BAB 4
Tok.. Tok…
“Lia dah bangun belum.” Kata Datin Jasmina sambil mengetuk pintu bilik Juliana.
“Dah mama Lia tengah siap nak pergi butik.” Ujur Juliana sambil memakai tudung.
“Ha ye la kalau macam tu cepat turun ya.” Ucap Datin Jasmina.
“Ye mama.” Ucap Juliana.
Setelah bersiap Juliana turun dengan handbegnya dan duduk dihadapan mamanya. Julia turun dan duduk disisi Juliana. Mereka bersarapan Bersama..
“Oh ya mama kejap lagi teman Jue pergi fitting baju boleh tak.” Tanya Julia sambil menuang air ke dalam cawannya.
“Boleh je lagi pun lepas ni tak ada apa-apa yang nak dibuat.” Balas Datin Jasmina sambil menyuap nasi lemak kedalam mulutnya.
“Lia ikut sekali ya.” Ujur Julia. Juliana yang mendengar namanya disebut terus mengangkat wajahnya.
“Ye la tapi Lia tak boleh lama-lama ya sebab takut ramai pula di butik kesian Dian.” Jawab Juliana sambil menghirup air milo suamnya.
“Okey deal.” Ucap Julia.
Selepas makan mereka terus bertolak ke butik pengantin. Sampai saja mereka masuk dan duduk di kerusi yang disediakan. Seorang staf datang menghampiri mereka.
“Cik Julia dah bersedia.” Tanya staf itu kepada Julia.
“Yes I’m ready.” Balas Julia ringkas dengan senyuman.
“Mari ikut saya Cik Julia.” Ujur Staff itu lagi. Julia hanya mengangguk dan mengikuti dari belakang.
Julia masuk ke dalam bilik persalinan dan mencuba baju pernikahannya. Setelah siap Julia keluar dan berdiri dihadapan Datin Jasmina dan Juliana.
“Mama, Lia cantik tak.” Tanya Julia sambil pusing-pusing di hadapan mama dan adiknya itu.
“Cantiknya Kak Jue.” Balas Juliana dan Datin Jasmina hanya membuat simbul ‘ok’.
“Kejap ya Jue pergi tukar lagi satu baju.” Ujur Julia dan terus masuk ke dalam bilik persalinan.
“Okey.” Jawab Datin Jasmina ringkas.
Kring… kring…
“Hello assalammualaikum ya ada apa Dian.” Tanya Juliana di talian.
“Wa’alaikummussalam Cik Lia boleh tak dating butik sekarang sebab saya nak pergi klinik tiba-tiba perut saya buat hal pula.” Balas Dian dengan nada yang tersekat-sekat.
“Ha yela saya pergi sekarang assalammualaikum.” Ujur Juliana dengan nada yang sedikit cemas.
“Okey Wa’alaikummussalam.” Ucap Dian dan menamatkan panggilan. Juliana menyimpan telefonnya kedalam handbegnya.
“Kenapa Lia.” Tanya Datin Jasmina.
“Em.. Dian minta Lia pergi butik sekarang sebab dia nak pergi klinik perut dia buat hal. Mama Lia pergi butik dulu ya Assalammualaikum.” Balas Juliana sambil menyalam tangan Datin Jasmina.
“Ha ye la Wa’alaikummussalam.” Ucap Datin Jasmina sambil melihat anaknya itu.
Julia keluar dari bilik persalinan dengan senyuman. Datin Jasmina melihat Julia yang baru keluar di bilik persalinan dengan senyuman.
“Lia mana mama.” Tanya Julia dengan memakai baju gaun pengantin berwarna hijau muda itu.
“Oh Lia pergi butik tadi Dian coll bagitahu yang dia sakit perut tu yang Lia pergi butik cepat.” Balas Datin Jasmina sambil melihat kearah anak sulungnya itu.
“Oo.. Macam mana mama cantik tak yang ni.” Soal Julia sambil berpusing-pusing di hadapan mamanya itu.
“Cantik, dua-dua cantik.” Jawab Datin Jasmina. Julia hanya membalas dengan senyuman.
Juliana berjalan di tempat letak kereta sambil mencari kunci kereta di dalam handbegnya. Tiba-tiba dia terlanggar seseorang lelaki.
“Hey buta ke.” Marah lelaki itu.
“Sorry-sorry saya tak sengaja.” Ujur Juliana lemah lembut dan masih menundukkan kepala.
“Sorry-sorry mata kau letak dekat mana ha.” Marah lelaki itu lagi.
“Maaf sekali lagi encik tapi sekarang saya betul-betul nak cepat. Ni kad saya kalau encik ada cedera ke apa ke encik just coll saya dan saya akan bertanggungjawab.” Ujur Juliana sambil menghulurkan kad Namanya kepada lelaki itu.
“Baik kalau macam tu aku terima.” Kata lelaki itu sambil menyambut huluran Juliana itu.
“Baik kalau macam tu saya minta diri dulu ya encik assalammualaikum.” Ujur Juliana dan terus berlalu pergi.
‘Nur Juliana Binti Jonatan. Nama dia ni nak semacam dengan nama Julia tak kan dia ni adik Julia.’ Gumum Tengku Ethan didalam hati sambil melihat kad yang ada di tangannya itu.
Tengku Ethan terus berjalan dan terus masuk ke dalam butik pengantin itu. Setelah masuk Tengku Ethan terus mendekati Julia dan Datin Jasmina.
“Sayang dah cuba baju belum.” Tanya Tengku Ethan kepada Julia selepas bersalam dengan Datin Jasmina.
“Dah tadi sekarang darling pula.” Balas Julia sambil duduk disisi mamanya.
“Okey tunggu ye.” Ujur Tengku Ethan terus berjalan masuk ke dalam bilik persalinan.
Setelah menukar pakaian Tengku Ethan keluar dari bilik persalinan dan berdiri dihadapan Julia dan Datin Jasmina.
“Macam mana okey tak.” Tanya Tengku Ethan kepada bakal isteri dan bakal mertuanya itu.
“Wow darling tak sangka yang darling sesuai dan hensome bila pakai baju melayu macam ni ye.” Balas Julia dengan senyuman.
“Orang kalau dah hensome pakai apa pun tetap hensome.” Ujur Datin Jasmina sambil melihat kearah bakal menantunya itu.
“Thanks mama.” Ucap Tengku Ethan malu-malu bila dipuji oleh Datin Jasmina.
“Sama-sama bakal menantu kesayanganku.” Balas Datin Jasmina dengan senyuman yang manis.
Setelah mencuba semua pakaian Julia, Datin Jasmina dan Tengku Ethan terus keluar dari butik itu dan menuju ke sebuah restoran.
“Mama order saja apa yang mama nak makan.” Ujur Tengku Ethan kepada Datin Jasmina.
“Tak apa la mama minum saja tadi pagi mama sarapan berat.” Balas Datin Jasmina.
Mereka memesan makanan dan terus menikmati makanan sambil berbual. Setelah selesai mereka terus balik ke rumah
Share this novel