BAB 62
Setelah Doktor Suria berlalu pergi nurse juga terus menolak katil Tengku Ethan ke lift dan Tengku Ethar mengikuti dari belakang sambil menaip sesuatu di telefonnya. Kemudian dia menyimpan semula telefonnya kedalam poket seluarnya.
‘Kak long, along kena admit ward untuk pemantauan kejap lagi angah bagitahu nombor bilik along ya.’-Angah(Ethar).
Juliana yang sedang menghantar anak-anaknya dirumah Tengku El-Amin. Juliana yang mendengar telefonnya berbunyi terus mengambil dari beg tangannya. Dia membuka chat itu dan terus membalas chat itu dengan segera. Kemudian juliana terus mencari keberadaan ibu mertuanya.
“Mak Tom, Mummy dimana ya.” Tanya Juliana kepada Mak Tom yang sedang ada didapur.
“Oh Tengku Puan tadi bagitahu nak ke taman belakang cuba Puan cari disana.” Balas Mak Tom kepada Juliana dengan senyuman.
“Baik terima kasih Mak Tom.” Ucap Juliana dan terus berlari mencari keberadaan ibu mertuanya itu.
Juliana ke Taman belakang dengan tergesa-gesa. Setelah berada di Taman belakang Juliana terus mencari mekeradaan Tengku Enara. Setelah melihat Tengku Enara, Juliana terus memdekati Tengku Enara yang sedang memetik bunga itu.
“Mummy cepat Bersiap kita ke hospital sekarang ya. Lia pun nak pergi Bersiap sekarang nanti kita jumpa di ruang tamu ya selepas siap.” Ujur Juliana kepada Tengku Enara dengan cemas dan terus ingin berlalu pergi tapi tangannya dipegang oleh ibu mertuanya.
“Wait!!! Lia cuba cakap perlahan-lahan mummy tak faham la cuba sekarang tarik nafas lepastu buang.” Ucap Tengku Enara dengan berkerut dahinya. Juliana terus melakukan apa yang disuruh oleh ibu mertuanya itu.
“Okey sekarang cuba cerita perlahan-lahan apa yang sebenarnya yang terjadi.” Sambung Tengku Enara kepada Juliana sambil mengusap belakang Juliana.
“Macam ni mummy tadi masa Lia di butik angah coll bagitahu yang Ethan pengsan dan dia dah bawa ke hospital dan baru tadi angah chat bagitahu yang Ethan kena admit ward sebabtu Lia ajak mummy pergi hospital sekarang.” Terang Juliana kepada Tengku Enara apa yang terjadi.
“Astaghfirullah hal azim dah sekarang jom bersiap nanti lambat pula.” Kata Tengku Enara dan terus menarik Juliana masuk kedalam rumah itu.
Setelah 30 minit bersiap Juliana turun ke ruang tamu dan disana sudah ada Tengku Enara yang sedang memakai stoking disofa. Juliana dan Tengku Enara terus keluar dan mula bertolak ke hospital menaiki kereta Tengku Ethan.
“Lia, angah ada bagitahu tak along dirawat di bilik berapa.” Tanya Tengku Enara kepada Juliana.
“Ada mummy tadi sebelum keluar bilik Lia baca chat yang angah hantar dia bagitahu yang Ethan ada dibilik VVIP005 Aras 6. Nanti kita terus kesana saja la.” Balas Juliana sambil menaip sesuatu di telefonnya.
“Okey ya allah along sakit apa yang teruk sangat ke penyakit along tu ya allah risaunya mummy.” Ujur Tengku Enara sambil melihat kearah luar tingkap.
Setelah 45 minit perjalanan kini mereka tiba di hospital mereka terus kearah lift dan terus naik ke Aras 6. Setelah sampai mereka mencari bilik rawat Tengku Ethan. Setelah tiba dihadapan bilik itu mereka terus masuk dan melihat Tengku Ethan yang sedang tidur diatas katil dengan tangannya dipasang drip air.
“Angah, macam mana keadaan along.” Tanya Tengku Enara kepada Tengku Ethar.
“Keadaan along baik-baik saja along taka da penyakit serius pun. Oh ya tadi Doktor Suria doktor yang merawat along suruh kak long pergi jumpa dia untuk rawatan lanjut.” Balas Tengku Ethar kepada ibu dan kakak iparnya itu.
“Oh yaka kalau macam tu kak long pergi dulunya mummy, Lia pergi kejap ya.” Ujur Juliana kepada Tengku Enara dan Tengku Ethar.
Setelah Juliana meminta izin kepada Tengku Enara dan Tengku Ethar dia terus mencari bilik Doktor Suria. Juliana terus ke kaunter pertanyaan dan bertanya pada seorang pengawal keselamatan yang ada disitu. Setelah diberitahu dimana bilik Doktor Suria, Juliana terus ke bilik Doktor Suria seperti tunjukan dari pengawal keselamatan itu.
Tok.. Tok..
“Masuk.” Luang Doktor Suria dengan sedikit kuat.
“Maaf menganggu Doktor saya isteri kepada Tengku Ethan tadi adik ipar saya ada bagitahu yang Doktor nak jumpa dengan saya betul ke.” Tanya Juliana kepada Doktor Suria sambil berdiri.
“Oh ya betul saya memang nak jumpa Puan sebelum tu Puan sila duduk dulu saya ada beberapa soalan untuk Puan. Sila duduk Puan.” Ujur Doktor Suria dengan senyuman.
“Baik doktor terima kasih.” Ucap Juliana dan terus duduk dikerusi yang ada dihadapan Doktor Suria itu.
Setelah Juliana duduk dihadapan Doktor Suria. Doktor Suria mengambil beberapa helai kertas dan mula menanyakan soalan kepada Juliana.
"Baik Puan mula sekali saya minta izin untuk menanyakan beberapa soalan boleh kita mulakan sekarang." Tanya Doktor Suria kepada Juliana.
"Boleh Doktor silakan." Balas Juliana dengan senyuman.
"Mula sekali saya mahu tanya bila kali terakhir Puan datang bulan." Soal Doktor Suria kepada Juliana. Juliana yang mendengar terus terbuntang matanya dan terus mengambil telefonnya dari dalam handbegnya.
"Sekejap ya Doktor saya pun tak pasti kejap saya check ya." Jawab Juliana sambil menekan-nekan pada screen telefonnya. Doktor Suria yang mendengar terus menganggukkan kepalanya.
"Maaf Doktor kalau menunggu lama setelah di check terakhir kali saya datang bulan iaitu pada 2 bulan yang lepas Doktor. Saya memang selalu macam ni kadang 2 bulan sekali kadang tiap-tiap bulan Doktor boleh saya tahu kenapa ya Doktor tanya saya begitu." Sambung Juliana dengan senyuman kepada Doktor Suria.
"Maaf Puan kalau saya buat Puan rasa tak selesa saya cuma mau pastikan yang dugaan saya betul atau tidak itu saja." Kata Doktor Suria kepada Juliana.
"Kalau boleh saya tahu apa maksud Doktor saya kurang faham." Soal Juliana dengan berkerut dahinya.
"Setelah saya check keadaan suami Puan tadi saya menduga yang Puan sekarang ni sedang berbadan dua sebab simptom-simptopnya semua sama seperti orang mengandung." BaLas Doktor Suria kepada Juliana.
Setelah mendengar ucapan Doktor Suria tadi Juliana turut terkejut. Tanpa disedarinya Juliana memegang perutnya yang masih rata itu. Suasana didalam bilik itu sunyi seketika Doktor Suria melihat Juliana dengan senyuman.
Share this novel