BAB 9
“U,I haus la boleh tolong ambilkan air tak.” Ujur Zack sambil baring diatas katil.
“Okey kejap ya.” Ucap Julia sambil memakai bathrope.
Setelah mengambil air Julia Kembali ke bilik Zack. Juliana menghulurkan air itu kepada Zack dan Zack menyambut air itu. Julia Kembali baring disisi Zack.
Tok.. Tok..
“U siapa yang datang tu.” Tanya Julia dengan berkerut dahinya.
“Entah I pun tak tahu.” Balas Zack sambil meletakkan cawan yang dipegangnya tadi ke atas meja sisi katil.
“U pergi la buka I nak baring kejap letih la.” Ujur Julia kepada Zack dengan mata yang terpejam.
“Okey U baring la dulu I pergi buka kejap.” Ucap Zack dan lalu membuka pintu. Terbuntang matanya bila melihat ada beberapa orang lelaki berkopiah di hadapan apartmentnya.
“Assalammualaikum kami dari perjabat agama islam kami mendapat aduan ada lelaki dan perempuan yang bukan suami isteri duduk di dalam rumah ini.” Ucap seorang lelaki berkopiah itu.
"Tak ada mana ada perempuan saya seorang saja yang ada di dalam rumah ini.” Kata Zack dengan nada yang gagal kepada lelaki berkopiah itu.
“Boleh kami masuk.” Tanya seorang lagi lelaki berkopiah itu.
“Tak,tak boleh.” Zack melarang lelaki itu dengan nada yang tegas.
“Ada apa bising-bising ni U.” ujur Julia sambil membetulkan bathropenya.
“Astaghfirullah." Ucap mereka serentak.
"tadi kata awak duduk seorang tapi ini apa." Ucap salah seorang lelaki berkopiah itu.
“Maaf boleh tunjukkan sijil nikah encik dan cik.” Ucap salah seorang lelaki berkopiah itu. Zack dan Julia hanya mengelengkan kepala saja.
“Kalau macam itu sila ikut kami.” Kata lelaki berkopiah itu.
Tanpa menunggu lama mereka dibawa ke pejabat agama islam. Tanpa mereka sedar ada seorang lelaki sedang memerhati kearah Julia dan Zack. Lelaki itu terus menelefon seseorang.
“Hello Dato settle.” Ujur lelaki itu di telefon.
“Good sekarang diorang di mana.” Tanya Dato Jonatan di balik telefon.
“Sekarang mereka dalam perjalanan ke pejabat agama Dato.” Balas lelaki itu sambil memerhati keadaan yang ada dihadapannya.
“Baik esok kamu datang office saya ambil baki upah kamu tu.” Ujur Dato Jonatan kepada lelaki itu.
Baru saja Dato Jonatan meletakkan panggilan ada panggilan lain yang masuk. Dato Jonatan terus mengangkat panggilan itu. Dato Jonatan dan Datin Jasmina terus ke pejabat agama setelah menamatkan panggilan. Setelah berbincang Dato Jonatan dan Dato Fahmi keluar dari sebuah bilik.
“Macam mana abang.” Tanya Datin Jasmina kepada suaminya.
“Papa dan Dato Fahmi sudah berbincang Jue dengan Zack akan dikahwinkan sekarang juga supaya maruah keluarga kita tak tercemar.” Balas Dato Jonatan dengan nada tegas.
“WHAT!!! Habis perkahwinan Jue dengan Ethan macam mana.” Soal Julia kepada papanya.
“Yang tu Jue tak perlu fikir awal-awal lagi papa dah coll uncle Amin untuk berkumpul di rumah lepas maghrib nanti.” Balas Dato Jonatan sambil melihat wajah anaknya itu.
“Sudah sekarang jom tukar pakaian dan mula sesi akad nikah.” Ujur Dato Fahmi sambil menepuk bahu anaknya Zack.
Setelah mengganti pakaian mereka semua masuk kedalam sebuah bilik. Zack duduk dihadapan seorang lelaki yang memakai kopiah. Juliana duduk disisi Datin Jasmina.
“Boleh kita mulakan.” Tanya lelaki separuh baya yang duduk dihadapan Zack itu.
“Boleh tok.” Jawab Dato Jonatan kepada lelaki itu.
"Mohd Zakaria Bin Mohd Fahmi.” Kata Dato Jonatan sambil bersalam dengan Zack.
“Saya.” Jawab Zack ringkas.
“Aku nikah akan dikau dengan puteriku Nur Julia Binti Jonatan dengan mas kahwinnya RM1000 tunai.” Kata Dato Jonatan.
“Aku terima nikahnya Nur Julia Binti Jonatan dengan mas kahwinnya RM1000 tunai.” Ujur Zack dengan sekali lafaz.
“Macam mana saksi sah.” Tanya tok kadi itu.
“SAH.” Jawab mereka serentak.
“Alhamdulillah.” Ujur tok kadi dan langsung membaca doa.
Dengan sekali lafaz Julia telah sah menjadi isteri kepada Zack. Dato Jonatan dan Datin Jasmina terus bersalam dengan Dato Fahmi dan Datin Zainab.
“Kak, Jas minta maaf banyak-banyak ye Jas tak sangka yang Julia dan Zack akan buat macam ni sekali.” Ujur Datin Jasmina kepada Datin Zainab.
“Jas tak perlu minta maaf sekarang semua sudah selesai kita doakan supaya mereka Bahagia.” Balas Datin Zainab dengan senyuman.
“Amin.” Ucap Datin Jasmina lalu mengusap wajahnya.
“Baik kalau macam tu kami balik dulu ya dan Julia akan kami bawa balik sebab ada urusan yang belum diselesaikan lagi.” Ujur Dato Jonatan kepada keluarga besannya itu.
“Baik la hati-hati ya.” Ucap Dato Fahmi kepada Dato Jonatan.
“Dato minggu depan sijil nikah akan keluar jadi jangan lupa diambil ya.” Kata salah seorang lelaki berkopiah disitu.
“Ya baik terima kasih.” Ucap Dato Jonatan kepada lelaki berkopiah itu.
“Assalammualaikum.” Sambung Dato Jonatan lagi dan berlaku pergi.
“Wa’alaikummussalam.” Jawab semua yang ada disitu.
Di dalam kereta puas Julia dimarahi oleh Dato Jonatan. Dato Jonatan memarahinya dari pintu keluar pejabat agama dan sepanjang jalan pulang kerumah mereka.
“Papa tak faham la dengan kamu ni Jue apa lagi yang tak cukup dengan harta yang papa ada sampai kamu nak habiskan harta Ethan pula.” Marah Dato Jonatan kepada anaknya itu.
“Apa papa cakap ni Jue tak faham la.” Dalih Julia dengan berkerut dahinya.
“Jue jangan nak dalih lagi mama sudah dengar semuanya apa yang Jue cakapkan pada Zack hari tu ditelefon.” Kata Datin Jasmina. Terbuntang mata Julia bila mendengar apa yang dikatakan oleh Datin Jasmina.
“Kenapa terkejut sudah sekarang papa dah buat keputusan perkahwinan Jue dengan Ethan akan dibatalkan.” Ucap Dato Jonatan sambil melihat kearah luar tingkap kereta.
"WHAT!!! No nanti Ethan mesti akan marah dan kecewa.” Kata Julia dengan nada yang sedikit tinggi.
“Apa!! Kamu jangan lupa yang kamu sekarang ni sudah menjadi isteri Zack dan mulai sekarang jangan ganggu Ethan lagi. Kalau papa tahu kamu ada ganggu Ethan siap kamu.” Ucap Dato Jonatan dengan tegas. Julia hanya terdiam.
Share this novel