Bab 44
Tok.. Tok..
Julia mengetuk pintu bilik Zack sudah banyak kali tapi masih belum ada jawapan dari Zack. Julia mengambil keputusan untuk duduk dihadapan bilik Zack. Setelah 15 minit menunggu di dalm bilik ketukan pintu telah berhenti dan Zack terus membuka pintu biliknya.
"Ya Allah." Ucap Zack terkejut bila melihat Julia sedang tertidur di hadapan biliknya.
"Hello naik ke bilik saya sekarang bawa Tihah sekali.” Kata Zack di telefon dan terus menamatkan panggilan itu.
"Ada apa Tuan Muda." Tanya Salah seorang pembantu rumah yang bernama Jannah atau lebih dikenali sebagai Kak Jan itu.
"Awak dengan Tihah tolong angkat Puan masuk bilik. Saya nak ke office dulu sebab ada meeting." Balas Zack dan terus berlalu pergi.
Kak Jan dan Tihah mengangkat Julia dan diletakkan diatas katil Zack selepas itu mereka terus turun ke bawah semula. Setelah 30 minit tertidur Julia bangun dan mendapati dirinya berada di dalam bilik Zack dengan segera Julia terus mencari Zack disetiap penjuru rumah.
"Tihah awak ada nampak Tuan muda tak." Tanya Julia yang baru sampai di dapur.
"Tuan muda dah pergi pejabat Puan." Balas Tihah sambil memotong sayur.
"Siapa yang angkat saya tadi awak tahu tak." Soal Julia sambil duduk di hadapan Tihah yang sedang memotong sayur itu.
"Em.. Tadi saya dengan kak Jan yang angkat Puan Jue masuk dalam bilik Tuan muda atas arahan Tuan muda sendiri." Jawab Tihah sambil menundukkan kepalanya.
"Oo okey thanks sebab angkat saya. Saya naik dulu ye." Ujur Julia dan terus berlalu ke bilik Zack.
Julia masuk ke dalam bilik Zack dan terus ke balkoni bilik itu. Julia memandang ke arah taman bunga milik ibu mertuanya itu. Setelah lama di balkoni Julia masuk ke dalam bilik balik dan terus ke bilik air tapi Julia tak sengaja tersandung alas kaki yang ada di depan pintu itu dan terus terjatuh dan dahinya terkena singki yang ada didalam bilik air itu.
"Tihah kau pergi panggil Puan Jue turun makan." Arah kak Jan kepada Tihah yang baru selesai menyusun lauk pauk di atas meja makan.
"Baik Kak Jan." Balas Tihah dan terus naik ke bilik Zack untuk memanggil Julia.
Tok.. Tok..
"Puan Jue jom turun makan tengahari Kak Jan dah hidang dah jom." Ujur Tihah sambil mengetuk pintu. Tapi tak ada jawapan dari Julia.
"Puan Jue saya masuk ya." Kata Tihah dan terus membuka pintu bilik Zack.
Pintu bilik dibuka oleh Tihah sambil memanggil nama Julia tapi tetap tak ada jawapan sama sekali. Tihah terus masuk dan terbuntang matanya bila melihat Julia terbaring di pintu bilik air Tihah terus berlari ke arah Julia.
"Ya Allah Puan Jue bangun Puan Jue." Ujur Tihah sambil menepuk pipi Julia perlahan. Julia masih belum sedarkan diri.
"Kak Jan tolong kak Jan." Jerit Tihah dengan kuat sambil berlari keluar dari bilik itu.
"Ya ada apa Tihah." Laung Kak Jan dari bawah sambil menaiki tangga.
"Tolong Kak Jan, Puan Jue pengsan di bilik air dan dahi Puan Jue berdarah." Kata Tihah dengan cemas.
"Tihah kamu pergi panggil Kamal kita bawa Puan pergi hospital dulu nanti kak Jan bagitahu Tuan Muda." Ujur Kak Jan sambil memangku kepala Julia.
"Baik Kak Jan." Jawab Tihah dan terus turun ke bawah.
Setelah Tihah turun ke bawah Kak Jan cuba menelefon Zack tapi panggilan tak dijawab oleh Zack. Setelah 3 kali mencuba akhirnya Zack mengangkat panggilan itu.
“Hello Tuan muda ni Kak Jan ni. Kak Jan nak bagitahu Puan Julia pengsan dibilik air sekarang Kak Jan nak bawa pergi hospital nanti Tuan muda pergi ye." Kata Kak Jan dengan cemas.
"Ya Allah ha ye la kak Jan saya pergi sana sekarang. Nanti Kak Jan send location kat saya ye." Ujur Zack sambil mengemas mejanya yang berselerak.
"Ha ye la sekarang kak Jan On The Way dah ni Kamal yang drive kereta ke HKL." Ucap Kak Jan sambil duduk memangku kepala Julia.
"Ha okey baik Kak Jan. Saya terus ke sana." Balas Zack sambil menghidupkan keretanya.
"Baik Tuan muda hati-hati memandu tu. Kak Jan off dulu ye." Kata Kak Jan dan terus menamatkan panggilan telefon itu.
Setelah menamatkan panggilan telefon itu Zack terus memandu ke HKL. Sampai saja di HKL Zack terus parking kereta dan berlari ke wad kecemasan. Zack melihat Kak Jan dan Tihah sedang duduk di kerusi yang disediakan terus menghampiri mereka.
"Kak Jan macam mana keadaan Julia." Tanya Zack dengan cemas.
"Belum ada khabar lagi Tuan muda kita tunggu kejap lagi ya." Balas Kak Jan.
"Saya nak tanya macam mana Julia boleh pengsan." Soal Zack kepada Kak Jan dan Tihah.
"Tadi masa saya nak panggil Puan untuk makan tengahari saya ketuk pintu banyak kali tapi Puan Jue langsung tak buka pintu jadi saya ambil keputusan untuk masuk dan bila saya masuk Puan jue dah terbaring atas lantai dan kepala Puan Jue penuh darah Tuan muda." Jawab Tihah dengan panjang lebar.
Selepas mendengar cerita dari Tihah, Zack terus membuka salah satu aplikasi di telefonnya. Terbuntang mata Zack bila melihat rakaman CCTV itu. Nasib dia memasang CCTV di dalam biliknya.
"Astaghfirullah hal Azim. Ya Allah." Ucap Zack sambil meraup wajahnya. Kak Jan dan Tihah hanya menundukkan kepala sahaja.
Setelah 30 minit menunggu seorang doktor keluar dari sebuah bilik dan memanggil waris pesakit.
"Waris pesakit Nur Julia." Laung doktor wanita itu.
"Saya doktor. Saya suaminya macam mana keadaan isteri saya doktor." Tanya Zack sambil menghampiri doktor itu.
"Alhamdulillah isteri Encik stabil luka di kepalanya pun kami telah jahit dan kandungan isteri Encik juga selamat Alhamdulillah." Jawab doktor yang bernama Aishah itu.
"Kandungan??." Kata Zack dengan berkerut dahinya.
"Ya kandungan. Encik tak tahu ke yang isteri Encik pregnant mengikut dari ujian ultrasound kandungan isteri Encik dah masuk 8 minggu." Ujur Doktor Aishah.
"Alhamdulillah. Terima kasih doktor." Ucap Zack sambil menundukkan kepalanya sedikit.
"Sama-sama itu sudah menjadi tugas saya tahniah ye Encik. Kalau macam itu Saya minta diri dulu ye." Kata Doktor Aishah dan terus berlalu pergi.
"Tahniah Tuan muda." Ucap Kak Jan dan Tihah serentak.
"Terima kasih Kak Jan, Tihah." Balas Zack dengan senyuman yang lebar.
"Kak Jan saya masuk tengok Julia dulu Kak Jan dengan Tihah balik la dulu nanti saya balik dengan Julia." Sambung Zack.
"Ha yela kalau macam tu kami balik dulu la ye nanti kalau ada apa-apa bagitahu ja kami." Ujur Kak Jan.
"Baik Kak Jan oh ya thanks tau bab dah bawa Julia datang hospital kalau tak ada Kak Jan, Kamal dan Tihah saya tak tau la jadi apa pada isteri dan anak saya. Hujung bulan ni saya bonus untuk korang bertiga." Ucap Zack dengan senyuman yang sangat manis.
"Betul ke ni Tuan muda okey baik terima kasih ye. Kalau tak ada apa-apa lagi kami balik dulu ye. Assalamualaikum." Kata Kak Jan dengan gembira.
"Waalaikumussalam." Jawab Zack dan terus masuk ke dalam bilik rawatan Julia.
Zack menghampiri Julia yang masih terbaring di atas katil hospital itu. Zack terus mengambil telefonnya dari poket seluarnya dan terus hantar chat kepada ibubapanya dan ibubapa mertuanya.
'Assalamualaikum mama, papa, Zack ada berita penting nak bagitahu sebenarnya Julia pengsan dan sekarang Julia ada di hospital. Doktor bagitahu yang sekarang Julia pregnant dah 8 minggu. Insyaallah kejap lagi kalau Julia dah sedar dia dah boleh balik.'- Zack.
"Alhamdulillah. Kamu tolong jaga Julia baik-baik ya Zack nanti kalau mama free sikit mama pergi rumah kamu.'- Mama Jas.
'baik mama.'- Zack.
'Wow tahniah anak mama. Zack jaga isteri kamu tu baik-baik jangan bagi dia buat kerja berat-berat.'- My MOM.
'Thanks mama. Okey baik mama.'- Zack.
Selepas membalas chat Zack terus menyimpan telefonnya ke dalam poketnya semula. Tak lama kemudian Juliana tersedar dari pengsannya.
“Kat mana ni." Tanya Juliana sambil memegang kepalanya yang sakit.
"You ada dihospital tadi you pengsan dibilik air macam mana you boleh jatuh." Soal Zack padahal dia sudah tahu macam mana isterinya boleh jatuh.
"Yang I ingat I nak masuk dalam bilik air tapi kaki I tersandung alas kaki dan lepastu I dah tak ingat apa-apa lagi dah." Julia ceritakan apa yang terjadi pada Zack.
"Lain kali jalan tu hati-hati nasib you dengan baby tak ada apa-apa kalau tak I pun tak tahu apa yang akan terjadi."Ujur Zack sambil mengusap rambut Julia.
"Baby??." Kata Julia tidak mengarti apa yang Zack katakana.
"Ye baby sekarang you pregnant dah masuk 8 minggu."Balas Zack sambil mengusap perut Julia.
“Betul ke you alhamdulillah Ya Allah terima kasih Ya Allah." Ucap Julia dengan gembira.
Zack yang melihat terus memeluk Julia dan Julia terut membalas pelukan dari suaminya itu. Bahagia dihati hanya Allah saja yang tahu.
jangan lupa komen ya.. selamat membaca
Share this novel
bila nk update
next episode