BAB 15

Romance Series 53070

BAB 15

Sekarang jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Tengku Ethan sudah menunggu Juliana diruang tamu. Datin Jasmina yang baru keluar dari dapur hanya melihat gelagat menantunya itu.

“Ethan, Lia mana.” Tanya Datin Jasmina kepada Tengku Ethan.

“Tengah bersiap mama kejap lagi turun la tu.” Balas Tengku Ethan dengan senyuman.

“Lia tu memang macam tu kalau tak lama bukan Juliana la namanya.” Ujur Datin Jasmina sambil duduk dihadapan Tengku Ethan.

5 minit kemudian Juliana turun dengan tergesa-gesa baru saja Juliana hendak memijak anak tangga yang ketiga dibawah sekali tiba-tiba kakinya tergelincir dan terus jatuh menimpa sesuatu.

“Ha tula kelang kabut lagi kan dah jatuh nasib suami kamu ini ada kalau tak dah lama dapat sakit.” Ujur Datin Jasmina kepada anaknya itu dengan nada yang sedikit tinggi.

“Sorry mama. Mama bukan tak tahu Lia macam mana kalau dah lambatkan. Awak okey tak ni.” Tanya Juliana kepada Tengku Ethan.

“Okey je tapi lain kali hati-hati bila turun tangga tu ye sayang.” Balas Tengku Ethan manja.

“Baik suamiku Tengku Ethan Adrian.” Ujur Juliana. Datin Jasmina hanya tersenyum.

“Okey la mama dah lewat ni nanti lambat pula sampai rumah Ethan tu.” Kata Tengku Ethan kepada ibu mertuanya itu.

“Ha yela nanti kalau ada masa balik la sini ye.” Pesan Datin Jasmina kepada anak dan menantunya itu.

“Baik mama kalau yang tu mama jangan risau setiap minggu saya dan Juliana akan balik sini ye.” Balas Tengku Ethan sambil menghulurkan tangan kepada Datin Jasmina.

“Ye baiklah.” Ujur Datin Jasmina dengan mata yang berkaca-kaca.

“Mama jaga diri tau kalau ada apa-apa mama coll saja Lia ye.” Kata Juliana sambil mencium tangan Datin Jasmina.

“Ye ye baik kamu bawa kereta tu hati-hati ya.” Ujur Datin Jasmina kepada menantunya itu.

“Assalammualaikum.” Ucap Juliana dan Tengku Ethan sambil pakai kasut.

“Wa’alaikummussalam.” Jawab Datin Jasmina.

Sepanjang perjalanan Juliana hanya diam sahaja. Tengku Ethan juga turut diam. Setelah sampai dirumah Tengku Ethan, mereka keluar dan masuk ke dalam rumah sambil mengangkat barang-barang Juliana yang ada didalam kereta.

“Banyak juga barang kau ni ye lenguh tangan aku ni.” Ujur Tengku Ethan sambil memicit lengannya itu.

“Tak apa awak letak saja disitu. Nanti saya angkat sendiri masuk bilik.” Balas Juliana tanpa senyuman.

“Tak apa aku boleh angkat. Jom aku tunjukkan bilik.” Kata Tengku Ethan sambil mengangkat 2 buah beg pakaian Juliana.

“Okey yang ni bilik kita yang tengah tu bilik kerja aku dan yang hujung tu bilik kosong. Dibawah bilik tamu, bilik Mak Tom, dapur dan ruang tamu. Dekat atas ada kolam renang dan tempat BBQ.” Terang Tengku Ethan sambil duduk disofa yang ada didalam biliknya.

“Okey tapi Mak Tom tu siapa.” Tanya Juliana tanpa melihat wajah suaminya itu.

“Oh Mak Tom tu pembantu rumah dalam rumah ini kau kalau nak apa-apa bagitahu saja kat Mak Tom.” Balas Tengku Ethan sambil melihat wajah Juliana.

“Baik okey lah saya nak susun baju ya.” Ujur Juliana sambil menolak beg pakaiannya masuk kedalam wardrobe.

“Yela.” Jawab Tengku Ethan ringkas.

Baru saja Tengku Ethan nak baring diatas sofa tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan ada chat yang masuk. Tengku Ethan terus membuka dan membaca chat itu.

‘Ethan I nak jumpa you sekarang di studio tempat I shoot sekarang kejap lagi I send location kat you.’- Julia.

‘Okey boleh.’- Ethan.

Setelah mendapat location dari Julia, Tengku Ethan terus ke wardrobe. Tengku Ethan melihat Juliana sedang melipat baju-bajunya.

“Aku nak keluar kejap ya kalau kau nak makan bagitahu Mak Tom nanti Mak Tom sediakan,” Ujur Tengku Ethan sambil berdiri di hadapan pintu wardrobe.

“Awak nak pergi mana.” Tanya Juliana kepada Tengku Ethan.
“Jumpa kawan kejap.” Balas Tengku Ethan.

“Okey hati-hati ya drive tu.” Ujur Juliana sambil menghulurkan tangan kepada Tengku Ethan dan Tengku Ethan juga turut menyambut huluran tangan itu.

Tengku Ethan terus keluar dan memandu kereta ke lokasi yang dihantarkan oleh Julia. Setelah sampai Tengku Ethan terus memarking kereta dan terus mencari Julia. Setelah jumpa Julia, Tengku Ethan terus mendekati Julia.

“Ada apa you nak jumpa I.” Tanya Tengku Ethan.

“Sabar minum la dulu ini I dah beli air favorite you tau.” Balas Julia sambil menghulurkan satu tin air redbull kepada Tengku Ethan.

“Okey fine.” Ujur Tengku Ethan sambil menyambut huluran Julia. Tengku Ethan terus minum air itu sampai habis.

“Okey I dah minum sekarang you nak bagitahu apa.” Sambung Tengku Ethan selepas minum.

“Okey you ceraikan Lia dan I pun akan minta cerai dengan Zack lepas tu kita boleh kahwin.” Ujur Julia dengan mudahnya.

“No I takkan ceraikan Juliana dalam kamus hidup I. I hanya berkahwin sekali seumur hidup I faham dah I nak balik.” Ucap Tengku Ethan dan terus berjalan kearah keretanya.

“Ethan wait. Tunggu sekejap lagi la you balik.” Kata Julia. Tengku Ethan tak menghiraukan ucapan Julia.

Tengku Ethan memandu pulang ke rumahnya. Tiba-tiba tubuhnya terasa panas Tengku Ethan terus memandu dengan laju. Setelah sampai Tengku Ethan terus masuk ke dalam rumahnya.

“Kenapa panas sangat badan aku ni baik aku mandi.” Gumum Tengku Ethan terus naik ke biliknya. Tengku Ethan mengambil tuala yang disangkut dipenyangkut sejadah.

“Eh.. awak dah balik.” Ujur Juliana yang baru keluar dari bilik air. Tengku Ethan hanya diam tak menjawab.

“Awak tolong badan saya panas sangat ni. Saya tak tahan la.” Ujur Tengku Ethan dengan peluh sudah banyak keluar. Juliana terus mendekati Tengku Ethan dan meletakkan belakang tangannya di dahi Tengku Ethan.

“Tak demam pun.” Kata Juliana dengan polosnya.

“No no awak tolong saya dah tak tahan ni. Saya nak awak sekarang.” Ucap Tengku Ethan sambil membuka bajunya.

“Awak saya tak sedia lagi la.” Balas Juliana dengan tersekat-sekat.

“Tolong awak saya tak tahan sangat ni.” Kata Tengku Ethan dan terus mengucup bibir Juliana. Juliana yang terbuai turut membalas.

Malam itu Juliana telah menjadi milik Tengku Ethan sepenuhnya. Setelah penat berjuang Tengku Ethan dan Juliana tertidur dalam keadaan berpeluk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience