BAB 16
Sudah 3 minggu selepas kejadian itu. Juliana dan Tengku Ethan walaupun duduk serumah tapi jarang berjumpa. Juliana sedang menyiapkan sarapan didapur memandangkan Mak Tom masih lagi bercuti sebab anaknya baru melahirkan.
“Okey dah siap sekarang masa untuk pergi butik.” Gumum Juliana sendiri.
Setelah merapikan baju dan tudungnya Juliana terus mengambil beg dan kunci keretanya. Tengku Ethan yang baru turun terus memanggil Juliana.
“Ana tunggu.” Panggil Tengku Ethan. Ana itu adalah nama panggilan Tengku Ethan untuk Juliana.
“Apa kalau awak nak sarapan tu saya sudah siapkan sekarang saya nak pergi butik dulu.” Ujur Juliana tanpa memandang wajah Tengku Ethan.
“Bukan itu yang saya nak, Saya nak tanya kenapa awak selalu asyik nak mengelak saja dari saya.” Tanya Tengku Ethan.
“Tak ada apa-apa lagi pun mana ada saya cuba nak mengelak dari awak saya just banyak kerja saja di butik itu saja.” Jawab Juliana sedikit gagap.
“Awak masih marah pada saya lagi ke okey saya nak minta maaf sebab buat macam tu pada awak. Saya memang tak boleh nak kawal diri masa tu. Kalau jadi apa-apa pada awak saya akan bertanggungjawab.” Ujur Tengku Ethan sambil memegang tangan Juliana.
“Betul awak akan bertanggungjawab.” Soal Juliana yang menginginkan kepastian.
“Ye betul saya akan bertanggungjawab kalau awak pregnant lagi saya suka sebab awak pregnant dari benih saya juga kan.” Balas Tengku Ethan sambil mengusap perut Juliana.
“Awak janji.” Ujur Juliana sambil menunjukkan jari kelingkingnya dihadapan Tengku Ethan.
“Ye saya janji. Sekarang saya akan jaga awak sampai bila-bila.” Ucap Tengku Ethan sambil mengusap pipi isterinya itu.
“Baik saya pegang janji awak tu okey la saya pergi butik dulu sebab hari ni stok baru masuk.” Kata Juliana kepada Tengku Ethan.
“Okey hati-hati memandu tu ya.” Ujur Tengku Ethan sambil mengusap kepala Juliana.
“Ye Hubby.” Balas Juliana dengan nada manja.
“HUBBY!!! Why you coll me hubby.” Tanya Tengku Ethan kepada Juliana.
“Kenapa salah ke kalau saya panggil awak hubby. Saya panggil awak hubby sebab awak kan husband saya biar lebih mesra.” Balas Juliana dengan senyuman.
“Oo.. kalau macam tu saya panggil awak sayang la biar lebih mesra boleh.” Ujur Tengku Ethan dengan membalas senyuman dari isterinya itu.
“Boleh je ikut hubby la nak panggil apa pun.” Ucap Juliana sambil melihat wajah suaminya itu.
“Okey kalau macam tu hubby panggil sayang,sayang la sweet sikit.” Kata Tengku Ethan dengan senyuman.
“Okey la sayang pergi dulu ye hubby nanti lambat pula.” Ujur Juliana sambil menghulurkan tangan kepada Tengku Ethan.
“Okey hati-hati ya sayang.” Balas Tengku Ethan sambil menyambut tangan Juliana.
“Baik Hubby Assalammualaikum.” Ujur Juliana sambil melangkah ke pintu rumah itu.
“Wa’alaikummussalam sayang.” Jawab Tengku Ethan dengan senyuman.
Juliana keluar dan duduk di kerusi yang ada di sebelah almari kasut itu. Baru saja selesai memakai kasut tiba-tiba Juliana merasa mual tapi dia cuba menahan. Juliana terus membuka kereta dan menghidupkan enjin keretanya. Setelah 5 minit menunggu Juliana mula memandu ke butiknya. Setelah sampai juliana parking di tempat khasnya dan terus masuk kedalam butiknya.
“Assalammualaikum Dian.” Juliana memberi salam kepada Dian yang sedang mengira stok baju.
“Wa’alaikummussalam Puan Lia.” Jawab Dian dengan senyuman.
“Dian awak kira dulu saya nak pergi toilet dulu ya.” Ujur Juliana dan terus berlari ke toilet.
Juliana terus ke toilet dan memuntahkan semua isi perutnya. Setelah selesai Juliana keluar dan terus duduk di hadapan Dian dengan berkerut dahi.
“Puan Lia okey tak ni.” Tanya Dian dengan risau.
“Okey cuma rasa tak sedap badan sikit. Dian awak ada gula-gula tak kalau ada saya nak sikit.” Balas Juliana sambil duduk dihadapan Dian.
“Ada kejap saya ambilkan.” Ujur Dian dan terus bangun ke kaunter pembayaran.
“Nah ni Puan Lia. Tapi kalau Puan Lia rasa tak okey juga Puan Lia pergi la berehat saya boleh buat semua ni seorang.” Sambung Dian sambil duduk di tempatnya semula.
“Okey nanti kalau saya dah okey saya tolong awak ye saya masuk bilik kejap.” Ujur Juliana. Dian hanya mengangguk kepala.
Juliana masuk kedalam pejabatnya dan terus baring diatas sofa. Dian terus meneruskan kerja yang tertangguh tadi.
Tok.. Tok..
“Masuk.” Laung Tengku Ethan dari dalam bilik air yang ada didalam pejabatnya.
“Wey along kau kat mana.” Tanya Tengku Ethar yang baru masuk kedalam bilik Tengku Ethan.
“Ini aku ada dalam toilet kau nak apa.” Tanya Tengku Ethan balik.
“Aku datang nak bagi fail kau buat apa dalam toilet tu lama-lama.” Ujur Tengku Ethar kepada abang kembarnya itu.
“Tadi aku minum air yang siti buat tiba-tiba rasa mual gila aku pergi la toilet habis semua sarapan aku tadi keluar baik tak pernah aku rasa macam ni air ni pun rasa lain macam saja.” Balas Tengku Ethan sambil keluar dari bilik air itu.
“Rasa lain macam, rasa macam mana tu.” Soal Tengku Ethar dengan berkerut dahinya.
“Kau rasa ee.. tak sedap langsung.” Balas Tengku Ethan. Tengku Ethar terus minum air yang ada diatas meja kerja Tengku Ethan itu.
“Okey je aku rasa macam biasa saja.” Ujur Tengku Ethar.
“Kau biar betul habis kenapa aku rasa air tu tak sedap.” Kata Tengku Ethan sambil berkerut dahinya.
“Lidah kau tu dah rosak kot. Sudah la kau sign cepat fail itu aku nak sekarang.” Ujur Tengku Ethar sambil menunjuk kearah fail hitam tebal di atas meja Tengku Ethan itu.
“Yela nanti kau tolong pesan dekat Jenny yang aku tak nak diganggu. Aku nak rehat kejap sakit kepala pula.” Pesan Tengku Ethan kepada Tengku Ethar.
“Okey-okey sudah sekarang rehat la aku keluar dulu.” Ucap Tengku Ethar dan terus keluar dari bilik Tengku Ethan.
Selepas Tengku Ethar keluar Tengku Ethan terus baring diatas sofa yang ada di dalam biliknya. Tak menunggu lama setelah Tengku Ethan meletakkan kepalanya diatas sofa Tengku Ethan terus tertidur.
Share this novel