BAB 60
4 Tahun Kemudian.
Setelah bersiap Juliana terus ke bilik Edward, Edgar dan Edmund. Hari ini dia akan menghantar anak-anaknya ke Kiddy House.
"Assalamualaikum anak mummy dah siap." Tanya Juliana sambil mendekati Edward.
"Sikit lagi mummy sabar ya." Jawab Edward sambil membetulkan bajunya.
"Okey nanti kalau sudah siap turun sarapan ye." Kata Juliana dengan senyuman.
"Okey mummy." Balas Edward dengan anggukkan kepala.
"Fina nanti bawa beg Edward turun ya. Oh ya mana Ika." Soal Juliana sambil mencari seorang lagi pengasuh anak-anaknya.
"Ika tadi pergi siapkan Jaclyn dan Jesslyn Puan." Balas Fina sambil mengemas beg Edward.
"Okey kalau macam tu saya ke bilik Jaclyn dan Jesslyn dulu." Ucap Juliana dan terus keluar dari bilik Edward, Edgar dan Edmund dan terus ke bilik sebelah.
"Asalamualaikum." Ucap Juliana sambil membuka pintu bilik Jaclyn dan Jesslyn.
"Waalaikummussalam mummy." Jawab Jaclyn dan Jesslyn serentak.
"Anak-anak mummy dah siap ke." Tanya Juliana di muka pintu.
"Alhamdulillah sudah siap mummy tadi acik Ika tolong." Balas Jesslyn dengan senyuman.
"Iya. Okey nanti turun sarapan dulu ye lepastu mummy hantar ke kiddy house okey." Kata Juliana.
"Okey baik mummy." Balas Jaclyn dan Jesslyn serentak.
"Okey mummy keluar dulu nak siapkan barang mummy pula okey." Ucap Juliana dan terus ke biliknya.
Masuk saja ke dalam biliknya Juliana terus mengemas barang-barangnya. Tengku Ethan yang baru keluar dari wardrope itu terus tersenyum nakal.
"Hai sayang." Ucap Tengku Ethan sambil memeluk Juliana dari belakang.
"Hubby, sayang nak kemas barang ni please lepas la." Balas Juliana dengan lembut.
"Ala nak manja sikit pun tak boleh." Kata Tengku Ethan dengan nada perlahan.
"Hubby bukan macam tu tapi.." kata-kata Juliana dipotong Tengku Ethan yang sedang duduk di birai katil.
"Sayang dah tak sayang hubby lagi." Ujur Tengku Ethan dengan nada merajuk.
"Apa hubby cakap ni. Bila masa pula sayang tak sayangkan hubby. Hubby lah the first and the last untuk sayang I Love You So Much. Kenapa sejak dua menjak ni hubby suka sangat sensitive." Balas Juliana sambil duduk di sisi suaminya.
"Hubby pun tak tahu. Kadang cepat terasa kadang cepat nak menangis hubby pun tak tahu kenapa. Yang hubby tahu sekarang hubby nak bermanja dengan sayang." Kata Tengku Ethan sambil mendekatkan wajahnya pada wajah Juliana.
Tengku Ethan mengucup bibir Juliana dan dibalas oleh Juliana. Ciuman mereka menjadi semakin rakus dan tiba-tiba ketukan pintu bilik mereka menghentikan tindakan mereka. Masing-masing mengambil nafas yang kian habis.
"Siapa pula yang menganggu ni." Kata Tengku Ethan sambil mengelap bibirnya.
"Ye siapa." Laung Juliana dengan Kuat.
"Mak Tom, Lia." Jawab Mak Tom.
“Ye Mak Tom ada apa." Soal Juliana sambil membuka pintu.
"Lia anak-anak dah tunggu di ruang makan kata mereka nak sarapan sekali dengan Lia dan Ethan." Balas Mak Tom di hadapan pintu.
"Ha ye la kejap lagi saya dengan Ethan turun. Mak tom bagi diorang sarapan dulu nanti lambat pula." Kata Juliana dengan senyuman kepada Mak Tom.
"Baik kalau macam tu Mak Tom turun dulu ya." Ujur Mak Tom dan terus turun ke bawah.
Selepas Mak Tom turun Juliana terus memakai tudung di hadapan cermin meja solek. Tengku Ethan yang baru selesai memakai stokin terus mendekati Juliana. Baru saja ingin memegang bahu Juliana, Tengku Ethan terus berlari ke bilik air.
"Dah kenapa hubby ni pagi-pagi dah main lari-lari." Gumum Juliana sendiri.
Werk.. Werk..
Setelah mengeluarkan segala isi perutnya Tengku Ethan keluar dan terus duduk di birai katil. Juliana yang melihat Tengku Ethan dari pantulan cermin terus mendekatinya. Juliana terus meletakkan tangannya di dahi Tengku Ethan tapi Tengku Ethan terus menarik tangan isterinya yang ada didahinya dan digenggam erat.
"Hubby okey tak ni badan hubby tak panas pun tapi kenapa sampai muntah-muntah macam ni risau sayang dengan keadaan hubby." Ujur Juliana dengan cemas.
"Bau perfume sayang tu kuat sangat." Balas Tengku Ethan sambil melihat wajah Juliana.
"Bau kuat mana ada sayang pakai kat tangan saja bukannya sayang pakai seluruh badan pun." Kata Juliana dengan berkerut dahi.
"Tapi kenapa bau dia kuat sangat sampai habis sakit perut hubby ni muntah tadi." Jawab Tengku Ethan sambil tangan kirinya memegang perutnya.
"Hubby tak perlu pergi kerja la hari ini hubby rehat saja. Sayang pergi hantar triple nanti sayang balik jaga hubby okey." Ucap Juliana sambil memegang pipi Tengku Ethan.
"Tak apalah sayang terus saja ke butik kata nak adakan meeting dengan budak-budak kat office dan hubby pun ada meeting hari ini dengan client dari Amerika. Tak apa nanti kalau hubby rasa tak larat hubby rehat saja di dalam office. Sudah sekarang jom kita turun dulu kesian triple and the twins tengah tunggu kita dari tadi lagi." Balas Tengku Ethan sambil bangun berdiri.
"Okey tapi kalau hubby tak larat ke sakit ke hubby terus coll sayang okey." Ujur Juliana sambil mengambil beg tangan dan beg kerjanya.
"Ye la sayang jangan risau okey." Ucap Tengku Ethan sambil masuk ke dalam lift yang ada di rumahnya. Juliana hanya menjawab dengan anggukkan kepala saja.
Sampai saja di bawah mereka terus duduk di meja makan dan menikmati sarapan yang disiapkan oleh Mak Tom. Belum sempat Tengku Ethan ingin menyuap bihun goreng ke dalam mulutnya tangan kiri Tengku Ethan terlebih dulu memekup mulutnya dan terus berlari ke bilik air yang ada di dapur itu.
"Lagi sekali." Gumum Juliana dan terus mengambil telefonnya dan terus menelefon Tengku Ethar.
"Hello Assalammualaikum angah tolong datang rumah along sekarang." Ujur Juliana dengan tegas.
"Datang dulu nanti kak long bagitahu cepat." Kata Juliana lagi.
"Ha yela Waalaikummussalam." Jawab Juliana dan terus menyimpan telefonnya ke dalam beg tangannya.
Setelah selesai mengeluarkan isi perutnya Tengku Ethan Kembali ke meja makan semula. Jesslyn yang melihat babanya yang seperti orang sakit terus mendekati Ethan.
"Baba are you okey." Tanya Jesslyn sambil memegang tangan Tengku Ethan.
"Baba okey sayang dah habiskan sarapan kejap lagi lambat pula nak pergi school." Jawab Tengku Ethan sambil mengusap kepala Jesslyn.
"Okey baba." Ujur Anak-anaknya serentak.
Mereka terus menikmati hidangan itu sehingga selesai. Bunyi loceng rumah menyentak semua yang ada di dalam rumah. Mak Tom terus kearah pintu dan membuka pintu untuk melihat siapa yang datang.
"Assalammualaikum." Ujur Tengku Ethar dan Dian serentak.
"Waalaikummussalam." Jawab semua yang ada didalam rumah.
"Ada apa kau datang pagi-pagi rumah aku ni." Tanya Tengku Ethan kepada adik kembarnya itu.
"Aku datang sebab kak long yang suruh datang kalau tak memang tak la pagi-pagi buta aku nak datang rumah kau yang jauh dari rumah aku ni." Balas Tengku Ethar sambil duduk di sisi Edward.
"Sayang, sayang ke yang suruh angah datang tapi kenapa." Soal Tengku Ethan sambil melihat wajah Juliana.
"Yes sayang yang coll Angah datang sini sebab hari ini sayang larang hubby drive sendiri. Angah hari ini along akan pergi office dengan angah dan Dian akan pergi dengan kak long. Muktamat dan sayang tak terima bantahan apa pun." Jawab Juliana dengan tegas.
"Baiklah." Kata Tengku Ethan dan Tengku Ethar serentak.
"Okey kalau macam tu sayang gerak dulu nanti lambat pula Triple and the twins masuk school." Ucap Juliana sambil berdiri dan terus menyalam tangan Tengku Ethan dan kemudian anak-anaknya pula.
Setelah Juliana keluar dari rumah Tengku Ethan dan Tengku Ethar juga terus pergi ke office mereka menaiki kereta Tengku Ethan. Sampai saja di office Tengku Ethan terus berbaring diatas sofa yang ada di dalam biliknya.
Share this novel
up lagi
lagi