangat sampai mau makan banyak macam tu sekali tadi bukan main tak ada selera lah apalah."Soal Dato Jonatan dengan nada perlahan.

"Tadi bila dengar saja yang Ethan nak balik terus Lia suruh sayang ambilkan telefonnya dan lepas tu Lia terus coll abang pesan makanan tu semua. Kami pun tercengang bila Lia suruh abang beli makanan sebanyak itu sekali." Balas Datin Jasmina juga dalam nada perlahan.

"Saya rasa Lia ni rindukan along sebab tu sampai demam macam tu sekali." Kata Puan Sri Tengku Enara.

"Em.. sama saja dengan sayang masa pregnantkan acik dulukan." Ujur Tan Sri Tengku El-Amin.

"Em.. Yela semua saya." Ucap Puan Sri Tengku Enara dengan nada merajuk.

"Dah jangan nak merajuk sangat nanti dah tak cantik pula. Sekarang kita layan je Lia tu nanti along balik pandai-pandailah dia nak layan isteri dia tu." Balas Tan Sri Tengku El-Amin.

"Yelah." Kata Puan Sri Tengku Enara ringkas dan berlalu kearah Juliana.

Terbuntang mata Puan Sri Tengku Enara bila melihat satu kotak Pizza sudah dihabiskan Oleh Juliana. Juliana hanya tersenyum bila melihat ibu mertuanya datang menghampirinya.

"Mummy nak." Tanya Juliana dengan mulut penuh kepada ibu mertuanya itu.

"Tak apalah Lia makan sajalah mummy nak duduk sini boleh." Jawab Puan Sri Tengku Enara sambil duduk di kerusi yang ada disisi katil Juliana itu.

"Boleh mummy duduklah." Kata Juliana dengan senyuman lalu menyuap makanan kedalam mulutnya.

Setelah 1jam 30 minit menyantap makanan yang ada dihadapannya Juliana terus mengemas semua bekas-bekas makanan yang ada diatas meja itu dibantu oleh Puan Sri Tengku Enara.

"Mummy, Lia nak pergi bilik air kejap." Kata Juliana sambil menurunkan kakinya kebawah.

"Lia nak mummy temankan." Tanya Puan Sri Tengku Enara.

"Tak apalah mummy Lia pergi sendiri saja mummy rehat lepas" Jawab Juliana dan terus berlalu ke bilik air yang ada didalam bilik rawatannya itu.

Juliana melakukan semuanya sendiri tanpa dibantu oleh ibu atau ibu mertuanya. Doktor yang rawat Juliana juga merasa hairan dengan perubahan Juliana yang sekarang berbanding dengan keadaannya 2 hari lepas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience