BAB 26

Romance Series 53070

BAB 26

Tepat pukul 8.30 malam Tengku Ethan sampai di rumah keluarganya. Tengku Enara sudah siap sedia menunggu di depan pintu rumah itu. Tengku Ethan keluar dari keretanya dengan gementar.

“Assalammualaikum mummy.” Tengku Ethan memberi salam dan mencium tangan Tengku Enara dan terus masuk ke dalam rumah.

“Wa’alaikummussalam.” Jawab semua yang ada di ruangtamu itu.

“Mama, papa pun ada.” Kata Tengku Ethan sambil mencium tangan mertuanya.

“Ye tadi mummy kamu coll mama suruh datang pukul sebelum maghrib tadi jadi kami datang je la.” Jawab Dato Jonatan.

“Ooo.” Hanya itu yang keluar dari mulut Tengku Ethan.

“So bagitahu apa yang sebenarnya dah terjadi.” Ujur Tengku Enara dengan tegas.

"Em.. Sebenarnya em.. " Tengku Ethan cuba menyusun kata-kata tapi di potong oleh Tengku Enara.

"Em.. Sebenarnya, em.. Sebenarnya cepat la bagitahu jangan sampai tangan mummy ni naik melekat di pipi kamu." Ujur Tengku Enara dengan nada yang tegas.

“Em.. sebenarnya haritu Juliana datang office dan dia terdengar perbualan along dengan Julia ditelefon. Masa Julia coll tu Julia suruh along ceraikan Juliana sebab Julia tahu yang along sudah ambil surat cerai dari pejabat agama tapi along lupa nak buang sebab along baru sedar yang jodoh along betul-betul dengan Juliana dan bukannya Julia. Mummy ingatkan mimpi yang along selalu bagitahu mummy tu tentang perempuan pregnant tu. Jadi masa kita pergi rumah papa, mama haritu yang masa papa nak batalkan majlis perkahwinan tu tanpa sengaja salah satu lukisan Juliana terjatuh dikaki along dan along simpan dan masa dalam kereta acik suruh along buka lukisan tu dan lukisan tu sama persis dengan mimpi along dan kata-kata acik selalu terngiang-ngiang ditelinga along dan masa along dengan Juliana baru pindah masuk rumah along tu Julia chat along katanya nak bagitahu sesuatu jadi along pun pergi la jumpa dia dan bila sampai sana Julia bagi along minum air yang telah dicampur dengan ubat peransang. Belum pun Julia habis cakap along terus balik sebab badan along rasa panas terbakar sampai saja dirumah along tak boleh nak kawal diri along dan mummy pun tahu apa yang terjadi lepas itu kan. Dan surat cerai tu along dah bakar didapan Danny dan Reza.” Terang Tengku Ethan dengan Panjang sekali. Semua yang mendengar terkejut dengan apa yang diberitahu oleh Tengku Ethan sebantar tadi.

“Jadi Juliana di mana sekarang.” Tanya Tengku Enara.

“Sekarang Juliana ada di Terengganu dengan seorang wanita yang Juliana selalu panggil ibu tu. Dan along dah pun suruh anak buah along pantau keadaan Juliana.” Balas Tengku Ethan sambil menundukkan kepalanya.

“Ye sekarang dia ada di rumah kak Hanis ibu susuan Juliana. Jas selalu juga coll dengan Kak Hanis.” Ujur Datin Jasmina.

“Oo.. Yeka kalau macam tu tak apa la lega saya dengar. Dia sihat ke Jas.” Soal Tengku Enara. Datin Jasmina membalas dengan anggukkan kepalanya.

“Alhamdulillah Juliana sihat mummy ni along ada gambar dia.” Jawab Tengku Ethan dengan laju.

“Alhamdulillah syukur. Along bila nak pergi jemput menantu kesayangan mummy tu balik sini.” Tanya Tengku Enara.

“Insyaallah lepas projek dengan Mentari SDN BHD ni siap separuh along akan terus pergi Terengganu dan angah akan ambil alih tugas along sementara along ada di Terengganu.” Balas Tengku Ethan.

“Okey kalau macam tu semua sudah jelas la yang along takkan ceraikan Juliana.” Kata Tengku Enara kepada anaknya itu.

“Ye along takkan sesekali lepaskan isteri along yang tercinta itu. Insyaallah along akan pertahankan perkahwinan ni sampai akhir hayat along.” Ucap Tengku Ethan dengan nada tegas.

“Bagus la kalau macam tu.” Ujur Tengku Amin yang dari diam saja.

“Okey ada apa-apa lagi ke yang mummy nak tanya.” Soal Tengku Ethan kepada mummynya itu.

“Dah tak ada apa dah.” Balas Tengku Enara.

“Okey kalau macam tu along nak bilik dulu ye.” Ujur Tengku Ethan lalu bangun untuk menyalami tangan ibubapanya dan ibubapa mertuanya.

“Ha ye la. Hati-hati drive tu.” Pesan Tengku Enara.

“Baik mummy assalammualaikum.” Balas Tengku Ethan dan terus berlalu ke pintu utama.

“Wa’alaikummussalam.” Jawab semua yang ada di ruangtamu itu.

Selepas Tengku Ethan keluar dari halaman rumah itu Dato Jonatan dan Datin Jasmina juga minta diri untuk pulang ke rumah mereka. Mereka bersalaman dan berlalu ke kereta mereka dan Dato Jonatan terus memandu meninggalkan halaman rumah itu.

“Abang, sayang tak sangka yang Jue sanggup letak pil peransang dalam air Ethan dan yang paling sayang tak sangka sanggup Jue suruh Ethan ceraikan Juliana. Kenapa Jue sanggup buat macam ni pada adik dia sendiri.” Ujur Datin Jasmina dengan nada sedikit kecewa.

“Abang pun tak sangka yang Jue sanggup buat sampai macam ni sekali sayang.” Ucap Dato Jonatan sambil memandu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience