BAB 58

Romance Series 53070

BAB 58

Setelah menyiapkan design koleksi baju baru untuk butiknya Juliana mengambil telefonnya dan terus menelefon Tengku Ethan dan tanpa menunggu lama Tengku Ethan telah menjawab panggilan itu.

"Hello Assalammualaikum hubby, sayang nak minta izin nak pergi butik nak hantar design baru ni lepastu nak ambil laporan kewangan butik sekali boleh tak." Tanya Juliana sambil mengemas barang-barangnya yang ada di atas meja.

"Ha okey boleh tapi ingat kalau ada apa-apa terus coll hubby ye." Balas Tengku Ethan di talian.

"Baik hubby bye Love You." Ucap Juliana dengan senyuman.

"Bye Love You Too." Balas Tengku Ethan.

Setelah menamatkan panggilan Juliana terus menghantar chat pada Felix dan terus naik ke biliknya dan bersiap. Setelah bersiap Juliana terus turun dengan drawing booknya dan Bersama handbegnya.

"Mummy, Lia pergi butik kejap ye tadi Lia dah minta izin dari Ethan dan dja izinkan lepas itu Lia terus balik ye." Ujur Juliana sambil menyalam tangan ibu mertuanya.

"Ha ye la hati-hati kalau ada apa-apa cepat-cepat coll mummy tak pun terus coll along tau." Pesan Puan Sri Tengku Enara kepada menantunya itu.

"Baik mummy Lia pergi dulu ye. Assalammualaikum." Ucap Juliana dan terus berlalu keluar.

"Wa'alaikummussalam." Jawab Tengku Enara dengan senyuman yang manis.

Juliana terus ke keretanya dan Felix sudah pun menunggunya disitu. Felix membuka pintu kereta untuk Juliana dan Juliana terus masuk ke dalam perut kereta dan Felix terus memandu ke destinasi yang diarahkan oleh Juliana. Setelah sampai di hadapan butik Felix terus membukakan pintu kereta untuk Juliana.

"Felix tolong bawa barang-barang saya boleh." Kata Juliana sambilmenghulurkan handbag dan drawing booknya kepada Felix.

"Boleh Puan." Jawab Felix sambil menyambut huluran dari Juliana itu.

Juliana jalan ke arah butiknya dan diikuti oleh Felix dari belakang. Masuk saja kedalam butik Dian, Dahlia dan Nasha terus menyambut kedatangan Juliana dengan riang.

"Puan Lia lamanya tak datang butik rindunya saya pada Puan." Kata Dahlia sambil memeluk Juliana.

"Biasalah awak macam tak faham pula suami saya tu macam mana. Kalau dia kata putih maka putih tak boleh nak tukar jadi warna lain dah." Balas Juiana sambil melangkah kea rah sofa.

"Oh ya lupa pula Felix mana barang-barang saya tadi." Soal Juliana pada Felix yang masih berdiri di depan pintu masuk itu.

"Ini Puan." Jawab Felix sambil meletakkan barang-barang Juliana diatas meja yang ada dihadapan Juliana itu.

"Thanks Felix." Ucap Juliana dengan senyuman yang manis. Felix hanya menjawab dengan menganggukkan kepalanya saja.

"Okey Dian ni design baru saya dah siapkan awak boleh hantar pada kilang nanti dan Dian tolong ambilkan fail laporan kewangan saya nak bawa balik kejap lagi." Ujur Juliana sambil bersandar disofa.

"Baik Puan Lia kejap saya ambilkan ye." Ucap Dian dan terus masuk ke dalam pejabat Juliana.

Dahlia bangun dan terus mengambil sebuah kerusi dan diberikan pada Felix. Felix masih berdiri tegak tanpa sebarang kata. Juliana dan Nasha yang melihat tingkah Dahlia hanya tersenyum.

"Awak duduk la tak lenguh ke berdiri macam patung saja." Kata Dahlia dengan senyuman yang manis.

"Ye Felix awak duduk la dulu saya lambat lagi." Sokong Juliana dengan senyuman.

"Tapi Puan nanti The biggest boss.." Kata-kata Felix dipotong oleh Juliana.

"Awak tak perlu risau kalau dia marah saya ada untuk bela awak. Sekarang awak bekerja dengan saya walaupun dia yang bayar gaji awak, saya juga berhak untuk menyuruh awak buat apa yang saya arahkan faham." Ujur Juliana sambil mengusap perutnya yang mula mengeras kembali.

"Baik Puan." Balas Felix dan terus duduk di atas kerusi yang di beri oleh Dahlia sebentar tadi.

Juliana masih memegang perutnya yang semakin sakit. Nasha dan Dian yang duduk di hadapan Juliana terus mendekati Juliana yang sedang menahan sakit itu. Felix juga mendekati Juliana dengan cemas.

“Puan Lia okey tak ni." Tanya Dian dengan cemas.

"Sakit, sakit, sakit aduh sakitnya." Balas Juliana dengan gagap dan sambil menahan sakit.

"Astaghfirullah hal azim Puan darah." Kata Nasha sambil menunjuk kearah lantai dimana tempat Juliana ada.

"Astaghfirullah Jom cepat kita bawa Puan Lia ke hospital sekarang. Felix awak tolong ambil kereta sekarang kami akan bantu Puan Lia ke dapan." Ujur Dian dengan tegas kepada Felix.

"Baik Cik Dian." Jawab Felix dan terus berlalu keluar dari butik itu.

Setelah Felix keluar dari butik itu Dian dan Dahlia terus menolong memapah Juliana untuk keluar ke kereta. Nasha mengiikuti dari belakang sambil membawa barang-barang Juliana.

"Dian, kau coll Tengku bagitahu yang kita nak bawa Puan Lia ke hospital." Kata Nasha sambil membuka pintu kereta bahagian belakang.

"Ye kejap lagi aku coll Tengku sekarang kita On The Way dulu. Dah korang jaga butik ni aku pergi hospital dulu ya. Felix jom kita gerak sekarang cepat." Ujur Dian sambil masuk ke dalam kereta.

"Baik Cik Dian." Jawab Felix dan terus memandu ke HKL.

Dian menghubungi Tengku Ethan dan setelah mengabari tentang Juliana Dian terus menyimpan Telefonnya kedalam poketnya semula. Setelah sampai di HKL Felix terus memanggil nurse yang bertugas untuk membantu Juliana. Sekarang Juliana masih dirawat oleh Doktor dan Tengku Ethan menghampiri Dian dan Felix dengan cemas sekali.

"Dian macam mana keadaan Juliana." Tanya Tengku Ethan dengan cemas.

"Tak tahu Tengku, Puan masih didalam Tengku." Balas Dian juga dalam keadaan cemas.

"Tak apa kita tunggu dulu." Kata Tengku Ethan dengan masih berdiri.

10 minit kemudian seorang doktor keluar dari bilik bersalin. Doktor yang bernama Hidayah itu keluar dan memanggil waris keluarga pesakit.

"Waris keluarga Puan Nur Juliana." Panggil Doktor Hidayah.

"Saya, saya suaminya macam mana keadaan isteri saya doktor." Tanya Tengku Ethan dengan cemas.

"Puan Juliana akan segera melahirkan jika Encik nak masuk menemani Puan boleh masuk sekarang." Jawab Doktor Hidayah.

"Baik saya akan menemani isteri saya doktor." Ujur Tengku Ethan tanpa menunggu lama.

"Baik Encik sila ikut saya masuk sekarang." Kata Doktor Hidayah itu dan terus masuk ke dalam bilik bersalin itu Kembali dan diikuti oleh Tengku Ethan.

Dian, Felix dan Din sedang menunggu di hadapan bilik bersalin itu. Tengku Ethar yang baru sampai di hospital terus mendekati mereka yang sedang menunggu di luar bilik bersalin itu.

"Awak, awak buat apa di sini." Tanya Dian kepada Tengku Ethar.

"Saya datang bawakan beg pakaian kak long tadi along yang suruh balik ambil di rumah. Sekarang kak long macam mana." Soal Tengku Ethar kepada Dian.

“Puan Lia masih di dalam Tengku pun ada didalam." Balas Dian sambil melihat kearah pintu ward bersalin itu.

"Tak apa kita tunggu saja nanti keluar la. Awak dah makan belum sekarang dah pukul 1.30 dah ni." Ujur Tengku Ethar sambil melihat wajah kekasih hatinya.

"Belum tadi kalut sampai tak tahu nak fikir apa dah sampai makan pun dah lupa." Jawab Dian dengan senyuman.

"Tak apa saya suruh Felix pergi beli dulu nanti kita makan sama-sama." Kata Tengku Ethar sambil bangun menghampiri Felix dan Din yang ada tak jauh dari mereka.

"Felix kau pergi beli makanan untuk aku, Dian dan korang sekali ni duitnya baki kau ambil saja." Ujur Tengku Ethar sambil menghulurkan sehelai not 100 kepada Felix.

“Tengku nak makan apa." Tanya Felix sambil menyambut huluran duit itu.

"Kau beli saja apa yang boleh dimakan dan yang penting halal. Balas Tengku Ethar.

"Em.. Baik Tengku saya pergi dulu." Kata Filex dan terus berlalu pergi.

Setelah Felix pergi Tengku Ethar duduk disisi Dian Kembali. 45 minit Tengku Ethar dan Dian menunggu sambil makan makanan yang dibeli oleh Felix tadi. Tengku Ethan keluar dari bilik bersalin itu dengan senyuman yang sangat manis. Tengku Ethar dan Dian terus mendekati Tengku Ethan.

maaf kepada semua yg baca novel saya.. lama sya x update sebab anak" saya xberapa sihat..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience