BAB 13
Tepat pukul 8 malam Tengku Ethan dan Juliana turun ke ruang tamu. Julia melihat dengan pandangan menyampah. Tengku Ethan dan Juliana duduk di pelamin dengan senyuman.
“Wow cantiknya Lia mak ngah doakan Lia dengan Ethan Bahagia sampai akhir hayat ya.” Kata Mak Ngah Juliana yang Bernama Jannah sambil menepung tawar Tengku Ethan dan Juliana.
“Terima kasih mak ngah.” Balas Tengku Ethan dan Juliana serentak.
“Tahniah ya Lia ibu doakan Lia dan Ethan kekal hingga ke Jannah ya. Kalau ada masalah bincang elok-elok ya.” Ujur Puan Hanis ibu susuan Juliana.
“Terima kasih ibu. Ibu abang Arul mana.” Tanya Juliana. Tengku Ethan yang mendengar terus memandang Juliana.
“Arul ada diluar tadi katanya lapar kejap lagi dia jumpa Lia la tu.” Balas Puan Hanis.
“Okey Ibu.” Ujur Juliana.
Setelah selesai majlis menepung tawar Tengku Ethan dan Juliana pergi berjumpa dengan sahabat-sahabat mereka. Juliana minta diri untuk berjumpa sahabatnya.
“Wey Lia tahniah ya sekarang kau dah jadi isteri orang tinggal kami ja belum.” Ujur Shifa dengan ceria.
“Thanks Fa tapi aku pengganti Kak Jue je kalau tak tadanya aku kahwin sekarang ni.” Kata Juliana perlahan.
“Cuba teka siapa saya.” Ujur seseorang dengan nada suara yang lembut seakan wanita sambil menutup mata Juliana dan membuat suara lembut.
“Ini mesti abang Arul kan.” Balas Juliana.
“Betul, Tahniah adik sekarang adik dah jadi isteri orang jadi adik dah tak boleh nak manja-manja dengan abang lagi.” Kata Hairul sambil membuka mata Juliana.
“Thanks abang. Ala mana aci macam ni Lia nak manja dengan abang juga.” Ucap Juliana sambil memeluk lengan Hairul.
“Sama-sama. Mana boleh nanti siapa nak manja dengan Ethan. Oh ya tadi abang bawa hadiah tapi abang bagi kat mama nanti Lia ambil hadiah tu kat mama ye.” Kata Hairul. Juliana hanya mengangguk.
Sementara Juliana sedang berbual dengan Shifa, Sharina dan Hairul. Julia datang menghampiri Tengku Ethan yang sedang minum disebuah kerusi.
“Hei boleh I duduk di sini tak.” Soal Julia kepada Tengku Ethan.
“Duduk je la tak ada sapa pun nak marah.” Balas Tengku Ethan bersahaja.
“Suami duduk disini sorang-sorang dan isteri duk berpeluk dengan lelaki lain. Apa punya isteri la.” Ujur Julia cuba panas-panas Tengku Ethan.
“Apa masalah you ni datang sini lepastu cakap macam tu. Ke you nak I dengan isteri I bergaduh.” Kata Tengku Ethan dengan nada tegas.
“Apa you tak percaya cuba tengok sana isteri you buat apa.” Ujur Julia sambil menunjuk ke arah Juliana.
Tengku Ethan melihat ke arah Juliana yang sedang memeluk lengan Hairul. Selepas melihat Juliana, Tengku Ethan terus berlalu naik ke bilik Juliana. Juliana yang melihat Tengku Ethan masuk ke rumah hanya membiarkan saja.
‘Kenapa aku rasa cemburu bila melihat dia buat macam tu dengan lelaki lain. Masa Julia dulu tak ada pun macam ni.’ Gumum Tengku Ethan sambil naik tangga.
‘Dia duk buat apa sampai aku naik atas pun dia tak ikut.” Gumum Tengku Ethan sambil duduk di birai katil.
30 minit berlalu baru Juliana naik ke biliknya. Sampai dibilik dia melihat Tengku Ethan yang sedang tidur di atas katil. Juliana terus masuk ke dalam bilik air. Setelah siap membersihkan diri dan memakai baju Juliana keluar dari bilik air.
“Awak bangun.” Juliana mengejutkan Tengku Ethan yang masih tidur.
“Awak bangun salin baju dulu nanti sambung tidur.” Ujur Juliana sambil megoyangkan bahu Tengku Ethan.
“Ish kacau la yela-yela.” Kata Tengku Ethan sambil berlalu ke bilik air.
Setelah selesai Tengku Ethan naik atas katil semula. Tengku Ethan memandang ke arah Juliana yang sedang duduk di sofa sambil bermain telefon.
“Haih tak puas lagi ke tadi dah berpeluk bagai sekarang bukannya tidur tapi main fon lagi.” Ujur Tengku Ethan sambil baring. Juliana hanya diam tak membalas apa-apa.
“Ha dah bisu ke.” Kata Tengku Ethan sambil bangun duduk kembali.
“Aik dah tidur ke buat-buat tidur saja tu.” Gumum Tengku Ethan dalam hati.
Juliana yang sedang terfikir apa yang Hairul kata padanya tadi. Tadi chat dengan Hairul pun banyak kali Hairul pesan supaya hati-hati dengan Julia.
‘Ya Allah apa aku patut buat ya allah aku sudah mula mencintai suamiku sendiri tapi disisi lain kakak kandung aku sendiri nak runtuhkan rumahtangga aku ya allah.' Gumum Juliana dalam hati.
Juliana bangun dan duduk disisi Tengku Ethan yang sedang tidur diatas katil. Pelan-pelan airmatanya mengalir dipipi tanpa sedar Tengku Ethan melihat Juliana dengan mata sedikit terbuka.
‘Kenapa dia menangis adakah sebab dia kena kahwin dengan aku.” Kata Tengku Ethan didalam hati.
Setelah Juliana baring semula Tengku Ethan pun memejamkan matanya dan tertidur. Lama-kelamaan Juliana juga terlelap.
Kring… Kring…
Jam di telefon Juliana sudah berbunyi. Juliana bangun dan terus menutup jam itu. Juliana melangkah masuk ke bilik air. Setelah membersihkan diri Juliana keluar dan terus menunaikan solat subuh. Setelah selesai Juliana membangunkan Tengku Ethan.
“Awak bangun solat subuh.” Ujur Juliana sambil mengoyangkan bahu Tengku Ethan.
“Ye ye.” Jawab Tengku Ethan dalam mata tertutup.
Tengku Ethan bangun dan terus ke bilik air dan membersihkan dirinya. 30 minit kemudian Tengku Ethan keluar dan terus menunaikan solat. Setelah selesai Tengku Ethan dan Juliana turun ke ruang makan.
“Morning mama, papa.” Ujur Juliana dengan ceria.
“Morning pengantin baru awal bangun tak penat ke.” Kata Dato Jonatan kepada anak dan menantunya itu.
“Tak pun.” Jawab Juliana ringkas.
Juliana menyenduk bihun goreng kedalam pinggan Tengku Ethan dan baru pinggannya. Julia melihat apa yang dilakukan Juliana terus memasang muka tidak berpuas hati. Baru saja Juliana hendak menyuap bihun goreng ke dalam mulutnya Tengku Ethan memanggil Dato Jonatan dan Datin Jasmina.
“Mama,papa em.. Ethan nak minta izin untuk bawa Juliana pindah ke rumah Ethan boleh.” Tanya Tengku Ethan kepada Dato Jonatan dan Datin Jasmina.
“Boleh apa salahnya lagi pun Juliana kan sudah jadi isteri kamu.” Balas Dato Jonatan dan Tengku Ethan hanya mengangguk. Juliana hanya menyambung makan semula.
Share this novel