Bab 30
Juliana sedang dirawat oleh seorang doktor. Puan Hanis, Hairul dan Syifa sedang menunggu di luar dengan perasaan cemas.
"Keluarga Puan Nur Juliana." Panggil seorang Doktor itu.
"Ya saya ibu dia doktor. Macam mana dengan keadaan anak saya doktor." Tanya Puan Hanis dengan risau.
"Alhamdulillah anak Puan okey, baby pun okey. Boleh saya tahu ini ke suami Puan Juliana." Ujur Doktor yang bernama Aisyah itu.
"Eh bukan saya abang dia, suami dia outstation." Balas Hairul dengan senyuman hambar.
"Oh yeke maaf la saya ingat suami Puan Juliana tadi. Saya nasihatkan agar Puan Juliana berehat dulu di sini untuk kami pantau kalau tak ada apa-apa esok Puan Juliana boleh balik." Ujur Doktor Aisyah kepada Puan Hanis, Hairul dan Syifa.
"Baik Doktor." Balas Puan Hanis sambil menganggukkan kepalanya.
"Baik kalau macam tu saya minta diri dulu ye." Kata Doktor Aisyah dan berlalu pergi.
"Alhamdulillah syukur semuanya okey kalau tidak apa kita nak bagitahu Lia." Ucap Hairul sambil menghembus nafas lega.
"Tula." Balas Syifa. Puan Hanis hanya menganggukkan kepala sahaja.
Tanpa mereka sedar ada seseorang tengah mendengar perbualan mereka. Setelah Puan Hanis, Syifa dan Hairul masuk ke dalam bilik Juliana dirawat lelaki itu terus pergi.
"Hello the biggest boss sekarang Puan Juliana ada di hospital apa yang saya dengar tadi doktor ada sebut yang Puan Juliana dengan baby selamat besar kemungkinan sekarang Puan Juliana pregnant." Terang Don di telefon.
"WHAT!! Pregnant kenapa aku tak tahu. Aku nak korang siasat dah berapa bulan dia pregnant Faham." Ujur Ethan dengan tegas.
"Faham the biggest boss." Jawab Don sambil membuka hoodienya.
"Assalamualaikum." Ucap Ethan dan terus menutup panggilan itu.
"Waalaikumussalam." Jawab Don lalu memasukkan telefonnya ke dalam poket seluarnya.
'Ana pregnant kenapa aku tak tahu pun pasal hal ni. Dia pregnant anak siapa, aku dengan dia baru pertama kali itu pun tak sengaja.' Gumum Ethan didalam hati.
"Arghh.. serabut la. Kenapa kau buat aku macam ni Ana." Jerit Ethan dari dalam biliknya.
Setelah 2 jam berfikir akhirnya Ethan tertidur di sofa yang ada didalam biliknya. Juliana yang baru sedar terus memegang perutnya. Juliana bersyukur kerana anak-anaknya masih ada didalam perutnya.
"Ibu.. ibu." Panggil Juliana dengan tersekat-sekat.
"Eh Lia dah sedar ada sakit kat mana-mana ke atau Lia nak air ke." Tanya Puan Hanis.
"Ibu Lia nak air." Balas Juliana sambil bangun bersandar di kepala katil.
"Okey kejap." Ujur Puan Hanis lalu menuangkan air ke dalam gelas dan menghulurkan kepada Juliana.
"Terima kasih ibu." Kata Juliana sambil menyambut huluran dari Puan Hanis.
" Sama-sama. Lia nak makan tadi abang Arul ada beli nasi goreng ayam di kafe bawah tu." Tanya Puan Hanis kepada anaknya itu.
"Boleh juga ibu. Oh ya ibu abang dengan Syifa mana." Soal Juliana.
"Abang dah balik. Syifa ada di toilet tu kejap lagi keluar la tu." Balas Puan Hanis sambil menunjuk kearah bilik air yang ada di dalam bilik itu.
"Okey." Kata juliana ringkas lalu menyuap nasi goreng kedalam mulutnya.
Juliana menikmati nasi goreng itu dengan berselera sekali. Syifa yang baru keluar dari bilik air terus menghampiri Juliana yang sedang menikmati nasi goreng itu.
"Dah lama ke kau sedar Lia." Tanya Syifa sambil mengosok belakang Juliana.
"Baru je ni nasi pun belum habis lagi aku makan." Balas Juliana dengan mulut penuh.
"Ha ye la. Ibu, Syifa nak pergi kaunter kejap ye." Ujur Syifa kepada Puan Hanis.
"Ha yela." Balas Puan Hanis.
Setelah Syifa keluar dari bilik itu Juliana terus teringat sesuatu dia pun mencari tapi tak jumpa juga.
"Ibu fon Lia mana." Tanya Juliana.
"Sorry Lia fon Lia tertinggal di rumah. Tadi tergesa-gesa nak datang hospital sampai lupa semuanya ibu sempat ambil buku pink Lia saja." Balas Puan Hanis kepada Juliana.
"Oh yeke.. tak apa la kalau macam tu boleh tak Lia nak pinjam fon ibu." Tanya Juliana.
"Boleh saja nah." Jawab Puan Hanis sambil menghulurkan telefonnya kepada Juliana.
Juliana menyambut telefon itu dan terus menghantar chat kepada Tengku Ethan. Setelah menghantar chat kepada Tengku Ethan, Juliana terus memulangkan telefon kepada Puan Hanis.
"Terima kasih ibu." Ujur Juliana dengan senyuman.
"Sama-sama. Dah sekarang Lia rehat la." Ucap Puan Hanis dengan nada yang lembut.
"Baik ibu." Jawab Juliana lalu baring semula.
Tok.. Tok..
"Ibu ni Syifa ada minta selimut untuk kita tidur." Ucap Syifa yang baru masuk ke dalam bilik itu.
"Terima kasih Syifa." Ucap Puan Hanis.
"Sama-sama ibu." Jawab Syifa.
Setelah Juliana tidur Puan Hanis dan Syifa duduk di sofa sambil berbual-bual. Akhirnya Puan Hanis dan Syifa juga tertidur.
Kring... Kring...
"Aduh bisingnya jam ni." Gumum Tengku Ethan dalam keadaan mamai. Lalu menutup jam loceng di telefonnya.
"Aik.. ada chat dari siapa ni." Tanya Tengku Ethan sendiri.
'Hubby, hubby dah tidur ke kalau dah tidur tak apa la.'- Unknown number.
'Sapa pula ni siap panggil aku hubby lagi tak kan Ana kot.' Gumum Tengku Ethan dalam hati.
'Maaf ni siapa ye.'- Tengku Ethan.
Setelah menbalas chat itu Tengku Ethan terus masuk ke dalam bilik air dan membersihkan diri. Tengku Ethan masuk ke dalam wardrobes setelah memakai baju Tengku Ethan terus menunaikan solat subuh.
Ting..
'Ini isteri hubby la. Sayang guna fon ibu sebab fon sayang tertinggal di rumah dan sekarang sayang ada di hospital.'- Unknown number.
Setelah membaca chat dari Juliana, Tengku Ethan terus menutup telefonnya tanpa membalas chat itu. Juliana masih menunggu balasan dari Tengku Ethan tapi hampa. Juliana terus memberikan telefon itu kepada Puan Hanis semula.
"Terima kasih ibu." Ucap Juliana dengan senyuman hambar.
"Sama-sama. Ethan balas tak chat dari Lia." Tanya Puan Hanis.
"Tak ibu dia dah baca tapi dia langsung tak balas." Jawab Juliana.
"Mungkin dia tengah siap nak pergi kerja kot dah Lia jangan fikir sangat." Kata Puan Hanis.
"Ye la ibu." Balas Juliana.
Tok.. Tok..
"Assalamualaikum Puan Juliana macam mana ada rasa sakit dimana-mana tak." Tanya Doktor Aisyah.
"Tak ada Doktor." Jawab Juliana.
"Baik saya check sekejap ye." Kata Doktor Aisyah lalu memeriksa keadaan Juliana.
"Okey keadaan Puan Juliana dah baik jadi hari ini Puan Juliana dah boleh balik tapi ingat ye Puan jangan buat kerja berat-berat dan jangan stress ye." Pesan Doktor Aisyah lagi.
"Baik Doktor terima kasih." Ucap Juliana.
"Sama-sama kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu ye." Ujur Doktor Aisyah dan terus keluar.
"Lia ibu pergi bayar bil dulu ye. Syifa tolong kemas apa yang patut ye." Kata Puan Hanis.
"Baik ibu." Balas Syifa.
Puan Hanis keluar dari bilik itu dan terus ke kaunter pembayaran. Setelah membayar bil Puan Hanis terus pergi ke bilik Juliana dirawat semula.
"Macam mana semua sudah siap ke kalau dah siap jom kita turun tunggu Arul di lobi." Kata Puan Hanis.
"Baik ibu." Jawab Juliana dan Syifa serentak.
Mereka keluar dari bilik itu dan menunggu di lobi hospital itu. Tanpa mereka sedar ada dua orang yang sedang memerhati gerak geri dari mereka.
"Din kau tangkap gambar Puan Juliana lepastu kau hantar pada the biggest boss." Ujur Don.
"Baik." Jawab Din ringkas dan terus melakukan apa yang disuruh oleh Don tadi.
"Dah aku dah hantar dah." Sambung Din lagi. Don hanya menbalas dengan anggukkan.
Ting..
Tengku Ethan yang sedang berada di dalam bilik meeting terus membuka telefonnya bila mendengar bunyi chat yang masuk.
'Inikan Ana. Jadi betul la dia betul-betul pregnant. Tak guna.' Gumum Tengku Ethan di dalam hati.
"Stop kita hentikan meeting ni disini saya rasa kurang sedap badan la kita sambung lain kali ye." Ucap Tengku Ethan dan terus keluar dari bilik meeting itu.
Share this novel