BAB 61

Romance Series 53070

Bab 61.

Tok.. Tok..

“Masuk.” Laung Tengku Ethan dengan kuat.

“Tengku semua dah ada dibilik meeting tinggal Tengku saja.” Ucap Jenny sambil berdiri dihadapan pintu kerja Tengku Ethan.

“Okey baik jom kita ke sana.” Ujur Tengku Ethan sambil berusaha berdiri.

“Tengku okey tak ni kalau tak okey saya panggil Tengku Ethar ya.” Tanya Jenny kepada Tengku Ethan.

“Tak,tak perlu saya okey, dah jom.” Balas Tengku Ethan dan terus berjalan keluar dari bilik kerjanya.

Tengku Ethan berjalan ke bilik meeting dengan terhoyong hayang. Jenny yang melihat cara jalan Tengku Ethan turut risau. Setelah sampai dihadapan bilik meeting Tengku Ethan terus masuk sambil memegang kepalanya. Semua yang ada didalam bilik meeting itu bangun bila melihat kedatangan Tengku Ethan. Tengku Ethan masuk dan duduk dikerusinya dan semua yang ada didalam bilik itu terus duduk.

“Boleh mulakan sekarang.” Ucap Tengku Ethan dengan lemah.

“Baik Tengku, kita mulakan dengan tapak projek yang ada di Johor. Baik projek sudah berjalan dalam 20% Tengku semua berjalan dengan lancar tak ada masalah apa-apa Tengku.” Terang Salah seorang staf kepada Tengku Ethan.

“Good next.” Ujur Tengku Ethan yang masih dalam keadaan lemah.

“Maaf Tengku ini soal majlis annual dinner yang akan diadakan lusa. Semua persiapan sudah siap. Tengku mahu tambah apa-apa lagi tak.” Tanya Staf yang memakai baju berwarna kuning cair itu.

“Tak ada saya nak awak pastikan semua yang saya bagitahu haritu ada dari makanan, deko dan sebagainya faham.” Balas Tengku Ethan sambil memicit kepalanya.

“Baik Tengku.” Ucap Staf tadi dengan senyuman.

“Ada apa-apa lagi tak.” Soal Tengku Ethan kepada staf-stafnya itu

“Kalau taka da kamu semua boleh bersurai.” Ucap Tengku Ethan sambil bersandar di kerusinya.

Setelah semua staf keluar dari bilik itu Tengku Ethar dan Jenny langsung menghampiri Tengku Ethan yang sedang memejamkan matanya. Tengku Ethan duduk dikerusi yang ada disisi Tengku Ethan dan Jenny berdiri disisi Tengku Ethan.

“Kau okey tak along.” Tanya Tengku Ethar kepada Tengku Ethan.

“Aku tak okay angah kepala aku ni sakit gila macam nak pecah dah ni.” Balas Tengku Ethan sambil memicit kepalanya.

"Kalau macam tu jom la aku hantar kau pergi klinik risau pula aku." Ujur Tengku Ethar kepada kembarnya itu. 

"Boleh juga tu. Jenny tolong tunda semua urusan saya hari ini lepas saya pergi klinik saya akan balik terus ya." Ucap Tengku Ethan sambil mengemas meja kerjanya dan terus bangun dari kerusinya. 

"Baik Tengku." Jawab Jenny dengan menganggukkan kepalanya kepada Tengku Ethan. 

"Good thanks Jenny." Kata Tengku Ethan dan terus berjalan ke pintu biliknya itu. 

Tengku Ethan dan Tengku Ethar berjalan kearah lift khas mereka.  Tengku Ethar meletakkan ID cardnya di tempat scan yang ada disisi kanan lift itu dan pintu lift itu terus terbuka. Setelah mereka masuk kedalam lift itu Tengku Ethan berdiri sambil memegang pemegang besi yang ada di dalam lift itu. Lama-kelamaan penglihatannya menjadi semakin kabur dia menoleh kearah Tengku Ethar tapi wajah kembarnya itu ada banyak. Tengku Ethan memejamkan matanya dan kemudian membuka kembali dan apa yang dilihatnya sama seperti tadi malah sekarang semakin banyak. 

"Kau okey tak ni Along." Tanya Tengku Ethar kepada Tengku Ethan. 

"Mata aku semakin kabur dan kepala aku pun makin sakit aduh kenapa dengan aku ni." Balas Tengku Ethan sambil mengosok matanya perlahan. 

"Kalau macam tu mai la aku pimpin kau." Ucap Tengku Ethar dan terus memimpin abangnya itu. 

"Aduh angah kepala aku sakit sangat ni aku tak tahan." Selepas mengucapkan itu Tengku Ethan terus pengsan di bahu Tengku Ethar. 

"Wey Along bangun kau jangan main-main la. Aduh lambat lagi ke lift ni." Gumam Tengku Ethar sambil menepuk pipi abangnya itu. 

Setelah lift itu terbuka Tengku Ethar memimpin abangnya keluar dari lift itu. Setelah sampai di lobi Tengku Ethar meletakkan Tengku Ethan duduk di kerusi yang ada disitu. Selepas itu dia terus berlari kearah keretanya yang sudah terparking dihadapan pintu utama itu. 

"Naufal, awak ikut saya sekarang." Ujur Tengku Ethar kepada salah seorang pengawal keselamatan di situ. 

"Baik Tengku." Balas pengawal keselamatan yang bernama Naufal itu. 

Tengku Ethar memegang tangan kanan Tengku Ethan dan Naufal memegang tangan kiri Tengku Ethan. Setelah itu mereka memimpin Tengku Ethan masuk kedalam kereta.

“Thanks Naufal, awak boleh sambung kerja balik.” Ucap Tengku Ethar kepada Naufal.

“Welcome Tengku.” Jawab Naufal kepada Tengku Ethar dan dia terus Kembali ke posisi asalnya semula.

Setelah Naufal Kembali ke posisinya Tengku Ethar terus masuk ke dalam kereta miliknya dan terus memandu ke hospital berhampiran. Setelah 15 minit memandu kini mereta telah tiba di hospital dan Tengku Ethar terus parking keretanya dihadapan unit kecemasan dia keluar memanggil nurse yang ada di situ dan mereka terus mengangkat Tengku Ethan yang masih pengsan itu keatas stretcher dan terus menolah masuk kedalam zon kuning.

“Encik, Encik tolong daftar dulu setelah itu Encik boleh masuk.” Kata Salah seorang nurse itu dengan senyuman.

“Baik saya pergi dulu.” Balas Tengku Ethar dan terus melangkah ke kaunter pendaftaran.

Setelah sampai di kaunter pendaftaran Tengku Ethar terus memberi kad pengenalan diri Tengku Ethan kepada pegawai yang ada disitu. Pegawai itu ambil dan terus menaip sesuatu di computer dihadapannya. Setelah mendaftar Tengku Ethar Kembali ke bahagian kecemasan semula. Tak lama kemudian seorang nurse keluar dari salah satu bilik disitu.

“Nurse macam mana dengan abang saya.” Tanya Tengku Ethar dengan berkerut dahinya.

“Maaf Encik abang Encik sedang ditangani harap Encik bersabar ya saya minta diri dulu.” Balas Nurse itu dan terus berlalu pergi.

Setelah mendengar jawapan dari nurse itu Tengku Ethar Kembali duduk di kerusi yang disediakan. Tiba-tiba dia teringat sesuatu kemudian dia terus menyeluk poket seluarnya untuk mengeluarkan telefonnya dan terus menelefon seseorang.

“Hello Assalammualaikum kak long, angah nak bagitahu sesuatu harap kak long tenang ya. Sebenarnya tadi selepas meeting along pengsan dan terus angah bawa pergi hospital. Sekarang kami ada di KPJ dan along masih dalam perawatan doctor.” Terang Tengku Ethar kepada Juliana.

“Ya baik angah tunggu sekarang angah masih di wad kecemasan lagi nanti apa-apa angah bagitahu lain ya.” Ujur Tengku Ethar kepada Juliana di telefon.

Setelah menamatkan panggilan itu Tengku Ethar menyimpan semula telefonnya kedalam poket seluarnya. Setelah 30 minit menunggu seorang doktor keluar dari bilik itu Bersama dengan beberapa orang nurse sambil menolak katil yang ditempati oleh Tengku Ethan.

“Maaf encik keluarga pesakit ke.” Tanya Doktor yang bernama Suria itu dengan senyuman.

“Ya saya, macam mana dengan abang saya doktor serius ke penyakit dia doktor.” Soal Tengku Ethar Kembali kepada Doktor Suria itu.

“Keadaan abang encik stabil dan tak ada apa-apa yang serius pun. Boleh saya tanya satu soalan.” Ujur Doktor Suria kepada Tengku Ethar.

“Boleh, doktor nak tanya apa tu.” Balas Tengku Ethar dengan berkerut dahinya.

“Abang encik dah berkahwin atau belum saya ingin memastikan dugaan saya tentang keadaan abang encik ni betul atau tidak itu saja.” Ucap Doktor Suria sambil melihat kearah Tengku Ethan yang masih belum sadarkan diri itu.

“Oh abang saya memang sudah berkahwin doktor kalau boleh saya tahu apa dugaan doktor tadi ya.” Kata Tengku Ethar dengan kerutan didahinya.

“Tidak mengapa nanti kalau isteri abang encik sudah datang tolong minta dia berjumpa dengan saya ya untuk pemeriksaan lanjut ya. Oh ya abang encik kami akan pindahkan wad biasa untuk pemantauan beberapa hari. Kalau begitu saya minta diri dulu ya.” Ucap Doktor Suria dan terus berlalu pergi.

Share this novel

Zai Zai
2024-09-25 13:11:12 

next

Zai Zai
2024-09-20 05:55:45 

bila nak sambung ni

Zai Zai
2024-08-30 20:42:50 

lagi


NovelPlus Premium

The best ads free experience