BAB 35

Romance Series 53070

BAB 35

Hari ini Tengku Ethan harus mengemas barang-barangnya kerana harus pergi outstation di Terengganu. Setelah siap packing Tengku Ethan terus ke bilik Tengku Ethar.

Tok.. Tok..

"Ye Masuk la pintu tak berkunci." Laung Tengku Ethar dengan kuat.

"Angah esok aku kena pergi outstation di Terengganu so aku nak kau handle office baik-baik." Ujur Tengku Ethan sambil duduk di birai katil Tengku Ethar.

"Kau pergi berapa hari along." Tanya Tengku Ethar yang masih menaip sesuatu di laptopnya

"Aku pergi dalam seminggu macam tu kenapa." Balas Tengku Ethan.

"Tak ada la kau pun tahu kan projek yang aku handle di Melaka tu banyak lagi yang tak siap so minggu depan aku kena pergi sana." Ujur Tengku Ethar sambil memandang Tengku Ethan.

"Insyaallah sempat aku balik pagi sabtu lagipun sabtu office tutup kan." Jawab Tengku Ethan sambil bermain telefonnya.

"Okey la kalau macam tu. Em along aku nak tanya kau sikit boleh tak." Soal Tengku Ethar.

"Kau nak tanya apa." Balas TengkuEthan yang masih main telefonnya.

"Kau tak nak bawa kak long balik sini ke aku teringin nak ada anak buah." Tanya Tengku Ethar dengan kening di angkat.

'Tak lama lagi kau akan dapat anak buah sebab sekarang kak long kau tengah pregnant.' Kata-kata itu hanya terluah didalam hati Tengku Ethan saja.

"Wey along kau dah kenapa tersenyam-senyum macam tu." Tanya Tengku Ethar sambil menepuk bahu Tengku Ethan.

"Tak ada apa la. Nanti kak long kau tu akan balik sini juga. Eh okey la aku nak tidur esok nak gerak awal." Balas Tengku Ethan dan terus berlalu ke biliknya.

Setelah Tengku Ethan keluar dari bilik Tengku Ethar dia terus masuk ke dalam biliknya. Sudah sebulan dia pindah duduk di rumah Tengku El Amin.

"Apa sayang tangah buat sekarang ye. Rindu pula hubby dengan sayang." Gumum Tengku Ethan sendiri.

Tengku Ethan mengambil telefonnya dan terus menghantar chat kepada Hairul. Tak lama kemudian chatnya dibalas oleh Hairul.

'Lia ada tengah makan. Kau nak tahu dia makan dah 2 pinggan aku yang tengok ni pun rasa kenyang tahu tak.'- Hairul.

'Iye cuba kau record aku nak tengok.'- Tengku Ethan(adik iparku).

'Kejap.'- Hairul.

Setelah 5 minit menunggu ada satu chat masuk Tengku Ethan terus membuka chat tersebut. Terbuntang matanya bila melihat hidangan yang ada dihadapan Juliana.

'Wey kau biar betul asal banyak sangat dia tak takut gemuk ke.'- Tengku Ethan(adik iparku)

'Dah tadi aku dah cakap jangan order banyak-banyak nanti gemuk kau tahu dia jawab apa. Dia jawab sekarang dia tengah stress sebab kau langsung tak balas chat dia dan coll dia.'- Hairul.

'Bukan aku saja-saja tak nak balas tapi aku nak tengok dia rindu aku atau tak. Aku dah nekad 3 minggu ni aku tak nak balas chat dia dan jawab coll dia.'- Tengku Ethan(adik iparku)

'Ha yela tapi kalau jadi apa-apa pada Lia macam mana. Doktor selalu pesan jangan bagi dia stress kalau dia stress mungkin kandungan dia dalam bahaya.'- Hairul.

'Tak apa kita tengok macam mana. Oh ya esok aku outstation kat Terengganu dan homestay yang aku sewa pun dekat dengan rumah ibu jadi boleh la aku usya isteri kesayangan aku tu.'- Tengku Ethan(adik iparku)

'Wow boleh la lepas solat aku pergi lepak homestay kau tu.'- Hairul.

'Boleh no hal la tapi kau jangan bagitahu Juliana pula.'- Tengku Ethan(adik iparku)

'Ok la wey ni Lia pun dah siap makan kejap lagi mesti dia nak balik so aku nak drive dulu ye.' Hairul.

'Ha okok drive tu hati-hati tau. Jaga isteri dan anak aku tau.'- Tengku Ethan(adk iparku).

Setelah membalas chat Hairul, Tengku Ethan terus baring di atas katilnya. Baru saja Tengku Ethan hendak memejamkan matanya telefonnya berbunyi lagi. Tengku Ethan terus melihat siapa yang menelefonnya.

"Nak jawab ke tak ye. Arh.. Tak payah la." Gumum Tengku Ethan sendiri.

"Please hubby tolong la jawab sayang rindu sangat dekat hubby ni." Kata Juliana sambil menahan sebak.

Tut.. Tut...

"Tak apalah mungkin hubby sudah tak sayangkan sayang lagi lepas ni sayang tak akan coll atau chat hubby lagi Selamat malam hubby." Gumum Juliana sendiri dan terus mematikan telefonnya.

"Sabar ye sayang kalau baba tak nak sayang mummy ada untuk sayang anak-anak mummy ni uncle Arul pun ada untuk anak-anak mummy ni." Ujur Juliana sambil mengusap perutnya airmatanya turut mengalir di pipi.

Setelah melayan perasaan akhirnya Juliana terlelap dengan bekas airmata. Puan Hanis masuk ke dalam bilik Juliana untuk melihat keadaan Juliana.

"Ibu buat apa di bilik Lia ni ibu." Tanya Hairul yang baru keluar dari biliknya.

"Tadi masa ibu lalu ibu ada terdengar yang Ethan tak nak baby tu betul ke." Soal Puan Hanis kepada anak lelakinya itu.

"Tak adalah ibu Ethan selalu tanya Arul macam mana keadaan Lia dengan baby. Sekarang ni Ethan memang tak jawab coll dan tak balas chat dari Lia sebab nak tengok macam mana Lia rindukan dia. Entah la Arul pun pening dengan diorang ni." Jawab Hairul sambil berpeluk tubuh dan mata memandang Juliana yang sedang tidur itu.

"Oh yeke tak apa biarlah diorang selesaikan sendiri masalah diorang kita hanya mampu berdoa. Dah la jom pergi tidur ibu dah mengantuk ni." Ujur Puan Hanis sambil menarik lengan anak lelakinya itu keluar dari bilik Juliana.

"Ye la ibu tapi Arul nak pergi dapur kejap nak buat air." Balas Hairul.

"Ha yela ibu masuk dulu la ye. Arul jangan tidur lewat sangat ye." Ucap Puan Hanis dan terus berlalu ke biliknya.

"Baik ibu." jawab Hairul sambil berjalan ke arah dapur.

Setelah membuat air nescafe 3in1 Hairul naik ke biliknya semula. Baru saja Nak masuk kedalam biliknya Hairul memdengar suara tangisan seseorang.

"Aik.. siapa pula la yang menangis malam-malam ni. Entah-entah Miss K tak yang menangis tu haih seram la pula." Gumum Hairul sendiri.

Hairul terus masuk kedalam biliknya dan dia terus menyambung kerjanya yang terhenti tadi. Semakin lama semakin kuat pula tangisan itu.

"Aduh.. Miss K mana pula yang menangis ni nak buat kerja pun tak senang la." Kata Hairul dan terus keluar dari biliknya untuk mencari suara itu

"Tapi kenapa aku rasa suara tu datang dari bilik Lia jangan-jangan." Ujur Hairul dan terus masuk ke dalam bilik Juliana.

BUM...

"Lia... Lia okey tak." Tanya Hairul di hadapan pintu bilik Juliana.

"Abang.. Lia rindu sangat dengan Ethan tadi Lia mimpi dia datang sini." Balas Juliana dengan airmata mengalir dipipi.

"Apa yang bising sangat ni ibu nk tidur pun tak senang." Soal Puan Hanis

"Ni ha bumil ni yang menangis katanya rindukan suami sampai mimpi suami dia datang sini." Jawab Hairul sambil menunjuk ke arah Juliana.

"Ya allah Lia kenapa sampai macam ni sekali dah tak mau la nangis macam ni nanti baby pun stress tau." Ujur Puan Hanis sambil duduk di birai katil Juliana.

"Ibu Lia rindu Ethan ibu tolong la coll dia ibu. Lia coll dia banyak kali tapi dia tak angkat langsung. " Jawab Juliana sambil menangis.

"Sabar Lia mungkin Ethan sibuk nanti kalau dia dah tak sibuk dia akan coll Lia ye. Sudah sekarang Lia tidur balik dah tak mau sedih-sedih lagi tak baik untuk baby Lia ni." Pujuk Puan Hanis sambil mengusap belakang Juliana.

Setelah Juliana tidur semula Hairul dan Puan Hanis keluar dari bilik Juliana dan kembali ke bilik masing-masing. Hairul terus menghantar chat kepada Tengku Ethan setelah itu Hairul terus baring di atas katilnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience