BAB 51
Tepat 100 hari selepas kelahiran anak-anaknya, Tengku Ethan dan Juliana mengadakan majlis akikah di sebuah hotel yang baru dibeli oleh Tengku Ethan. Semua persiapan sudah selesai dan tinggal tunggu para tetamu saja lagi.
"Sayang mana babies hubby tak nampak pun dari tadi." Tanya Tengku Ethan sambil duduk disisi Juliana.
"Ada tadi Acik dengan Zarul bawak pergi jumpa mummy dan daddy." Balas Juliana sambil melukis sesuatu di Ipadnya.
"Ni sayang buat apa ni." Soal Tengku Ethan sambil melihat kearah Ipad Juliana.
"Oh ni design baju baru. Tadi hubby pergi mana." Ujur Juliana sambil memeluk lengan Tengku Ethan.
"Cantik. Oh ya sayang kalau hubby nak buat satu design boleh tak sebenarnya hubby dah lama nak buat tapi hubby takut tak sesuai hari ni hubby nak juga design nanti sayang komen okey ke tak." Ucap Tengku Ethan dan terus melukis mengunakan Ipad Juliana.
"Okey tapi sayang nak pergi bilik air dulu ye nanti sayang datang balik." Balas Juliana dan terus ke bilik air yang ada di dapur.
Tengku Ethan terus melukis dengan sangat focus sehingga Juliana duduk disisinya pun dia tidak sedar. Setelah siap melukis Tengku Ethan terus mencari Juliana dan terkejut bukan kepalang saat dia melihat kesisinya.
"La sayang disini ke ingat sayang masih ada di bilik air." Kata Tengku Ethan sambil memusingkan badannya mengadap Juliana.
"Sayang dah lama duduk disini hubby saja yang focus sangat melukis sampai sayang panggil pun tak jawab akhirnya sayang diam saja la." Jawab Juliana dengan muncung itiknya.
"Sorry la sayang hubby memang akan focus bila membuat sesuatu hal sayang pun tahu hal itukan. Nah hubby dah siap dah sayang tengok okey ke tak." Ujur Tengku Ethan sambil menyerahkan Kembali Ipad kepada Juliana.
Setelah 5 minit Juliana melihat Ipadnya masih belum ada jawapan yang Tengku Ethan dapat dari lukisannya tadi. Tengku Ethan mengerutkan keningnya dan terus memanggil Juliana.
"Sayang macam mana okey tak lama hubby tunggu tapi sayang langsung tak bagi jawapan. Dada hubby dah berdebar-debar tau tak bila tunggu jawapan dari sayang." Ujur Tengku Ethan sambil memegang tangan Juliana.
“Sorry hubby kalau buat hubby menunggu lama sebab design hubby cantik sangat sayang tak tahu nak komen macam mana tapi sayang akan ambil design hubby untuk salah satu baju di butik sayang." Balas Juliana dengan senyum yang sangat manis dan menampakkan lesung pipitnya.
"Yeke sayang alhamdulillah tapi hubby nak komisen boleh." Tanya Tengku Ethan dengan menaikkan keningnya.
“Boleh hubby nak berapa." Soal Juliana balik.
"Hubby akan bagitahu malam nanti pada sayang sekarang simpan Ipad tu dan ikut hubby cari anak-anak kita hubby dah rindu diorang ni." Jawab Tengku Ethan sambil bangun dari sofa itu dan berdiri di hadapan Juliana.
"Okey lagipun dah lama diorang tak menyusu nanti buat perangai pula masa majlis." Ujur Juliana sambil menyimpan Ipadnya kedalam sebuah laci.
Mereka mencari dimana anak-anak mereka berada sehinggalah mereka nampak anak-anak mereka yang sedang digendong dan duduk diatas buaian ditepi kolam renang. Mereka mendekati kearah kolam renang dengan senyuman.
"Hai anak-anak mummy buat apa tu." Tanya Juliana sambil mendekati kearah buaian.
Tak buat apa pun cuma duduk dengan ibu long dan auntie saja. Julia membuat suara macam anak kecil. Julia dan Juliana sudah berbaik sejak Julia tahu tentang kehamilannya. Sejak itu dia mula berubah demi keluarga kecilnya itu.
"Akak dah lama sampai." Tanya Juliana sambil menyalami tangan kakaknya.
"Ada dalam 10 minit akak nampak diorang ni duduk disini tu yang akak duduk dekat sini kena angin sikit." Balas Julia sambil mengendong Jaclyn. Manakala anaknya yang lain sudah tidur didalam stroller.
"Oh yeke akak datang seorang saja ke." Soal Juliana sambil duduk di kerusi yang ada di tepi kolam itu.
"Tak akak datang dengan Zack tapi Zack dan Zarul dah pergi mana entah akak pun tak tahu." Jawab Julia.
"Oh yeke tak apa la ni dah berapa bulan." Tanya Juliana sambil mengusap perut Julia.
"6 bulan dah Lia." Jawab Julia dengan senyuman.
"Em.. Sayang, hubby pergi dekat Zack dengan Zarul dulu ye." Kata Tengku Ethan sambil menunjuk kearah sebuah khemah.
"Okey tapi nanti kalau hubby nak makan hubby panggil sayang ye." Balas Juliana. Tengku Ethan hanya menjawab dengan anggukkan.
"Tak lama lagi Lia dapat anak buah pula la ye bestnya anak-anak Lia ada kawan la macam tu." Ujur Juliana dengan ceria.
"Insyaallah Lia doakan akak melahirkan dengan selamat ye. Sekarang pun akak rasa sakit disana sini." Kata Julia.
"Insyaallah tak ada apa yang akan berlaku dan Lia akan doakan untuk akak. Lia pun dulu macam tu juga sampai kena duduk atas kerusi roda." Balas Juliana sambil menepuk paha Julia. Julia hanya mengangguk bila mendengar kata-kata dari adiknya itu.
Setelah berbual-bual Tengku Ethan melambaikan tangan kepada Juliana. Juliana memandang Tengku Ethan dengan senyuman. Julia dan Tengku Elly juga melihat kearah Tengku Ethan dengan berkerut dahi.
"Kak Jue, acik jom kita makan tu The biggest boss saya dah panggil nanti kalau dia dah merajuk muncung dia lagi panjang dari saya tahu." Kata Juliana sambil bangun dari buai itu.
"Kak long pergi la acik boleh tolong jagakan babies nanti kita tukar giliran ye." Ujur Tengku Elly sambil mengambil Jaclyn dari Juliana.
"Ha ye la nanti kalau diorang nangis acik panggil kak long ye." Jawab Juliana dan terus berlalu ke arah Tengku Ethan.
Setelah Juliana mengambil makanan untuknya dan Tengku Ethan dia terus mendekati Tengku Ethan yang sedang duduk berbual dengan Zack dan Zarul. Juliana menemani Tengku Ethan makan dan setelah itu Juliana dan Tengku Ethan naik ke bilik bersama dengan anak-anak mereka.
"Hubby tolong tutup langsir sikit." Ujur Juliana yang sedang menyusu Jesslyn.
"Sayang nak apa-apa tak hubby tolong ambilkan." Tanya Tengku Ethan sambil menutup kain langsir.
"Tak ada sayang rasa nak rehat kejap sebelum majlis mula." Balas Juliana sambil menidurkan Jesslyn.
"Ha ye la hubby nak turun kejap nanti bila majlis nak mula hubby naik panggil ye." Ujur Tengku Ethan dan terus mengucup dahi dan bibir Juliana.
"Okey." Jawab Juliana ringkas dan dengan senyuman.
Setelah Tengku Ethan keluar dari bilik itu Juliana terus menyusu Jaclyn dan Edward sampai anak-anaknya tertidur. Selepas anak-anaknya tidur Juliana juga melelapkan matanya dan tertidur.
"Ethan, Lia mana." Tanya Julia yang baru selesai makan.
"Oh Ana tengah berehat di atas dengan babies nanti majlis nak mula baru diorang turun." Balas Tengku Ethan.
"Oo.. okeylah oh ya Ethan I naik bilik dulu la tadi Zack dah booking untuk I berehat." Ujur Julia.
"Ha ye la I pun nak pergi tengok apa lagi yang tak siap." Ucap Tengku Ethan dan berlalu ke arah dewan.
Setelah tetamu sudah mula datang Tengku Ethan terus naik ke bilik untuk memanggil Juliana. Sampai saja di biliknya Tengku Ethan melihat Juliana sedang menyalin pakaian anak-anak mereka. Tengku Ethan terus menolong Juliana untuk menyalin pakaian anak-anak mereka. Setelah siap mereka turun ke dewan dan mereka melihat tetamu sudah memenuhi halaman rumah itu.
"Assalammualaikum kepada semua para tetamu yang sudah hadir ke majlis akikah pada malam ini. Tanpa membuang masa lagi saya menjemput Tengku Ethan Adrian untuk memberi ucapan dipersilakan." Ucap pengacara majlis itu. Tengku Ethan pun naik ke atas pentas dengan senyuman.
"Assalammualaikum saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudah hadir ke majlis akikah anak-anak saya. Disini saya ingin memperkenalkan anak sulung saya yang bernama Ahmad Edward Jaffan, anak kedua saya Nur Edlina Jaclyn, dan anak ke tiga saya Nur Edlina Jesslyn. Tanpa membuang masa lagi para hadirin dipersilakan untuk menjamu selera." Ucap Tengku Ethan dengan senyuman.
Setelah membuat ucapan Tengku Ethan Kembali duduk disisi Juliana dan mengendong Jesslyn yang sedang tertidur. Juliana tersenyum saat Tengku Ethan mengendong Jesslyn kerana Jesslyn memang manja dengan Ethan dan wajah mereka pun sangat mirip sekali.
sorry lama tak update harap semua yg membaca berpuas hati dan jangan lupa komen ya
Share this novel