BAB 47
Seminggu kemudian.
Semua ahli keluarga Tan Sri Tengku El-Amin sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis pertunangan Tengku Elly dan Zarul. Juliana hanya duduk di ruang tamu sahaja. Dia nak tolong tapi di usir oleh Puan Sri Tengku Enara.
"Hubby tolong sayang boleh tak." Tanya Juliana sambil memegang tangan Tengku Ethan yang baru berhenti rehat setelah memasang khemah di luar rumah.
"Tolong apa sayang." Soal Tengku Ethan kembali kepada Juliana.
"Tolong pimpin sayang naik sayang nak berehat di atas la pinggang sayang ni sakit sangat ni." Balas Juliana dengan berkerut dahinya dan tangannya memegang pinggangnya.
"Sakit sangat ke kita pergi hospital nak." Tanya Tengku Ethan dengan risau.
"Tak nak lah sayang nak baring lepastu nak tidur mata pun dah tak larat nak angkat dah ni." Jawab Juliana sambil berusaha untuk berdiri.
"Okey jom tapi kalau sakit sangat nanti coll hubby kita pergi hospital ye dah jom hubby bawa pergi bilik rehat." Kata Tengku Ethan sambil membantu Juliana bangun dan naik ke bilik mereka.
Setelah sampai di bilik mereka Tengku Ethan terus mengambil sekotak air milo yang ada didalam peti sejuk mini disisi katil dan diberikan kepada Juliana. Setelah membuka tudungnya Juliana menyambut huluran dari Tengku Ethan itu dan terus minum Tengku Ethan pula sudah menyiapkan tempat untuk Juliana baring.
"Hubby tolong." Kata Juliana sambil menghulurkan kotak air yang sudah kosong kepada Tengku Ethan dan Tengku Ethan terus membuang ke dalam tong sampah yang ada didalam bilik itu.
"Thanks Hubby." Ucap Juliana sambil baring di atas bantal pregnantnya.
"Welcome ingat nanti kalau sakit sangat-sangat terus coll hubby jangan tunggu lama." Pesan Tengku Ethan.
"Ye hubby." Jawab Juliana sambil mengusap perutnya.
"Okey sayang tidur dulu hubby nak turun sambung kerja yang tertangguh tadi." Ujur Tengku Ethan sambil membuka pintu.
"Okey hati-hati buat kerja itu." Pesan Juliana pula.
"Ye-ye." Balas Tengku Ethan dan terus menutup pintu bilik itu.
Selepas Tengku Ethan menutup pintu bilik itu Juliana terus memejamkan matanya dan dia terus terbuai mimpi. Sementara Tengku Ethan yang baru turun terus menghampiri water dispenser yang ada di ruang tamu itu.
"Along, Lia mana." Tanya Tengku Enara kepada Tengku Ethan.
"Ada kat atas mummy tadi katanya sakit pinggang nak baring katanya." Jawab Tengku Ethan sambil minum air oren itu.
"Ha yela risau mummy ingat dia pergi buat kerja apa-apa ke tadi. Tapi kalau sakit sangat Along bawak pergi hospital cepat tau jangan tunggu lama sebab Lia tu tunggu hari saja boleh bersalin." Ujur Tengku Enara.
"Ye mummy tadi pun Along dah pesan pada Ana kalau sakit sangat cepat-cepat coll Along." Balas Tengku Ethan.
"Ha bagus la. Okey la mummy pergi dapur dulu ye." Kata Tengku Enara ingin melangkah pergi tapi ditahan oleh Tengku Ethan.
"Mummy tunggu Along nak tanya Keluarga Zarul nak datang pukul berapa ni." Tanya Tengku Ethan.
"Keluarga Zarul datang pukul 2 kejap lagi kenapa." Jawab Tengku Enara.
"Tak ada apa cuma tanya saja okey la mummy Along pergi buat kerja dulu ye nanti bising pula daddy tu." Ujur Tengku Ethan dan berlalu pergi.
Tengku Enara hanya menggelengkan kepalanya saja bila melihat gelagat anak sulungnya itu. Selepas itu Tengku Enara terus masuk ke dapur untuk melihat hidangan yang sudah disiapkan oleh pembantu-pembantunya.
Setelah pastikan semua telah siap Tengku Enara terus menyuruh suami dan anak-anaknya pergi membersihkan diri. Tengku Ethan yang baru masuk kedalam bilik itu tersenyum bila melihat Juliana yang sedang tidur nyenyak itu Tengku Ethan mendekati Juliana dan membangunkan Juliana yang sedang tidur itu.
"Sayang bangun mandi kejap lagi keluarga Zarul datang." Ujur Tengku Ethan sambil mengoyangkan bahu Juliana.
"Em.. Okey Tapi tolong tarik." Balas Juliana sambil menghulurkan tangannya kepada Tengku Ethan.
"Okey hati-hati sayang." Pesan Tengku Ethan sambil menarik Juliana bangun dari baringannya.
"Hubby pergi la mandi dulu sayang nak siapkan baju untuk hubby dulu." Kata Juliana sambil menuju ke wardrop mereka.
"Okay hati-hati jalan tu." Pesan Tengku Ethan lagi.
"Ye hubby." Jawab Juliana.
Setelah masuk kedalam wardrop mereka Juliana terus ke bahagian baju kurung dan baju melayu. Juliana mengambil baju melayu Tengku Ethan yang berwarna biru muda dan dia juga mengambil baju kurungnya yang berwarna yang sama setelah itu Juliana menyangkutkan baju itu di tempat yang disediakan dan Juliana terus keluar dari wardrop itu.
"Sayang dah pergi mandi pula hubby tunggu solat sama-sama." Ujur Tengku Ethan yag baru keluar dari bilik air itu.
"Baik." Jawab Juliana ringkas dan terus masuk kedalam bilik air bersama tualanya.
"Hati-hati sayang." Pasan Tengku Ethan.
"Ye hubby." Jawab Juliana dari dalam bilik air.
Setelah 15 minit membersihkan diri Juliana keluar dari bilik air dengan hanya memakai bathrope saja. Tanpa menunggu lama Juliana terus mengambil baju kurungnya yang disangkut tadi dan memakainya. Setelah siap Juliana memakai telekungnya dan duduk diatas kerusi yang ada dibelakang Tengku Ethan. Mereka menunaikan solat zohor bersama-sama.
"Sayang dah siap kalau dah siap jom kita turun." Kata Tengku Ethan sambil memakai jam tangannya.
"Dah jom." Balas Juliana sambil berjalan itik kearah Tengku Ethan.
Mereka turun tangga bersama-sama. Sampai saja dibawah Tengku Ethan terus menyuruh Juliana duduk disebuah kerusi berhampiran dengan Tengku Enara. Tengku Ethan keluar menghampiri Tan Sri El-Amin.
"Daddy diorang belum sampai ke." Tanya Tengku Ethan kepada daddynya.
"Belum tadi kata dah On The Way kejap lagi sampai la tu kita tunggu je la kejap lagi." Balas Tan Sri El-Amin.
"Okay Along nak pergi kat Juliana kejap nanti kalau diorang dah sampai daddy panggil along ye." Ujur Tengku Ethan kepada Tan Sri El-Amin.
"Ha ye la." Jawab Tan Sri El-Amin.
Setelah 30 minit menunggu akhirnya pihak lelaki sampai dengan selamat di rumah Tan Sri El-Amin. Tan Sri El-Amin dan Tengku Ethan menyambut mereka dengan gembira sekali dan mereka masuk kedalam rumah sambil bersalam-salaman.
"Baik tanpa berlengah lagi boleh kita mulakan." Tanya Tan Sri Zafrul dengan senyuman.
"Boleh silakan." Jawab Tan Sri El-Amin.
Setelah berbalas pantun kini majlis dilanjutkan dengan sarung cincin. Puan Sri Zafira menyarungkan cincin dijari manis Tengku Elly dan Tengku Elly terus menyalam tangan Puan Sri Zafira. Photografer pun tak berhenti mengambil gambar buat kenangan.
"Sayang, sayang lapar tak." Tanya Tengku Ethan kepada Juliana.
"Boleh tahan la." Jawab Juliana sambil mengusap perutnya.
"Okey kalau macam itu jom kita pergi makan kat luar." Ujur Tengku Ethan sambil memimpin tangan Juliana.
"Okey tapi kita makan dekat gazebo boleh tak." Soal Juliana dengan senyuman.
"Boleh saja lagi pun kalau makan di gazebo sayang boleh la melunjurkan kaki tu." Balas Tengku Ethan sambil memimpin isterinya itu.
"Macam tahu-tahu saja hubby yng kaki sayang tangan lenguh sekarang ni." Kata Juliana kepada Tengku Ethan.
Tengku Ethan memimpin juliana ke Gazebo dan Tengku Ethan kembali untuk mengambil makanan untuk Juliana. Setelah mengambil makanan Tengku Ethan kembali ke Gazebo dimana Juliana berada.
"Okey makanan sampai." Kata Tengku Ethan dengan senyuman.
"Ala satu saja hubby tak makan ke." Tanya Juliana.
"Kejap sayang satu-satu hubby ada dua tangan saja sayang makan dulu hubby nak pergi ambil makanan untuk hubby pula." Balas Tengku Ethan dan terus berlalu pergi.
Setelah itu Tengku Ethan kembali lagi dengan sepinggan nasi dan secawan air untuknya.
"La kenapa sayang tak makan lagi." Soal Tengku Ethan sambil duduk di hadapan Juliana.
"Sayang tunggu hubby nak makan sekali dngan hubby." Jawab Juliana dengan senyuman.
"Kenapa tunggu kan hubby bagitahu sayang makan dulu." Kata Tengku Ethan.
"Saja tak best la makan sorang-sorang macam ni kan best sambil makan sambil berbual-bual." Balas Juliana. Tengku Ethan hanya mengangguk dan mula membaca doa.
Selepas Tengku Ethan membaca doa mereka makan sambil berbual-bual dan gelak tawa. Mak Leha yang melihat pasangan itu turut tersenyum lebar.
"Hubby tolong ambilkan air boleh." Tanya Juliana sambil menghulurkan cawan yang ada di tangannya.
"Okey kejap ye." Balas Tengku Ethan dan terus masuk ke dalam dapur.
Setelah 5 minit Tengku Ethan masuk akhirnya Tengku Ethan keluar dengan satu jag air oren di tangannya. Juliana yang melihat hanya tersenyum.
"Sayang suruh ambil sikit saja kenapa hubby ambil banyak sangat." Soal Juliana sambil menuang air ke dalam cawannya.
"Banyak tak apa sayang tak payah duk asyik pergi ambil saja kalau macam ni kita boleh la berbual-bual lama sikit." Jawab Tengku Ethan dengan senyuman yang manis.
"Ha yela." Kata Juliana sambil memandang Tengku Elly dari jauh.
Gembira hati Juliana bila melihat adik iparnya yang sedang bercanda tawa dengan Zarul. Tengku Ethan yang sedang bermain telefon terus memegang tangan isterinya.
"Sayang tengok apa tu sampai senyum macam tu sekali." Tanya Tengku Ethan sambil mengusap tangan Juliana.
"Sayang tengok acik bahagia saja dia hari ni sayang doakan semoga jodoh acik dengan Zarul sampai ke jannah." Jawab Juliana yang masih melihat ke arah Tengku Elly dan Zarul.
"Amin. Thanks sayang sebab sayang doakan adik hubby yang seorang tu jumpa jodohnya dan sekarang tinggal Angah saja lagi belum jumpa jodoh dia tak tahu la kat mana sesatnya." Ujur Tengku Ethan sambil melihat wajah Juliana.
"Kita sama-sama doakan angah tapi sayang ada terfikir sesuatu tapi sayang tak yakin yang idea sayang ni hubby setuju ke tak." Balas Juliana sambil bertentang mata dengan Tengku Ethan.
"Apa sayang kalau idea sayang tu okey hubby okey saja." Soal Tengku Ethan dengan teruja.
"Sebenarnya dah lama sayang nak kenalkan angah dengan Dian, hubby rasa okey tak." Kata Juliana sambil mengubah duduknya.
"Dian?? Dian pekerja sayang tu ke." Tanya Tengku Ethan sambil berkerut dahinya.
"Ye la Dian mana lagi hubby rasa okey tak." Soal Juliana sekali lagi.
"Em hubby rasa okey je lagi pun Dian tu baik, sopan, prihatin dan penyayang okey sangat la tu sayang." Ucap Tengku Ethan.
"Okey la kalau macam tu sayang nak masuk kejap hubby pergi la tolong mummy ke daddy ke." Ujur Juliana dan terus melangkah masuk kedalam rumah.
Selepas Juliana masuk kedalam rumah Tengku Ethan terus menghampiri Tan Sri El-Amin yang sedang berbual dengan Tan Sri Zafrul. Juliana yang baru masuk ke dalam rumah terus melihat Tengku Ethar yang sedang makan di meja makan Juliana mengambil keputusan untuk memulakan rancangannya.
"Assalammualaikum angah boleh kak long duduk sini." Tanya Juliana dengan senyuman.
"Wa'alaikummussalam duduk la kak long. Kak long dah makan kalau belum boleh angah ambilkan untuk kak long." Balas Tengku Ethar sambil melihat kearah Juliana.
"Tak apa kak long dah makan dah dengan along tadi. Oh ya angah, kak long nak minta tolong sikit boleh tak." Soal Juliana sambil menghantar chat kepada Tengku Ethan
"Boleh tolong apa kak long." Kata Tengku Ethar sambil menyuap makanan kedalam mulutnya.
"Tadi kak long suruh Mak Leha bungkuskan makanan sikit untuk pekerja kak long yang dekat butik. Kak long nak minta angah tolong hantarkan boleh tak." Ujur Juliana. Tengku Ethar yang sedang makan terus tersedak bila Juliana berkata begitu Juliana terus menghulurkan air yang ada di atas meja kepada adik iparnya itu.
"Hantar makanan ke butik kak long." Tanya Tengku Ethar inginkan kepastian.
"Ye butik kak long kenapa angah tak boleh pergi ke kalau angah tak boleh pergi kak long suruh along sajalah yang hantar." Balas Juliana sambil ingin bangun dari kerusi.
"Eh.. Boleh kejap lagi angah pergi ye makanannya Mak Leha letak kat mana." Soal Tengku Ethar sambil menyambung makan makanannya tadi.
"Betul ni. Makanan tadi Kak long dah suruh Mak leha letak kat gazebo nanti angah ambil kat situ la ye." Jawab Juliana dengan senyuman yang manis.
"Baik Kak long." Kata Tengku Ethar sambil menghabiskan makanannya.
"Eh tapi angah tahu ke butik Kak long kat mana." Tanya Juliana kepada adik iparnya itu..
"Tahu haritu angah ada pergi dengan along sebab nak cari kak long." Jawab Tengku Ethar sambil bangun ke dapur.
"Ooo... Ha yela thanks ye angah sebab tolong kak long." Kata Juliana dan terus keluar menghampiri Tengku Ethan.
'Yeah.. Boleh jumpa pujaan hati. Kak long ni macam tahu-tahu saja aku rindu dengan pujaan hati aku yang itu.' Gumum Tengku Ethar di dalam hati.
Selepas membasuh pinggan dan cawan yang digunanya tadi Tengku Ethar terus keluar ke arah gazebo dan melihat ada mangkuk tingkat berwarna biru muda disitu. Tengku Ethar terus mengambil dan terus menghampiri Juliana dan Tengku Ethan yang sedang berbual.
"Kak long tadi angah lupa nak tanya nanti nak bagi mangkuk tingkat ni pada siapa." Tanya Tengku Ethar.
"Oh nanti bagi pada Dian dan tadi kak long dah bagitahu dia yang ada orang akan hantar makanan sikit nanti bila dah sampai angah bagi mangkuk tingkat ni pada dia dan angah tolong minta laporan jualan untuk bulan ni punya boleh." Balas Juliana dengan senyuman.
"Okey boleh, angah pergi dulu ye Along, Kak long." Ujur Tengku Ethar dan terus pergi tanpa memberi salam.
"Yes semoga rancangan sayang ni berjaya ye." Ucap Tengku Ethan dengan senyuman.
"Amin. Kita doakan sama-sama ye." Balas Juliana sambil mengusap perutnya.
Tengku Ethan dan Juliana melihat ke arah kereta Tengku Ethar yang sudah keluar dari halaman rumah itu dengan senyuman yang manis. Tengku Ethar pula sudah gembira tidak terkata apabila hendak berjumpa dengan pujaan hatinya.
Share this novel
next episode