BAB 43

Romance Series 53070

Bab 43

Setelah sampai di hospital Juliana terus dimasukkan kedalam bilik rawatan. Setelah 15 menunggu seorang dokter keluar dari bilik rawatan itu.

"Keluarga Puan Juliana." Laung Doktor itu.

“Kami, kami keluarganya dan saya suaminya. Macam mana dengan keadaan isteri dan anak saya doktor." Tanya Tengku Ethan dengan cemas.

"Keadaan isteri dan anak Encik selamat tak ada apa-apa yang serius cuma sekarang isteri Encik strees sikit ada apa-apa yang mengganggu fikiran dia ke." Soal doktor yang bernama Amira itu.

"Ada sikit saja salah faham doktor." Balas Tengku Ethan.

"Maaf saya sarankan jangan bagi Puan Juliana strees jika tidak kandungan Puan Juliana akan mengalami masalah." Kata Doktor Amira.

"Baik doktor. Boleh saya jumpa isteri saya." Tanya Tengku Ethan.

"Boleh, saya minta diri dulu ye." Jawab doktor Amira lalu terus berlalu pergi.

Setelah doktor Amira berlalu pergi Tengku Ethan terus masuk ke dalam bilik yang menempatkan Juliana. Juliana masih lagi terbaring di atas katil hospital. Tengku Ethan memandang saya kearah Juliana.

"Hubby minta maaf sayang disebabkan masalah ni sayang sampai stress macam ni." Kata Tengku Ethan sambil menitiskan airmatanya.

Hairul yang baru masuk ke dalam bilik itu terus mendekati Tengku Ethan yang berada disisi katil Juliana.

"Sabarlah Ethan lagi pun ni bukan salah kau. Kalau tak disebabkan rancangan Jue, Lia takkan jadi macam ni. Sekarang apa yang perlu kita utamakan kesihatan Lia dengan baby dalam kandungan tu." Ujur Hairul sambil berdiri di sebelah Tengku Ethan.

"Aku takkan maafkan diri aku kalau apa-apa jadi pada Ana dan Julia pun akan terima balasannya." Ucap Tengku Ethan sambil menggenggam erat tangan Juliana.

"Sekarang kita berdoa agar semuanya selamat lagi pun tadi doktor kata Juliana dengan baby okey kan cuma sekarang kita tunggu Lia sedar saja." Balas Hairul. Tengku Ethan hanya mengangguk saja.

Juliana membuka matanya perlahan-lahan dan matanya terus mencari keberadaan suaminya. Juliana memandang ke arah kanan dan melihat Ethan yang sedang tertidur di sofa Hairul juga ada di situ.

"Abang Arul." Panggil Juliana perlahan.

Hairul yang mendengar namanya dipanggil terus menoleh ke arah Juliana. Tersenyum Hairul bila melihat Juliana sudah sedar dari pengsan ya.

"Ya Lia nak minum, makan bagitahu saja, Abang Arul ambilkan." Tanya Hairul sambil mendekati Juliana.

"Lia nak minum haus la Abang Arul." Jawab Juliana sambil bangun bersandar di kepala katil.

"Okey kejap Abang Arul ambilkan." Ujur Hairul sambil menuang air ke dalam cawan dan dihulurkan kepada Juliana.

“Thanks Abang Arul.” Ucap Juliana sambil menyambut huluran dari Hairul.

“Welcome bumil." Balas Hairul sambil berdiri disisi katil Juliana.

Setelah Juliana selesai minum Hairul terus meminta cawan yang ada di tangan Juliana. Juliana terus menyerahkan cawan itu kepada Hairul selepas itu Juliana terus melihat kearah sofa yang ada didalam bilik itu.

"Abang Arul kenapa Ethan masih ada disini." Tanya Juliana kepada Hairul.

"Ya dari tadi dia ada disini. Dialah orang yang paling risau bila Lia pengsan tadi tu pun dia baru saja tidur." Balas Hairul.

"Nanti kalau dia sudah bangun Abang Arul suruh saja dia balik lagipun nanti mesti kak Jue perlukan dia untuk persiapan perkahwinan diorang." Ujur Juliana.

“Hahahaha Lawak la Lia ni Hahahaha…" Hairul terus ketawa kuat selepas mendengar ucapan dari Juliana.

"Kenapa Abang Arul Ketawa apa yang lawaknya." Soal Juliana dengan nada tegas.

"Lawak la siapa kata Ethan nak kahwin dengan Jue, Abang Arul tak rasa yang Ethan akan kahwin dengan Jue. Kalau Lia nak tahu sampai sekarang Jue dengan Zack belum bercerai mana boleh seorang wanita yang dah berkahwin nak kahwin lagi seorang kalau lelaki boleh la. Ethan dah cerita dengan Abang tentang chat dari Jue pada Lia. Itu semua itu rancangan Jue supaya korang berpisah. Sudah sekarang Lia tak perlu fikir tentang chat tu sekarang yang perlu Lia tahu adalah Lia adalah cinta terakhir Ethan itu yang Ethan bagitahu pada Abang Arul dan Abang Arul boleh nampak dari mata dan keikhlasan Ethan." Terang Hairul dengan Panjang.

"Abang Arul tak perlu la nak sebelahkan dia." Ujur Juliana.

"Abang Arul bukan nak sebelahkan Ethan tapi itu ada…" kata-kata Hairul dipotong oleh Juliana.

"Sudah la tak ada tapi-tapi Lia tak nak dengar apa pun pasal dia." Ucap Juliana dan tiba-tiba pintu bilik itu dibuka oleh seseorang.

"Apa yang dikatakan oleh Abang Arul tu betul kak long tadi dari apa yang Abang Reza bagitahu masa along dapat chat dari kak long, along terus pergi rumah mama,papa kak long dan along mengamuk pada Julia dan selepas itu along terus datang sini untuk jemput kak long balik Kuala Lumpur tapi kak long pengsan acik dapat lihat dari wajah along yang along sangat risau dan cintakan kak long. Pasal perkahwinan along dengan Julia tu adalah palsu kak long percaya dengan acik." Tengku Elly memberitahu semua yang terjadi di Kuala Lumpur kepada Juliana.

"Acik tak tipu kak long kan. " Tanya Juliana kepada adik iparnya itu.

“Buat apa Acik tipu kak long tak ada faedah langsung pun. Kak long percayalah yang along sangat sayangkan kak long dengan baby ini sepenuh hati dia." Balas Tengku Elly sambil mengusap tangan Juliana.

"Terima kasih Acik, Abang Arul. " Ucap Juliana lalu mendepakan tangannya kepada Tengku Elly.

Tengku Elly yang melihat Juliana mendepakan tangannya terus memeluk Juliana, baru saja Juliana dan Tengku Elly meleraikan pelukan Tengku Ethan membuka matanya. Juliana terus memasang wajah tegang sambil melihat kearah Tengku Ethan.

"Saya nak cakap sikit dengan awak sekarang dan yang lain sila tunggu diluar terima kasih." Ucap Juliana masih memandang kearah Tengku Ethan. Tengku Ethan terus menelan air liurnya apabila dipandang sebegitu oleh Juliana.

"Baik kami tunggu diluar dulu ya nanti apa-apa panggil saja kami ya." Kata Hairul sambil memberi isyarat kepada Tengku Elly untuk mengikutnya. Tengku Elly hanya mengangguk.

"Baik Abang Arul." Balas Juliana.

Setelah Hairul dan Tengku Elly keluar dari bilik itu Tengku Ethan terus menghampiri Juliana. Setelah 5 minit menunggu Juliana masih belum memulakan pembicaraannya. Tiba-tiba Tengku Ethan merasa hendak ke bilik air.

"Em.. Sayang, hubby pergi toilet kejap ya." Kata Tengku Ethan dan terus ke bilik air yang ada didalam bilik itu.

"Ye cepat sikit." Laung Juliana dengan kuat.

"Ye-ye." Jawab Tengku Ethan dari dalam bilik air itu. Juliana hanya tersenyum-senyum sendiri.

Setelah 5 minit Tengku Ethan keluar dari bilik air itu Juliana yang melihat Tengku Ethan keluar terus memasang wajah tegang. Juliana mengisyaratkan supaya Tengku Ethan duduk di birai katilnya dan Tengku Ethan terus mengikuti arahan dari Juliana.

"Kenapa awak masih disini." Tanya Juliana sambil memandang ke luar tingkap.

"Hubby ada disini sebab isteri hubby sakit kenapa salah ke." Soal Tengku Ethan balik.

“Saya rasa awak tak perlu tunggu saya sebab perkahwinan awak dengan kak Jue lagi penting dari saya lebih baik awak balik saja." Balas Juliana.

"No hubby takkan kahwin dengan Julia sampai bila-bila pun. Isteri hubby hanya seorang dia adalah Nur Juliana Binti Jonatan. Dan dalam hidup hubby perkahwinan sekali seumur hidup tak ada yang kedua dan ketiga faham." Ujur Tengku Ethan dengan tegas.

Lama mereka diam tanpa berkata apa-apa tiba-tiba Tengku Ethan mendengar ada suara tangisan seseorang. Tengku Ethan terus memandang kearah Juliana.

"Sayang, hubby tak bermaksud nak marah pada sayang. Maaf hubby tertinggi suara pada sayang tapi hubby betul-betul takkan kahwin dengan Julia sebab hubby sudah serahkan seluruh hati dan raga hubby pada sayang seorang saja. Percayalah." Kata Tengku Ethan sambil memegang tangan Juliana.

“Tak apa sayang yang sepatutnya minta maaf pada hubby sebenarnya acik dah cerita pada sayang tapi sayang hanya nak dengar dari mulut hubby sendiri dan bukan dari orang lain." Ujur Juliana dengan tersedu sedan.

"It'okey kalau hubby ditempat sayang pun hubby akan buat macam itu. Sekarang kita tumpukan pada baby kita dan hubungan kita." Ucap Tengku Ethan. Juliana hanya menganggukkan kepala saja.

Tengku Ethan terus memeluk Juliana dengan erat sekali. Juliana turut membalas pelukan itu. Hairul dan Tengku Elly yang sedang mengintai turut tersenyum melihat Tengku Ethan dan Juliana berbaik semula.

Share this novel

revathirev
2024-04-30 09:33:42 

nak lagi plss


NovelPlus Premium

The best ads free experience