Bab 45
"Sayang cepat sikit kenapa lama sangat ni." Kata Tengku Ethan yang sedang duduk disofa yang ada didalam biliknya itu.
“Kejap dah nak siap sabar sikit boleh tak." Jawab Juliana dari dalam wardrop.
"Cepat la hubby dah tak sabar dah ni nak tengok anak hubby didalam tu." Ujur Tengku Ethan dengan teruja.
"Dah sayang dah siap jom kita gerak sekarang tadi tak sabar sangat." Balas Juliana sambil berjalan keluar dari wardrop.
"Jom." Ucap Tengku Ethan dengan gembira.
Tengku Ethan dan Juliana turun ke ruang tamu rumah Tan Sri Tengku El-Amin. Sudah 2 minggu mereka pulang ke rumah itu semua orang gembira bila melihat Juliana sudah pulang Bersama Tengku Ethan.
“Eh ni ibu mengandung nak pergi mana ni." Tanya Puan Sri Tengku Enara.
“Nak pergi check-up mummy." Balas Juliana yang baru sampai diruang tamu.
"Oh pergi check-up ha yela hati-hati jalan tu along kamu jaga isteri kamu ni baik-baik ye." Pesan Puan Sri Tengku Enara kepada Tengku Ethan.
"Baik Mummy." Jawab Tengku Ethan siap dengan tanda tabik didahinya.
"Dah sayang jom kita pergi sekarang nanti lambat pula." Sambung Tengku Ethan sambil memimpin Juliana ke pintu utama.
"Along hati-hati drive tu." Pesan Tengku Enara kepada anaknya.
"Baik mummy. Assalamualaikum" Ucap Tengku Ethan sambil memakai kasutnya.
"Waalaikumussalam." Jawab Tengku Enara lalu menyambung membaca majalahnya.
Setelah Juliana dan Tengku Ethan masuk ke dalam kereta Zarul terus memandu keluar dari halaman rumah Tengku El-Amin. Setelah 30 minit akhirnya mereka sampai di hospital milik sahabat Tengku Ethan.
"Zarul kalau kau ada nak pergi mana-mana kau pergi la nanti kalau dah selesai aku coll kau." Ujur Tengku Ethan sambil membantu Juliana turun dari kereta.
"Baik The biggest boss." Balas Zarul.
Setelah Tengku Ethan dan Juliana masuk ke dalam hospital itu Zarul terus mengambil telefonnya dan terus menghantar chat kepada seseorang dengan senyuman yang manis.
'Honey dah habis kelas ke.'- Zarul.
'Baru saja habis kenapa.'- My love.
'Okey good biy pergi ambil honey ye. Honey tunggu tau.'- Zarul.
'Okey tapi sebelum tu kita pergi beli KFC dulu boleh tak honey lapar la tadi pagi tak sempat sarapan.'- My Love.
'Boleh aja. Okey biy gerak sekarang pergi sana bye love you.'- Zarul.
'Okey bye love you too.'- My Love.
Selepas membaca chat itu Zarul terus memandu hingga sampai ke destinasi. Zarul melihat ada seorang wanita sedang menunggu di sebuah bus stop Zarul terus memberhentikan kereta di hadapan wanita itu.
"Cepatnya biy dari mana ni." Tanya wanita itu.
"Biy dari hospital baru lepas hantar bos dan Puan Juliana tadi." Balas Zarul kepada wanita itu. Ya wanita itu adalah Tengku Elly adik kepada Tengku Ethan.
"Kenapa kak long dah nak bersalin ke." Soal Tengku Elly dengan cemas.
"Taklah. Puan Juliana pergi check up saja." Jawab zarul.
"Oh yeke honey ingat kak long dah nak bersalin." Kata Tengku Elly sambil mengurut dadanya.
"Tak adalah. Eh jom kita pergi makan dulu tadi kata nak makan KFC." Ucap Zarul sambil memandu.
"Jom honey dah lapar sangat dah ni." Balas Tengku Elly sambil mengusap perutnya.
Zarul hanya tersenyum bila melihat gelagat Tengku Elly. Dalam fikiran Zarul sudah terbayang macam mana kelakuan Tengku Elly bila sedang pregnant anaknya nanti.
"Kenapa biy senyum sorang-sorang." Tanya Tengku Elly.
"Ha tak ada apa cuma biy terbayang macam mana keadaan honey bila sedang pregnant anak kita nanti." Zarul terus menutup mulutnya bila menyedari dia telah terlepas cakap.
"Kalau honey pregnant anak kita nanti honey nak biy sentiasa mengusap perut honey dan bercakap dengan anak kita." Jawab Tengku Elly selamba.
"WHAT!!! Are you serius honey." Kata Zarul dengan tak percaya.
"Yes i'm serius." Balas Tengku Elly dengan senyuman manis dan dia juga selalu terbayang hal itu.
Mereka menuju ke restoran KFC dan mereka membeli secara pandu lalu saja. Selepas itu mereka berhenti di Taman Metropolitan dan mereka menjamu selera disana. Tengku Ethan dan Juliana masih menunggu giliran untuk Juliana masuk ke dalam bilik Doktor itu.
"Puan Nur Juliana." Laung seorang nurse itu.
"Ya saya." Jawab Juliana sambil bangun berdiri dan mendekati nurse itu.
"Sila kan masuk." Nurse itu mempersilakan Juliana dan Tengku Ethan masuk ke dalam bilik itu.
"Silakan duduk Puan, Tengku." Ucap seorang Doktor yang sedang membaca sebuah buku.
"Baik sekarang kandungan Puan dah masuk 32 minggu 4 hari jadi tak lama lagi baby dah boleh jumpa mama papa dia. Okey baik sekarang kita scan dulu ye puan. Nurse tolong bawa Puan Juliana ke katil." Ujur Doktor yang bernama Zahirah itu.
"Baik dok. Mari Puan saya bantu." Balas Nurse yang bernama Ayu itu.
"Terima kasih." Ucap Juliana setelah selamat berbaring diatas katil.
"Sama-sama." Jawab Nurse Ayu dengan senyuman yang manis.
"Okey kita mulakan ye Puan." Kata Doktor Zahirah sambil memegang alat ultrasound itu. Juliana hanya mengangguk.
"Okey saya nampak baby sihat air ketuban pun okey. Tulang baby pun okey. Puan nak tahu jantina anak puan." Tanya Doktor Zahirah dengan senyuman.
"Boleh juga doktor haritu saya scan nak tengok tapi baby tak mau tunjuk." Balas Juliana dengan senyuman yang manis.
"Okey saya cuba ya Puan. Okey baik Puan, Tengku yang ni saya nampak lelaki, yang satu lagi perempuan dan yang ketiga pun perempuan." Ujur Doktor Zahirah sambil menekan butang yang ada di alat ultrasound itu.
"Satu lelaki dan dua perempuan jadi anak saya kembar ke doktor." Tanya Tengku Ethan yang menginginkan kepastian.
"Ye Tengku anak Tengku kembar 3." Jawab Doktor Zahirah sambil melihat kearah Tengku Ethan. Tengku Ethan terus memandang kearah Juliana dan Juliana hanya tersenyum dan mengangguk.
"Baik Puan boleh turun." Sambung Doktor Zahirah dan berlalu ke mejanya.
"Kenapa sayang rahsiakan benda ni dari hubby." Soal Tengku Ethan sambil membantu Juliana turun dari katil itu.
"Bukan sayang tak nak bagitahu tapi sayang nak buat surprise." Balas Juliana sambil memakai kasutnya kembali.
"Yela. Tapi lain kali sayang jangan buat lagi ye." Kata Tengku Ethan dengan nada berbisik.
"Ye sayang janji." Balas Juliana juga dalam nada berbisik.
"Baik Puan, Tengku semuanya tak ada masalah. Puan jangan buat kerja berat-berat, jangan stress, jangan skip makan dan yang paling penting makan vitamin yang saya bagi itu ikut waktu ye." Ujur Doktor Zahirah sambil menulis sesuatu didalam buku kehamilan Juliana.
"Baik Doktor. Oh ya doktor saya nak tanya ibu yang hamil akan merasa sakit di bahagian pinggang ke Doktor." Tanya Juliana.
"Ya semua ibu hamil akan merasa perkara yang sama tambah-tambah lagi bila baby kembar dan kandungan dah masuk trimester ketiga tapi kalau sakit itu kerap berlaku Puan perlu terus ke Hospital ya saya risau itu salah satu tanda Puan akan melahirkan." Terang Doktor Zahirah itu dengan panjang.
"Kerap macam mana tu Doktor." Soal Tengku Ethan pula.
"Maksud saya kalau sakit pinggang yang sangat kuat tu kerap adalah sakit itu datang 5 minit sekali dan perut Puan Juliana rasa mengeras dan tidak selesa maka Puan Juliana perlu ke Hospital dengan segera." Terang Doktor Zahirah itu lagi.
"Oo okey baik Doktor." Jawab Tengku Ethan dan Juliana serentak.
"Baik ini buku Puan dan ini resit vitamin untuk Puan." Kata Doktor Zahirah sambil menghulurkan buku kehamilan dan sekeping kertas kepada Juliana.
"Baik terima kasih Doktor kami minta diri dulu." Ucap Tengku Ethan sambil menyambut huluran dari Doktor Zahirah itu.
"Sama-sama." Balas Doktor Zahirah.
"Assalamualaikum." Juliana memberi salam kepada Doktor Zahirah.
"Waalaikumussalam." Jawab Doktor Zahirah dengan senyuman.
Setelah keluar dari bilik Doktor itu mereka terus ke farmasi yang tak jauh dari situ. Tengku Ethan meletakkan resit itu ke dalam bakul yang disediakan dan terus memimpin Juliana untuk duduk di kerusi yang disediakan.
"Alhamdulillah sayang, hubby bersyukur sangat hubby ingat hubby akan dapat seorang saja anak tapi tak sangka tiga sekali Allah bagi pada hubby. Hubby janji hubby akan jaga sayang sampai hujung nyawa hubby dan cinta hubby hanya untuk sayang seorang saja tak ada yang kedua,ketiga dan keempat." Ujur Tengku Ethan sambil mencium tangan Juliana.
"Terima kasih hubby." Jawab Juliana dengan senyuman.
"Sama-sama sayang." Ucap Tengku Ethan sambil mengusap tangan Juliana.
5 minit menunggu akhirnya nama Juliana dipanggil dan Tengku Ethan terus menghampiri kaunter ubat itu. Setelah mengambil vitamin untuk Juliana, Tengku Ethan kembali menghampiri Juliana yang sedang tersenyum melihat telefonnya.
"Chat dengan siapa tu." Tanya Tengku Ethan.
"Chat dengan acik dia kata dah on the way kesini." Balas Juliana sambil menyimpan telefonnya kedalam handbegnya.
"Acik?? Macam mana acik tahu yang kita ada di sini sayang bagitahu dia ke." Soal Tengku Ethan.
"Tak dia tahu dari boyfriend dia la siapa lagi." Jawab Juliana sambil memasukkan vitaminnya kedalam handbegnya.
"Boyfriend dia siapa." Tanya Tengku Ethan dengan berkerut dahinya.
"Siapa lagi kalau bukan Zarul ops.." Juliana terus menutup mulutnya bila menyedari hal tersebut.
"WHAT!! Zarul boyfriend acik." Kata Tengku Ethan dengan kuat sehingga semua yang ada disitu melihat kearah mereka.
"Kalau ye pun perlahankan la sikit suara hubby tu. Okey sayang cerita hal yang sebenarnya tapi hubby janji yang hubby jangan marah acik." Ujur Juliana sambil menghulurkan jari kelingkingnya kepada Tengku Ethan.
"Okey baiklah hubby janji." Balas Tengku Ethan sambil mengaitkan jari kelingkingnya kepada hari Juliana.
"Okey macam ni sebenarnya acik dengan Zarul tu dah 2 minggu bercinta sejak kita balik rumah mummy dengan daddy. Haritu masa kita berkelah di pantai Zarul ada bagi bunga pada sayang bila sayang tanya untuk sayang ke dia jawab bukan dia minta tolong sayang bagi bunga tu pada acik dan sayang pun bagi la bunga tu pada acik. Selepas tu acik baca apa yang ditulis oleh Zarul pada kad yang ada didalam bunga tu dan acik pun terus menghantar chat kepada Zarul dan hubungan tu sampai sekarang dan sayang doakan jodoh mereka panjang sampai ke Jannah." Terang Juliana dengan panjang lebar. Tengku Ethan mendiamkan diri sehinggalah mereka masuk ke dalam kereta.
"Assalamualaikum Along, kak long." Ucap Tengku Elly sambil menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Tengku Ethan dan Juliana.
"Waalaikumussalam acik." Jawab Juliana sambil menyambut huluran tangan dari Tengku Elly itu dan Juliana sempat memberi isyarat kepada Tengku Elly. Tengku Elly terus menelan air liurnya.
"Along." Panggil Tengku Elly.
"Kenapa acik tak bagitahu Along tantang hubungan acik dengan Zarul." Kata Tengku Ethan dengan tegas.
"Ermmm. Bukan acik tak nak bagitahu tapi acik belum bersedia nak bagitahu pada Along. Acik takut Along marah sebab acik ada hubungan dengan anak buah Along." Ujur Tengku Elly sambil menunduk.
"Dan kau Zarul kenapa tak bagitahu aku pasal hal ni kau ada baca tak kontrak kerja yang kau tandatangan haritu." Soal Tengku Ethan kepada Zarul pula.
"Ada The biggest boss." Jawab Zarul dengan gagap.
"Habis kenapa sekarang jadi macam ini." Kata Tengku Ethan sambil memandang Zarul dan Tengku Elly. Lama mereka diam dan Tengku Ethan kembali bersuara.
"Zarul aku nak tanya kau dalam kontrak kerja tu apa syarat-syarat yang tertulis dalam tu." Tanya Tengku Ethan.
"Pertama kerja dengan jujur. Kedua kerja dengan amanah." Jawab Zarul sambil memandu.
"Jadi ada tak dalam syarat tu yang kau tak boleh bercinta dengan adik aku." Ujur Tengku Ethan. Semua yang ada didalam kereta itu terus memandang kearah Tengku Ethan.
"Tak ada The biggest boss." Balas Zarul.
"Jadi kenapa berahsia dengan aku." Soal Tengku Ethan lagi.
"Ermmm saya takut The biggest boss marah. Sebenarnya saya memang dah lama cintakan Tengku Elly sejak dari pertama kali The biggest boss suruh saya dan Farhan ambil dokumen di rumah Tan Sri lagi. Tapi saya tak berani hendak berterus terang sebab masa tu Tengku Elly sudah pun ada boyfriend." Jawab Zarul dengan panjang lebar.
"Kalau macam tu kau masuk minang aku tak suka korang bercinta lama-lama aku tak nak ada makhluk bertanduk tu jadi orang ketiga." Kata Tengku Ethan.
"Seriusly Along." Tanya Tengku Elly.
"Yes." Jawab Tengku Ethan sepatah. Juliana memandang Tengku Ethan dan terus menggenggam erat tangan Tengku Ethan dan Tengku Ethan membalas dengan senyuman.
Mereka berbual-bual dengan gembira. Juliana merasa bahagia bila dapat bercanda tawa dengan suami, adik iparnya dan Zarul.
maaf lambat update.. sibuk sikit ank sis demam.. jika sudah baca sila komen ya
Share this novel