BAB 19
Tengku Ethan masuk kedalam bilik kerjanya dan terus ke meja kerjanya. Terlihat sampul berwarna koko diatas mejanya Tengku Ethan terus membuka sampul itu. Terbuntang matanya bila melihat surat itu sudah ditandatangani oleh Juliana.
“No sayang tak boleh tinggalkan hubby. Walau apa pun terjadi hubby takkan ceraikan sayang.” Gumum Tengku Ethan sendiri.
Tengku Ethan terus menelefon kawan-kawannya. Setelah bersepakat Tengku Ethan terus keluar dari rumah itu. Tengku Ethan memandu ke destinasi yang ditetapkan.
“Sorry aku lambat.” Kata Tengku Ethan sambil menarik kerusi.
“It’s okey kitorang pun baru sampai. Ni apahal kau nak jumpa kitorang.” Tanya Tengku Danny kawan kepada Tengku Ethan.
“Ini pasal ini.” Ujur Tengku Ethan sambil meletakkan sampul koko itu diatas meja.
“Apa ni bro.” soal Tengku Reza kawan kepada Tengku Ethan.
“Ini surat cerai yang aku ambil sehari sebelum aku nikah dengan Juliana. Tapi tadi masa di pejabat Julia coll aku dan dia suruh aku ceraikan isteri aku. Masa tengah cakap tu Juliana datang office aku dan dia terdengar percakapan aku dengan Julia time part aku akan ceraikan dia. Tapi ada lagi ayat lepastu yang dia tak dengar. Sekarang aku buntu la nak cari dia dimana.” Ujur Tengku Ethan kepada kawan-kawannya itu.
“Apa yang kau bagitahu kat Julia.” Tanya Tengku Reza dengan perasaan ingin tahu.
“Aku bagitahu memang aku akan ceraikan Juliana tapi itu dulu sebelum apa yang aku dah buat pada Juliana. Sekarang aku dah mula sayangkan Juliana dulu aku pernah berjanji yang aku akan bertanggungjawab atas apa yang aku dah buat.” Balas Tengku Ethan sambil melihat kearah screen telefonnya.
“Apa yang kau dah buat kat Juliana.” Soal Tengku Danny pula.
“Hari yang aku bawa Juliana pindah masuk rumah aku tu Julia ada chat aku katanya nak jumpa okey fine aku pun pergi la jumpa dia. Bila dah jumpa dia suruh aku minum air redbull tapi lepas je aku minum air tu badan aku rasa lain jadi aku terus balik rumah aku. Bila dah sampai rumah, aku naik la ke bilik untuk mandi tapi aku Nampak Juliana yang baru lepas mandi dan aku terus melakukan tanggungjawab aku padanya. Serius bro aku tak dapat nak kawal diri aku masa tu.” Terang Tengku Ethan kepada kawan-kawannya.
“Em.. aku rasa dalam air tu mesti Julia dah letak ubat peransang sebab tu kau jadi macam tu.” Balas Tengku Danny sambil mengosok dagunya.
“So apa kau janji dengan Juliana.” Tanya Tengku Reza ingin tahu.
“Aku berjanji yang aku akan bertanggungjawab kalau apa-apa jadi pada dia. Aku tak kisah la dia pregnant atau tak aku tetap akan bertanggungjawab 3 minggu dia tak bercakap dengan aku masa tu tiba-tiba aku rasa sunyi je hidup aku bila tak dengar suara dan gelagat dia. Sekarang baru aku sedar yang aku mula sayangkan Juliana.” Jawab Tengku Ethan sambil berpeluk tubuhnya.
“Habis sekarang kau nak buat apa.” Tanya Tengku Danny kepada Tengku Ethan.
“Entah aku pun dah buntu sekarang ni.” Balas Tengku Ethan sambil meraup wajahnya.
“Kau tak nak upah penyiasat ke untuk cari isterikau tu.” Ujur Tengku Reza memberi cadangannya.
“Entah mungkin nanti Juliana balik rumah aku. Aku dah mula rindukan dia la.” Kata Tengku Ethan sambil meraup wajahnya.
“Tak apa la nanti kalau kau nak aku tolong kau roger ja aku. Sekarang kau nak buat apa dengan surat ini.” Soal Tengku Danny sambil menunjukkan surat yang ada ditangannya.
“Danny bagi aku pemetik api kau kejap.” Kata Tengku Ethan sambil menghulurkan tangannya kepada Tengku Danny.
“Nah kau nak buat apa. Nak kata kau merokok tak pula nah ambil la.” Ujur Tengku Danny sambil menghulurkan pemetik apa dari dalam poket seluarnya.
“Kau tengok saja apa aku nak buat.” Jawab Tengku Ethan dan terus membakar surat cerai itu.
“Kalau macam ni la caranya. Dah boleh nampak yang Ethan ni dah mula sayangkan isteri dia itu. Hari tu siap kata tak sampai sebulan pun perkahwinan dia ni. Tapi tengok la sekarang.” Bisik Tengku Reza pada Tengku Danny.
“Itu la aku pun pelik la macam mana la Juliana tu buat sampai Ethan boleh jadi macam ni.” Bisik Tengku Danny pada Reza pula.
“Korang dah kenapa duk berbisik-bisik ada apa-apa ke.” Tanya Tengku Ethan kepada sahabatnya itu.
“Tak ada apa-apa pun.” Jawab Tengku Danny laju.
Setelah berbual Panjang dengan kawan-kawannya Tengku Ethan minta diri untuk balik ke rumahnya. Sampai saja dirumah Tengku Ethan terus membersihkan diri dan menunaikan solat Asar. Selepas solat Tengku Ethan terus turun ke ruang tamu di mana tempat itulah yang menjadi saksi janjinya pada Juliana.
“Sayang, hubby rindu sangat pada sayang. Sekarang sayang ada dimana.” Gumum Tengku Ethan sendiri.
Tengku Ethan baring disofa sambil memeluk bingkai gambar perkahwinannya dengan Juliana. Setelah 2 jam tertidur Tengku Ethan terjaga bila mendengar telefonnya berbunyi. Tengku Ethan terus menjawab panggilan itu tanpa melihat nama si pemanggil.
“Hello Assalammualaikum sayang, sayang ada di mana ni hubby rindu sangat pada sayang.” Ujur Tengku Ethan.
“Wey bro ni aku la Reza.” Balas Tengku Reza.
“Sorry bro aku ingat Juliana yang coll tadi. Ni apa hal kau coll aku ni.” Tanya Tengku Ethan kepada Tengku Reza.
“Tak ni aku coll bab nak ajak kau keluar makan jom.” Jawab Tengku Reza dengan ceria.
“Tak apa la bro aku masih kenyang kau jela yang pergi.” Ujur Tengku Ethan dengan kurang bersemangat.
“Okey la kalau macam tu eh kau jangan la sedih-sedih sangat kalau ada apa-apa kau coll ja aku atau Danny okey.” Pesan Tengku Reza disebalik telefon itu.
“Ha yela okey la aku nak mandi jap maghrib pun nak masuk ni.” Ujur Tengku Ethan sambil menaiki tangga.
“Yela kalau kau rasa perlukan kami kau tahukan nak cari kami dimana.” Ucap Tengku Reza.
“Ye-ye aku faham okey la bye Assalammualaikum.” Kata Tengku Ethan dan terus menamatkan panggilan itu.
Selapas menamatkan panggilan Tengku Ethan memandang bingkai gambar yang di peluk tadi lalu dicium pada wajah Juliana.
“Sayang cepat la bilik hubby rindu sangat dengan sayang please sayang I really need you darling.” Gumum Tengku Ethan sendiri sambil menghantar chat kepada Juliana.
Setelah 5 minit melayan perasaan Tengku Ethan terus ke biliknya untuk membersihkan diri dan menunaikan solat maghrib. Selasai solat Tengku Ethan terus baring diatas katil sambil menghantar chat kepada Juliana walaupun tiada satu pun dibalas oleh Juliana.
Share this novel