BAB 10

Romance Series 53070

BAB 10

Selesai makan malam mereka berkumpul diruang tamu tingkat 2. Juliana keluar dari biliknya Bersama drawing book dan pencil boxsnya.

“Kamu ni Lia tak habis-habis dengan drawing book kamu tu saja cuba cari boyfriend ke apa ke.” Ujur Datin Jasmina sambil melihat kearah anaknya itu.

“Apa mama ni ke situ pula Lia malas la nak cari boyfriend-boyfriend ni nanti kalau ada jodoh kahwin la Lia nanti.” Balas Juliana sambil melukis sesuatu di drawing booknya itu.

“Kalau tak cari mana nak dapat jodohnya ke Lia nak papa carikan.” Soal Dato Jonatan kepada anaknya pula.

“Tak nak la papa Lia muda lagi la.” Ujur Juliana kepada papanya itu.

“Muda apanya umur Lia sekarang ni sudah masuk 26 tahun dah boleh jadi ibu dah pun.” Ucap Datin Jasmina sambil menuang air kedalam cawan untuk suaminya itu.

“Dah la tukar topik la malas la nak cakap tentang ni.” Kata Juliana.

“Baru cakap pasal boyfriend je suruh tukar topik ni belum cakap pasal kahwin lagi…” Belum sempat habis cakap Mak Milah sudah memotong.

“Maaf Dato,Datin. Tengku Amin dengan keluarganya sudah sampai.” Ujur Mak Milah sambil menundukkan kepalanya.

“Baik suruh mereka naik.” Ucap Dato Jonatan. Mak Milah hanya menganggukkan kepala.

“Assalammualaikum.” Tengku Amin memberi salam dan menyalami tangan sahabatnya itu.

“Wa’alaikummussalam sila duduk.” Jawab Dato Jonatan sambil bersalam dengan sahabatnya itu.

“Ada apa kau nak jumpa kami ni Joe.” Tanya Tengku Amin kepada Dato Jonatan.

“Aku panggil kau datang ni sebab aku nak batalkan perkahwinan Jue dan Ethan.” Balas Dato Jonatan dengan berterus terang.

“WHAT!!! No mana boleh uncle majlis lagi seminggu saja lagi.” Bantah Tengku Ethan sambil melihat kearah Dato Jonatan.

“Jue tak boleh kahwin dengan Ethan sebab….” Belum sempat Datin Jasmina menghabiskan ayatnya Tengku Ethan telah memotong.

“Sebab apa auntie kenapa pula Julia tak boleh kahwin dengan Ethan.” Potong Tengku Ethan.

“Sebab Jue sudah berkahwin tadi tengahari dengan boyfriendnya Zack.” Kata Dato Jonatan tanpa selindung.

“Macam mana Julia boleh kahwin dengan Zack.” Tanya Tengku Ethan sambil melihat kearah Dato Jonatan dan Datin Jasmina silih ganti.

“Tengahari tadi mereka kena tangkap khalwat dan segera dinikahkan di pejabat agama.” Terang Dato Jonatan sambil menundukkan kepalanya.

“How could you do this to me.” Kata Tengku Ethan. Julia hanya mendiamkan diri.

“Jadi macam mana sekarang semua sudah siap takkan nak batalkan saja.” Tanya Tengku Amin kepada sahabatnya itu. .

“Nak buat macam mana lagi Jue pun dah kahwin dengan orang lain jadi perkahwinan ini kena batalkan juga.” Balas Dato Jonatan dengan rasa malu.

“Sekejap saya ada cadangan itu pun kalau Joe dan Jas setuju.” Ujur Tengku Enara yang sedari tadi diam saja.

“Cadangan apa itu Ara.” Tanya Datin Jasmina dengan berkerut dahinya.

“Apa kata perkahwinan ini kita teruskan tapi pengantinnya kita ganti.” Balas Tengku Enara dengan senyuman yang manis.

“Pengantin ganti Ethar nak kahwin ke.” Soal Datin Jasmina kepada Datin Enara.

“Bukan kita nikahkan Ethan dengan Juliana.” Jawab Tengku Enara dengan ceria.

“WHAT!!!!.” Jerit Tengku Ethan dan Juliana serentak.

“Ha bagus juga tu kita pun tak rugi ye la semua sudah siap tapi majlis tak jadikan. Saya setuju dengan cadagan Ara tu.” Kata Dato Jonatan dengan pantas.

“Saya pun setuju lagi pun Lia bukannya ada boyfriend.” Sokong Datin Jasmina sambil melihat kearah Juliana.

“Kalau macam tu saya pun setuju.” Sokong Tengku Amin pula.

“Mama,papa apa ni.” Ujur Juliana dengan perasaan bercampur baur.

“Entah mummy ni Ethan tak nak la.” Kata Tengku Ethan pula.

“Sudah tak ada bantahan kami berempat sudah setuju so perkahwinan ini akan diteruskan.” Ujur Tengku Amin dengan tegas.

“Baik.” Jawab Tengku Ethan dan Juliana hanya mendiamkan diri sahaja.

‘Tak guna kau Lia entah-entah ini semua kerja kau. Kau yang coll perjabat agama masa aku ada di apartment Zack. Kau tunggu aku akan dapatkan balik apa yang sepatutnya jadi hak aku.’ Gumum Julia didalam hati.

“Maaf semua Lia minta diri dulu ya.” Juliana minta diri lalu terus masuk ke dalam biliknya tanpa dia sedar lukisannya tadi terjatuh di tepi kaki Tengku Ethan. Tengku Ethan yang melihat terus mengambil dan menyimpan didalam poket seluarnya.

“Kertas apa tu along.” Bisik Tengku Elly yang duduk di sisi Tengku Ethan.

“Entah la along pun tak tahu.” Balas Tengku Ethan dalam keadaan bisik.

“Okey la kalau macam itu kami minta diri dulu ye.” Ujur Tengku Amin lalu bangun dari tempat duduknya.

“Baiklah jom kami hantar ke bawah.” Ucap Dato Jonatan sambil jalan beriringan dengan Tengku Amin.

Mereka turun ke bawah lalu menuju ke pintu utama. Selesai bersalam Tengku Amin dan Tengku Enara naik kereta mereka. Manakala Tengku Ethan,Tengku Ethar dan Tengku Elly menaiki kereta milik Tengku Ethan. Kereta mereka mula meninggalkan perkarangan rumah Dato Jonatan.

“Along cuba buka kertas tadi ada tulisan apa-apa tak.” Ujur Tengku Elly. Tengku Ethan yang duduk di kurusi penumpang depan terus membuka kertas itu.

“Wow cantiknya lukisan ni.” Ujur Tengku Elly dengan ceria.

“Inikan…” Ucapan Tengku Ethan terhenti bila melihat lukisan itu.

“Kenapa dengan lukisan ni along.” Tanya Tengku Ethar sambil memandu.

“Lukisan ni sama dengan mimpi along tu la tapi macam mana boleh sama.” Terang Tengku Ethan.

“Eh.. dekat hujung tu macam ada tulisan la.” Kata Tengku Ethar sambil menunjuk ke sebelah bawah lukisan itu.

“Tulisan apa along cuba baca.” Ujur Tengku Elly penasaran.

“Kaulah jodoh yang Allah sudah tetapkan untukku tapi wajahmu belum jelasku lihat.” Tengku Ethan membaca tulisan yang ada di lukisan itu dengan berkerut dahinya.

“ Nampaknya jodoh along dengan Kak Juliana kuat la sampai kedua-duanya dapat mimpi yang sama.” Ujur Tengku Elly. Tengku Ethar hanya mengangguk mendengar apa yang dikatakan oleh adiknya itu.

‘Tak mungkin la perempuan yang ada dalam mimpi aku tu Juliana tapi lukisan ini buktinya hati.' Gumum Tengku Ethan di dalam hati.

Share this novel

Mia Zara
2024-03-30 08:36:11 

sorry.. baru sempat bca novel ni.. next episode


NovelPlus Premium

The best ads free experience