BAB 14

Romance Series 53070

BAB 14

“Kenapa awak tak bagitahu saya dulu sebelum awak bagitahu mama dan papa.” Kata Juliana yang baru masuk ke dalam biliknya.

“Kenapa kau tak suka ke.” Tanya Tengku Ethan sambil duduk di atas sofa.

“Bukan tak suka tapi awak tengok ni banyak tau barang saya ni.” Balas Juliana sambil menunjuk ke arah almari bajunya kepada Tengku Ethan.

“Apa susah kau kemas sekarang nanti petang baru kita gerak ke rumah aku.” Ujur Tengku Ethan sambil berpeluk tubuh.

“Senang je awak cakap kalau awak tolong saya tak apa la juga.” Ucap Juliana dengan muncung mulutnya.

“Yela-yela aku tolong tapi dengan 1 syarat.” Balas Tengku Ethan sambil menunjukkan jati telunjuknya keatas.

“Yes, apa syaratnya.” Soal Juliana sambil memeluk lengan Tengku Ethan tanpa dia sedar.

“Syaratnya adalan kau kena tidur sebilik dengan aku.” Balas tengku Ethan dengan senyuman.

“WHAT!!! Kenapa saya tak boleh tidur di bilik lain.” Tanya Juliana terkejut dan terus melepaskan pelukan lengan itu.

“Sebab mummy selalu datang mengejut aku tak nak mummy curiga apa pula nanti.” Jawab Tengku Ethan kepada Juliana.

“Oh, okey tapi saya tak nak tidur sekali dengan awak selagi saya tak bersedia.” Ujur Juliana sambil berdiri dihadapan suaminya itu.

“Kau kena biasakan diri tidur dengan aku dan aku berjanji yang aku tak akan sentuh kau.” Ucap Tengku Ethan sambil mengangkat tangannya paras bahu.

“Baik saya pegang janji awak dan sekarang saya nak awak tolong saya dulu please.” Kata Juliana dengan lembut sekali.

“Ye-ye jom la mula kemas nanti lambat pula.” Balas Tengku Ethan sambil mengangkat beg pakaian Juliana.

Mereka mula mengemas barang-barang yang hendak bawa ke rumah Tengku Ethan. Tengku Ethan turun membantu sehingga selesai entah kenapa dia merasa sangat gembira bila dapat membantu Juliana. Tengku Ethan turun Bersama 2 beg pakaian Juliana dan dimasukkan kedalam kereta vellfirenya.

“Ada apa-apa lagi tak yang nak dibawa masuk kereta.” Tanya Tengku Ethan kepada isterinya itu.

“Tak ada apa yang tu saja last.” Balas Juliana sambil menunjuk kearah sebuah beg leper dan besar.

“Beg apa pula tu.” Soal Tengku Ethan sambil melihat kearah beg itu.

“Oh itu beg lukisan saya. Semua design baju baru saya ada didalam itu.” Jawab Juliana sambil duduk diatas katilnya.

“Oh tak apa biar aku masukkan ke dalam kereta siap-siap la nanti tertinggal susah pula.” Ujur Tengku Ethan.

“Okey baiklah Thanks ya my husband.” Ucap Juliana dengan girang lalu mencium pipi Tengku Ethan tanpa dia sedar. Terbuntang mata Tengku Ethan dengan tindakan Juliana.

“Opss.. sorry saya tak sengaja.” Sambung Juliana setelah menyadar kesalahannya.

“Tak apa lagi pun kitakan dah halal.” Jawab Tengku Ethan dengan nada yang gugup.

Baru saja Ethan keluar dari bilik Juliana, Datin Jasmina pula masuk. Datin Jasmina duduk di sofa yang ada di dalam bilik itu. Juliana terus mendekati Datin Jasmina.

“Mama kenapa ni.” Tanya Juliana bila melihat mata Datin Jasmina mula berkaca-kaca.

“Mama tak sangka anak mama yang tak ada boyfriend ini dah berkahwin dan tak lama lagi Lia akan pindah duduk dengan suami Lia. Lepas ni siapa nak teman mama tonton television.” Balas Datin Jasmina dengan nada yang serak-serak.

“Papa kan ada.” Ujur Juliana sambil meletakkan kepalanya diatas riba mamanya itu.

“Papa walaupun dia ada di depan television tapi fikiran dia kat office.” Kata Datin Jasmina sambil membelai rambut Juliana.

“Tak apa nanti kalau Lia ada masa Lia ajak Ethan datang sini ye. Dah sekarang mama tak nak la menangis nanti tak cantik la.” Ujur Juliana sambil mengusap belakang tangan mamanya itu.

“Ish Lia ni ada-ada saja la.” Kata Datin Jasmina sambil menampar lembut lengan Juliana.

“Tengahari ni Mak Milah masak apa mama.” Soal Juliana kepada Datin Jasmina.

“Tadi Mak Milah kata nak masak asam pedas ikan pari.” Jawab Datin Jasmina.

“Yeke sedapnya tak sabarnya nak makan.” Ujur Juliana dengan ceria.

“Dah kalau macam itu cepat kemas nanti turun makan ajak Ethan sekali. Mama keluar dulu ye.” Ucap Datin Jasmina.

Selepas Datin Jasmina keluar Tengku Ethan pula yang masuk. Tengku Ethan melihat Juliana sedang termenung terus menepuk bahu Juliana.

“Oh mak kau terbang laju.” Latah Juliana. Tengku Ethan yang mendengar terus berdekah ketawanya

“Kau termenung kenapa.” Tanya Tengku Ethan dengan sisa ketawanya.

“Tak ada apa-apalah. Kejap lagi kita turun makan tengahari ya tadi mama pesan suruh ajak awak sekali.” Balas Juliana sambil melihat wajah suaminya itu.

“Ha yela eh.. aku pergi mandi dulu ye berpeluh teruk dah ni.” Ujur Tengku Ethan. Juliana hanya mengangguk.

Selepas Tengku Ethan membersihkan diri dan memakai pakaian mereka terus turun ke ruang tamu. Tengku Ethan perasan yang Juliana sejak dari tadi lagi asyik termenung semakin membuat dirinya tertanya-tanya apa yang sedang Juliana termenungkan.

“Kau ada masalah ke kalau ada boleh bagitahu aku mana tahu aku boleh tolong kau.” Bisik Tengku Ethan di telinga Juliana.

“Tak ada apa-apa la letih sikit je.” Jawab Juliana juga dalam keadaan berbisik.

“Betul ke ni.” Tanya Tengku Ethan lagi.

“Betul.” Jawab Juliana ringkas. Tengku Ethan hanya mengangguk saja.

‘Sorry Ethan saya tak boleh bagitahu awak yang Kak Jue tadi chat saya.’ Gumum Juliana dalam hati.

Flashback

Selepas Datin Jasmina keluar dari biliknya Juliana ada mendapat chat Whatsapp dari Julia. Juliana terus membuka dan membaca chat itu.

‘Kau akan keluar dari rumah papa dan lagi senang kerja aku untuk mendapatkan hak aku balik. You just wait and see what I do to get Ethan back.’- Julia.

‘Apa yang Kak Jue nak buat ha.’- Juliana.

Juliana membalas chat dari Julia tapi Julia tak membalas langsung chat dari Juliana. Oleh sebab itu Juliana asyik termenung.

End flashback

“Ya Allah apa yang Kak jue akan buat lepas ni ya allah aku mohon perlindungan darimu ya allah. Amin.” Doa Juliana dalam hati.

korang komen la apa pendapat korang tentang novel ni.. saya ingin tahu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience