BAB 36

Romance Series 53070

BAB 36

Pagi itu Juliana duduk di pangking yang ada dihalaman rumah. Juliana duduk sambil termenung sampai Hairul duduk disisinya pun Juliana tak sedar.

"Lia.. Lia dengar tak apa yang abang bagitahu ni." Tanya Hairul. Juliana masih sama seperti tadi.

"LIA.." Jerit Hairul kuat sehingga Puan Hanis yang ada di dalam rumah pun keluar melihat apa yang berlaku.

"Ish.. Abang Arul ni duk jerit-jerit kenapa kalau pekak telinga ni macam mana." Soal Juliana sambil menggosok telinganya yang ditutupi oleh tudung.

"Habis abang cakap dengan Lia tapi Lia asyik termenung saja abang pun apa lagi jerit la." Balas Hairul bersahaja.

"Kalau ye pun perlu ke sampai jerit-jerit macam tu." Ujur Juliana dengan nada yang sedikit tinggi.

"Em dah la abang malas nak gaduh dengan Lia baik abang pergi rumah kawan abang kejap. Lia ingat jangan buat..." Kata-kata Hairul dipotong oleh Juliana.

"Jangan buat kerja berat-berat kalau tak kena piat telinga ye Lia ingat." Kata Juliana.

"Baik kalau macam tu abang pergi dulu ye Assalammualaikum." Ucap Hairul dan terus ke motosikalnya.

Hairul menunggang motosikalnya ke sebuah homestay. Hairul memarking motosikalnya di sebelah kereta lamborghini berwarna hitam. Hairul mengetuk pintu rumah homestay itu dan pintu dibuka dari dalam oleh Tengku Ethan.

"Wey bro masuk la." Ujur Tengku Ethan yang sedang berdiri disisi pintu.

"Thanks." Ucap Hairul ringkas sambil duduk disofa yang ada dirumah itu.

"Ada apa kau datang pagi-pagi macam ni aku baru nak sarapan come join aku sarapan." Tanya Tengku Ethan lalu menyuap sanwich ke dalam mulutnya.

"It's okey aku dah sarapan tadi dirumah. Aku datang ni pun sebab malas nak gaduh dengan Lia." Balas Hairul sambil menonton television.

"Gaduh?? Kau gaduh apa dengan Ana." Soal Tengku Ethan sambil menghirup air nescafe 3in1nya.

"Tadi sebelum datang sini aku tanya dia kenapa awal-awal pagi sudah duduk di pangkin rumah tapi dia hanya termenung saja. Last-last aku jerit panggil nama dia lepastu dia marah-marah jadi aku malas nak gaduh dengan dia sebab tu aku datang sini." Jawab Hairul

"Termenung??? Termenung sebab apa." Tanya Tengku Ethan.

"Entah la dah 3 hari dia asyik termenung macam tu. Makan pun sikit saja." Balas Hairul sambil bermain telefonnya. Tengku Ethan hanya membalas dengan anggukkan.

'Ana jadi macam tu sebab aku ke.' Gumum Tengku Ethan didalam hatinya.

Setelah 3 jam berbual-bual Hairul meminta diri untuk pulang ke rumahnya. Setelah bersalaman Hairul terus menunggang motosikalnya keluar dari halaman rumah itu.

"Lia.. Lia jom masuk makan tengahari." Ajak Puan Hanis sambil duduk di sisi Juliana.

"Tak apalah ibu Lia belum lapar." Balas Juliana sambil melihat skrin telefonnya.

"Jom la makan sikit tadi sarapan pun Lia makan sikit saja. Nanti sakit pula." Kata Puan Hanis sambil mengusap bahu Juliana.

"Kejap lagi la ibu Lia betul-betul tak lapar la ibu." Jawab Juliana yang sedang duduk di pangkin luar rumah.

"Okey Kalau macam tu ibu masuk dulu ya." Ujur Puan Hanis. Juliana hanya membalas dengan anggukkan.

Juliana membuka telefonnya dan terus mendail nombor telefon seseorang. Setelah panggilan itu dijawab Juliana terus menberi salam.

"Assalammualaikum acik." Juliana memberi salam.

"Wa'alaikummussalam kak long rindunya acik pada kak long. Kak long ada kat mana sekarang." Tanya Tengku Elly dengan teruja.

"Kak long pun rindukan acik. Sekarang kak long ada di Terengganu." Balas Juliana dengan senyuman.

"Kak long bila nak balik sini." Soal Tengku Elly dengan nada ceria.

"Insyaallah nanti kak long balik acik tolong jaga along untuk kak long ye." Jawab Juliana dengan mata berkaca-kaca.

"Insyaallah tapi sekarang along tak ada di rumah sebab dia pergi outstations." Kata Tengku Elly dengan berkerut dahinya.

"Outstations?? Acik tahu tak along outstations di mana." Tanya Juliana ingin tahu keberadaan suaminya.

"Tak tahu pula yang acik tahu along pergi outstations seminggu saja." Balas Tengku Elly.

"Oh yeke tak apalah kalau macam tu." Kata Juliana dengan nada malas.

"Oh ye kak long acik off dulu ye ada class la kak long." Ujur Tengku Elly kepada Juliana.

"Okey-okey nanti kita bual-bual lagi ye." Jawab Juliana.

"Okey kak long Assalammualaikum." Ucap Tengku Elly.

"Wa'aaikummussalam." Jawab Juliana dan terus menamatkan panggilan itu.

Selepas menamatkan panggilan itu Juliana terus masuk ke dalam rumah. Juliana duduk di meja makan dan menjamah sedikit saja makanan yang dimasak oleh Puan Hanis.

"Lia dah makan." Soal Puan Hanis yang baru turun dari tangga.

"Dah ibu sekarang Lia nak naik mandi lepastu nak solat ye ibu." Jawab Juliana dan terus berlalu ke biliknya.

"Ha yela. Apa-apa nanti Lia bagitahu ibu ye." Ujur Puan Hanis sambil duduk di meja makan.

"Baik ibu." Jawab Juliana ringkas dan terus berlalu ke biliknya.

Setelah masuk ke dalam biliknya Juliana terus mengambil tuala dan terus masuk kedalam bilik air. selepas 30 minit membersihkan diri Juliana keluar dengan berpakaian lengkap dan terus menunaikan solat zohor.

Ting.. Ting..

Juliana yang sedang baring diatas katilnya terus bangun selepas mendengar notifikasi di telefonnya.

'Assalammualaikum sayang buat apa tu??? Sayang sihat ke???.'- My Husband Ethan.

'Wa'alaikummussalam tak buat apa pun. Saya sihat saja.'- My Lovely wife.

'Sayang bila nak balik rumah kita.'- My Husband Ethan.

'Insyaallah nanti kalau saya nak balik rumah kita saya bagitahu awak.'- My Lovely wife.

'Saya?? Awak??? Kenapa dengan Ana ni. Dia marah aku ke.' Gumum Tengku Ethan dalam hati.

'Sayang kenapa bersaya-awak pula ni.'- My Husband Ethan.

'Okey la awak saya nak tidur kejap letih pula badan saya ni bye Assalamualaikum.'- My Lovely wife.

'Okey bye Wa'alaikummussalam.'- My Husband Ethan.

Juliana baca saja chat dari Tengku Ethan tanpa membalas chat itu. Selepas membaca chat itu Juliana terus baring diatas katilnya semula belum beberapa minit Juliana sudah tertidur sambil memeluk bantal yang diberi oleh Tengku Ethan.

Share this novel

revathirev
2024-04-19 22:21:31 

nak lagi. tak sabar


NovelPlus Premium

The best ads free experience