BAB 12
Seminggu telah berlalu selepas kejadian dimana Juliana pengsan dibutiknya. Kini tiba masanya untuk majlis ijab Kabul Tengku Ethan dan Juliana.
“Cik Juliana saya makeup nipis saja la ye sebab Cik Juliana ni sudah natural beauty.” Ujur jurusolek yang Bernama Fiya itu.
“Ye la kak Fiya.” Balas Juliana dengan kurang bersemangat.
Baru saja kak Fiya nak mulakan makeup Julia masuk ke dalam bilik Juliana. Kak Fiya hanya melihat dengan kerutan di dahi.
“Kak Fiya saya nak cakap dengan Lia kejap. Kak Fiya boleh tak keluar kejap.” Ujur Julia. Kak Fiya menggangguk dan terus keluar.
“Kenapa ni kak Jue.” Tanya Juliana kepada kakak kembarnya itu.
“Kau mesti seronokkan sebab boleh kahwin dengan Ethan yang kacak dan kaya itu. Kau ni memang dasar perampaskan.” Balas Julia dengan tegas.
“Apa pula, kalau Kak Jue tak buat perangai tak adanya Lia kena kahwin dengan Ethan tu. Satu lagi jangan panggil Lia perampas ya sebab Kak Jue lah penyebab sebenarnya.” Kata Juliana sambil menangis.
”Kau jangan nak menangis bagai la entah-entah ini semua rancangan kau betul tak.” Tuduh Julia sambil berpeluk tubuh.
“Apa yang Kak Jue katakan ni Lia tak faham la.” Ujur Juliana sambil berkerut dahi.
“Entah-entah kau yang coll pejabat agama masa aku dan Zack duduk dalam apartment tu sebab kau nak kahwin dengan Ethan betul tak.” Balas Julia.
“Mana ada lagi pun pernah ke Lia jumpa dengan Ethan sebelum ni. Masa Kak Jue tunang pun Lia ada di luar negara. Jadi tak ada sebab Lia nak buat semua tu lagi pun Lia tahu yang Ethan tu tak mencintai Lia.” Ujur Juliana yang masih mengawal emosinya.
“Apa-apa saja la aku nak kau dengar ni aku akan dapatkan Ethan semula dan aku akan minta cerai dengan Zack.” Ucap Julia dan berlalu keluar. Tanpa mereka sedar Zack mendengar semua yang dikatakan oleh Julia.
Selepas Julia keluar Kak Fiya masuk dan terus makeup Juliana. Selepas siap Kak Fiya makeup Juliana salah seorang dari sepupu Juliana datang ke bilik Juliana.
“Kak Lia pengantin lelaki dah sampai mak long suruh kak Lia turun sekarang.” Kata Dina sepupu Juliana.
“Okey thank you Dina.” Ucap Juliana dengan senyuman yang manis.
Juliana turun ke ruang tamu ditemani sepupu-sepupunya. Tengku Ethan terpesona bila melihat Juliana sedang turun tangga.
‘Wow caantiknya.’ Gumum Tengku Ethan dalam hati.
“Wey along kalau ye pun tak payah la tengok sampai macam tu sekali.” Ujur Tengku Ethar yang duduk disisi Ethan.
“Mana ada aku tengok dia.” Dalih Tengku Ethan menutup rasa Malu nya.
“Eleh tak nak mengaku pula. Tapi bagi pendapat aku lagi cantik kakak ipar aku yang ni daripada bekas tunang kau yang dulu tu.” Kata Tengku Ethar sambil menekan perkataan ‘Bekas Tunang’. Tengku Ethan hanya diam tanpa menjawab apa-apa.
“Baik pengantin perempuan sudah ada jadi kita dah boleh mula.” Ujur Tok Kadi yang duduk di sisi Dato Jonatan.
“Baik Tok.” Jawab Dato Jonatan dan Tengku Amin serentak. Tok kadi itu mengangguk dan terus bersalam dengan Tengku Ethan.
“Tengku Ethan Adrian.” Panggil Dato Jonatan.
“Ya saya.” Jawab Tengku Ethan.
“Aku nikah akan dikau dengan anak perempuanku Nur Juliana Binti Jonatan dengan mas kahwinnya RM2000 tunai.” Kata Dato Jonatan.
“Aku terima nikahnya Nur Juliana Binti Jonatan dengan mas kahwinnya RM2000 tunai.” Balas Tengku Ethan dengan senafas.
“Bagaimana saksi.” Tanya Tok Kadi sambil melihat kearah kiri dan kanannya.
“Sah.” Jawab semua saksi.
“Alhamdulillah.” Ujur Tok Kadi dan mula membacakan doa.
“Amin ya rabbal alamin.” Ucap Tok Kadi dan semua yang ada diruang tamu itu.
Setelah mengaminkan doa Tengku Ethan bangun dan duduk dihadapan Juliana. Juliana masih kaku tak bergerak. Datin Jasmina yang melihat terus mencuit lengan Juliana.
“Lia hulurkan tangan Ethan nak sarung cincin.” Ujur Datin Jasmina. Juliana terus menghulurkan tangannya kepada Tengku Ethan. Tengku Ethan terus menyarung cincin ke jari manis Juliana dan Juliana juga menyarungkan cincin ke jari Tengku Ethan.
“Lia salam suami kamu itu.” Ucap Datin Jasmina kepada Juliana.
Juliana menyalam tangan Tengku Ethan dan mencium belakang tangan Tengku Ethan. Selepas Juliana menyalam tangan Tengku Ethan, Juliana terus menggangkat wajahnya dan Tengku Ethan terus mencium dahi Juliana. Tersentak Juliana dengan tindakan Tengku Ethan itu.
“Okey sekarang kamu berdua pergi la berehat dulu nanti malam ada majlis resepsi pula.” Ujur Datin Jasmina kepada anak dan menantunya itu.
“Baik mama.” Balas Tengku Ethan.
“Sudah pergi naik Lia bawa Ethan naik rehat.” Ucap Datin Jasmina kepada anaknya itu dengan senyuman.
“Baik mama.” Kata Juliana dan terus berlalu naik ke biliknya Tengku Ethan hanya mengikut dari belakang.
“Awak rehat la diatas katil saya rehat disofa saja.” Kata Juliana sambil mengambil baju didalam almarinya.
“Kenapa kau rehat disofa kenapa tak diatas katil sama-sama saja.” Soal Tengku Ethan.
“Tak ada apa saya just nak awak selesa saja maaf la kalau bilik saya kecil tak macam bilik awak.” Jawab Juliana dengan lembut.
“Tak apa la ni pun dah okey. Aku tak kisah janji ada tempat untuk aku tidur.” Ujur Tengku Ethan sambil melihat ke setiap sudut bilik itu.
“Okey la saya nak mandi dulu awak buat la macam bilik sendiri ye.” Ucap Juliana dan terus berlalu ke bilik air.
Share this novel