Setelah habis menikmati hidangan pertamanya Juliana mengelap mulutnya dengan napkin yang disediakan. difikirannya masih ada beberapa soalan yang hendak ditanyakan kepada suaminya itu tapi dia menyimpan pertanyaan itu dihatinya. Tengku Ethan yang melihat wajah berkerut isterinya sudah pasti ada sesuatu yang hendak ditanyakan oleh isterinya itu. Dia tersenyum bila melihat wajah isterinya itu diam-diam.
"Sayang.. Sayang ada benda nak tanya hubby ke. Dari tadi hubby tengok muka sayang itu lain je kalau ada yang sayang nak tanya sayang tanya je." Ujur Tengku Ethan dengan senyuman kepada isterinya itu.
"Sayang nak tanya daddy dengan mummy tahu tak tentang restoran ni." Tanya Juliana sambil mengacau air minumanya dengan menggunakan straw.
"Diorang tahu.. Sebenarnya hubbu buka restoran ni dah lama. Sudah hampir 5 tahun dah restoran ni beroperasi tak ada siapa pun tahu yang ini restoran hubby kecuali daddy, mummy, angah dan semua anak-anak buah hubby dan sekarang sayang termasuk salah satu yang tahu. Orang lain tahu kalau pemilik restoran ini adalah usahawan muda yang bernama KuTan." Balas Tengku Ethan kepada isterinya dengan senyuman yang manis.
"KuTan apa ke pelik sangat nama tu." Soal Juliana dengan berkerut dahinya.
"KuTan tu hubby ambil semperna nama gengster hubby dulu. Tapi sekarang dah tak gengster sebab hubby dah bertaubat." Balas Tengku Ethan sambil melihat wajah isterinya itu.
"Sayang percayakan hubby dah jom kita sambung makan nanti kalau sejuk dah tak sedap pula." Ujur Juliana sambil mengambil sudu dan garfunya.
"Okay sayang dan hubby nak berterima kasih kepada sayang sebab terima hubby yang banyak kekurangan ni dan hubby rasa bertuah kerana memiliki isteri seperti sayang." Ucap Tengku Ethan dengan senyuman kepada Juliana.
"Sayang pun nak berterima kasih pada hubby sebab menerima sayang dalam hidup hubby dan maafkan sayang kalau sayang masih ada kekurangan dalam mengurus hal rumahtangga dan sayang akan cuba perbaiki kekurangan sayang sedikit demi sedikit." Balas Juliana kepada suaminya dengan senyuman.
"It's okey sayang, hubby pun akan perbaiki kekurangan hubby sedikit demi sedikit. Sudah dari tadi asyik berbual bila nak habis makanan kita ni nanti bising pula mummy tu kalau kita lambat." Kata Tengku Ethan dan mula menyuap makanan ke dalam mulutnya.
Setelah selesai menikmati makanan mereka, Tengku Ethan mengangkat tangannya dan Aliya datang menghampiri mereka. Setelah tiba di meja Tengku Ethan dan Juliana, Aliya terus menunduk hormat kepada mereka berdua.
"Sila bos mari saya hantarkan." Ujur Aliya kepada Tengku Ethan dan Juliana dengan lembut.
"Thanks Al." Ucap Tengku Ethan kepada Aliya dan terus keluar dari restoran itu sambil memimpin tangan isterinya itu.
"Welcome bos." Jawab Aliya walaupun bosnya itu sudah masuk kedalam kereta.
Tengku Ethan dan Juliana masuk kedalam kereta Zarul masih diluar kereta sedang berbual dengan Aliya tak lama kemudian Aliya menyalam tangan Zarul dan Zarul mencium kening Aliya dengan senyuman. Tengku Ethan dan Juliana hanya melihat saja kelakuan dua orang itu. Zarul masuk di bahagian memandu dan terus memandu pulang dengan kecepatan yang telah Tengku Ethan tetapkan jika Juliana dan anak-anaknya ada didalam kereta.
'Sayang doakan hubungan kita akan kekal hingga ke syurga hubby.' Gumam Juliana sambil melihat wajah suaminya dengan senyuman.
'Ya Allah kau peliharaan hubungan kami suami isteri hingga ke jannahmu Ya Allah. Kau kurniakan kepada kami anak-anak yang soleh dan solehah Ya Allah.' Doa Tengku Ethan dalam hati sambil melihat wajah isterinya dengan senyuman yang manis.
TAMAT
maaf saya mengambil masa yang mana nak terbitkan bab seterusnya sebenarnya saya baru habis berpantang.. maaf ya semua.. ☺
Share this novel