BAB 55

Romance Series 53070

BAB 55

Tepat pukul 9 malam Tengku Ethan sampai di KLIA dan Din sudah menunggunya di sisi kereta. Tengku Ethan terus masuk kedalam keretanya sementara Din memasukkan beg pakaian Tengku Ethan kedalam kereta.

"Din kita terus ke hospital." Kata Tengku Ethan sambil bermain telefonnya.

"Baik the biggest boss." Jawab Din dan terus memandu ke destinasi mereka.

Setelah sejam perjalanan akhirnya Tengku Ethan sampai di HKL. Tengku Ethan terus keluar dari kereta dan terus ke bilik rawatan Juliana. Tengku Ethan masuk dan melihat Juliana sedang tertidur ditemani oleh Datin Jasmina dan Dato Jonatan.

"Mama, papa macam mana keadaan Ana." Tanya Tengku Ethan sambil menyalami tangan ibubapa mertuanya.

"Lia dah okey sekarang demam pun dah turun." Jawab Datin Jasmina.

"Alhamdulillah risau saya bila daddy bagitahu yang Ana demam teruk sampai tak mau makan." Ujur Tengku Ethan sambil melihat kearah Juliana yang sedang tidur itu.

"Biasalah Lia tu demam rindukan kamu saja tadi masa dengar kamu akan sampai malam ni dia terus coll papa suruh beli makanan. Kamu tahu pizza sekotak, roti canai 2 keping dia makan tu yang tidur sampai sekarang." Ucap Dato Jonatan. Tengku Ethan yang mendengar terus terkejut.

"Betul ke papa tak pernah-pernah dia makan banyak macam tu sekali." Kata Tengku Ethan dengan tidak percaya.

"Ye betul kalau kamu tak percaya kamu tanya mummy dengan daddy kamu diorang pun ada sekali. Mama rasa dia lapar sangat kot sebab tu dia makan banyak sampai macam tu maklumlah 2 hari tak makan." Ucap Datin Jasmina.

"Ye la, mama dengan papa mesti penatkan malam ni biar saya saja yang jaga Ana. Mama boleh berehat di rumah." Ujur Tengku Ethan kepada mertuanya itu.

“Ha yela. Kalau macam itu kami balik dulu ye." Balas Dato Jonatan dan terus bangun diikuti oleh Datin Jasmina.

Setelah ibubapa mertuanya balik Tengku Ethan terus menghampiri Juliana yang sedang tidur itu. Juliana yang menghidu bau yang sangat disukainya terus membuka matanya. Juliana melihat suaminya sedang berdiri di sisinya terus bangun dan memeluk dengan erat sekali.

"Sayang dah sihat." Tanya Tengku Ethan sambil membalas pelukan isterinya.

"Dah sayang rindukan hubby." Jawab Juliana masih didalam pelukan Tengku Ethan.

"Sayang kenapa sampai macam ni sayang kena jaga baby kita ni. Hubby pergi baru sekejap sayang dah sakit sampai macam ni." Ujur Tengku Ethan sambil mengosok belakang Juliana.

"Nak buat macam mana sayang rindu sangat pada hubby." Balas Juliana sambil mengalirkan airmata.

"Dah tak perlulah menangis lagi, kan hubby dah balik." Ujur Tengku Ethan dan terus mengangkat dagu Juliana.

"Hubby janji yang hubby takkan pergi jauh dari sayang lagi lepas ini." Sambung Tengku Ethan sambil mengusap airmata Juliana.

Juliana yang mendengar kata-kata suaminya hanya menganggukkan kepala sahaja. Tengku Ethan terus mengucup dahi Juliana lama. Juliana terus meleraikan pelukannya dan tersenyum pada Tengku Ethan.

"Hubby janji ye jangan pergi jauh lagi." Tanya Juliana yang menginginkan kepastian.

"Ye hubby janji. Lepas ni kalau hubby kena pergi outstation hubby akan suruh angah yang gantikan hubby." Balas Tengku Ethan dengan senyuman.

“Okey. Hubby dah makan." Soal Juliana sambil memegang tangan Tengku Ethan.

"Dah tadi masa On The Way datang sini Din ada belikan mee goreng jadi hubby makan yang itu saja." Jawab Tengku Ethan sambil mengusap kepala Juliana.

"Cukup ke kalau hubby lapar lagi dekat atas meja tu ada lagi makanan yang sayang makan tadi." Kata Juliana sambil menunjukkan kearah sekotak pizza itu.

"Cukup tadi hubby makan 2 bungkus mee gorang. Sekarang hubby nak rehat kejap boleh." Ujur Tengku Ethan sambil naik duduk di sisi Juliana.

"Boleh kita tidur sama-sama atas katil ni jom." Ajak Juliana sambil memberi ruang pada Tengku Ethan diatas katil itu.

"Thanks sayang dah jom kita tidur dah lewat dah ni." Balas Tengku Ethan dan sambil baring disebelah Juliana.

"Okey jom." Kata Juliana dengan gembira.

Mereka berbaring sambil berpelukan dan berbual-bual. Bermacam cerita mereka bualkan sampailah bila Tengku Ethan tanya sesuatu soalan pada Juliana tapi Juliana tak menjawannya.

"La dah tidur rupanya patutlah tanya tak jawab. Selamat Malam sayang mimpi yang indah." Gumum Tengku Ethan sendiri sambil mengusap kepala Juliana lalu mengucup dahi Juliana.

Selepas itu Tengku Ethan terus berbaring dan tertidur. Juliana terbangun bila mendengar suara azan berkumandang. Juliana terus membangunkan Tengku Ethan yang sedang berbaring disisinya.

"Hubby bangunlah nanti waktu habis. Kita solat dulu nanti hubby rehat lagi lepas itu." Ujur Juliana sambil mengoyang bahu Tengku Ethan.

"Ye sayang, hubby bangun." Jawab Tengku Ethan sambil meregangkan badannya.

"Sayang mandi dulu ye lepas tu hubby pula dan nanti kita solat sama-sama ye." Kata Juliana sambil berdiri disisi katil.

"Okey tapi sayang hati-hati ye hubby takut lantai bilik air tu licin." Pesan Tengku Ethan dengan mata masih tertutup.

Juliana hanya menjawab dengan anggukkan dan terus masuk kedalam bilik air. Setelah 15 minit didalam bilik air Juliana keluar dan terus membentangkan sejadah untuknya dan Tengku Ethan.

"Hubby bangun sayang tunggu hubby." Kata Juliana sambil memakai telekung.

"Ye permaisuriku." Jawab Tengku Ethan sambil bangun dan terus masuk ke bilik air.

Setelah membersihkan diri Tengku Ethan keluar dari bilik air dan terus ke tempat sejadah yang dihamparkan oleh Juliana tadi. Tengku Ethan terus mengimamkan solat mereka. Setelah habis solat Juliana dan Tengku Ethan duduk disofa yang ada di dalam bilik itu.

"Hubby, sayang mengidam la agak-agak hubby boleh tunaikan tak." Tanya Juliana sambil duduk bersandar disofa itu.

“Sayang bagitahu dulu selagi hubby boleh tunaikan hubby boleh tunaikan." Balas Tengku Ethan sambil mengusap tangan Juliana.

"Sayang teringin nak pergi Langkawi boleh tak Hubby." Ujur Juliana sambil menyandarkan kepalanya dibahu Tengku Ethan.

"Okey macam ni kalau sayang dah keluar dari sini kita terus pergi kita ajak sekali semua termasuk mama dan papa." Jawab Tengku Ethan sambil mengusap bahu Juliana.

"Betul ni." Tanya Juliana menginginkan kepastian.

"Betul sayang kita pun dah lama tak pergi bercutikan lagipun hubby dah ambil cuti seminggu." Balas Tengku Ethan dengan senyuman.

"Yeah.. Thanks hubby sayang hubby." kata Juliana dan terus megucup pipi Tengku Ethan.

"Wow dapat morning kiss lagi sayang kat sini pula." Ujur Tengku Ethan sambil menunjuk kearah bibirnya.

Tanpa menunggu lama Juliana terus mengucup bibir Tengku Ethan sekilas. Tengku Ethan sudah tersenyum dengan manis sekali. Selepas mengucup bibir Tengku Ethan, Juliana terus ke bilik air dan Tengku Ethan terus ketawa dengan perlahan supaya Juliana tak mendengar.

Tok.. tok..

"Maaf Encik kami datang mahu check keadaan Puan Juliana. Sekarang Puan Juliana ada dimana." Tanya Nurse yang Bernama Nadiah itu.

"Oh isteri saya ada dalam bilik air kejap lagi keluar la tu." Balas Tengku Ethan sambil bermain telefonnya.

"Okey terima kasih." Kata Nurse Nadiah itu sambil memeriksa drip yang digunakan oleh Juliana.

Tak lama kemudian Juliana keluar dari bilik air dan terus duduk di birai katil. Nurse Nadiah senyum kepada Juliana dan dibalas oleh Juliana. Tiba-tiba pintu bilik itu dibuka oleh seorang Doktor.

"Macam mana keadaan Puan hari ini." Soal Doktor Amira kepada Juliana.

"Alhamdulillah Doktor saya dah semakin sihat." Balas Juliana dengan senyuman.

"Alhamdulillah saya tengok pun Puan sudah semakin membaik ye. Macam mana Nurse tekanan darah Puan Juliana." Tanya Doktor Amira sambil melihat kearah Nurse Nadiah.

"Semua okey Dok tekanan darah Puan Juliana pun stabil dan demam Puan Juliana pun sudah turun Doktor." Jawab Nurse Nadiah.

"Okey kalau macam tu Puan sudah boleh balik hari ini. Nurse tolong uruskan semua surat-surat Puan Juliana ye." Ujur Doktor Amira.

"Baik Doktor." Jawab Nurse Nadiah sambil mencabut Jarum yang ada di tangan Juliana.

"Kalau tak ada apa-apa lagi saya minta diri dulu ya Assalammualaikum." Kata Doktor Amira dan terus berlalu pergi.

"Okey saya keluar dulu ya saya akan uruskan surat-surat dan nanti saya akan Kembali." Ucap Nurse Nadiah dengan senyuman dan berlalu keluar dengan barang-barang ditangannya.

Setelah Nurse itu keluar Juliana terus menghampiri Tengku Ethan yang sedang duduk disofa sambil bermain telefonnya. Tengku Ethan yang melihat isterinya duduk di sisinya terus tersenyum.

"Hubby, sayang nak tuntut janji hubby tadi." Soal Juliana dengan senyuman yang manis.

"Janji yang mana." Balas Tengku Ethan berpura-pura tak ingat janjinya tadi.

"Ala janji yang hubby nak bawa satu family kita pergi Langkawi itu la hubby jangan buat-buat lupa ya." Ujur Juliana dengan nada merajuk.

“Okey Fine sebenarnya Hubby dah booking semua flight dan hotel untuk kita disana dan hubby juga sudah bagitahu semua keluarga hubby dan keluarga sayang dan mereka setuju sekarang kita cuma tunggu sayang keluar dan terus ke KLIA." Ucap Tengku Ethan dengan senyuman dan sambil mengusap tangan Juliana.

Juliana yang mendengar terus tersenyum kembali dan terus memeluk Tengku Ethan dengan erat sekali. Tengku Ethan yang melihat gelagat isterinya turut tersenyum gembira kerana isterinya sudah sihat semula seperti sediakala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience