BAB 38

Romance Series 53070

BAB 38

Setelah sampai di rumahnya Tengku Ethan terus parking keretanya di sebelah kereta Tengku Ethar. Tengku Ethan masuk kedalam rumah dengan sebuah beg pakaiannya.

"Assalammualaikum." Tengku Ethan memberi salam sambil membuka pintu rumahnya.

"Wa'alaikummussalam Eh Along sudah balik jom lunch sekali." Ujur Tengku Enara yang sedang berada di meja makan.

"Tak apalah mummy tadi along dah makan . Along naik bilik dulu ye mummy." Jawab Tengku Ethan.

"Ha yela nanti kalau lapar along minta pada mak leha ye." Ucap Puan Sri Tengku Enara.

"Baik mummy. Along naik dulu ya." Kata Tengku Ethan dan terus naik ke biliknya.

Tengku Ethan naik ke biliknya dan terus membersihkan diri. Setelah membersihkan diri Tengku Ethan terus bersiap untuk ke Officenya. Baru saja Tengku Ethan hendak keluar dari biliknya telefonnya berbunyi.

"Hello ada apa bro." Tanya Tengku Ethan.

"Bila kau nak ambil isteri kau balik ha." Soal Hairul kepada Tengku Ethan balik.

"Ada apa-apa yang terjadi ke Rul." Ujur Tengku Ethan dengan berkerut dahinya.

"Kau tahu tak tadi dia minta tolong aku belikan Magnum aku ingat magnum yang nombor ekor tu tapi rupanya magnum aiskrim terpaksa la aku pergi beli naik kebas punggung aku ni bila duduk lama-lama atas motorsikal itu kau tahu." Jawab Hairul.

"Kau layan saja la apa yang dia mahu kau guna saja kad yang aku bagi pada kau tu." Kata Tengku Ethan sambil turun tangga.

"Okey la aku dah nak sampai rumah dah ni nanti aku chat kau." Ujur Hairul.

"Ye la okey-okey Assalammualaikum." Ucap Tengku Ethan.

"Waalaikummussalam." Jawab Hairul dan terus menamatkan panggilan.

Setelah menamatkan panggilan Tengku Ethan terus menyimpan telefonnya ke dalam poket kotnya. Tengku Ethan ters ke tempat kunci setelah mengambil kunci dia terus keluar dan mendekati kereta lamboghininya.

Kring.. Kring..

"Hello yes Jenny." Tanya Tengku Ethan.

"Sorry Tengku saya ganggu saya cuma nak bagitahu Dato Jamal sudah sampai." Balas Jenny di talian.

"Okey Jenny I on my way." Balas Tengku Ethan sambil masuk ke dalam keretanya.

"Baik Tengku. See you soon Assalamualaikum." Ujur Jenny.

"Wa'alaikumussalam." Jawab Tengku Ethan dan terus meluncur laju keluar dari perkarangan rumah Tengku El-Amin.

Setelah 30 minit memandu akhirnya Tengku Ethan sampai di perkarangan pejabatnya. Tengku Ethan keluar dari dalam kereta dan terus memberi kunci keretanya kepada salah seorang security guard yang ada di pintu masuk itu.

"Assalamualaikum.. Sorry saya lambat saya baru balik outstation. So boleh kita mulakan sekarang." Tanya Tengku Ethan dengan sopan.

"Yeah sure." Jawab Dato Jamal dengan senyuman.

Setelah 1 Jam setengah berbincang akhirnya Dato Jamal bersetuju dan terus menandatangani kontrak yang diberikan oleh Jenny itu.

"Baik kalau tak ada apa-apa lagi saya minta diri dulu." Ucap Dato Jamal sambil menghulurkan tangannya.

"Baik terima kasih Dato sebab sudah memilih Syarikat saya untuk melaksanakan projek ini." Kata Tengku Ethan sambil membalas huluran tangan dari Dato Jamal.

"Sama-sama okey saya minta diri dulu Assalamualaikum." Ujur Dato Jamal dan terus berlalu keluar dari bilik meeting itu.

"Arh... Alhamdulillah syukur selesai juga. Penatnya Jenny tolong buatkan air untuk saya. Nanti hantar di bilik saya ye." Ucap Tengku Ethan sambil berjalan ke pintu bilik meeting itu.

"Baik Tengku." Jawab Jenny dan terus keluar dari bilik meeting itu dan terus ke pantry.

Setelah siap membuat air untuk Tengku Ethan, Jenny terus ke meja kerjanya dulu. Selepas mengambil beberapa fail Jenny terus ke dalam bilik kerja Tengku Ethan.

Tok.. Tok..

"Masuk." Laung Tengku Ethan dengan kuat.

"Tengku ni airnya dan ini dokumen yang Tengku perlu tandatangan." Kata Jenny sambil meletakkan secawan air dan beberapa fail dihadapan Tengku Ethan.

"Baik thanks Jenny. Oh ya Jenny saya nak awak tolong buatkan 2 lagi air saya ada tetamu kejap lagi." Ujur Tengku Ethan sambil menaip sesuatu di telefonnya.

"Baik Tengku." Balas Jenny dan terus berlalu ingin keluar dari bilik kerja Tengku Ethan belum membuka pintu Tengku Ethan memanggilnya kembali.

"Em.. Jenny tunggu." Kata Tengku Ethan.

"Yes Tengku." Jawab Jenny dan kembali berdiri dihadapan Tengku Ethan.

"Em... Tak apa tak jadi Sorry." Ujur Tengku Ethan dengan senyuman.

"Okey baik Tengku saya minta diri dulu." Ucap Jenny dan terus keluar dari bilik kerja Tengku Ethan.

Setelah 5 minit membuat air Jenny kembali ke bilik kerja Tengku Ethan. Jenny mengetuk pintu bilik kerja Tengku Ethan dan terus masuk ke dalam tanpa melihat kiri dan kanan. Tanpa menunggu lama Jenny terus ingin berlalu keluar tapi ada seseorang yang menarik tangannya dari arah sofa yang ada dalam bilik kerja Tengku Ethan.

"How dare you.." kata-kata Jenny terhenti apabila melihat wajah yang memegang tangannya.

"Honey, please listen to my explanation first." Ujur Tengku Danny sambil bangun berdiri.

"Apa lagi yang you nak explain I dah nampak semuanya. I nampak dia peluk you and you langsung tak menolak pelukan tu nampak sangat yang you pun enjoy bila dia pelukkan sudah la I nak balik. Tengku saya balik dulu jumpa isnin nanti." Ucap Jenny dan terus berlalu keluar dari bilik kerja Tengku Ethan.

"Honey.. Honey wait." Jerit Tengku Danny dan ingin mengikuti Jenny tapi malangnya kakinya tersepak kaki meja kerja Tengku Ethan.

"Wey bro kau tunggu sini biar aku yang kejar dia." Kata Tengku Reza dan terus berlari keluar dari bilik kerja Tengku Ethan dan terus terduduk dilantai.

Tengku Reza berlari mencari Jenny tapi langsung tak jumpa. Tengku Reza terus mengambil telefonnya dan terus menelefon seseorang.

"Hello Ijam kalau kau nampak Jenny kau tahan dia sekarang aku akan turun secepat yang boleh." Kata Tengku Reza dan terus menamatkan panggilan dan terus ke arah lift khas.

Tengku Reza masuk ke dalam lift dan terus turun ke bawah. Sementara Jenny masih ada didalam lift sambil menangis. Setelah lift terbuka Jenny terus ke arah pintu utama.

"Maaf Cik Jenny. Cik Jenny tak boleh keluar atas arahan Tengku Reza." Ujur security guard yang bernama Nizam itu.

"What!! kenapa pula saya tak boleh keluar dah la saya nak balik tolong beri laluan." Kata Jenny sambil ingin melangkah keluar.

"Maaf Cik Jenny tapi ini arahan Tengku Reza kalau Cik Jenny nak balik Cik Jenny kena tunggu Tengku Reza dulu." Ucap Nizam sambil mendepakan tangannya di hadapan Jenny.

"Dah la saya nak balik tolong ke tepi boleh tak." Ujur Jenny dengan nada yang tegas.

"Jenny wait we need to talk jom pergi minum nanti I bagitahu you hal yang sebenarnya yang telah terjadi." Kata Tengku Reza dengan nada yang tegas.

"Baik tapi I tak boleh lama-lama." Balas Jenny dengan acuh tak acuh.

Mereka keluar dari bangunan itu dan terus menuju ke sebuah restoran yang tak jauh dari pejabat Tengku Ethan. Setelah sampai mereka memesan minum dan Jenny masih menunggu apa yang Tengku Reza hendak sampaikan.

"So what you want to tell me." Tanya Jenny sambil berpeluk tubuh.

"Ni you tengok video ni dulu." Balas Tengku Reza sambil menyerahkan telefonya kepada Jenny.

Jenny mengambil telefon itu dan melihat video yang ada di telefon Tengku Reza. Jenny melihat video itu sehingga selesai dengan wajah menahan marah.

"Video ni aslikan." Soal Jenny sambil menyerahkan kembali telefon kepada Tengku Reza.

"Yes video ni asli lagi pun buat apa I nak tipu you buang masa saja." Jawab Tengku Reza sambil menyimpan telefonnya kedalam poket kotnya kembali.

"Baik I percaya tapi I nak you lakukan sesuatu untuk I boleh." Tanya Jenny.

"Boleh you nak suruh I lakukan apa." Soal Tengku Reza balik.

"I nak you aturkan pertemuan I dengan perempuan tu esok boleh." Jawab Jenny tanpa reaksi apa-apa.

"Baik tapi dimana." Tanya Tengku Reza sambil mengeluarkan kembali telefonnya.

"Di Taman Metropolitan pukul 9 pagi." Balas Jenny sambil mengacau airnya.

"Baik I dah bagitahu dia sekarang cuma tunggu jawapan dari dia saja." Kata Tengku Reza sambil menunjuk telefonnya kepada Jenny. Kerena dia sudah mengagak perkara ini akan terjadi.

"Baik kalau macam tu I balik dulu nanti apa-apa you chat I okey." Ujur Jenny sambil menggalas beg tangannya.

"Okey nanti I chat you. I nak pergi bayar bil ni dulu." Balas Tengku Reza sambil bangun dan terus ke kaunter pembayaran.

"Okey bye Assalammualaikum." Ucap Jenny.

"Bye Waalaikummussalam." Jawab Tengku Reza.

Jenny terus berjalan keluar dari restoran itu dan terus masuk kedalam keretanya. Selepas membayar bil Tengku Reza terus kembali ke pejabat Tengku Ethan.

" Ha bro kenapa lama sangat. Kau masuk line ke." Tanya Tengku Ethan yang sedang duduk disofa.

"Tak ada maknanya bro. Tak tadi kitorang bincang sambil minum lepastu Jenny minta nak jumpa dengan Lisa so aku setkan la tempat dan waktu untuk diorang jumpa. Esok kita pergi spy diorang pukul 9 pagi di Taman Metropolitan. Aku nak tengok macam mana diorang berbincang." Balas Tengku Reza sambil duduk disofa milik Tengku Ethan.

"Okey kalau macam tu kita jumpa di sana la aku pun nak juga tengok tunang aku tu jumpa dengan si Lisa tu." Ujur Tengku Danny sambil berpeluk tubuh.

"Okey set korang jangan lambat pula." Kata Tengku Ethan sambil bermain telefonnya.

"Okey kalau macam tu jom la balik aku penat la dari pagi tadi sampai sekarang tak rehat lagi." Sambung Tengku Ethan sambil mengemas meja kerjanya.

"Okey jom." Jawab Tengku Reza dan Tengku Danny serentak.

Mereka keluar dari pejabat Tengku Ethan dan terus ke tempat parking dan mereka masing-masing berpisah ke destinasi masing-masing. Sampai saja di rumah Tengku Ethan terus ke biliknya dan membersihkan diri. Setelah selesai Tengku Ethan terus berbaring sambil bermain telefonnya 5 minit kemudian Tengku Ethan terlelap sambil memeluk bantal yang ada gambar Juliana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience