BAB 59

Romance Series 53070

BAB 59

"Along macam mana keadaan kak long." Tanya Tengku Ethar kepada abang kembarnya itu.

"Alhamdulillah semua selamat thanks Dian sebab bawa Juliana datang hospital dengan segera." Balas Tengku Ethan dengan senyuman.

"Alhamdulillah bukan saya yang bawa kereta Tengku yang bawa kereta Felix, Tengku patut berterima kasih pada dia." Ujur Dian sambil menunjuk kearah Felix yang berdiri di sisi Din.

"Yes kau juga Felix thanks again bulan ni aku bagi bonus pada korang dan kamu Dian." Ucap Tengku Ethan dengan senang hati.

"Baby macam mana along. Along dapat baby apa pula tak sabar uncle dia nak tengok." Soal Tengku Ethar dengan senyuman.

"Oh ya lupa aku nak bagitahu kak long kau selamat melahirkan twin boy." Jawab Tengku Ethan dengan senyuman yang sangat manis.

"Wow twin lagi meriah la rumah lepas ni. Habis la mummy rumah dia bersepah." Ujur Tengku Ethar dan terus melepaskan ketawanya.

"Tahniah Tengku." Ucap Dian dengan senyuman.

"Thanks Dian." Balas Tengku Ethan.

"Oh ya aku lupa pula angah aku nak minta tolong kau tolong pergi Kedai baby Momma dan kau tolong belikan baby cot yang twin lepas tu kau letak dalam bilik aku. Ini kau guna kad ni." Kata Tengku Ethan sambil menghulurkan Kad kreditnya pada Tengku Ethar.

"Okey kejap lagi aku pergi dengan Dian tapi sebelum tu aku nak tengok anak-anak buah aku yang baru dulu." Balas Tengku Ethar sambil menyambut kad kredit yang ada pada tangan Tengku Ethan.

"Nanti la sekarang doktor masih uruskan kak long kau dengan baby. Kejap lagi bila dah dipindahkan ke dalam ward boleh la kau melawat kita tunggu dulu." Kata Tengku Ethan sambil duduk di kerusi menunggu itu.

"Ya Allah tak sabarnya." Ucap Tengku Ethar dengan teruja.

"Kalau nak buat sendiri tapi buat anak yang halal bukan yang haram ye adik kembarku." Jawab Tengku Ethan dengan selamba.

"Ye tahu la. Aku dah ada calon tapi tengah tunggu lampu hijau saja ni kalau dah dapat lampu hijau aku akan suruh mummy dengan daddy pergi masuk minang terus." Kata Tengku Ethar juga dalam keadaan selamba.

Selepas mendengar jawapan dari adik kembarnya Tengku Ethan terus melihat kearah Dian yang sedang duduk tak jauh dari mereka dengan merah wajahnya menahan malu dengan kata-kata Tengku Ethar. Tengku Ethan terus tersenyum melihat gelagat Dian yang malu-malu.

"Eh Dian kenapa merah muka tu panas ke." Soal Tengku Ethan sambil melihat kearah Dian.

"Tak ada apa-apalah Tengku. Saya nak pergi toilet kejap." Balas Dian dan terus berlalu pergi.

"Bodoh la kau along yang pergi tegur dia macam tu kenapa." Kata Tengku Ethar sambil menepuk bahu Tengku Ethan.

"Apa aku cuma tanya saja apa masalahnya." Balas Tengku Ethan.

“Calon aku tu dialah yang kau kata macam tu kenapa." Ujur Tengku Ethar sambil mengusap kepalanya.

“Mana aku tahu kau tak bagitahu aku pun yang kau couple dengan Dian. Kalau kau bagitahu aku, aku akan tolong kau." Balas Tengku Ethan sambil berpeluk tubuh.

"Aku bukan tak nak bagitahu tapi aku saja nak buat surprice untuk korang tapi ah sudah la aku balik dulu la nanti la aku tengok anak buah aku tu." Kata Tengku Ethar sambil bangun berdiri.

"Ha yela kau jangan lupa apa yang aku suruh kau beli tu." Pesan Tengku Ethan sambil bermain telefonnya.

"Okey aku ingat." Balas Tengku Ethar dan terus mencari Dian di toilet.

Selepas jumpa Dian mereka keluar dan terus ke kedai yang di beritahu oleh Tengku Ethan tadi. Setelah mereka membeli baby cot mereka terus pergi bersiar-siar.

"Awak, saya nak minta maaf pada awak kalau awak ada terasa hati dengan along dia memang macam tu cakap main lepas saja." Kata Tengku Ethar sambil memendu.

"Tak apa saya faham. Saya tak ambil hati pun pasal tu. Balas Dian sambil melihat wajah Tengku Ethar.

"Baik sekarang kita ke Taman Metropolitan dulu saya ada benda nak bincang dengan awak." Ujur Tengku Ethar dengan nada yang sangat serius.

"Okey tapi jangan lambat sangat sebab saya nak kena tutup butik." Ucap Dian dengan senyuman.

Tengku Ethar terus memandu ke Taman Metropolitan dan setelah sampai mereka terus duduk di kerusi yang ada ditaman itu. Dian masih menunggu apa yang ingin dikatakan oleh Tengku Ethar sebenarnya.

"Sebenarnya apa yang awak nak katakan." Tanya Dian sambil melihat kearah Tengku Ethar yang duduk dihadapannya.

"Sebenarnya saya sebenarnya saya.." kata Tengku Ethar tergagap-gagap dan terus Dian memotongnya.

"Sebenarnya awak apa." Soal Dian dengan sedikit naik oktafnya.

"Sebenarnya saya nak masuk meminang awak." Jawab Tengku Ethar dengan cepat disebabkan terkejut.

"WHAT!! Awak jangan main-main boleh tak." Kata Dian tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Tengku Ethar.

"Betul darling saya tak tipu saya betul-betul serius dengan apa yang saya katakan tadi. Saya betul-betul ingin jadikan awak isteri saya hingga ke Jannah." Jawab Tengku Ethar dengan serius.

"Baik kalau macam itu awak pergi jumpa ibu dan abah saya dulu." Ujur Dian dengan senyuman malu-malu.

"Baik minggu depan saya pergi jumpa ibu dan abah awak. Awak jangan lupa bagitahu diorang yang saya akan datang rumah awak." Balas Tengku Ethar dengan senyuman yang manis.

“Okey nanti saya bagitahu diorang. Tapi sekarang boleh tak kita balik butik dulu sebab dah nak dekat pukul 6 dah ni nanti tak balik pula Dahlia dan Nasha tu." Ucap Dian sambil melihat screen telefonnya.

"Okey kalau macam itu jom saya hantar awak lepas tu saya nak balik apartment terus."Balas Tengku Ethar.

"Kenapa awak tak balik rumah mummy awak saja." Soal Dian sambil berjalan disisi Tengku Ethar.

"Saya balik apartment saya dulu lepas maghrib baru saya balik rumah mummy sebab nak tolong along jagakan triple." Balas Tengku Ethar sambil mengambil kunci kereta dari dalam poket seluarnya.

"Oh.. Okey nanti hati-hati tau memandu malam-malam." Pesan Dian dengan senyuman.

"Okey darling, biy akan ingat pesan darling tu." Jawab Tengku Ethar dengan senyuman yang sangat manis.

Tengku Ethar menghantar Dian balik butik dan dia terus Kembali ke apartmentnya dan terus berehat. Setelah menutup butik Dian terus balik kerumahnya ibu Dian yang melihat gelagat anaknya lain terus memanggil anaknya itu.

"Kakak mari sini kejap." Panggil Puan Diana sambil menepuk tempat disisinya.

“Ada apa ibu." Tanya Dian sambil duduk disisi Puan Diana.

“Kakak ada masalah ke. Kalau ada kakak boleh cerita pada ibu jangan simpan sorang-sorang." Balas Puan Diana sambil melihat wajah anaknya.

“Em.. sebenarnya ibu minggu depan Ethar nak jumpa ibu dengan abah boleh." Soal Dian sambil menundukkan kepalanya.

"Boleh saja nanti ibu bagitahu abah. Sudah kakak jangan risau ibu dengan abah okey." Jawab Puan Diana dengan senyuman.

"Okey ibu nanti kakak bagitahu bila Ethar nak datang ye." Kata Dian.

"Okey." Jawab Puan Diana ringkas.

"Ibu kakak masuk dulu ye nak mandi, solat lepastu kakak nak rehat tadi sebelum balik kakak dah makan jadi malam ni kakak tak makan tau ibu." Ujur Dian sambil bangun dari duduknya.

"Baiklah." Balas Puan Dian dengan anggukkan sekali.

Dian masuk kedalam biliknya dan terus menghantar chat pada Tengku Ethar. Setelah itu Dian terus masuk kedalam bilik air untuk membersihkan diri dan terus menunaikan solat maghrib. Selepas itu Dian terus berehat tanpa melihat telefonnya langsung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience