BAB 64

Romance Series 53070

Setelah 3 hari di hospital akhirnya Tengku Ethan dibenarkan pulang. Juliana sedang mengemas barang-barang suaminya ke dalam beg dan Tengku Ethan sedang di bilik air.

"Sayang telefon hubby mana." Tanya Tengku Ethan yang baru keluar dari bilik air kepada isterinya.

"Tadi sayang letak dalam laci tu cuba hubby tengok." Balas Juliana yang sedang hendak masuk ke dalam bilik air.

Setelah mendengar jawapan dari isterinya Tengku Ethan terus membuka laci di sisi katil dan telefonnya di situ. Setelah menjumpai apa yang dicari dia terus memberi isyarat kepada isterinya bahawa dia sudah menjumpai apa yang dicari. Tanpa menunggu lama Tengku Ethan terus menaip sesuatu di telefonnya dan setelah siap dia meletakkan telefonnya diatas katil.

"Hubby, Zarul dah datang ke." Tanya Juliana pada suaminya.

"Belum." Jawab Tengku Ethan dengan ringkas sambil bermain telefonnya.

“Lamanya nak sampai tadi kata dah dekat tapi sekarang pun tak sampai-sampai lagi.” Kata Juliana sambil mengelap tangannya mengunakan tisu.

“Ye memang tadi dah nak sampai tapi tadi hubby ada bagi arahan sikit tu yang lambat tu.” Balas Tengku Ethan kepada isterinya itu.

“Arahan apa pula kali ni hubby.” Soal Juliana sambil melihat tepat ke arah wajah suaminya itu.

“Em.. Sebenarnya tadi hubby suruh Zarul pergi beli set lego terbaru sebab tu dia lambat ambil kita.” Jawab Tengku Ethan dengan gugup. Tanpa memandang wajah isterinya itu.

“Set lego lagi kemarin baru je beli set lego barbie sekarang set lego apa pula kali ni hubby.” Ujur Juliana sambil lipat tuala yang digunakannya sebentar tadi.

“Em.. Set lego Avengers.” Ucap Tengku Ethan sambil menundukkan kepalanya.

“Set lego avengers em ikut suka hubby la tapi lepas ni hubby dah tak boleh beli set lego lagi okey sebab dirumah kita dah tak muat nak letak.” Kata Juliana sambil duduk dibirai katil.

“Baik sayang.” Balas Tengku Ethan dengan senyuman kepada isterinya. Juliana memegang tangan suaminya dan terus mendekatkan ke dahinya. Tengku Ethan yang mengerti tindakan isterinya itu terus mengusap kepala Juliana dengan lembut.

Setelah bersalam-salaman Juliana terus memeluk suaminya dengan erat sekali. Tengku Ethan juga turut membalas pelukan itu dengan senyuman. Ketukan pintu dari luar telah menyadarkan mereka berdua dari berpelukan.

“Maaf menganggu bos saya datang nak ambil barang untuk letak dalam kereta.” Ucap Zarul sambil menundukkan kepalanya.

“It’s okey Zarul, awak ambil barang yang ada di atas meja tu masukkan kedalam kereta kejap lagi kami datang.” Balas Juliana sambil membetulkan tudungnya.

“Baik Puan Lia.” Ujur Zarul dan terus mengangkat semua barang yang ada diatas meja itu.

Setelah Zarul keluar Juliana dan tengku Ethan terus bersiap dan keluar dari bilik ward itu. Juliana dan Tengku Ethan keluar sambil berpegangan tangan mereka melangkah lift untuk turun kebawah.

“Aduh sayang, hubby lapar la.” Kata Tengku Ethan sambil memegang perutnya dengan tangan kiri.

“Aik tadikan baru lepas makan takkan lapar lagi kot.” Balas Juliana dengan berkerut dahinya.

“Sebelum balik rumah kita pergi makan dulu boleh sayang,” Ujur Tengku Ethan kepada isterinya dengan senyuman yang manis.

“Ye la.” Jawab Juliana dengan ringkas. Tengku Ethan yang mendengar jawapan dari isterinya terus mengeluarkan telefonnya.

Setelah sampai ditingkat bawah lift terus terbuka Juliana keluar sambil menarik tangan suaminya yang sedang leka dengan telefon bimbitnya itu. Setelah selesai dengan telefonnya Tengku Ethan terus menyimpan telefonnya kedalam poket seluarnya semula.

“Sila bos, Puan barang saya dah masuk di belakang.” Kata Zarul sambil menundukkan kepalanya.

“Good sekarang kita ke kedai sushi yang biasa tu ya.” Ucap Tengku Ethan kepada Zarul sambil duduk dikerusi yang ada didalam kereta itu.

“Baik Bos.” Jawab Zarul dan terus menutup pintu kereta dan terus masuk dibahagian pemandu dan mula memandu.

Setelah 45minit pemanduan kini mereka tiba di destinasinya. Tengku Ethan dan Juliana keluar dari kereta dan terus masuk kedalam restoran dihadapan mereka itu. Masuk saja kedalam restoran itu mereka disambut oleh seorang wanita berpakaian kemas.

“Selamat Datang bos sila.” Ucap Wanita itu dengan senyuman.

“Meja saya sudah siap ke Aliya.” Tanya Tengku Ethan kepada wanita itu.

“Sudah bos sila ikut saya.” Balas Wanita yang bernama Aliya itu dan berjalan kearah sebuah meja yang tak jauh dari situ.

“Ini mejenya bos sila duduk dulu sekejap lagi makanan yang bos pesan akan datang.” Ujur Aliya dengan senyuman kepada Tengku Ethan dan Juliana.

“Good thanks Aliya. You can go now.” Ucap Tengku Ethan kepada Aliya sambil matanya melihat sekeliling restoran itu.

Setelah Aliya berlalu pergi Juliana melihat kearah Suaminya tapi Tengku Ethan masih memandang sekelilingnya. Selepas melihat keadaan sekeliling Tengku Ethan hanya menganggukkan kepalanya saja.

“Ye Sayang ada apa-apa yang sayang nak tanya ke.” Soal Tengku Ethan kepada isterinya tanpa melihat kearah isterinya.

“Kenapa wanita tadi panggil hubby bos.” Ujur Juliana membalas pertanyaan dari suaminya itu.

“Em.. Kenapa wanita tadi panggil hubby bos ya. Sebab dia kekerja hubby and this is my restoran. Restoran ni tak ada kena mengena dengan syarikat daddy sebab hubby buka restoran ni guna duit hubby sendiri. Nanti kalau sayang nak datang makan disini just tell to Aliya okey.” Ucap Tengku Ethan dengan senyuman yang manis kepada isterinya itu. Juliana yang mendengar penjelasan dari suaminya dengan anggukkan.

Share this novel

Zai Zai
2025-07-10 13:49:27 

bila nal sambumg lagi

Zai Zai
2025-06-11 13:42:06 

bila nak sambung ni

Zai Zai
2025-05-07 17:04:56 

next


NovelPlus Premium

The best ads free experience