BAB 31

Romance Series 53070

BAB 31

Julia masuk ke dalam keretanya kerana baru habis sesi foto shoot. Sedang Julia memandu tiba-tiba dia mendapat idea untuk misinya.

"Apa kata aku singgah office Ethan dulu." Gumum Julia sendiri.

Julia memandu ke pejabat Tengku Ethan setelah sampai Julia terus parking keretanya di sebelah kereta Tengku Ethan. Dia terus keluar dan menuju ke lift dan terus masuk ke dalam lift.

Ting...

"Aku akan laksanakan misi aku sekarang." Kata Julia sambil melangkah keluar dari lift.

"I nak jumpa dengan Tengku Ethan Adrian." Ujur Julia dengan nada angkuh.

"Puan Jue sudah buat temujanji ke." Balas Jenny tanpa senyuman kepada Julia.

"Hai nak jumpa bakal suami pun kena buat temujanji ke." Kata Julia dengan nada gedik.

"Bakal Suami???? Siapa." Tanya Jenny dengan berkerut dahinya.

"Ye bakal suami kenapa terkejut ke tak payah la nak terkejut sangat I kan tunang Tengku Ethan Adrian jadi mesti la akan jadi isteri dia pula. Sudah la I masuk dulu." Balas Julia dan terus menuju ke bilik Tengku Ethan.

"Kejap Puan.. Puan tak boleh nak masuk." Kata Jenny sambil menghalang Julia untuk masuk kedalam bilik Tengku Ethan.

"I don't care." Jawab Julia dan terus masuk ke dalam bilik Tengku Ethan.

"Sorry Tengku saya dah halang tapi 'BAKAL ISTERI' tengku ni main redah saja." Ujur Jenny dengan nada memerli Julia.

"Bakal isteri apa yang awak merepek ni Jenny." Soal Tengku Ethan dengan berkerut dahinya.

"Tadi Puan Julia kata dia tunang Tengku dan mesti la dia bakal isteri Tengku kan." Balas Jenny kepada Tengku Ethan.

"BIG NO.. Isteri saya cuma ada satu iaitu Juliana dan tak ada yang lain." Kata Tengku Ethan dengan nada tegas.

"You nak apa datang sini." Tanya Tengku Ethan dengan nada yang tegas.

"Tak ada apa I cuma datang sini nak bagitahu yang sekarang Isteri kesayangan you tu sedang berduaan dengan lelaki lain di Terengganu and you boleh duduk sini tanpa buat apa-apa. Entah-entah mereka dah tidur sekali tak." Balas Julia memanaskan suasana. Jenny yang mendengar terus menggelengkan kepalanya.

'Sampai macam tu sekali dia sanggup buruk-burukkan adiknya sendiri. Haih aku tak faham la dengan dia ni kalau kau nak sangat dengan Tengku ni kenapa dulu kau buat perangai. Sekarang bila Tengku dah kahwin dengan orang lain kau pula yang gila meroyan sampai macam ni haih.' Gumum Jenny didalam hatinya.

"Kalau you datang sini nak buruk-burukkan isteri I better you balik sebelum I panggil security guard untuk jemput you di sini." Ujur Tengku Ethan dengan nada marah.

"Up to You la nak percaya atau tak yang penting I sudah bagitahu you." Ucap Julia dan berlalu pergi.

Selepas Julia dan Jenny keluar dari biliknya Tengku Ethan terus menumbuk meja dengan kuat sekali. Julia yang mendengar dentuman yang kuat dari bilik Tengku Ethan terus tersenyum sinis.

'Hancur lah rumah tangga korang berdua.' Kata Julia didalam hati.

"Sial la apa aku nak buat sekarang." Gumum Tengku Ethan sendiri.

Tengku Ethan terus mengambil telefonnya dan menghantar chat kepada Don. Setelah menghantar chat Tengku Ethan duduk sambil membuka Instagram isterinya.

"Sayang pregnant anak siapa sayang. Kenapa sayang tak pernah bagitahu pada hubby yang sayang pregnant." Kata Tengku Ethan sendiri.

Ting..

'Sorry the biggest boss saya lupa nak bagitahu yang Puan Juliana pregnant sudah nak masuk 6 bulan the biggest boss.'- Don.

'Baik korang terus pantau dia faham.'- the biggest boss.

'Faham the biggest boss.'- Don

"Nak masuk 6 bulan macam mana kandungan dia nak masuk 6 bulan sedangkan kami berkahwin baru 5 bulan lebih ke memang betul apa yang Julia katakan tadi." Kata Tengku Ethan sendiri.

"Arghh.. serabut la baik aku balik sekarang." Gumum Tengku Ethan didalam hati.

Tengku Ethan terus mengemas meja kerjanya dan terus berlalu keluar. Tengku Ethan menghampiri meja kerja Jenny.

"Jenny saya nak balik semua meeting saya awak tolong cancel ye." Ujur Tengku Ethan kepada Jenny dengan tegas.

"Baik Tengku." Balas Jenny.

Setelah itu Tengku Ethan terus masuk ke dalam lift dan terus balik. Sampai di rumah Tengku Ethan terus masuk ke dalam biliknya Mak Tom yang melihat hanya menggelengkan kepala sahaja.

Kring.. Kring..

"Hello assalamualaikum." Tengku Ethan memberi salam .

"Waalaikumussalam Ethan jom lepak tempat biasa kami tunggu kau." Kata Tengku Danny.

"Okey-okey 30 minit lagi aku sampai. Aku ada benda nak bagitahu korang ni." Ujur Tengku Ethan.

"Ha okey kau cepat sikit tau." Balas Tengku Danny lagi.

"Ye aku pun dah nak gerak ni." Kata Tengku Ethan dan terus mendekati pintu biliknya.

"Okey bye assalamualaikum." Ucap Tengku Danny.

"Okey waalaikumussalam." Jawab Tengku Ethan lalu menamatkan panggilan telefon itu.

Tengku Ethan turun ke ruang tamu dan terus mengambil kunci keretanya yang digantung itu dan terus memandu ke tempat biasa mereka lepak.

"Assalamualaikum sorry aku lambat." Kata Tengku Ethan Sambil menarik sebuah kerusi.

"Waalaikumussalam tak apa kitorang pun baru saja sampai." Ujur Tengku Reza sambil membuka sarung tangannya.

"Tadi kau kata ada benda nak bagitahu kitorang so apa bendanya tu." Tanya Tengku Danny.

"Tadi Julia datang dan dia bagitahu yang Juliana di Terengganu sedang berdua-duaan dengan lelaki lain. Selepas itu aku terus Chat Don tanya perkembangan Juliana dan Don bagitahu yang Juliana pregnant dah nak masuk 6 bulan dah. Sedangkan kami berkahwin baru 5 bulan lebih." Terang Tengku Ethan sambil berpeluk tubuh.

"WHAT!! Kau biar betul Ethan." Ujur Tengku Reza tidak percaya.

"Betul kalau kau tak percaya kau tengok ni chat dari Don." Balas Tengku Ethan sambil menghulurkan telefonnya kepada Tengku Reza.

"Wo.. Aku tak percaya la baik sekarang aku nak tanya kau satu soalan cepumas boleh kau jawab dengan jujur tak." Kata Tengku Reza sambil membetulkan posisi duduknya.

"Kau nak tanya apa pula. " Ujur Tengku Ethan dengan kerutan di dahi.

"Sebelum tu aku nak minta maaf mungkin soalan yang aku akan tanya ni menyangkut soal hal-hal dalam kelambu. Aku nak tanya masa kau dengan Juliana lakukan benda halal tu ada tak apa-apa tanda yang ada atas katil korang." Tanya Tengku Reza kepada Tengku Ethan.

"Tanda maksud kau." Soal Tengku Ethan kurang faham dengan apa yang ditanyakan oleh Tengku Reza.

"Tanda macam tompok-tompok merah ke apa ke." Terang Tengku Reza lagi.

"Oh.. Kalau tompok merah tu ada la kenapa." Jawab Tengku Ethan ringkas.

"Kalau ada maknanya masa kau dengan dia lakukan benda halal tu dia masih virgin. Mungkin baby tu anak kau." Kata Tengku Reza sambil berpeluk tubuh.

"Kalau baby tu anak aku kenapa dia tak bagitahu aku. Kenapa dia rahsiakan dari aku." Ujur Tengku Ethan dengan nada marah.

"Mungkin dia belum bersedia untuk bagitahu kau." Balas Tengku Danny yang dari tadi diam saja.

"Tak bersedia?? Habis sampai bila dia rahsiakan dari aku. Korang tengok mamat ni dari hari kitorang kahwin lagi dia duk berpeluk dengan Juliana dan sekarang bila Juliana ada di Terengganu pun dia ada dengan Juliana kalau korang jadi aku apa yang korang akan fikir." Ucap Tengku Ethan sambil menunjuk ke arah gambar Hairul.

"Aku bukan nak bela sesiapa tapi kau patut tanya Juliana sendiri daripada nanti kau dengar dari orang yang nak hancurkan rumahtangga kau dengan Juliana. Aku tak nak kau menyesal di kemudian hari tu saja." Nasihat Tengku Reza kepada Tengku Ethan.

Bila mendengar nasihat dari Tengku Reza, Tengku Ethan mula berfikir ada betulnya juga dengan apa yang dikatakan oleh Tengku Reza itu tadi.

'Abang Lia nak minta tolong sikit boleh tak.'- My Lovely Sister.

'Nak minta tolong apa.'- Abang Arul.

'Esok temankan Lia pergi butik boleh sebab Lia nak kena hantar lakaran baju baru la.'- My Lovely Sister.

'Okey boleh dah alang-alang esok abang pun ada meeting di sana boleh la kita bergerak sekali esok kita gerak pukul 8 pagi ye. Malam ni abang balik tidur rumah ibu.'- Abang Arul.

'Okey thanks abang.'- My Lovely Sister.

'welcome dah la abang nak habis kan kerja dulu ye Assalamualaikum.'- Abang Arul.

'Waalaikummussalam.'- My Lovely Sister.

Selepas membalas chat dari Hairul, Juliana terus mengemas beg pakaiannya. Setelah selesai Juliana terus baring diatas katil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience