BAB 7
Selepas makan malam Juliana terus naik ke biliknya. Julia juga sudah masuk ke dalam biliknya. Dato Jonatan naik ke atas dan mengetuk pintu bilik Juliana.
Tok.. Tok…
“Masuk.” Laung Juliana sambil tangannya masih melukis.
“Lia kenapa cepat sangat masuk bilik selalunya selepas makan Lia akan duduk di ruang tamu sambil menonton television,” Tanya Dato Jonatan kepada anaknya itu.
“Sorry papa Lia kena siapkan lakaran baju baru ni esok dah nak kena hantar kepada kilang.” Balas Juliana tanpa melihat kepada papanya itu.
“Banyak lagi ke yang Lia kena siapkan.” Soal Dato Jonatan sambil melihat lakaran yang disiapkan oleh Juliana itu.
“Ada lagi dua yang Lia kena siapkan papa.” Jawab Juliana sambil melukis.
“Yela lepas siap semua Lia rehat ya.” Ujur Dato Jonatan sambil mengusap kepala Juliana.
“Baik papa.” Jawab Juliana dengan senyuman yang manis.
“Okey la papa keluar dulu ye.” Kata Dato Jonatan sambil berjalan kearah pintu.
“Okey good night papa assalammualaikum.” Ucap Juliana sambil melihat kearah papanya itu.
“Wa’alaikummussalam.” Jawab Dato Jonatan dengan senyuman kepada anaknya itu.
Dato Jonatan keluar dari bilik Juliana dan terus ke biliknya. Dato Jonatan duduk di atas katil sambil membaca buku. Datin Jasmina keluar dari bilik air dan terus duduk di meja solek.
“Oh ya sayang apa yang sayang nak bagitahu abang tadi.” Tanya Dato Jonatan kepada isterinya itu.
“Oh ya lupa pula, tak tadi masa wedding planner datang pasang pelamin, Jue naik ke bilik dia dan dia menerima telefon dan sayang dengar yang Jue masih cintakan Zack dan sayang juga dengar yang Jue nak kahwin dengan Ethan sebab duit saja bukan sebab cinta.” Terang Datin Jasmina kepada suaminya sambil tangannya menyapu losyen pada tangan yang sebelah lagi.
“Sayang biar betul abang tak percaya la.” Ujur Dato Jonatan ragu-ragu untuk percaya apa yang dikatakan oleh isterinya itu.
“Betul sayang dengar dengan telinga sayang sendiri dan sayang juga dengar kalau Jue akan minta cerai dengan Ethan sekiranya dia dah puas menikmati hartanya Ethan.” Kata Datin Jasmina sambil naik duduk disisi suaminya itu.
“astaghfirullah apa nak jadi dengan Jue ni. Ya allah kesian Ethan kenapa Jue buat dia macam tu so apa kita nak buat sekarang ni tak kan kita nak biarkan perkahwinan ni terjadi. Abang kesian dengan Ethan.” Ucap Dato Jonatan sambil meletakkan buku ditangannya diatas meja sisi katil.
“Apa kata kita bincang dengan Amin dan Ara.” Ujur Datin Jasmina sambil melihat wajah suaminya itu.
“Tak perlu la nanti la abang fikir nak buat macam mana. Sudah sekarang jom kita tidur.” Kata Dato Jonatan dan terus baring diatad katilnya.
“Baiklah abang.” Ucap Datin Jasmina dan terus baring disisi suaminya itu.
Dato Jonatan dan Datin Jasmina sudah mula melelapkan mata. Julia masih membalas chat dari Zack. Juliana juga masih belum tidur dan masih ada lagi satu lakaran yang belum siap.
“Awak jom makan nanti kalau sudah sejuk tak sedap pula.” Kata seorang Wanita yang sedang mengandung kepada Tengku Ethan.
“Sekejap.” Jawab Tengku Ethan yang masih bermail i-padnya.
“Ala jom la saya dan baby dah lapar ni.” Ujur Wanita itu lagi.
“Okey jom.” Balas Tengku Ethan sambil mengangkat wajahnya dan dia terkejut bila melihat Wanita dihadapannya itu.
“Hey kau siapa mana Julia kenapa kau boleh ada disini.” Tanya Tengku Ethan sambil menjauhkan dirinya dengan Wanita itu.
“Saya isteri awak la. Kak Jue kan dah kahwin dengan abang Zack.” Balas Wanita itu.
“Tak,tak,tak mungkin.” Jerit Tengku Ethan dan terjaga dari tidurnya.
“Astaghfirullah kenapa aku asyik mimpi yang perempuan itu yang menjadi isteri aku dan bukannya Julia.” Gumum Tengku Ethan sendiri sambil mengusap wajahnya.
“Along,along okey tak.” Tanya Tengku Elly yang baru masuk ke dalam bilik Tengku Ethan.
“Okey Cuma along mimpi saja.” Balas Tengku Ethan.
“Mimpi perempuan tu lagi ke.” Soal Tengku Ethar kembar kepada Tengku Ethan.
“Ha’ah along pun tak tahu kenapa along asyik mimpi yang perempuan itu yang jadi isteri along dan bukan Julia yang jadi isteri along.” Jawab Tengku Ethan kebingungan.
“Em.. mungkin itu adalah petunjuk yang jodoh along bukan dengan Julia tapi dengan perempuan yang ada dalam mimpi along tu.” Kata Tengku Elly dengan senyuman yang manis.
“Dah korang keluar along nak sambung tidur esok along ada meeting penting.” Ujur Tengku Ethan dengan tegas kepada adik-adiknya itu.
“Okey baik jom acik.” Ucap Tengku Ethar sambil menarik tangan adiknya Tengku Elly.
Setelah Tengku Ethar dan Tengku Elly keluar dari biliknya. Tengku Ethan masih berfikir tentang perempuan yang sering muncul dalam mimpinya. Setelah lama berfikir Tengku Ethan terus merebahkan tubuhnya dan terus melelapkan matanya.
“Alhamdulillah siap juga akhirnya baik aku tidur sekarang esok lambat pula bangun.” Gumum Juliana sendiri sambil mengemas meja kerjanya.
Setelah siap mengemas meja kerjanya Juliana terus ke bilik air dan mengambil wuduk dan terus baring diatas katinya baru saja meletakkan kepalanya mata Juliana sudah terlelap.
Kring… Kring…
“Ish jam ni kacau la.” Gumum Juliana sambil menutup jam di telefonnya.
“Kenapa cerah sangat ni sekarang bukan pukul 6 ke.” Ujur Juliana sambil membuka telefonnya. Terbuntang matanya bila melihat jam ditelefonnya.
“WHAT!!! Pukul 9 ya allah aku dah lambat.” Jerit Juliana sambil turun dari katilnya dan terus masuk kedalam bilik air.
Setelah siap membersihkan diri dan memakai pakaian Juliana dan mengambil semua barang-barangnya dan terus turun ke ruang tamu dan mengambil kunci keretanya dan terus keluar dari rumah lalu menghidupkan enjin keretanya. Juliana masuk semula kedalam rumah dan bersalam dengan Datin Jasmina.
‘nasib aku cuti hari ni kalau tidak boleh menanah la telinga ni bila dengar bebelan mama kesayangan tu.’ Gumum Juliana didalam hatinya.
Share this novel