BAB 23
Kring… Kring…
Juliana bangun dan menutup jam telefonnya yang berbunyi. Juliana terus bangun mangambil tuala dan terus masuk ke dalam bilik air. Setelah selesai membersihkan diri Juliana keluar dan terus menunaikan solat subuh. Setelah selesai solat Juliana turun ke dapur.
“Ibu.. ibu..” panggil Juliana.
“Ye Lia ibu ada di belakang ni ada apa.” Laung Puan Hanis dari belakang rumah.
“Ibu pukul 9 kejap lagi Lia ada temujanji di klinik jadi Lia nak ibu temankan boleh tak.” Soal Juliana sambil memakai kasut.
“Boleh je ibu pun tak ada apa-apa yang nak kena buat.” Jawab Puan Hanis.
“Okey kalau macam tu kita gerak pukul 8.30 la ye.” Ujur Juliana dengan senyuman kepada ibunya itu.
“Okey Lia.” Balas Puan Hanis.
Juliana terus mengambil pinggan lalu menyendukkan nasi goreng ke dalam pinggan. Dia menikmati nasi goreng itu sambil membalas chat dari Dian.
“Lia ni susunya minum sampai habis jangan minum separuh saja.” Ujur Puan Hanis sambil meletakkan segelas susu dihadapan Juliana.
“Baik ibu.” Jawab Juliana sambil menghabiskan nasi gorengnya.
“Okey la ibu Lia nak pergi bersiap nanti Lia tunggu ibu di dalam kereta ye.” Kata Juliana sambil membasuh pinggan dan gelasnya tadi.
“Ha ye le.” Jawab Puan Hanis.
Juliana masuk ke biliknya untuk bersiap baru saja dia hendak ke almari bajunya telefonnya berbunyi. Juliana menjawab panggilan itu dengan memberi salam dan tanpa melihat nama si pemanggil.
“Assalammualaikum.” Juliana memberi salam sambil mendekati almarinya.
“Wa’alaikummussalam sayang, sayang sihat, sayang tak nak balik ke hubby rindu sangat dekat sayang.” Jawab Tengku Ethan dengan gembira. Mendengar suara si pemanggil Juliana terus menjauhkan telefonnya dari telinga dan melihat nama si pemanggil.
"Apa awak kata awak rindu saya eh awak tak payah nak tipu saya la. Sudah la saya dah lambat ni awak jangan lupa tentang surat cerai tu saya tunggu surat dari mahkamah." Ujur Juliana dan terus menamatkan panggilan telefon itu.
“Sorry hubby, sayang tak ready lagi nak bagitahu hubby tentang baby kita lagipun kita dalam tempoh perceraian.” Gumum Juliana sendiri sambil mengusap perutnya yang semakin membesar.
Tengku Ethan hanya termenung apabila isterinya menutup telefon darinya begitu sahaja. Tanpa menunggu lama Tengku Ethan terus memandu ke pejabatnya sambil memikirkan apa yang dikatakan oleh Juliana.
"No Hubby takkan sesekali menceraikan sayang walau apa pun yang terjadi." Gumum Tengku Ethan sendiri sambil memandu keretanya.
Juliana terus bersiap untuk ke klinik. Juliana keluar dan menunggu Puan Hanis di dalam kereta. Puan Hanis menutup pintu dan terus masuk ke dalam kereta dan mereka bertolak ke klinik kesihatan yang ada di kampung itu.
“Ibu jom Lia nak daftar dulu.” Ujur Juliana.
“Okey ibu tunggu di sana ye.” Balas Puan Hanis sambil menunjuk kearah sebuah kerusi yang ada di hujung ruang menunggu itu.
“Okey ibu nanti apa-apa Lia panggil ye.” Kata Juliana sambil meletakkan buku pink kedalam bakul yang ada di kaunter pendaftaran itu.
Setelah 5 minit menunggu nama Juliana di panggil dan Juliana terus mendekati kaunter pendaftaran itu. Salah seorang staf memberi buku pink itu kepada Juliana dan menunjuk kearah makmal yang ada di bahagian kanan Juliana. Setelah selesai Juliana memanggil Puan Hanis dan Puan Hanis mendekati Juliana.
“Ye Lia dah siap ke.” Tanya Puan Hanis kepada Juliana.
“Tadi Lia pergi makmal check urine dan check HB. Sekarang kita jumpa nurse ibu anak pula.” Balas Juliana dengan senyuman. Juliana berjalan kearah klinik ibu dan anak diikuti oleh Puan Hanis dari belakang.
“Ha ye la hati-hati jalan tu.” Pesan Puan Hanis kepada anaknya itu.
“Ye ibu. Okey ibu duduk dulu Lia nak letak buku ni kejap.” Kata Juliana lalu meletakkan buku pinknya kedalam bakul.
Setelah meletakkan buku itu Juliana kembali duduk di sisi Puan Hanis. Tak lama kemudian nama Juliana di panggil dan Juliana melakukan rawatan yang sepatutnya setelah selesai Juliana keluar dari bilik itu.
“Macam mana Lia cucu ibu sihat ke.” Tanya Puan Hanis ingin tahu.
“Cucu ibu sihat sekarang Lia kena jumpa doktor pula sebab nak kena scan baby la ibu.” Balas Juliana dengan senyuman.
“Ha yela jom.” Ujur Puan Hanis sambil bangun berdiri. Mereka kembali di bahagian utama klinik itu dan terus Juliana meletakkan buku Pinknya ke dalam bakul dihadapan sebuah bilik.
“Okey jom duduk sementera nak tunggu doktor panggil.” Ucap Juliana sambil duduk di sebuah kerusi yang disediakan.
Setelah 30 minit menunggu akhirnya nama Juliana dipanggil oleh Doktor. Juliana masuk dengan senyuman yang manis. Doktor menyuruh Juliana duduk dikerusi yang ada didalam bilik itu.
“Okey Puan sekarang kandungan Puan sudah masuk 18 minggu ye so saya nak buat scan sikit dan Puan boleh naik atas katil itu dan baring ye Puan." Ujur Doktor yang bernama Mazidah itu. Juliana hanya mengangguk. Juliana hanya mengikuti apa yang disuruh oleh doktor itu dengan senyuman.
“Okey saya naikkan sikit baju ye Puan.”kata Doktor Mazidah lagi dan Doktor itu mula menyapu gel biru diatas perut Juliana.
“Okey Puan saya lihat baby Puan sihat air ketuban juga okey dan…” ucapan Doktor Mazidah itu terhenti membuat Juliana berkerut dahinya.
“Kenapa doktor.” Tanya Juliana dengan berkerut dahinya dan jantungnya berdegup dengan kencang sekali.
“Kejap ye puan. Okey tahniah Puan baby Puan Triple twins. Okey puan tengok sini, disini ada 3 kantung bulat kecil jadi itu lah anak-anak Puan.” Terang Doktor Mazidah sambil menunjuk pada screen komputer itu.
“Betul ke ni doktor.” Soal Juliana yang masih belum percaya dengan apa yang dia dengar.
“Betul Puan. Okey sekarang Puan boleh bangun ye.” Jawab Doktor Mazidah itu sambil menghulurkan beberapa helai tisu kepada Juliana.
“Baik doktor.” Ucap Juliana sambil mengusap gel yang ada di perutnya itu dan terus bangun.
“Okey Puan sila duduk.” Doktor Mazidah mempersilakan Juliana duduk di kerusi.
“Okey Puan, Puan perlu menjaga pemakanan dan jangan stress ye makan vitamin dengan teratur ye. Nanti kita jumpa lagi ye.” Ucap Doktor Mazidah dengan senyuman.
“Baik doktor.” Balas Juliana.
“Baik kalau macam itu ini bukunya dan Puan dah boleh pulang hati-hati ye Puan.” Ujur Doktor Mazidah itu sambil menghulurkan buku pink kepada Juliana.
“Okey thanks doktor.” Ucap Juliana dan berlalu keluar dengan senyuman.
Juliana keluar dari bilik doktor dengan senyuman yang manis. Juliana dan Puan Hanis terus keluar dari klinik itu dan pergi kesebuah restoran. Puan Hanis dan Juliana turun dan membungkus lauk untuk mereka berdua dan pulang ke rumah.
Share this novel