Bab 46
Kring... Kring...
"Hello assalamualaikum." Jawab Juliana dalam keadaan mamai.
"Waalaikumussalam sayang, sayang bersiap sekarang kejap lagi kita pergi beli barang baby tadi hubby dah menyuruh Zarul ambil sayang ye." Ujur Tengku Ethan ditalian.
"Baik tapi boleh tak sayang nak ajak acik sekali." Tanya Juliana sambil mengambil tuala yang disangkut di penyangkut kayu itu.
"Boleh saja lagi pun Zarul pun ada sekali kan." Balas Tengku Ethan.
"Okey dah la sayang nak mandi kejap nanti dah on the way sayang bagitahu hubby okey." Kata Juliana berdiri dihadapan meja soleknya.
"Ha yela tapi mandi tu hati-hati bilik air tu licin." Pesan Tengku Ethan kepada isterinya itu.
"Baik hubby." Balas Juliana.
"Okeylah sayang pergi mandi dulu hubby nak sambung meeting ni. Bye assalamualaikum." Ucap Tengku Ethan dan memberi salam.
"Okey bye wa'alaikumussalam." Jawab Juliana dengan senyuman.
Selepas menamatkan panggilan telefon Juliana terus masuk ke dalam bilik air. Setelah 15 minit membersihkan diri Juliana keluar dari bilik air dan terus masuk ke dalam wardrop.
Tok.. tok..
"Masuk." Laung Juliana dengan kuat.
"Kak long, acik nak tanya sesuatu boleh." Tanya Tengku Elly.
"Acik nak tanya apa." Soal Juliana sambil memakai pakaian didalam wardrop.
"Kak long rasa acik dengan Zarul tu sesuai tak. Pagi tadi masa di kelas kawan acik bagitahu yang acik tak sesuai dengan Zarul sebab dia driver Along saja." Balas Tengku Elly sambil menahan airmatanya.
"Acik cinta tak kenal usia, tak kenal pangkat dan darjat. Kalau acik tanya kak long, kak long akan jawab yang acik dengan Zarul sangat sesuai dan sekarang hanya satu yang kak long nak pesan jangan dengar cakap orang dan acik mintalah petunjuk dari Allah." Ucap Juliana dengan panjang lebar dan terus keluar dari wardrop itu.
"Acik dah buat kak long dan jawapan itu tetap sama wajah Zarul juga yang datang kak long." Kata Tengku Elly.
"Itu bermakna dialah jodoh acik. Sudah sekarang acik pergi siap kejap lagi Along nak ajak kita pergi shopping." Ujur Juliana sambil memakai lipbalm.
"Okey baik kak long." Balas Tengku Elly dengan kurang bersemangat.
'haih kesian juga bila tengok acik macam itu.' Gumum Juliana didalam hati.
Tengku Elly masuk ke dalam biliknya bersiap setelah bersiap Tengku Elly terus ke bilik Juliana. Tengku Elly mengetuk pintu bilik Juliana dan terus masuk.
"Huih cepatnya acik siap." Kata Juliana sambil membetulkan tudungnya.
"Kak long belum siap ke." Tanya Tengku Elly sambil duduk di birai katil.
"Okey dah siap haih macam tak sabar-sabar nak jumpa Zarul ja." Balas Juliana sambil menggalas handbegnya di bahu.
"Tak ada maknanya kak long. oh ya kak long, along nak ajak kita shopping apa." Tanya Tengku Elly.
"Tadi along kata nak shopping barang baby ye la barang baby satu apa pun kak long tak beli lagi sekarang kandungan kak long pun dah 8 bulan lebih dah bila-bila pun dah boleh bersalin." Balas Juliana sambil menuruni tangga.
"Oh yaka okey la jom." Ujur Tengku Elly sambil memimpin tangan Juliana.
mereka turun ke ruang tamu untuk berpamit dengan Tengku Enara yang sedang membaca di ruang tamu itu.
"Mummy kami nak keluar kejap ye." Pamit Juliana kepada ibu mertuanya itu.
"Nak keluar pergi mana." Tanya Tengku Enara.
"Tadi Ethan coll ajak pergi beli barang baby mummy nak ikut." Ajak Juliana kepada Tengku Negara.
"Tak apa la kamu sajalah kejap lagi pun mummy nak keluar sebab nak jumpa dengan kawan mummy. oh ya acik tolong mummy ambil barang yang mummy beli semalam untuk kak long kamu ni semalam mummy letak dalam bilik tetamu." Ujur Tengku Enara. Tengku Elly hanya menuruti arahan Tengku Elly.
"Barang apa mummy." Soal Juliana.
"Itu." Balas Tengku Enara sambil menunjuk ke arah bilik tetamu itu. Juliana terus memandang kearah yang ditunjukkan oleh Tengku Enara.
"Ya Allah mummy buat susah-susah saja." Kata Juliana dengan rasa segan.
"Tak ada susahnya pun mummy hadiahkan untuk Lia mummy pun pernah rasa macam mana pregnant twin dan mummy tau macam mana susahnya nak jalan dengan perut yang besar macam tu. Jadi lepas ni Lia nak pergi mana-mana mesti guna kerusi roda ni ye." Pesan Tengku Enara.
"Baik mummy sekali lagi Lia nak ucapkan terima kasih pada mummy." Ucap Juliana sambil memeluk Tengku Enara dan Tengku Enara turut membalas pelukan menantunya itu.
"Sama-sama eh ni nak gerak pukul berapa." Tanya Tengku Enara. Yang baru meleraikan pelukan itu.
"Ya Allah lupa pula. Acik tolong tengokkan Zarul dah sampai belum kalau dah sampai kita kena gerak sekarang nanti The biggest boss tu marah pula." Jawab Juliana. Tengku Elly mengangguk dan terus ke pintu utama.
"Kak long, Zarul dah ada di depan." Kata Tengku Elly di pintu utama.
"Oh yaka ha okey. Mummy kitorang gerak dulu lah ye nanti mengamuk pula anak mummy tu mummy bukan tak tahu perangai anak mummy tu kalau orang tak tepati waktu." Ujur Juliana sambil menghulurkan tangannya kepada Tengku Enara.
"Ha yela hati-hati." Pesan Tengku Enara kepada Juliana dan Tengku Elly.
"Baik mummy terima kasih Assalammualaikum." Ucap Juliana. Tengku hanya memberi salam sahaja dan mereka terus keluar dari rumah dan masuk ke dalam kereta.
Juliana dan Tengku Elly duduk di bahagian penumpang belakang Zarul yang melihat hanya terdim dengan perubahan sikap kekasihnya itu. Juliana turut terkejut bila adik iparnya duduk di sebelahnya selalunya Tengku Elly akan duduk dibahagian di sebelah pemandu.
"Acik kenapa duduk di belakang selalu acik duduk di depan." Bisik Juliana kepada Tengku Elly dengan perlahan.
"Saja kak long." Balas Tengku Elly dan terus memandang ke luar tingkap.
"Zarul jalan." Arah Juliana sambil memakai tali pinggang keledar.
"Baik Puan." Jawab Zarul dan terus memandu kereta ke pejabat Tengku Ethan.
Setelah 30 minit perjalanan akhirnya mereka tiba di pejabat Tengku Ethan. Juliana dan Tengku Elly turun dari kereta dan menunggu di atas sofa yang ada di lobi pejabat itu.
'Hubby, sayang ada di lobi dengan Acik.'- My Lovely Wife.
'Okey kejap hubby baru habis meeting ni.'- My Husband Ethan.
'Okey cepat tau I miss you so much dah ni.'- My Lovely Wife.
'Okey I miss you too.'- My Husband Ethan.
Juliana tersenyum bila membaca chat dari Tengku Ethan itu. Juliana menoleh ke arah Tengku Elly yang sedang termenung itu terus menepuk bahu adik iparnya itu.
"Acik okey tak ni." Tanya Juliana kepada adik iparnya itu.
"Acik okey je kak long." Balas Tengku Elly dengan senyuman yang dibuat-buat.
"Kalau acik ada masalah acik boleh kongsi dengan kak long jangan pendam sendiri kak long tak nak acik sakit." Ujur Juliana.
"Acik masih fikirkan tentang hubungan Acik dengan Zarul, kak long. Acik betul-betul cintakan dia tapi kenapa banyak orang yang tak nak acik ada hubungan dengan dia hanya sebab dia driver along saja." Kata Tengku Elly dengan mata yang berkaca-kaca.
"Siapa kata Zarul hanya Driver along saja. Kalau belum kenal Zarul jangan kata yang bukan-bukan pasal dia nanti tak pasal-pasal dapat masalah pula." Ucap Tengku Ethan dari belakang mereka. Juliana dan Tengku Elly terus menoleh bila mendengar suara Tengku Ethan itu.
"Along." Sebut Tengku Elly.
"Acik baru kenal Zarul, acik takkan tahu latar belakang dia. Kalau acik nak tahu dia adalah anak tunggal dari Tan Sri Zafrul dan dia adalah pewaris tunggal KZ Holding SDN BHD. Dia jadi driver along pun sebab dia yang nak mula dari bawah katanya lagi 4 bulan dia akan berhenti dari jadi driver along sebab dia akan menjadi pegawai pemasaran di Syarikatnya sendiri selain itu dia kan memang anak buah along. Tan Sri Zafrul Tak boleh melarang sebab itu keinginan anak tunggalnya sendiri dan insyaallah Syarikat along akan berkerjasama dengan Syarikat dia." Terang Tengku Ethan dengan panjang lebar. Juliana yang dari tadi memdengar hanya mengangguk.
"Tapi kenapa dia tak bagitahu acik yang dia anak orang Tan Sir Zafrul." Tanya Tengku Elly kepada Tengku Ethan.
"Ada sebabnya acik kalau acik nak tahu acik kena tanya Zarul sendiri along tak berani nak cakap lebih-lebih biarlah tuan badan sendiri yang bagitahu acik. Sekarang jom kita bertolak nanti lambat pula." Ujur Tengku Ethan sambil menghulurkan tangannya kepada Juliana.
"Baik Along." Jawab Tengku Elly.
Mereka terus masuk kedalam kereta dan Zarul terus memandu selepas mendapat arahan dari Tengku Ethan. Tengku Ethan terus memegang tangan Juliana dengan erat sekali Tengku Elly yang duduk di hadapan hanya diam dan memandangi ke luar tingkap saja. Akhirnya mereka sampai di destinasi yang diberitahu oleh Tengku Ethan tadi mereka keluar dari kereta.
"Zarul tolong turunkan hadiah dari mummy untuk saya tadi." Ujur Juliana denga senyuman. Zarul hanya mengangguk dan terus ke bonet belakang.
"Hadiah!!! Mummy bagi Hadiah apa." Soal Tengku Ethan dengan berkerut dahi.
"Ini puan." Kata Zarul sambil menolak kerusi roda itu kepada hadapan Juliana.
"Tada.. Inilah hadiah dari mummy." Ucap Juliana dengan senyuman.
"Kerusi roda??." Kata Tengku Ethan.
"Ye kerusi roda sebab mummy kata kalau pregnant kembar ni memang susah nak berjalan dan sebenarnya sayang nak beli kerusi ni dah lama tapi asyik nanti-nanti saja sampai lupa dah. Hubby boleh tolong tolakkan tak." Tanya Juliana sambil duduk di atas kerusi roda itu.
"Mesti la boleh jom kita gerak sekarang ke kedai barang baby." Balas Tengku Ethan dan terus menolak kerusi roda itu.
"Em.. Along, acik nak pinjam Driver along kejap boleh." Soal Tengku Elly.
"Boleh nanti kalau along coll acik dah kena bagi balik Zarul pada along Faham." Jawab Tengku Ethan dan terus menolak Juliana masuk kedalam bangunan yang besar itu.
"Biy pergi parking kereta dulu kejap lagi honey send location pada biy." Ujur Tengku Elly dan terus masuk kedalam bangunan itu.
Zarul memakirkan kereta di tempat yang tidak jauh dari pintu masuk dan terus ke location yang dihantar oleh Tengku Elly tadi. Setelah sampai Zarul terus mencari Tengku Elly dan ternyata Tengku Elly duduk di tepi tingkap restoran itu.
"Kenapa honey nak jumpa biy di sini." Tanya Zarul sambil duduk dihadapan Tengku Elly.
"Honey nak tahu kenapa biy tak bagitahu siapa sebenarnya biy kepada honey." Balas Tengku Elly. Zarul yang mendengar terus terkejut. Akhirnya dia memilih untuk berterus terang kepada Tengku Elly.
"Ada sebabnya kenapa biy tak bagitahu honey perkara sebenar." Kata Zarul sambil memandang ke arah luar tingkap.
"Ye la sebab apa honey nak tahu sebabnya." Soal Tengku Elly.
"Baik kalau honey nak tahu sangat sebelum biy kenal dengan honey, biy sudah pun bertunang tapi hubungan itu tak lama selepas biy tahu dia hanya mahukan harta biy saja dan dia curang dengan lelaki lain dan start dari situ biy mula merahasiakan siapa diri biy sebanarnya supaya wanita itu mencintai biy hanya kerana diri biy sendiri dan bukan sebab harta yang biy ada." Terang Zarul dengan panjang.
"Sorry honey tak tahu kisah hidap biy. Sebenarnya selama seminggu ni honey terfikir tentang apa yang kawan-kawan honey cakap diorang cakap yang honey tak sepadan dengan driver tapi setiap honey solat istikharah hanya wajah biy yang muncul honey minta maaf biy." Ucap Tengku Elly dengan airmata sudah mengalir di pipi mujur tempat yang di duduki mereka terlindung kalau tidak mesti sudah menjadi tontonan.
"Tak apa tapi apa yang biy nak dari honey adalah tolong cintai biy sebab diri biy sendiri dan bukan sebab harta yang biy ada." Kata Zarul sambil memandang wajah kekasih hatinya itu.
"Honey sebenarnya tak peduli langsung dengan harta yang biy ada yang honey pandang adalah hati biy yang ikhlas dan jujur terhadap honey boleh terima diri honey seadanya, boleh terima keluarga honey seadanya itu pun sudah memadai buat honey." Ujur Tengku Elly sambil memandang tepat mata Zarul.
"Honey macam biy bagitahu honey sebelum ni keluarga honey keluarga biy juga sebab biy tak ada adik beradik lain lagipun dah lama sebenarnya biy nakkan keluarga yang besar tapi apakan daya ibu biy dah tak boleh pregnant lagi selepas keguguran adik biy." Balas Zarul.
"Terima kasih biy sekali lagi honey nak minta maaf sebab dah seminggu honey senyap tak jawab coll biy tak balas chat dari biy i'm sorry biy." Ucap Tengku Elly.
"Tak apa biy faham lagipun bila biy nampak honey di rumah pun dah lepas rindu walaupun sekejap. Dan lepas ni biy nak honey ready sebab semalam biy dah bagitahu ibu dan ayah biy tentang kita dan biy akan masuk meminang honey bulan ini juga dan kalau boleh secepatnya biy nak kita kahwin sebab biy tak nak pisang berbuah dua kali." Kata Zarul.
"Are you serius biy." Tanya Tengku Elly dengan terkejut sekali.
"Yes i'm serius My Honey." Balas Zarul dengan senyuman yang menampakkan lesung pipitnya.
sila komen ye tq semua yg sudi baca novel sya..
Share this novel